Blog Sabree Hussin

Patutkah Anda Promosi Banyak Produk Affiliate Serentak?

Jika anda ingin buat duit tanpa modal menerusi program affiliate, artikel ini mungkin dapat beri anda idea untuk jalankan promosi dengan lebih berkesan.

Mana satu lagi baik, promosi banyak produk atau fokus hanya pada satu-satu produk dalam satu-satu masa?

Jawapannya, bergantung pada teknik pemasaran yang anda sedang gunakan.

Saya ambil contoh,

1.0 Jika anda menggunakan kaedah pemasaran menerusi blog

Bermakna, anda perlu menggunakan teknik penulisan mesra SEO.

Jika dalam satu-satu masa, anda tulis topik yang pelbagai dan tidak fokus pada satu-satu topik, bermakna penggunaan keyword pada artikel blog anda juga akan jadi pelbagai.

Ia tak fokus.

Ia tak tertumpu hanya pada satu-satu keyword.

Ikut pengalaman saya, jika anda tak fokus pada kata kunci tertentu ketika menulis, kesan SEO dan kerja-kerja untuk rank kata kunci tertentu di halaman pertama google jadi lagi lambat.

Kalau nak cepat nampak kesan… kena fokus hanya pada satu keyword dalam satu masa.

Ini bermakna, anda perlu fokus hanya pada satu produk atau satu program affiliate dalam satu-satu masa sekiranya anda ingin menggunakan blog dan teknik SEO.

2.0 Jika anda menggunakan kaedah pemasaran emel

Adakah anda ingin menggunakan senarai emel sedia ada atau anda akan gunakan senarai emel yang baru?

Jika anda ingin gunakan senarai emel yang sedia ada, dan anda nak promot banyak produk dalam satu-satu masa, contohnya dalam range waktu sebulan…

Risikonya ialah, anda akan buatkan sebahagian daripada subscriber anda rasa jemu dan akan ada antara mereka yang akan klik unsubscribe.

Ya

Anda akan kehilangan subscriber yang berharga.

Akan tetapi, jika anda ingin gunakan senarai mailing list yang baru, atau dalam kata lain, anda baru nak kumpul list tersebut, tak ada masalah untuk anda promosikan banyak-banyak produk dalam satu masa.

Cuma anda perlu pastikan, setiap produk dipromosikan mengikut mailing list yang berbeza.

Jika tidak… list yang baru anda bina mungkin hanya akan dapat bertahan dua atau tiga hari sahaja.

Selepas itu?

Mereka akan unsubscribe.

Nampaknya, jalan yang lebih selamat adalah fokus hanya pada satu-satu produk atau satu-satu program dalam satu-satu masa jika nak gunakan kaedah pemasaran emel.

3.0 Jika anda ingin gunakan pemasaran di media sosial

Biasanya program affiliate lebih sinonim dipromosikan di laman media sosial FB.

Namun saya tidaklah menolak kemungkinan ada laman media sosial lain yang boleh digunakan untuk tujuan promosi.

Baiklah.

Bagaimana kalau kita promosikan banyak-banyak produk dalam satu-satu masa?

Adakah berhasil untuk dapat sebarang income?

Boleh dapat hasil. Juga bergantung pada kaedah pemasaran yang anda gunakan. Percuma atau berbayar?

Jika gunakan kaedah promosi percuma di FB… kesannya selalu kurang memberangsangkan. Audience yang anda sasarkan mungkin kurang minat dengan apa yang anda promosikan.

Mereka akan lihat gerak geri dan cara anda lakukan promosi.

Mereka akan jadi lebih skeptikal, sebabnya mereka akan mula hidu niat anda semata-mata untuk buat duit, bukan kerana produk yang anda promosikan betul-betul bagus pada waktu tu.

Kenapa saya kata macam tu?

Isnin anda promosi produk EdyClick.

Selasa anda promosi EdyBiz.

Kemudian, hari Rabu anda cerita pasal Qlimax.

Khamis anda senyap.

Jumaat anda promosikan dua program/produk serentak iaitu EdyClick dan EdyBiz.

Sabtu dan Ahad anda tak buat promosi. Lazimnya Sabtu Ahad orang ramai cenderung buat aktiviti luar dan kurang online. (termasuk saya)

Pengguna FB yang mengenali diri anda, akan mula mempertikaikan ayat-ayat promosi yang anda gunakan.

Kalau hari Isnin anda kata, EdyClick adalah platform jana pendapatan TERBAIK, kemudian hari Selasa,  tiba-tiba anda kata EdyBiz pula adalah platform buat duit TERBAIK, mereka akan pertikaikan kata-kata anda.

Mana satu yang terbaik sebenarnya ni?

Semalam cakap lain, hari ni cakap lain.

Kesudahannya… anda akan diabaikan. Sedih kan…

Melainkan… anda guna kaedah pemasaran berbayar. Setiap produk affiliate yang berbeza anda setup fan page berbeza, dan anda run iklan FBAds.

Tak ada siapa yang nampak dan tiada siapa yang tahu kesemua iklan itu milik anda.

Risikonya?

Kos lah. Lagi banyak produk yang anda iklankan, anda perlu sediakan pelbagai iklan yang berbeza, dan ini akan menyebabkan kos pengiklanan anda bertambah.

Jika ada pulangan, anda selamat.

Jika tiada jualan, anda lah yang akan tanggung kerugian.

Jadi, langkah selamat ialah fokus pada satu-satu produk dalam satu-satu masa.

Walaubagaimanapun, apa yang saya kongsikan ini adalah base on pengalaman peribadi saya semata-mata. Setiap orang mungkin akan alami pengalaman yang berbeza.

Justeru akan ada pendapat yang berbeza.

Jika tak keberatan, boleh anda kongsikan pendapat anda dibahagian komen blog ini?

Wallahua’lam

 

 

 

Exit mobile version