Blog Sabree Hussin

Berapa lama iklan Advertorial akan disiarkan dalam blog ini?

“Ok saya nak tanya, berapa lama iklan saya akan disiarkan dalam blog ini?”

 

Satu perkara yang anda patut tahu ialah, iklan jenis advertorial ini berbeza dengan iklan jenis banner. Kalau iklan jenis banner, selalunya ada had masa berapa lama ia akan disiarkan.

 

Sebagai contoh, iklan jenis banner hanya akan disiarkan selama 30 hari sahaja dengan caj yang dikenakan sebanyak RM200 misalnya. Apa akan berlaku selepas 30 hari?

 

Anda akan diberi pilihan sama ada nak renew pengiklanan tersebut, ataupun hentikan pengiklanan banner anda. Itu kalau iklan jenis banner.

Untuk situasi iklan jenis advertorial atau iklan jenis review ini, iklan tersebut akan terus disiarkan dalam blog ini, selagi mana blog ini masih lagi wujud. Ada banyak advertorial yang saya hasilkan untuk pelanggan pada tahun 2014 masih lagi saya siarkan dalam blog ini.

 

Advertorial tersebut juga masih lagi menyumbangkan jualan kepada pelanggan hingga ke hari ini.

 

Walaupun anda sudah tidak nampak iklan tersebut di muka surat pertama atau halaman home blog ini, tidak bermakna iklan tersebut telah pun di padamkan. Anda masih lagi boleh melihat iklan tersebut jika anda melihat ke halaman arkib blog ini. Disitu ada memuatkan kesemua artikel yang pernah disiarkan dalam blog ini.

 

Artikel iklan tersebut tidak akan hilang.

 

Selain dari itu, untuk para pelanggan dan prospek, mereka juga masih lagi berpeluang untuk menemui iklan advertorial tersebut apabila mereka membuat carian menggunakan laman web carian seperti google bagi kata kunci tertentu.

 

Kesemua artikel advertorial dan review yang dihasilkan akan dioptimasikan dengan Teknik SEO. Jadi, apabila ada pengguna internet yang membuat carian bagi kata kunci tertentu, besar kemungkinan mereka akan temui iklan advertorial yang saya siarkan dalam blog ini.

 

Sekiranya pengguna internet tersebut membuat keputusan untuk melakukan pembelian, dia akan terus berhubung dengan anda. Katakanlah dua tahun dari sekarang, ada pengguna internet yang terbaca iklan advertorial yang saya hasilkan untuk anda di blog ini, pada waktu tu saya harap perniagaan anda masih lagi wujud.

 

Jika anda perasan, saya banyak menggunakan istilah “kata kunci tertentu”. Mungkin ada sesetengah pembaca yang kurang jelas, apa yang saya maksudkan dengan “kata kunci tertentu” tu.

 

Apabila pengguna internet ingin mencari sesuatu maklumat, dia akan masukkan kata kunci yang dia mahukan di laman carian google.

Sebagai contoh, ini adalah antara situasi yang mungkin akan berlaku.

(1) Jika dia perlukan homestay di dungun, dia mungkin akan taip kata kunci “homestay di dungun”

(2) Jika dia ingin bercuti di Pengkalan Balak, mungkin dia akan taip kata kunci “Chalet di Pengkalan balak ada swimming pool”

(3) Jika dia ingin tahu tentang sistem autoresponder yang bagus dan murah, dia mungkin akan taip kata kunci “sistem autoresponder murah di Malaysia” ataupun “sistem autoresponder percuma”

 

Dalam contoh diatas, anda boleh lihat kata kunci yang bakal ditaip adalah berkaitan dengan masalah ataupun informasi yang dia perlukan.

 

Sekiranya sesuatu produk atau servis mempunyai kaitan yang rapat ataupun sememangnya dapat menyelesaikan masalah, atau isu yang sedang dihadapi oleh individu tersebut, kemungkinan besar dia akan terus buat tempahan, atau pembelian.

 

Maka dalam contoh ini, anda perlu tahu apakah dia kata kunci yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan anda yang mungkin akan di cari oleh pengguna internet. Sebab itu salah satu perkara yang penting sebelum menjalankan sebarang kempen atau pengiklanan advertorial adalah membuat kajian kata kunci.

 

Baiklah, saya tak bercadang untuk sentuh dengan lebih mendalam topik tentang SEO ini sebabnya ia akan dibincangkan di lain masa.

 

Saya doakan perniagaan anda terus maju!

 

Saya harap persoalan anda telah terjawab.

 

Untuk artikel advertorial dan artikel review, artikel tersebut akan terus berada dalam blog ini selagi mana blog ini masih lagi wujud. In Shaa Allah saya akan terus menulis dalam blog ini.

 

(Lagipun saya dibayar dan mendapat bayaran untuk menulis, kenapa saya perlu berhenti pula kan? Melainkan atas-atas sebab-sebab kesihatan dan takdir Allah SWT)

 

 

Exit mobile version