“Bagaimana cara nak memanfaatkan akaun Facebook yang kita miliki supaya ia tidak membuang masa kita dan membazirkan data yang kita langgan setiap bulan?”
Jawapannya ialah, gunakan Facebook sebagai platform untuk buat duit. Ya memang betul Facebook ini adalah platform untuk kita bersosial. Tetapi sampai bila kita nak terus habiskan masa untuk bersosial? Bukankah lebih baik kalau kita buat sesuatu yang dapat beri nilai tambah kepada kehidupan kita.
Sebagai contoh, buat bisnes. Gunakan Facebook sebagai alat untuk kita berkomunikasi dengan bakal prospek dan pelanggan kita. Dapatkan perhatian mereka-mereka yang mungkin berpotensi untuk menjadi pelanggan kita. Sambil kita bersosial, sambil tu kita berniaga. Lagipun, dah ramai orang yang buat macam ni. Setidak-tidaknya, masa yang mereka habiskan untuk layan FB tidak terbazir begitu sahaja.
Sambil layan Facebook sambil buat jualan. Seronok dapat, duit pun dapat. Kan ini lebih bagus, betul tak? Dalam post saya yang sebelum ini, saya telah pun ceritakan tentang bagaimana cara nak mempromosikan produk-produk dropship menggunakan medium blog. Anda dah baca ke belum? Kalau belum baca sila baca sekarang.
Klik sini untuk baca: Cara mempromosikan produk dropship dengan menggunakan blog
Bagi sesetengah orang, mungkin mereka merasakan yang kerja-kerja promosi dengan blog ini agak mencabar. Ada banyak benda yang anda kena buat. Pertama sekali, dah tentu anda kena taip artikel. Tak boleh guna artikel copy paste, sebabnya untuk jangka masa panjang, penggunaan artikel yang di copy paste sebenarnya langsung tak beri nilai tambah kepada perniagaan anda.
Selain dari itu, pemasaran menggunakan medium blog memerlukan anda untuk membuat kajian kata kunci. Anda perlu tahu apa dia kata kunci yang berharga untuk anda sasarkan supaya usaha anda menulis artikel tidak akan menjadi suatu usaha yang sia-sia sahaja. Sesetengah kata kunci mempunyai nilai yang lebih baik berbanding sesetengah kata kunci yang lain pula.
Memandangkan pada hari ini, hampir semua orang ada akaun dengan Facebook, jadi saya kira kaedah pemasaran menggunakan facebook adalah kaedah yang paling mudah. Betul tak? Sepatutnya pada hari ini juga, setiap orang yang ada Facebook sekurang-kurangnya pernah menjual satu produk dropship dalam sepanjang hidupnya.
Anggapannya begini, dalam masa setahun, sekurang-kurangnya anda patut dapat jual satu produk. Sebenarnya, saya yakin anda boleh jual lebih banyak dari itu, dengan syarat anda buat pemasaran dengan konsisten. Baiklah, macam mana nak buat pemasaran dengan konsisten kalau anda sendiri tak ada idea apa yang perlu dilakukan?
Jadi dalam perkongsian pada kali ini, saya nak tunjukkan kepada anda 7 cara bagaimana anda boleh lakukan pemasaran menggunakan medium Facebook. Dah sedia nak tahu? Ini dia cara-caranya.
(1) Gunakan FB Fanpage
Fanpage adalah ibarat kedai maya yang anda bangunkan di Facebook. Jika anda ingin mula berniaga, maka langkah pertama adalah untuk bina Fanpage.
Perlu ke ada fanpage sedangkan kita boleh guna je FB personal profile?
Memang betul kita boleh terus gunakan FB Personal profile. Akan tetapi, menggunakan personal profile untuk berniaga ada beberapa sekatan. Antaranya kita hanya boleh add sehingga 5,000 orang kawan sahaja. Kita tak boleh nak gunakan FBAds dan sebagainya.
Lagi satu, FB personal kita adalah untuk tujuan personal. Sebaik-baiknya jangan campurkan FB untuk personal dengan tujuan bisnes.
(2) Jalankan pengiklanan berbayar menggunakan FBAds
Ini cara cepat untuk anda iklankan produk yang anda niagakan kepada ribuan pengguna Facebook yang lain. Setakat hari ini, anda boleh pilih antara senarai dibawah ini bentuk iklan yang anda ingin gunakan.
Sesuaikan kaedah penggunaan bentuk iklan dengan strategi dan matlamat pengiklanan anda. Jika anda mempunyai laman web lain, dan anda mahukan pengguna FB untuk tekan klik pada iklan anda untuk dibawa ke laman web anda, maka anda boleh pilih opsyen “Send people to your website”.
Anda akan di kenakan bayaran dalam bentuk per klik. Jika anda ingin menggunakan kaedah FBAds ni, pastikan anda mempunyai bajet yang mencukupi.
Baca juga: Legenda Jutawan Facebook
(3) Setiap kali post di Fanpage share dia personal profile
Bagaimana kalau anda tak ada bajet untuk jalankan iklan berbayar? Mudah sahaja. Pastikan setiap kali anda post sesuatu di fanpage, anda tekan share post tersebut ke wall FB anda. Dengan cara ini, rakan-rakan anda juga akan dapat lihat apa yang anda telah post di fanpage.
Benda ni kena buat selalu untuk dapat lihat hasil dan kesan positifnya.
(4) Selalu kongsi gambar
Salah satu cara untuk menarik perhatian pengguna akaun facebook terhadap produk yang anda jual ialah dengan berkongsikan gambar. Dalam hal ini, anda kena jadi lebih kreatif untuk kongsikan gambar-gambar produk yang anda jual.
Sebaik-baiknya, anda beli dulu produk yang anda nak jual menggunakan sistem dropship tu. Bila ada produk dalam tangan, lagi mudah anda nak pelbagaikan persembahan gambar produk. Nak tangkap gambar produk tu dari macam-macam sudut pun jadi lebih mudah.
(5) Gunakan video untuk bercerita tentang produk
Anda ada smartphone? Bagus. Rakam video. Kalau anda segan nak masukkan muka anda dalam video tu, anda fokus sahaja kamera pada gambar produk. Sambil anda rakam gambar produk tu, anda ceritalah tentang produk tu tadi. Rakam video dengan panjang lebih kurang 2 – 5 minit sahaja.
Pastikan anda edit dulu video sebelum terus publish. Kalau boleh kita tak nak ada suara-suara yang tak perlu dalam video ataupun suara anda berdehem, batuk, atau menyebut perkataan aaaaaa…. ummm… ekkkk.
(6) Anjurkan pertandingan atau kontes yang mudah
Matlamat kontes di facebook ni sebenarnya adalah untuk dapatkan kesan viral kepada FB Fanpage atau profile kita. Biasanya penganjur akan letakkan syarat seperti
1. Kena tekan like dulu
2. Kena komen
3. Kena tekan butang share
4. Kena tag dua orang rakan
Buatlah mana-mana satu yang anda rasakan sesuai. Kontes di Facebook selalunya tidak begitu susah untuk disertai dan hadiahnya juga tidaklah terlalu mahal. Namun, hadiah jika terlalu murah orang mungkin tak minat nak turut serta.
(7) Tubuhkan group FB istimewa
Dalam senarai mereka yang likes FB Fanpage kita dan dalam senarai friendlist kita, bukan semua orang akan menunjukkan minat pada produk yang kita jual. Ok… jadi begini. Bagaimana kita nak asingkan antara orang yang betul-betul minat dengan orang yang tak minat.
Dalam masa yang sama, kita nak tapis antara prospek dengan bukan prospek, serta kita juga nak wujudkan suasana eksklusif hanya pada mereka yang berminat sahaja. Maksudnya, jika orang ramai nak tau dengan lebih lanjut tentang produk, atau mereka minat nak dapatkan lagi banyak tips-tips menarik tentang sesuatu perkara, mereka perlu join sebagai group member.
Maka dengan ini, kaedah yang sesuai ialah dengan menubuhkan group FB. Kebiasaannya, mereka yang join adalah mereka yang benar-benar minat dengan sesuatu perkara atau produk dan mereka inilah yang mempunyai kebarangkalian yang sangat tinggi untuk kita tukarkan menjadi pembeli.
Bagaimana? Cukup mudah, bukan? Saya harap anda dapat belajar sesuatu dan dapat praktikkan apa yang anda baru pelajari ini. Sebenarnya tak susah mana pun nak promosikan produk dropship dengan menggunakan Facebook ini. Saya harap artikel tentang cara promosi produk dropship menggunakan medium FB ini bermanfaat untuk anda.
Anda perlu sentiasa bereksperimentasi dan kena konsisten ketika buat pemasaran. Selamat mencuba dan semoga berjaya!