Blog Sabree Hussin

Panduan buat laman web Profesional untuk perniagaan online

Laman web merupakan satu platform yang sangat penting bagi mereka yang melakukan bisnes online. Tak kiralah sama ada anda merupakan pemilik bisnes kecil ataupun besar, anda WAJIB ada website.

 

Pada hari ini, pelanggan amat bergantung kepada internet sebelum membuat sebarang keputusan pembelian. Jika anda tidak mempunyai website, bermakna perniagaan anda tidak wujud pada mata mereka. Ya, memang semudah itu.

 

Pada era digital ini, kita berhadapan dengan pelanggan versi cerdik. Mereka tidak akan terus beli sesuatu barangan pada pertama kali mereka dengar tentang sesuatu produk tu, lebih-lebih lagi jika barangan yang hendak dibeli dijual dengan harga premium. Sebaliknya mereka akan luangkan sedikit masa untuk mencari info lanjut mengenai produk tersebut, mereka akan baca review mengenai produk terlebih dahulu dan juga melihat kalau-kalau ada pengguna sebelum ini pernah alami pengalaman buruk berurusan dengan sesuatu syarikat atau produk tertentu.

 

Nampak menakutkan? Tunggu dulu. Sebenarnya ini juga adalah satu berita yang baik. Kita andaikan semua pelanggan kita adalah dalam kategori yang cerdik-cerdik kesemuanya. Ini bermakna apabila mereka berurusan dengan kita, mereka sebenarnya FAHAM dan tahu apa nilai barangan tersebut. Disebabkan semua maklumat adalah dihujung jari, maka isu-isu seperti pelanggan tak puas hati, pelanggan merasa tertipu dan pelanggan minta wang dikembalikan kerana tersalah beli dapat dikurangkan.

Kelebihan memiliki laman web sendiri, dapat meningkatkan lagi kepercayaan pembaca, pengguna atau bakal pembeli agar menggunakan perkhidmatan yang kita tawarkan. Laman web juga merupakan suatu mekanisma yang begitu penting bagi meningkatkan keyakinan bakal pelanggan. Kita nak bakal pelanggan bukan sekadar percaya pada kita, malahan kita juga mahu mereka yakin dengan kita.

 

“Bagaimana cara membina laman web sendiri yang profesional dan menarik?”

Kita bincang aspek tentang pembinaan laman web pula. Kebanyakan peniaga online menggunakan laman blog seperti blogspot dan wordpress percuma sebagai medium untuk mempromosikan perniagaan atau syarikat.

 

Walaubagaimanapun, jika anda ingin melihat hasil yang lebih baik, sebaik-baiknya anda bangunkan laman web menggunakan platform wordpress versi self hosted ataupun berbayar. Sebenarnya pemilihan wordpress sebagai platform content management system (CMS) adalah percuma sahaja. Apa yang anda perlu bayar adalah servis langganan domain dan hosting sahaja.

 

Platform wordpress bukan sekadar untuk tujuan menulis blog semata-mata. Ia juga sesuai digunakan untuk membangunkan laman web berkonsepkan ecommerce (menggunakan plugin khas), minisite, membership site dan macam-macam lagi.

 

Dalam posting kali ini, saya akan kongsikan secara ringkas sahaja teknik-teknik dan tips bagaimana untuk membangunkan laman web menggunakan platform wordpress self hosted. Jika anda memerlukan penerangan dalam bentuk video, mungkin sebab anda lebih mudah faham jika penerangan dalam bentuk video dan bukannya artikel seperti ini, anda boleh muat turun video panduan wordpress disini.

(i) Daftarkan nama domain dan hosting

Membuat blog atau laman web perniagaan menggunakan wordpress sebenarnya tidaklah begitu rumit prosesnya. Ianya mudah sahaja. Saya andaikan bahawa pada waktu ini, perniagaan anda sudahpun mempunyai namanya. Jadi, langkah pertama adalah dapatkan nama domain dan juga hosting.

 

“Berapa kos untuk melanggan nama domain dan hosting?”

Setiap syarikat hosting menawarkan pelan harga yang berbeza. Walaubagaimanapun, untuk pengetahuan anda, kos langganan nama domain dan hosting tidaklah begitu mahal. Anda boleh boleh melanggan nama domain dan hosting dengan kos serendah RM60 setahun atau lebih kurang bersamaan dengan 17 sen sahaja sehari. Tak kan bisnes anda tak boleh buat untung sekurang-kurangnya 17 sen sehari?

 

(ii) Pemilihan theme untuk laman web wordpress anda

Theme untuk wordpress ada yang versi percuma dan ada juga yang versi premium. Pada peringkat permulaan anda boleh guna versi percuma sahaja. Walaubagaimanapun jika anda ada bajet, saya lebih mengesyorkan anda menggunakan premium theme. Ianya lebih menarik, profesional dan lebih banyak benefit berbanding yang percuma.

 

Antara nama-nama wordpress premium theme yang popular adalah seperti Wootheme, DIY thesis theme, studiopress, theme forest dan sebagainya.

 

(iii) Pemasangan tools dan juga setting asas laman web wordpress

Pemasangan laman web kebiasaanya memerlukan sedikit pengetahuan tentang technical setting yang perlu anda lakukan. Begitu juga wordpress. Kesilapan pemasangan tools akan menyebabkan laman web mengalami error atau “could not found”.

 

Anda boleh search di youtube “wordpress video tutorials” atau boleh rujuk panduan pakej video wordpress. Anda akan mengetahui bagaimana cara yang sangat mudah untuk pasang sistem wordpress ini. Hanya perlu beberapa klik sahaja dan laman web anda telah sedia digunakan tanpa sebarang isu.

 

Berkenaan dengan setting asas wordpress, ada beberapa setting yang anda perlu lakukan pada peringkat awal pembinaan laman web lagi. Contohnya seperti setting plugin, setting permalink, setting discussion moderation, spam filtering, dan yang tak kurang pentingnya ialah security setting dan juga back up setting. Ha rasa pening ke? haha kalau macam tu mungkin penerangan dalam bentuk video akan lebih memudahkan pemahaman anda!

 

(iv) Perancangan pembangunan laman web untuk strategi long term marketing

Jika anda masih baru dan tidak mahir, proses untuk membina laman web mungkin akan mengambil masa yang lama. Oleh itu, anda perlu membuat plan dan tarikh siap. Perancangan perlu dilakukan untuk mengelakkan anda membazir masa seterusnya melambatkan proses promosi dan lain–lain. Buat ikut perancangan.

 

Contoh, anda luangkan 4 minggu untuk buat laman web. Setiap hari anda gunakan 2 jam bagi tujuan ini.

Maka:

 

(v) Hadiri kelas dan kursus mengenai wordpress

Kadangkala kita akan stuck jika kita buat laman web tanpa bantuan. Ini akan menyebabkan kita frust atau kecewa. Jika anda tidak sempat menghadiri kelas kursus, saya syorkan anda dapatkan pakej wordpress.

 

Video dibawah ini akan menerangkan apa yang bakal anda perolehi setelah mendapat akses kepada panduan wordpress ini. (Sila tekan play)

 

Jika anda seorang peniaga online, pastikan anda sudah mendaftar perniagaan online di SSM. Wajib daftar untuk mengelakkan kesulitan di hari kemudian. Gunakan sebaik mungkin laman web yang anda hasilkan. Ingat, kita membayar domain dan hosting secara bulanan. Ada juga pakej yang kita bayar secara tahunan. Pastikan anda mampu membayar untuk mengelakkan laman web terganggu.

 

Bina laman web anda sekarang. Lagi cepat anda bina, lagi awal prospek anda boleh tahu tentang perniagaan anda.

 

Exit mobile version