Blog Sabree Hussin

Pengalaman beli domain dari syarikat Luar Negara NameCheap

Anda pernah atau biasa beli nama domain? Ya, saya biasa beli. Tapi, ini merupakan kali pertama saya beli domain dari syarikat luar negara. Baru-baru ni saya ada beli nama domain dari syarikat yang berpengkalan di Los Angeles, California, United States.

 

Syarikat yang saya maksudkan adalah NameCheap. [klik sini untuk ke laman web]

Sebelum saya decide untuk beli domain dari syarikat ni, sebenarnya saya dah pun pertimbangkan beberapa alternatif. Kalau boleh saya nak beli domain dari syarikat tempatan sahaja. Logiknya ialah kalau ada sebarang isu dimasa akan datang, saya lebih selesa untuk berhubung dengan mereka.

 

Dengan syarikat tempatan, boleh cakap Melayu je.

 

Pada satu hari, saya perasan yang domain pertama yang saya pernah beli sekitar tahun 2009 dulu kembali available! Ini adalah nama domain pertama yang saya gunakan satu ketika dulu. Kemudian pada satu ketika, saya mula rasa bosan dengan bidang penulisan blog. Saya mula abaikan blog saya. Sampai masa untuk renew domain tersebut, saya cuma buat tak tau dan tak ambik sebarang tindakan.

 

Selepas sebulan atau dua bulan macam tu, nama domain tu dah diambil orang. Mula-mula saya tengok konten yang dipaparkan pada domain tersebut adalah dalam Bahasa Inggeris. Kemudian, selang beberapa tahun, konten laman web bertukar jadi tulisan cina pula. Jadi saya assume, domain tersebut telah bertukar tangan dari orang putih kepada orang cina.

 

Baru-baru ni bila saya semak semula, tiba-tiba nama domain tersebut AVAILABLE untuk dibeli!

 

Disebabkan ini adalah domain pertama yang saya beli, jadi saya rasa agak sentimental. Saya kena beli balik domain ini. Lagipun, nama domain ini adalah dari nama saya sendiri! (…dan ya, saya sayang nama domain tu)

 

Mula-mula saya cuba beli menerusi laman web NetKL Network dulu.

 

Saya plan nak gunakan duit-duit komisen yang pernah saya dapat sebelum ini. Masalahnya ialah, duit komisen tu adalah dalam matawang USD. Saya pernah cerita kat sini. Kalau ikut pengalaman-pengalaman lepas, duit dalam USD akan saya gunakan untuk beli apa-apa produk informasi yang dijual sama ada di laman web JVZoo, Warrior Plus dan sebagainya.

 

Namun sejak akhir-akhir ni, saya dah agak jarang beli apa-apa produk dari luar negara. Salah satu sebabnya ialah, saya rasa kebanyakkan produk yang ada kurang menarik. Lebih banyak cerita tentang FBAds yang saya sendiri agak kurang gunakan.

 

Dari NetKL, saya belajar satu perkara. Rupa-rupanya kalau fund dalam Pay Pal dalam matawang USD, saya TAK BOLEH gunakan untuk bayar sebarang transaksi dalam matawang berbeza. Memandangkan Net KL hanya terima matawang RM, jadi saya tak boleh bayar guna USD.

 

Saya juga pernah pertimbangkan untuk withdraw Pay Pal Fund ke akaun Maybank saya. TETAPI ada caj yang dikenakan. Cajnya adalah USD5. Rasa tak berbaloi pulak. Nak dapat USD10 kena tunggu at least sebulan, tiba-tiba senang-senang je nak tolak USD5 dari saya. Mana boleh…

 

Satu lagi sebab kenapa saya nak beli dari NetKL ialah sebab saya nak gunakan domain tu dan point kan ke blog yang saya tulis menggunakan platform blogspot. NetKL memang ada sediakan servis ini dan saya pernah dapatkan servis ni dulu. Semuanya pihak NetKL yang akan uruskan.

Klik untuk baca: Cara Beli Domain Profesional Untuk Blog PERCUMA Blogspot

 

By the way, NetKL Network jual domain dengan harga RM45 dan upah untuk pemasangan sekarang ini adalah RM10. Total RM55. Jumlah ni masih lagi okay pada saya, cuma masalahnya ialah mereka tak boleh terima transaksi dalam matawang USD.

 

Alternatif kedua, saya cuba beli dari syarikat hosting Usahawan Terbilang.

Harga kurang menarik. Domain sahaja, harganya RM50. Tambah RM10 sahaja dah boleh dapat pakej yang ada domain dan hosting. Tapi saya bukannya nak guna wordpress, jadi saya terpaksa cari alternatif lain. Nampaknya saya mungkin terpaksa beli dari syarikat luar negara.

 

Alternatif ketiga, syarikat hosting 1&1

Saya tertarik dengan syarikat ni sebabnya harga domain yang ditawarkan sangatlah MURAH. USD0.99 sahaja!

 

Saya hampir beli dari syarikat ni… kemudian saya pertimbangkan semula. USD0.99 adalah untuk first year sahaja. Untuk tahun kedua, dan seterusnya, bayaran yang perlu dibayar adalah sebanyak USD15.

 

Bila fikirkan semula, jumlah yang kena bayar untuk renew agak mahal, saya tak jadi beli kat website ni. Lagi satu, kita tak tau, apa akan jadi pada kadar tukaran matawang kita di masa akan datang. Kalau makin jatuh, macam mana? Makin mahal pulak jadinya.

 

Akhirnya… saya pun pilih untuk beli di NameCheap!

 

1. Bayaran untuk tahun pertama adalah kira-kira USD10 sahaja.

 

2. Untuk renew pada tahun kedua dan berikutnya, cajnya adalah USD10 juga. Tiada sebarang perubahan dari segi harga.

 

3. Kalau ikut trend semasa, saya rasa income dari Mobicow SELAMA SEBULAN boleh guna untuk tampung bayaran domain yang saya beli di NameCheap.

 

4. In fact, jika semuanya berjalan dengan lancar, saya rasa saya boleh beli sekurang-kurangnya satu domain baru setiap bulan untuk mengukuhkan lagi jenama penulisan saya, Sabree Hussin.

 

5. NameCheap ni juga sebenarnya ada menyediakan program affiliate. Dia punya komisen juga nampak menarik. 15% untuk setiap jualan yang berjaya dihasilkan. Ini sebab kenapa saya tulis artikel ini. Kalau boleh saya nak ajak anda juga untuk beli domain dari NameCheap. Boleh klik sini untuk tempah domain.

 

6. Ah bukan sebab $$$ semata-mata ya. Sebenarnya, NameCheap ada menyediakan panduan untuk setting domain untuk point ke blogspot di laman web dia. Panduan dia sangat mudah. Saya rujuk panduan ini. Saya rasa anda juga boleh lakukannya.

 

7. Mula-mula saya ingat macam akan ada masalah. Rupanya semua berjalan dengan LANCAR. Ya, saya dapat nama domain pertama yang saya beli dulu dan saya berjaya point kan ke laman blogspot saya. Bertambah lagi rangkaian blog saya. Mudah-mudahan dengan usaha ini, akan bertambah juga pendapatan saya dari bidang penulisan blog ini.

.

..

Berkenaan isu tak boleh guna fund Pay Pal dalam matawang USD untuk bayar transaksi dalam RM…

Saya pernah cuba guna Pay Pal untuk bayar barang yang saya nak beli di Lazada Malaysia. TAK BERJAYA. Bila klik paypal dia terus redirect ke opsyen untuk guna kad kredit atau kad debit. Mula-mula saya pun tak tau kenapa. Tapi bila isu yang sama muncul kembali bila nak buat bayaran kepada NetKL Network, sekarang baru saya tahu.

 

Hmm… at least dari pengalaman saya beli domain dari NameCheap ini saya dapat belajar sesuatu.

 

Exit mobile version