Blog Sabree Hussin

Sambung Lagi Kontrak Domain dan Hosting Dengan NetKL

Saya tak tau sampai bila saya akan gunakan perkhidmatan domain dan hosting dari NetKL ni…

Mungkin ini adalah tahun yang terakhir.

Mungkin juga saya hanya akan sambung kontrak atau renew hosting untuk setahun je lagi.

Atau mungkin akan terus jadi pengguna setia NetKL Hosting sampailah company ni tutup?

.

..

Kalau nak diikutkan, kat luar sana sebenarnya ada terlalu banyak syarikat hosting yang menawarkan servis yang sama seperti yang ditawarkan oleh pihak NetKL. Malahan, saya sendiri pernah jumpa, syarikat yang mampu menawarkan spesifikasi yang lebih awesome dan pada masa yang sama lebih murah dari NetKL.

Maksudnya… NetKL bukanlah syarikat penyedia domain dan hosting yang paling murah.

Jika sekadar MURAH yang anda cari, mungkin netkl bukanlah pilihan yang sesuai.

.

..

Saya dah mula jadi pelanggan NetKL sejak dari tahun 2009.

Sejak saya tahu dan faham, bagaimana sistem wordpress beroperasi sebagai platform terbaik untuk tujuan blogging dan buat duit.

Sepanjang tempoh masa tersebut, amat jarang syarikat hosting ni meragam.

Kalau saya yang meragam, itu selalu… Selalu lupa nak bayar on time ketika invois dikeluarkan. Selalu lupa nak manage betul-betul website yang saya host kan di netkl.

.

..

Apa pun, lega sebab dah renew untuk satu tahun terus.

In Shaa Allah, perjalanan dalam bidang penulisan blog akan diteruskan!

 

Exit mobile version