Blog Sabree Hussin

Review Program Buat Duit Menerusi Platform EdyClick

Artikel review program buat duit dengan EdyClick ini merupakan siri artikel yang ketiga yang telah saya catatkan dalam blog ini.

Mungkin saya akan catatkan beberapa lagi artikel terbaru tentang EdyClick dimasa akan datang, itupun jika ada fungsi baru yang diperkenalkan oleh pihak EdyClick.

1. Pendaftaran Affiliate EdyClick

Dari segi pendaftaran untuk sertai affiliate EdyClick, ia tak jauh beza dengan pendaftaran untuk sertai EdyBiz.

Pihak EdyClick telah memudahkan proses pendaftaran hanya dengan perlu klik pada ikon connect with facebook.

Klik sini untuk ke halaman pendaftaran.

Opsyen untuk menyertai affiliate EdyClick menerusi akaun Facebook adalah optional. Anda boleh juga isi borang pendaftaran secara manual seperti biasa jika mahu.

2. Pemilihan produk & program untuk dipromosikan

Jika anda mendaftar sebagai affiliate EdyClick melalui FB, proses pendaftaran hanya mengambil masa beberapa saat sahaja. Bergantung pada kelajuan internet anda.

Seterusnya anda dah boleh akses ke bahagian dashboard dan akan dapat lihat paparan seperti dibawah

Klik pada bahagian anak panah berwarna merah untuk melihat senarai produk yang anda boleh promosikan.

3. Konsep pay per sales & pay per click

Program affiliate EdyClick ini menggabungkan dua konsep pemasaran iaitu, konsep Pay Per Sales dan juga Pay Per Click.

Pay per sales ni biasalah… bila ada sales yang berjaya dihasilkan baru anda akan dapat komisyen.

Untuk pay per click ni pulak, anda akan dibayar komisyen untuk setiap klik yang diperolehi pada link affiliate anda.

Ini bermakna, walaupun anda tak berjaya untuk hasilkan sebarang sales, asalkan ada yang klik pada link affiliate anda, anda masih lagi boleh jana komisyen affiliate.

4. Pemasaran produk semudah 1 klik

Ini merupakan satu pembaharuan dalam bidang pemasaran affiliate.

Anda tak perlu nak susah payah nak fikir ayat apa nak buat, dan gambar apa yang nak digunakan untuk mempromosikan produk-produk EdyClick.

Dengan hanya satu klik, segalanya akan dibuat untuk anda oleh sistem EdyClick secara automatik.

Saya juga dah cuba function ini, dan hasilnya telah saya kongsikan dalam artikel berjudul buat duit dengan EdyClick semudah satu klik [klik sini]

5. Komisyen affiliate berbilang tingkat

Ada beberapa produk yang disenaraikan di laman web EdyClick, menawarkan komisyen affiliate berbilang tingkat. Ada yang komisyen 1 tier dan ada juga komisyen affiliate yang dua tier.

Sebab itu jika anda dapat lihat di laman web EdyClick ini, ada juga opsyen untuk kita lihat downline

Untuk hasilkan lebih banyak income menerusi program ini, selain anda buat sales, anda juga perlu kumpul seberapa banyak yang boleh downline untuk disusun dibawah anda.

Hasilnya?

1. Jika downline anda buat sales, dan produk tersebut menawarkan komisyen affiliate dua peringkat, anda akan turut mendapat komisyen affiliate.

2. Jika downline anda buat pembelian produk untuk kegunaan sendiri, anda juga akan memperoleh komisyen affiliate.

Dari dua saluran ini sahaja anda boleh dapat pendapatan pasif.

Walaupun anda berpeluang untuk dapat pendapatan pasif, namun untuk memaksimumkan pulangan dan keuntungan anda menerusi program affiliate EdyClick ini, anda juga perlu pastikan yang anda turut buat sales (jualan).

Bukan susah pun, cuma anda perlu konsisten buat marketing. In Shaa Allah pasti akan ada pulangan untuk anda. Doa banyak-banyak ya disamping usahakan untuk buat marketing.

6. Cara dapatkan link affiliate untuk dipromosikan

Jika anda klik pada ruangan Affiliate programs, dan pilih pay per click, anda akan temui dua option iaitu “banner” dan juga “view downline”

Kemudian anda akan nampak opsyen seperti berikut jika anda klik pada banner.

Untuk melihat kod banner tersebut, klik pada butang ataupun simbol +

Anda akan dapat lihat code tersebut ialah seperti berikut

<a href=”http://www.edyclick.com/aff_tools/mohamadsabreehussin/tool/banners/14” rel=”nofollow”><img src=”http://www.edyclick.com/images/banners/fc770a59ee9120c1b20e81121c0faa9a.jpg” width=”520″ height=”195″ border=”0″ /></a><img src=”http://www.edyclick.com/track/imp/banners/333_14″ border=”0″ width=”1″ height=”1″ />

Untuk makluman anda, kod yang panjang ni ialah kod untuk banner tersebut. Jika anda ingin promosikan link affiliate sahaja, anda tak sepatutnya copy paste semua sekali.

Cara itu tak betul.

Sekiranya anda hanya ingin promosikan link affiliate sahaja, anda hanya perlu copy paste setakat pada link yang saya bold kan itu sahaja.

Lihat seperti dibawah:

<a href=”http://www.edyclick.com/aff_tools/mohamadsabreehussin/tool/banners/14” rel=”nofollow”>

Hanya ambil bahagian sesudah kod href= dan diantara simbol ” dengan ”

Kemudian kod tersebut anda boleh cloak atau sembunyikan guna servis dari bit.ly atau lain-lain servis cloaking.

Ini contohnya –> Teknik Sanin (link affiliate di-hyperlink-kan pada perkataan)

Ini pula contoh banner. Ia berfungsi dengan baik pada laman web yang support fungsi HTML

Anda juga boleh klik pada gambar diatas.

Jika anda klik, saya akan dapat RM0.03, manakala jika anda buat pembelian, saya akan dapat komisen affiliate.

7. Macam mana nak buat promosi? 

Kalau anda ada Facebook, boleh guna teknik satu klik post ke profil FB.

Kalau anda ada blog, boleh siarkan banner produk-produk EdyClick dalam laman blog anda.

Atau anda juga boleh hasilkan beberapa artikel promosi di blog anda.

Kalau anda ada mailing list, pun boleh broadcast emel kepada mailing list anda tu nanti.

Pendek kata, banyak cara nak buat promosi.

8. Hasil promosi setakat ini?

Dalam mana-mana program atau produk yang kita nak promosikan, pastikan ia benar-benar berkesan dan mempunyai sistem yang boleh track hasil usaha dan penat lelah kita.

Kalau tidak… Hmm…

Sia-sia je.

Beberapa hari ini saya dah test sistem ini. Ini adalah hasilnya

Setakat artikel ini dihasilkan, dah berjaya kumpul RM0.54 (54 sen) 🙂

Sebenarnya saya dah dapat lebih dari tu, cuma sistem hanya akan tunjuk komisyen yang telah di sah kan.

Program macam ni juga sebenarnya terdedah dengan bahaya Fraud klik, atau klik palsu. Klik palsu ini pulak boleh terhasil apabila ada agen affiliate yang tak bertanggungjawab gunakan kaedah seperti

–> auto klik

–> main klik-klik sendiri

–> main tukar-tukar klik

Semua ini adalah kerja-kerja yang tak sihat dan hanya akan merugikan pihak EdyClick dan mereka yang buat promosi dengan jujur.

Jadi, saya nak ingatkan, kawal perasaan tamak tu, dan jauhkan diri dari ambil langkah mudah.

Apa-apapun, keberkatan itu penting. Jangan menipu klik ya 🙂

Kita nak EdyClick ini berkembang pesat dan maju, sebab bila mereka maju, lagi ramai yang mereka dapat bantu.

Terima kasih saya ucapkan atas kesudian anda baca artikel tentang EdyClick ini. Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk anda ya.

Anda boleh juga baca artikel saya sebelum ini yang bertajuk panduan buat duit dengan EdyClick [klik sini]

 

 

Exit mobile version