Baru-baru ni, saya ada beli nama domain khas untuk tujuan projek blogging saya. Nama domain tu pula saya guna khusus untuk tujuan mempromosikan bisnes Tone Excel yang saya jalankan.
Memandangkan ramai juga dari kalangan network saya yang berminat nak tahu macam mana caranya untuk guna custom domain untuk blog mereka yang menggunakan platform percuma dari blogspot, jadi dalam artikel kali ini saya akan tunjukkan cara-caranya.
Ini contoh laman blog yang saya dah hasilkan.
Anda boleh klik: http://www.toneexcelklang.com
Baiklah, jadi kali ini saya akan tunjukkan caranya macam mana nak dapatkan custom domain macam yang saya gunakan untuk laman blog tersebut.
Untuk penerangan ini, saya akan gunakan servis domain yang ditawarkan di laman web NetKL. Sebabnya, pada pandangan saya, servis dari NetKL adalah antara yang terbaik yang pernah saya langgani. Malahan, untuk laman web saya, itu juga menggunakan servis dari pihak NetKL.
Mula-mula sekali, layari laman web NetKL.com
Paparan seperti berikut akan kelihatan
Klik pada hosting. Sila rujuk anak panah.
Untuk bahagian categories, anda pilih opsyen Blogging. Anda akan dibawa ke paparan seperti dibawah. Klik order now. Caj konfigurasi dan pemasangan sebanyak RM3 akan dikenakan. Caj ini mungkin akan berubah jika anda baca post ini pada tarikh yang berbeza dari tarikh asal catatan ini dihasilkan.
Langkah seterusnya, anda isikan nama domain yang anda ingin gunakan.
Pastikan anda pilih opsyen “I want NetKL Hosting to register a new domain for me”
Anda boleh pilih sebarang nama yang berkenan di hati anda.
Pilih .com jika masih available.
Anda boleh juga pilih .net, .biz, .org dan sebagainya.
Sekiranya nama yang anda ingin pilih masih lagi Available, paparan seperti dibawah akan kelihatan
Teruskan dengan menekan Click to Continue >>
Anda akan diminta untuk mengisikan maklumat mengenai laman blog yang anda ingin bina.
Your Blogspot’s Address/URL: alamat blog dari blogspot anda
Username of your Blogspot’s Admin: Biasanya adalah alamat emel gmail anda
Password of Your Blogspot’s Admin: Password emel anda
Sebelum anda confirm order, anda boleh semak semula. Adakah ianya sama seperti yang anda mahukan. Pastikan tiada sebarang kesalahan ejaan pada nama domain yang anda ingin beli.
Tolong jangan tanya saya, apa dia promotional code. Sebab saya sendiri tak tau apa promotional code yang anda boleh gunakan.
Kos keseluruhan adalah RM38.00 sahaja.
RM35.00 untuk nama domain.
Manakala RM3.00 untuk servis konfigurasi dan pemasangan nama domain tersebut dengan laman blogspot anda.
Untuk bayaran seterusnya, anda perlu bayar RM35 sahaja untuk renew nama domain.
Jika anda dah pun puas hati, terus tekan Checkout >>
Jika sebelum ini anda telah mempunyai akaun dengan pihak NetKL, anda boleh tekan Click here to login. Jika ini adalah kali pertama anda berurusan dengan pihak NetKL, anda perlu isikan borang pelanggan.
Untuk tujuan pembayaran, anda boleh menggunakan servis dari Paypal ataupun bank transfer. Lazimnya, saya akan gunakan kaedah bank transfer sahaja.
Jika tempahan anda tak ada sebarang masalah, biasanya ia hanya akan mengambil masa kurang daripada 24 jam dan anda dah boleh mula blogging dengan menggunakan nama domain anda sendiri.
Saya tak tau sampai bila pihak NetKL akan tawarkan servis ini dengan harga yang begini rendah. Nasihat saya, sementara harganya masih murah, lebih baik anda bertindak sekarang dan beli nama domain anda sebelum orang lain beli nama domain tersebut.
Bertindak segera.
Klik sini untuk menempah nama domain anda.
Update 11 Jan 2017 – Nama domain yang saya beli, iaitu www.ToneExcelKlang.com sudah pun expired. Saya sudah tidak renew nama domain ini.
Walaubagaimanapun, saya masih ada lagi blog lain yang saya bina menggunakan platform blogspot dan menggunakan custom domain. Anda boleh lihat contoh blog yang saya buat iaitu di alamat www.mohdsabree.com