Blog Sabree Hussin

Lagi banyak anda tulis, lagi cerah peluang dapat Komisyen Affiliate

Sekiranya anda lihat pada arkib blog ini, anda akan dapati dalam blog ini terdapat beberapa artikel yang saya tulis dalam blog ini kelihatan seakan-akan sama.

 

Nampak seolah-olah saya suka tulis benda yang sama berulang-ulang kali.

Walaupun artikel-artikel ini semua seakan-akan sama, sebenarnya terdapat banyak perbezaan. Setiap kali saya cuba untuk tulis semula artikel yang sama, dengan tajuk yang juga seakan-akan sama, pasti akan ada idea baru datang dan menjadikan sesebuah artikel tu sedikit berbeza.

 

Apa relevannya tulis artikel yang sama berulang-ulang kali? Kenapa tidak edit sahaja artikel yang lama, kemudian ditambah dengan idea baru supaya dapat hasilkan artikel yang lebih baik dan penuh dengan input?

 

Sebenarnya, saya pun buat begitu juga. Ada banyak juga artikel-artikel lama, dalam blog ini, yang saya rasakan terlalu pendek, kurang informasi, dan nampaknya perlu ditambahbaik, telah pun saya edit semula. Dalam posting ini, saya akan cerita, kenapa saya suka tulis artikel yang sama, yang mengupas topik yang lebih kurang sama berulang-ulang kali.

 

Pertama, saya ingin wujudkan keyword density atau kepadatan sesebuah keyword tertentu dalam laman blog saya.

 

Ini adalah untuk tujuan search engine optimization (SEO). Sebagai contoh, jika saya ingin target kata kunci pendapatan pasif, saya akan hasilkan beberapa artikel berbeza yang mempunyai kata kunci tersebut.

Bina pendapatan pasif menerusi program affiliate [klik sini & baca]

 

Lagi banyak keyword yang sama muncul dalam blog saya, bermakna lagi tinggi kebarangkalian blog ini akan muncul di halaman pertama search engine google. Dalam penilaian google, mereka akan anggap bahawa blog ini, adalah blog yang paling relevan dan yang paling tepat dalam mengupas topik tersebut, apabila keyword yang sama kerap muncul dalam blog ini.

 

Walaubagaimanapun, teknik penulisan seperti ini masih lagi perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati. Kalau tersilap guna, sesuatu blog tu ada potensi untuk di cap sebagai SPLOG singkatan bagi Spam Blog. Yang mana pemilik laman web itu hanya menulis secara random artikel tertentu yang mengandungi keyword sasarannya.

 

Search engine sekarang dah jadi makin bijak. Ia mempunyai satu sistem yang boleh mengesan aktiviti keyword stuffing.

Keyword stuffing – laman web yang dibina hanya mengandungi kata kunci sahaja. Langsung tak ada maklumat, tak ada info dan langsung tak ada content

 

Kaedah ini masih lagi bagus untuk dipraktikkan. Cuma kena pastikan, apabila kita nak gunakan kaedah ini, artikel yang terhasil tu betul-betul informatif dan memberi penyelesaian kepada pelawat dan pembaca. Setidak-tidaknya, dalam artikel tersebut, berilah satu atau dua tips yang berkaitan.

 

Kedua, saya suka tulis artikel yang sama berulang-ulang kali sebab saya sebenarnya sedang menjual.

 

Saya menjual menerusi penulisan.

 

Pada saya, setiap penulisan yang saya hasilkan adalah untuk menjual sesuatu, sama ada produk affiliate, produk saya sendiri, ataupun hasil karya saya sendiri.

 

Ibarat macam kita sedang buat persembahan jualan (sales presentation). Kan bila lagi banyak kita buat sales presentation, lagi mahir kita jadinya, dan lagi tinggi peluang dan potensi untuk kita hasilkan jualan.

 

Kali pertama kita hasilkan sesebuah artikel promosi untuk sesuatu produk affiliate, (atau apa-apa sahaja produk) mungkin hasilnya tak berapa menarik. Kita sendiri yang baca pun tak rasa excited. Macam mana kita nak harap orang lain rasa teruja bila mereka baca artikel kita. Walaupun hasil penulisan yang pertama kali tu tak berapa baik, kita tetap perlu tulis something.

 

Andaian saya begini. Jika saya boleh hasilkan artikel yang super best, menerusi artikel tersebut saya mungkin boleh jual sekurang-kurangnya 100 unit produk. Namun, ada hari-hari tertentu, mood saya untuk menulis tak berapa baik, atau mungkin saya tak berapa sihat. Biasanya, dalam keadaan seperti itu, kualiti penulisan saya juga akan terjejas.

 

Kalau pada waktu tersebut saya tak menulis langsung, saya pasti tiada langsung jualan yang dapat dihasilkan. Sebaliknya, jika saya paksa diri untuk tetap menulis, mudah-mudahan ada rezeki, dapat juga sangkut 2 – 5 unit jualan.

 

Baiklah, itu analogi sahaja. Ringkasnya, dalam keadaan saya paling baik, saya mungkin boleh hasilkan 100 unit jualan menerusi satu artikel. Jika pada waktu tu saya kurang baik, saya mungkin cuma boleh hasil 2 -5 unit jualan.

 

Tetapi, di masa akan datang, bila mood saya kembali cantik, saya masih boleh edit semula penulisan saya yang tak berapa bagus tu, bagi meningkatkan semula prestasi penulisan tersebut.

 

Walaupun saya kata, saya boleh hasilkan jualan sekurang-kurangnya 100 unit produk melalui satu artikel, namun saya tak maksudkan yang jualan itu akan berlaku pada hari yang sama, sebaliknya apa yang saya cuba sampaikan ialah jualan akan berlaku dari masa ke masa.

 

Mungkin jika blog ini wujud untuk tempoh 5 tahun, dalam masa 5 tahun itu, artikel yang telah saya tulis telah pun menghasilkan 100 jualan. Itu yang cuba saya sampaikan. Saya pun bukannya hebat sangat boleh dapatkan 100 unit jualan, pada hari yang sama artikel tersebut saya tulis.

 

Adakah anda juga menjana pendapatan menerusi jalan penulisan?

Atau mungkin anda nak buat duit dengan cara menulis?

Maka teruskanlah menulis. Kita tulis semula mana-mana artikel yang dirasakan kurang menarik. Dulu, waktu kita mula-mula menulis, mungkin pada waktu tu kita kekurangan ilmu. Ataupun mungkin pada waktu tu, kita menulis dalam keadaan tergesa-gesa. Orang kata janji siap.

 

Sekarang ni, bila ada masa terluang, ada input yang baru, kita perbaikilah mutu artikel tersebut. Ataupun, yang lebih baik lagi, disamping edit artikel yang lama, hasilkan juga artikel yang sama dengan pendekatan yang berbeza. Begitu juga dengan gaya bahasa. Ubah pada mana-mana bahagian yang perlu untuk disesuaikan dengan sasaran pembaca yang kita mahukan.

 

Ulang, ulang dan ulang proses yang sama hinggalah berjaya hasilkan sebuah artikel yang benar-benar menarik.

 

Sedar-sedar, kita dah ada 50 buah artikel unik yang mempromosikan satu produk yang sama dengan gaya dan penyampaian yang berbeza.

 

Ini secara tak langsung bakal meningkatkan kebarangkalian untuk hasilkan jualan dan jana komisyen affiliate. Tak kan bila dah ada 50 artikel promosi, satu pun masih tak boleh dapat menyumbangkan kepada bertambahnya komisyen kepada anda? Pada saya ianya hampir mustahil untuk anda tak berjaya dapat komisyen.

 

Dengan menulis, boleh dapat pendapatan sekurang-kurangnya RM1,000 setiap bulan… KONSISTEN!

Benda ini bukan sesuatu yang pelik ataupun mustahil. Ada ramai penulis diluar sana, memilih untuk jadi seorang yang low profile dan dalam diam mereka berjaya buat duit ribuan ringgit hanya dengan menulis.

 

Menulis ni adalah satu aktiviti (atau kerja) yang kita tak boleh nak paksa-paksa. Biasanya orang yang suka menulis ni adalah orang yang kreatif, orang yang suka berkongsi cerita, orang yang nak menyampaikan ilmu, orang yang mahukan suaranya (atau pendapatnya) didengari.

 

Penulis yang kurang cerdik, buat semua ini (maksud saya menulis) tapi langsung tak dapat apa-apa hasil dalam wang ringgit. Maka jadilah kegiatan penulisan itu seperti satu perkara yang sia-sia sebab tak mendatangkan hasil.

 

Namun kalau kerja-kerja menulis itu dilakukan dengan betul, dengan sistem yang tepat, ia boleh jadi satu aktiviti yang memberikan hasil yang lumayan.

 

Maka, for those yang masih belum bekerja, mereka yang masih bersekolah, those yang masih belajar di universiti dan pada masa yang sama mempunyai skil penulisan yang baik, atau anda memang jenis minat menulis dan sanggup belajar untuk memperbaiki mutu penulisan, silalah dapatkan juga ilmu untuk buat duit dengan menulis ini.

[muat turun panduan buat duit dengan menulis disini]

Jadilah seorang penulis yang dihormati. Anda dihormati dan disanjungi bukan sekadar kerana anda mempunyai idea, pandangan dan skil penulisan yang hebat, malahan pada masa yang sama anda turut mendapat penghormatan kerana sebagai penulis anda mampu untuk hasilkan pendapatan yang lumayan.

 

So moral of the stories, sebab itulah kena tulis banyak kali 🙂

 

 

Exit mobile version