Blog Sabree Hussin

Apa pentingnya memilih kata kunci yang tepat dalam pemasaran menggunakan blog?

Dalam servis iklan yang saya tawarkan, saya pasti akan tanya kepada mereka yang berminat untuk tempah slot iklan dalam blog ini supaya memberikan senarai kata kunci untuk disasarkan bagi tujuan Search Engine Optimization.

 

Walaubagaimanapun, terdapat juga kes-kes tertentu, mereka ni seolah-olah mengambil ringan dan tak peduli sangat dengan hal-hal berkaitan dengan pemilihan kata kunci. Mungkin sebab mereka tak biasa dengan cara iklan di blog, almaklumlah sekarang ni orang lebih selesa mengiklankan perniagaan mereka menggunakan media sosial seperti Facebook dan juga Instagram sahaja.

Baca juga: Cara terbaik iklan di Instagram

 

Tapi tak apa. Biar saya berikan sedikit pencerahan, kenapa anda perlu berikan perhatian yang lebih terhadap aspek pemilihan kata kunci atau keyword dan sebab kenapa anda patut luangkan sedikit masa untuk buat kajian kata kunci.

 

Apabila anda menggunakan blog sebagai medium pengiklanan, tak kiralah sama ada anda menggunakan blog anda sendiri, atau anda meletakkan iklan anda pada blog orang lain, anda sebenarnya bukan sahaja mengiklankan perniagaan anda pada blog tersebut, sebaliknya anda juga turut mengiklankan perniagaan anda di laman web carian nombor satu dunia, iaitu google.com

Dalam situasi kita di Malaysia, kita akan lebih fokuskan kepada laman carian Google Malaysia.

 

Saban hari, pengguna internet yang juga akan menjadi golongan sasaran kita, menggunakan laman carian google untuk mencari maklumat tertentu. Bagaimana cara mereka cari maklumat? Mereka akan taip kata kunci yang mereka rasa akan membantu diri mereka dalam proses carian tersebut.

 

Sebagai contoh,

(1) Jika mereka ingin tahu macam mana cara nak buat duit dengan Lazada, mereka mungkin akan taip kata kunci “cara buat duit dengan lazada”.

 

(2) Jika mereka nak tahu cara nak tambah pendapatan dengan bekerja dari rumah dengan iLancee, mereka mungkin akan taip kata kunci kerja dari rumah dengan iLancee.

 

(3) Jika mereka nak tau sama ada sistem autoresponder emelmatik bagus atau tidak untuk digunakan, mereka mungkin akan taip kata kunci “sistem autoresponder emelmatik bagus ke?”

 

Tiga contoh kat atas ni ialah kaedah biasa yang digunakan oleh pengguna internet untuk dapatkan maklumat tertentu. Biasanya, mereka akan gunakan laman web google untuk cari maklumat dan bukannya terus merujuk kepada sesebuah laman web atau laman blog secara spesifik.

 

Lagipun, mereka ni belum tentu tahu tentang kewujudan laman web anda. Setelah mereka menaip kata kunci tersebut, barulah mereka akan jumpa laman web anda. Itupun kalau laman web anda di optimasikan dengan kata kunci tertentu menerusi teknik Search Engine Optimization.

 

Kedudukan terbaik sudah tentu adalah di muka surat pertama google. Sekiranya artikel blog anda GAGAL masuk ke page pertama google, maka kebarangkalian untuk blog anda ditemui juga amatlah kurang.

 

Susah ke senang untuk artikel iklan berjaya masuk ke page pertama google?

Ia boleh jadi senang, dan boleh jadi susah. Bergantung kepada beberapa faktor, antaranya

  1. Adakah artikel tersebut mengandungi kata kunci yang ingin disasarkan dalam jumlah yang mencukupi?
  2. Adakah terdapat banyak persaingan?
  3. Adakah anda tahu bagaimana peraturan Search Engine Optimization (SEO) dilakukan?

 

Pada waktu catatan ini dihasilkan, saya juga sedang bersaing untuk dapatkan kedudukan di muka surat pertama bagi kata kunci “belajar buat blog”.

Daripada tinjaun yang saya lakukan sebentar tadi, artikel blog saya berjaya masuk ke page pertama google namun dalam kedudukan yang tidak begitu selesa. Dengan kedudukan seperti ini, pada bila-bila masa ia boleh terkeluar dan masuk ke page kedua google.

 

Apa kelebihan kalau artikel iklan berjaya masuk ke page pertama google?

Kelebihan yang paling utama ialah, artikel tersebut akan menerima lebih banyak trafik berbanding lain-lain artikel yang tersenarai di laman web google. Dengan adanya lebih banyak trafik, maka peluang untuk artikel iklan tersebut convert kepada sales juga lebih tinggi.

 

Rasa macam tak percaya? Baiklah, saya rasa lebih mudah untuk saya tunjukkan buktinya berbanding kalau saya cuma cakap sahaja. Bawah ini adalah antara contoh-contoh pendapatan yang pernah terhasil daripada strategi pemasaran menggunakan SEO.

 

Komisen pada bulan May 2016

Komisen pada bulan Jun 2016

Komisen pada bulan May 2016

Ketiga-tiga contoh komisen ini adalah terhasil daripada satu produk sahaja, iaitu Panduan eKursus Jobdirumah. Boleh klik pada link berwarna biru untuk melihat panduan tersebut.

 

Apabila anda memilih kata kunci yang betul, memang tak mustahil untuk artikel iklan yang anda hasilkan berjaya masuk ke page pertama google.

 

Kalau nak cerita dari segi pendapatan pasif, nampak tak bahawa teknik SEO ada potensi untuk bantu anda hasilkan pendapatan secara pasif? Anda hanya perlu tulis artikel sekali sahaja. Asalkan artikel berjaya masuk ke page pertama google, anda berpeluang untuk jana pendapatan secara berterusan.

 

Ini bukan gurauan, bukan main-main dan bukan mitos. Saya sendiri dah buktikan dan dah alaminya.

 

Adakah artikel iklan yang berjaya masuk ke page pertama google CONFIRM akan dapat sales?

Jawapannya boleh jadi YA dan boleh jadi TIDAK. Pengetahuan tentang SEO hanya akan bantu anda dapatkan kedudukan yang baik di laman web carian google.

 

Walaubagaimanapun, untuk dapat hasil dalam bentuk jualan, ada faktor lain yang perlu diperhatikan, iaitu faktor copywriting.

Klik untuk baca: Formula copywriting ini akan membantu anda buat lebih BANYAK duit online jika anda praktikkan

 

Sekiranya artikel anda tidak mempunyai elemen copywriting yang baik, anda masih lagi ada peluang untuk dapat sales, namun jumlahnya mungkin tak sebaik artikel yang ada ciri-ciri copywriting yang mantap.

 

Bagaimana cara untuk mengetahui apa kata kunci yang terbaik untuk disasarkan?

Dari pengalaman saya menggunakan kaedah SEO dalam kerja-kerja pemasaran, saya menggunakan dua kaedah iaitu kaedah Fundamental Analysis dan juga kaedah Technical Analysis. Aha… nama yang memang serupa dalam terma-terma yang digunakan dalam pelaburan.

 

Saya cerita bab fundamental analysis dulu. Menerusi kaedah ini, kita perlu fahami siapa sebenarnya pembaca sasaran kita. Hanya apabila kita benar-benar faham, siapa mereka, apa masalah mereka, apa yang mereka ingin capai, apa persoalan yang bermain dalam fikiran mereka, maka dari situ barulah kita dapat tentukan apa sebenarnya kata kunci yang mereka akan gunakan.

 

Sebagai contoh, kalau pembaca yang kita target adalah mereka yang merancang untuk memulakan bisnes secara online dan dapatkan stok barang dari China, individu seperti ini mungkin akan memerlukan info-info seperti

  1. “Bagaimana cara nak borong barang dari China?”
  2. “Laman web borong dari China”
  3. “Cara mudah dan selamat borong dari China”

 

Kata kunci yang mereka akan gunakan juga lazimnya adalah dalam bentuk soalan. Jadi, khusus untuk individu seperti ini, bolehlah kita syorkan kepada mereka untuk beli panduan borong dari China ini.

 

Itu tentang fundamental analysis.

 

Cara seterusnya adalah dengan menggunakan kaedah technical analysis. Menerusi kaedah ini, saya boleh syorkan anda gunakan cara berikut, iaitu-

(1) Guna Google Keyword Planner (https://adwords.google.com/KeywordPlanner)

Saya tidak akan terangkan dengan panjang lebar. Caranya mudah sahaja, anda klik pada pautan diatas. Sign in ke sistem google.

Pilih “search for new keyword using a phrase, website or category”.

 

Masukkan sahaja sebarang keyword yang relevan dengan perniagaan yang anda jalankan dan seterusnya keyword planner akan mencadangkan apa kata kunci lain yang ada potensi untuk anda sasarkan.

 

Contohnya, saya nak tau apa kata kunci yang nampak relevan dengan produk Jobdirumah. Jadi saya masukkan kata kunci jobdirumah. Hasilnya adalah seperti dibawah.

Daripada data yang diberikan oleh Google Keyword Planner, saya dapat tahu kata kunci lain yang ada potensi untuk disasarkan ialah

  1. Kerja dari rumah
  2. Cari kerja part time
  3. Kerja sambilan
  4. Kerja part time online
  5. Kerja sambilan di rumah

 

Contoh-contoh kata kunci diatas mempunyai jumlah carian yang tinggi dan amat berpotensi untuk mendatangkan jualan.

 

Untuk dapatkan jualan dengan kaedah ini, perlu gabungkan Teknik SEO + Teknik Copywriting. Kalau prospek tu degil sangat, dan tak nak buat pembelian terus, maka bolehlah digabungkan dengan Teknik Pemasaran Emel juga.

 

Peranan teknik pemasaran emel adalah lebih kepada untuk tujuan follow up.

 

(2) Guna Google Instant

Contohnya adalah seperti gambar diatas. Bila kita taip sahaja perkataan, secara automatik sistem google akan mencadangkan beberapa kata kunci. Kata kunci yang dicadangkan adalah berdasarkan kepada senarai kata kunci yang paling kerap dicari oleh pengguna-pengguna sebelum ini.

 

Anda juga boleh pilih kata kunci tersebut, jika sesuai dan relevan dengan perniagaan yang anda jalankan.

 

Teknik pemasaran menggunakan artikel ini memang POWER dan berkesan. Walaubagaimanapun, tak ramai yang betul-betul mahir menggunakan kaedah pemasaran seperti ini. Boleh dikatakan, selain kena tau macam mana nak menulis, ada beberapa lagi aspek teknikal yang perlu diketahui.

 

Kemudian, apabila kita cerita tentang pemasaran menggunakan blog pula, satu perkara yang anda patut tahu ialah, tak ada satu blog yang sama, tak kiralah sama ada dari segi setting, dari segi penggunaan theme, plugin, application dan sebagainya.

 

Ada orang yang suka guna blog menggunakan medium percuma sahaja seperti blogger.com atau blogspot.my

Ada orang yang lebih selesa menggunakan medium berbayar seperti yang saya gunakan sekarang ini, iaitu wordpress self hosted.

Ada orang lebih suka kejar like, share dan sebagainya.

Ada setengah orang, mereka lebih fokus pada SEO dan pada masa yang sama tidaklah mengabaikan faktor like, serta share.

 

Jika kita bandingkan dua buah blog yang masing-masing menggunakan wordpress, juga akan ada banyak yang berbeza.

 

Anda tak akan tahu, apa sistem atau plugin rahsia yang digunakan. Blog ini misalnya, turut menggunakan beberapa plugin rahsia dan premium yang memang saya tak akan cerita kat sesiapa apa nama plugin tu. Ia adalah RAHSIA.

 

Jadi, jika anda berminat nak langgan perkhidmatan iklan dalam blog ini, saya amat mengesyorkan anda untuk siap sedia dengan senarai kata kunci. Luangkanlah sedikit masa untuk buat kajian kata kunci.

 

Sasarkan kata kunci yang betul, In Shaa Allah anda juga yang akan raih keuntungannya nanti. Ada sebarang soalan? Boleh tanyakan dibahagian komen.

 

 

Exit mobile version