Blog Sabree Hussin

Panduan Buat Duit Dengan EdyClick

Sebelum ini, saya banyak bercerita mengenai EdyBiz – Easy Do Your Business dalam blog ini. Kali ini saya nak cerita mengenai satu lagi platform buat duit online yang baru, yang turut dimiliki oleh pemilik yang sama, yang dikenali sebagai EdyClick.

Menerusi platform EdyClick, agen affiliate berpeluang untuk buat duit menerusi dua cara, iaitu komisyen pay per sales dan juga komisyen pay per click.

Komisyen pay per sales akan diperolehi apabila terdapat jualan menerusi link affiliate bagi produk yang anda promosikan.

Manakala untuk pay per click, anda akan terima komisyen untuk setiap unik klik yang diterima pada link affiliate anda.

Dengan adanya struktur komisyen jenis pay per sales, ini menjadikan setiap trafik yang anda bawa masuk ke laman jualan tidak disia-siakan.

Sebagai contoh, jika pengendali program affiliate hanya menawarkan komisyen jenis pay per sales. Lalu anda buat promosi, dan berjaya memperolehi 4,000 klik pada link affiliate anda.

Dalam hal ini, anda hanya akan dapat komisyen sekiranya ada jualan terhasil. Jika tiada jualan, tak kiralah walau sebanyak mana klik yang anda berjaya hasilkan, tetap tiada sebarang bayaran akan diberi.

Berbeza pula halnya dengan EdyClick.

Mereka baru sahaja perkenalkan konsep pay per click.

Kita ambil contoh yang sama, iaitu anda berjaya dapatkan 4,000 klik pada link affiliate anda.

Untuk makluman anda, pada waktu catatan ini dibuat, setiap klik akan dibayar sebanyak RM0.03 (3 sen). Ini menjadikan

4,000 klik x RM0.03 = RM120

Anda dapat komisyen sebanyak RM120, tak kiralah sama ada anda berjaya hasilkan sebarang jualan atau tidak.

Senang, betul?

Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan panduan ringkas untuk anda buat duit dengan EdyClick.

Mula-mula sekali, [klik sini] untuk akses halaman pendaftaran.

Pada paparan diatas, anda hanya perlu klik connect with Facebook untuk memudahkan proses pendaftaran.

Atau anda boleh juga terus [klik sini] untuk pendaftaran sebagai agen affiliate EdyClick.

Paparan diatas ni pulak adalah paparan yang akan kelihatan apabila anda berada di dashboard. Lihat anak panah berwarna merah.

Klik pada affiliate program untuk melihat senarai produk atau program yang tersedia untuk anda promosikan.

Lihat pada bahagian Pay Per Click

Pilih Get Tools.

Kemudian anda akan dapat lihat banners. Klik pada bahagian tersebut.

Anda boleh pilih mana-mana produk yang disenaraikan untuk dipromosikan. Ingat. Setiap satu klik yang anda bawa masuk ke laman web jualan, anda akan terima komisyen bernilai RM0.03

Jadi, bawalah seberapa banyak trafik yang boleh.

Ini adalah contoh banner yang saya perolehi daripada laman web EdyClick

Jika anda perasan, kat atas tu ada bahagian view downline. Anda tahu sebab apa ada bahagian ini?

Sesetengah produk dalam EdyClick ada yang tawarkan komisyen dua level. Ini bermakna, apabila downline anda berjaya hasilkan jualan, anda juga akan dapat komisyen yang dikenali sebagai komisyen level kedua.

Jadi, tugas anda diperingkat awal ialah untuk dapatkan seberapa banyak yang boleh agen affiliate untuk sertai EdyClick. In Shaa Allah, lagi ramai yang sertai EdyClick dibawah anda, lagi tinggi potensi dan peluang untuk anda buat duit lumayan.

Anda dapatkan link referral anda di bahagian dashboard.

Jadi, kalau ada kawan-kawan yang berminat nak join EdyClick, anda minta kawan anda tu untuk sign up menerusi link affiliate anda.

Kaedah pemasaran menerusi banner paling sesuai dilakukan apabila anda ada blog ataupun laman web anda sendiri.

Dengan ini, anda hanya perlu siarkan iklan produk tersebut dan biarkan pelawat dan pengunjung blog anda klik pada banner iklan tersebut.

Dengan ini, anda akan perolehi pendapatan pasif.

Biarkan sahaja pengunjung dan pelawat blog anda klik pada banner tersebut. Walaupun mereka tak beli apa-apa, anda tetap dapat kumpul komisyen.

Terima kasih kerana membaca artikel ini.

Saya harapkan semoga ia bermanfaat.

 

 

 

 

Exit mobile version