Blog Sabree Hussin

Strategi Kumpul Mailing List Tanpa Domain dan Hosting

Entri ini sebenarnya saya hasilkan khusus untuk para pembeli produk Sistem Jualan PRO oleh Rahman Basri. Untuk makluman pembaca dan pelawat blog saya, dalam pakej sistem jualan PRO, salah satu modul penting adalah mengenai strategi pemasaran menggunakan mailing list.

Jika anda adalah pengguna Aweber, maka anda mempunyai pilihan untuk kumpul senarai emel tanpa perlu beli nama domain dan hosting. Ini adalah kerana sistem Aweber membenarkan pelanggannya untuk hostkan skrip autoresponder pada sistem hosting milik aweber.

Sebagai contoh, sila ke link berikut: http://forms.aweber.com/form/95/1855780895.htm

Namun demikian, atas sebab-sebab tertentu, ramai yang kurang berkeyakinan untuk melanggan perkhidmatan autoresponder daripada pihak Aweber.

Memandangkan Aweber adalah milik syarikat luar negara, maka, dari segi pembayaran langganan, pelanggan perlu mempunyai kad kredit atau kad debit. Jika anda tidak mempunyai kad kredit atau kad debit, agak sukar untuk anda jadi pengguna aweber.

Kemudian, dari segi kos langganan. Aweber menawarkan kos serendah USD1 pada bulan pertama. Walaubagaimanapun, kos penggunaan Aweber semakin meningkat mahal dengan bertambahnya bilangan subscriber anda nanti.

Pada pendapat saya, kedua-dua isu ini bukanlah masalah besar, sebabnya rata-rata yang saya kenal, mereka lebih risau jika mereka gagal sama sekali untuk hasilkan sebarang income setelah menjadi pengguna autoresponder aweber.

Kalau tak ada income, macam mana nak bayar kos penggunaan, autoresponder… betul tak?

Memang lah ramai yang beri nasihat, kalau nak guna autoresponder berbayar seperti Aweber, perkara paling penting ialah kita mesti ada plan tindakan. Pastikan anda dah ada perancangan.

Untuk buat perancangan yang rapi itu sendiri perlukan banyak masa. (alasan)

Rasionalnya? Kebanyakkan mereka yang masih baru dalam bidang pemasaran online pada masa yang sama turut mempunyai kerja-kerja hakiki tersendiri. Internet marketing adalah sebagai aktiviti buat duit part time sahaja. Jadi, memang agak mencabar nak beri fokus dan tumpuan lebih-lebih lagi bila masa yang kita ada untuk fokus dalam bidang ini juga sangat terhad.

Nak cerita dari segi pengalaman… berapa ramai sangat yang memang ada pengalaman berbisnes?

Baiklah, artikel ini sebenarnya bertujuan untuk memberi idea kepada para pembeli pakej sistem jualan PRO sebelum ini untuk setup kempen pemasaran automatik bagi hasilkan jualan dan dapatkan komisyen. Jika ia sesuai untuk anda tiru bulat-bulat, maka tirulah.

Namun sebaik-baiknya anda ubah serba sedikit mengikut kesesuaian anda.

Bagaimana nak kumpul list prospek tanpa perlu beli domain dan hosting?

… dan pada masa yang sama, kita tak nak guna Aweber bagi menjimatkan kos pemasaran dan risiko kerugian bagi orang baru.

Bahan-bahan yang anda perlukan.

1. Akaun blogger/blogspot

Kalau masih belum ada akaun, sila daftar di http://www.blogger.com

Pendaftaran adalah percuma

2. Produk PLR/MRR/RR

Sebagai pembeli pakej sistem Jualan PRO, anda hanya perlu pilih mana-mana satu produk yang anda dapat semasa membeli pakej jualan pro ini.

Ada lebih daripada 90 produk yang anda boleh pilih.

3. Sistem Autoresponder percuma emelmatik.com

Dalam kaedah yang bakal saya kongsikan ini, kita akan gunakan sistem autoresponder emelmatik.

Jika anda nak tahu kenapa saya pilih emelmatik, sila baca artikel saya yang terdahulu berjudul: Review sistem autoresponder percuma emelmatik

Memandangkan emelmatik dimiliki oleh syarikat tempatan, maka dari segi pembayaran, anda boleh buat bayaran menggunakan kaedah bank transfer. Ia lebih mudah dan murah.

Jika anda ingin mempromosikan pakej sistem jualan PRO, jangan sesekali memperkenalkan pakej ini pada kali pertama anda berinteraksi dengan prospek.

Sebabnya, prospek anda tak minat nak beli pakej yang mahal seperti ini, tetapi prospek anda pasti berminat nak belajar mengenai affiliate, FB marketing, pemasaran emel, blogging, seo dan sebagainya

Itu yang saya pegang ketika saya buat promosi untuk sistem jualan pro. Anda boleh pegang prinsip yang sama, dan anda juga bebas nak ikut prinsip anda sendiri. Terpulang…

Tentang produk PLR/MRR/RR

Sila lihat dibahagian download area. Pastikan anda dah pun muat turun produk-produk yang anda terima.

Anda boleh terus gunakan produk tersebut, sama ada ebook, video, software, untuk diberikan secara percuma bagi mengumpul list, ATAU…

Anda boleh rebrand semula dan jadikan ia sebagai satu produk baru.

Cadangan dari saya… anda rebrand produk tersebut dan jadikan ia sebagai satu produk yang baru. Namun teknik ini memerlukan anda keluarkan sedikit bajet. Sebenarnya tak mahal pun.

Anda hanya perlukan design ecover yang baru untuk produk tersebut, itu sahaja! (pastikan pada design tersebut anda masukkan nama anda sebagai penulis untuk tujuan penjenamaan nama anda)

Dengan kos serendah 5USD, anda boleh mengupah para designer menerusi platform fiverr.com

Pada waktu catatan ini ditulis, 5 USD bersamaan dengan RM16.29 sahaja

Saya andaikan bahawa sekarang ini anda dah pun mempunyai produk anda sendiri. Ini bermakna, anda telah pun memilih salah satu produk dalam pakej PLR/MRR/RR untuk digunakan.

Anda telah ubah tajuk dan dah mula menempah ecover yang baru.

Sekarang, dari segi kandungan. Pastikan anda memilih produk yang mempunyai label PLR. Sebabnya, anda bakal mengubah serba sedikit struktur ebook tersebut.

Anda akan ubah kandungan serba sedikit.

Masukkan iklan anda tentang Pakej Sistem Jualan PRO dalam ebook tersebut.

Kemudian, pastikan anda ubah nama penulis asal kepada nama anda. Hasilnya? Anda ada produk baru. Ya. Produk anda sendiri.

Sekarang produk dah siap.

Anda ada dua pilihan.

Pertama, setup squeeze page dan edarkan produk tersebut secara percuma, ATAU…

Anda bina minisite, masukkan sales letter, dan jual produk tersebut. Boleh letak harga sekitar RM20 kebawah.

Jika anda beri percuma, list yang bakal dikumpul adalah list prospek semata-mata. Namun demikian, jika anda jual produk tersebut, anda bakal mempunyai dua jenis list, iaitu list prospek dan juga list pembeli (buyer list).

Apa fungsi laman web blogspot?

Memandangkan kita tak nak beli domain dan hosting, maka kita gunakan sahaja laman blogspot sebagai minisite/laman jualan.

Sampel adalah seperti berikut. Sila klik: http://dominasifbgroup3.blogspot.com/

Anda tahu cara untuk hasilkan laman minisite seperti yang saya tunjukkan dalam sample diatas? Kalau dah tahu caranya, bagus. Sila setup seberapa banyak minisite yang anda mampu.

Jika anda masih lagi tak tau cara untuk setup, sila rujuk artikel berikut: Review Panduan Dominasi FB Group. Langkah demi langkah cara untuk setup laman minisite percuma blogspot ada diterangkan.

Macam mana nak jadikan proses mempromosikan sistem jualan PRO sebagai satu proses automatik?

Saya tak nak terangkan panjang-panjang.

Pertama, anda masukkan ayat-ayat iklan anda dalam produk yang anda hasilkan. Ini bermakna, selagi mana ada orang muat turun produk anda, selagi itulah mereka akan baca mesej promosi anda.

Kedua, pada emel follow up. Selepas prospek opt in pada mailing list anda, setkan beberapa emel untuk anda perkenalkan produk sistem jualan pro ini kepada mereka.

Dalam emel follow up ini, anda hanya perlu perkenalkan, bukan cuba untuk menjual.

Adakah saya menggunakan kaedah yang saya kongsikan ini? Jawapannya… Ya. Dan saya masih gunakan sampai sekarang. Saya juga telah setup beberapa laman web blogspot bagi tujuan kumpul list dan promosi SJP secara automatik.

Hasilnya?

Ada beberapa kali berjaya dapat komisyen hasil jualan SJP.

Lihat: Komisyen sistem jualan PRO – March 2014

Namun, komisyen SJP masih lagi tak dapat nak lawan hasil jualan produk MRR/PLR/RR yang telah saya rebrand kepada produk saya sendiri.

Sebab itu saya kata, memang mustahil untuk anda gagal hasilkan sebarang income dengan SJP, dan untung siapa yang beli SJP.

Ada sebarang pertanyaan?

Boleh tinggalkan dibahagian komen. Jika anda berminat untuk dapatkan servis online personal coaching dari saya, bolehlah hubungi saya.

Bergantung pada modul apa yang anda inginkan, caj adalah RM250 untuk 10 jam coaching.

 

Exit mobile version