Blog Sabree Hussin

10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online

Ada tak senarai laman web yang kita boleh fokuskan untuk kita buat duit online? 

 

Sudah tentu jawapannya ialah, ada.

 

Sebenarnya diluar sana, ada banyak laman web yang boleh berikan kita pendapatan tambahan. Tapi agak mustahil untuk kita cuba semua.

Maklumlah, masa, tenaga dan kepakaran kita mungkin terhad.

 

Oleh sebab itu, saya kira ada baiknya kita fokus kepada beberapa laman web sahaja. Saya cadangkan, kita fokus kepada 10 buah laman web sahaja.

 

Saya faham, hari ini semua orang perlukan duit lebih. Semua orang perlukan side income untuk bernafas dan hidup dengan selesa.

 

Bagi yang memilih untuk cuba jaya cari duit lebih menerusi medium internet, pada hari ini saya akan kongsikan 10 laman web berpotensi untuk anda jadikan ia sebagai sumber pendapatan tambahan.

 

Menerusi senarai laman web ini, jika anda buat dengan konsisten dan berikan komitmen, In Shaa Allah anda juga berpeluang untuk jana pendapatan.

 

Jom kita lihat, apakah senarai website tersebut.

 

(1) Klikjer

Klikjer adalah merupakan sebuah platform yang menerbitkan karya penulisan dalam bentuk ebook.

 

Moto mereka ialah,

Transfer “POWeR” via eBook

 

Ini diterjemahkan melalui penerbitan karya ebook berbentuk panduan, yang mengajar pembaca menguasai pelbagai cabang ilmu dan skil.

 

Skil yang dipelajari, jika dipraktikkan dengan bersungguh-sungguh, In Shaa Allah akan membantu pembaca untuk menjana pendapatan, yang pastinya berkali ganda lebih besar berbanding harga ebook yang dibeli.

 

Menerusi klikjer, anda ada pilihan sama ada nak buat duit sebagai penulis atau nak buat duit sebagai affiliate.

Pada saya, cara yang lebih mudah untuk buat duit dengan Klikjer ini, sudah tentu adalah dengan menjadi ejen affiliate.

 

Pendaftaran sebagai ejen affiliate adalah percuma sahaja.

Anda boleh daftar menerusi pautan ini.

 

Namun kalau anda ada minat, bakat dan ada sesuatu kepakaran yang ingin dikongsikan menerusi medium penulisan serta boleh dikomersilkan, bolehlah pilih untuk jadi penulis.

 

Menurut pihak Klikjer, ada 6 manfaat yang anda bakal perolehi sekiranya anda menerbitkan ebook anda melalui Klikjer.

1. Zero kos = tiada risiko

Pihak Klikjer akan menyerap dan menanggung kos-kos yang diperlukan untuk menerbitkan ebook anda. Kos yang terlibat disini lazimnya adalah kos seperti

i. Design ebook ecover dan laman web

ii. Kos domain dan hosting

iii. Kos menghasilkan laman jualan beserta sales letter

 

Apabila pihak Klikjer menyerap semua kos-kos yang terlibat ini, anda tak perlu menanggung sebarang kerugian sekiranya ebook anda itu nanti tak laku dan tak ada pembeli.

 

2. Royalti 50%

Bayaran royalti yang anda akan terima adalah sehingga 50% dari keuntungan bersih jualan ebook anda.

 

Bayaran ini akan anda terima pada setiap bulan.

 

3. Bebas teknikal

Perkara teknikal yang melibatkan pembinaan laman web, pemasangan skrip affiliate, sistem pemprosesan bayaran dan lain-lain akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak Klikjer.

 

Sebagai penulis, anda hanya perlu fokus untuk hasilkan karya penulisan yang terbaik.

 

4. Notifikasi jualan

Setiap jualan yang terhasil, anda akan menerima emel pemberitahuan. Justeru, tidak berlaku keadaan dimana berlaku jualan tanpa pengetahuan anda.

 

5. Lebih 20,000 ejen jualan

Menurut Klikjer, mereka kini sudah mempunyai seramai lebih 20,000 orang ejen affiliate berdaftar yang bersedia untuk melakukan kerja-kerja promosi.

 

Walaubagaimanapun, saya percaya angka 20,000 ini adalah termasuk

i. Mereka yang sudah tak aktif

ii. Mereka yang dah tak ingat username dan password

iii. Ada yang daftar lebih dari satu akaun

 

Apa pun, yang pasti pihak Klikjer mempunyai ramai ejen affiliate yang bersedia untuk melakukan kerja pemasaran.

Ya, saya juga salah seorang ejen pemasaran (ejen affiliate) Klikjer.

 

6. Pendapatan pasif

Bagi mereka yang mengimpikan untuk memperoleh pendapatan pasif, inilah salah satu cara yang boleh diterokai.

 

Anda hanya perlu terbitkan ebook anda sekali sahaja bersama dengan pihak Klikjer, dan selagi mana ebook anda masih lagi mendapat jualan, selagi itulah anda akan menerima bayaran royalti dari pihak Klikjer sampai bila-bila.

 

Setakat hari ini, saya telah menerima bayaran lebih RM20 ribu dari pihak Klikjer sepanjang saya menjadi ejen affiliate mereka.

 

Kalau anda juga berminat nak buat duit dengan program ini, cubalah sertai dengan mendaftar secara percuma disini.

 

Selepas dah daftar, dah dapat akaun, teruslah buat kerja-kerja pemasaran.

Kalau anda perlu panduan, macam mana nak buat kerja pemasaran, boleh muat turun panduan ini.

 

(2) Lazada

Lazada adalah merupakan sebuah platform shopping online yang memfokuskan operasinya di negara-negara Asia Tenggara.

 

Syarikat ini diasaskan pada tahun 2012 oleh Rocket Internet dan beribu pejabat di Singapura. Model perniagaan yang diamalkan oleh Lazada mempunyai banyak persamaan dengan syarikat antarabangsa terkemuka iaitu Amazon.

 

Pada tahun 2016, syarikat e-commerce gergasi China, iaitu Ali Baba Group memperolehi pegangan saham terbesar dalam Lazada, yang seterusnya meningkatkan sumber dan kecekapan syarikat ini.

 

Bermula tahun tersebut juga Lazada mula menggunapakai teknologi yang sebelum ini hanya digunakan oleh Ali Baba Group.

Kalau dalam situasi kita di Malaysia, rasanya tak salah kalau saya katakan, yang sebenarnya Lazada ini merupakan perintis yang memperkenalkan budaya shopping atas talian seperti yang kita semua lihat dan rasai sekarang.

 

Anda ingin jana pendapatan di internet?

Laman web dan platform Lazada ini perlu anda masukkan dalam senarai yang anda perlu berikan perhatian.

 

Melalui platform Lazada, kita boleh buat duit melalui dua cara.

 

Pertama, adalah sebagai penjual.

Sekiranya anda merupakan seorang penjual dan mempunyai stok produk untuk dijual, anda boleh gunakan platform Lazada ini untuk membuka kedai online anda sendiri.

 

Proses untuk membuka kedai online juga tidaklah begitu sukar, dan anda boleh baca dengan lebih lanjut disini.

 

Cara kedua untuk buat duit dengan Lazada adalah dengan menjadi ejen affiliate.

 

Lazada menawarkan rangkaian produk yang sangat banyak. Ada pelbagai kategori produk yang boleh diperolehi melalui platform Lazada, antaranya seperti elektronik, fesyen, produk kecantikan, peralatan rumah, buku dan banyak lagi.

 

Pendek kata, ada macam-macam produk yang boleh diperolehi melalui Lazada.

 

Sebagai ejen affiliate, pasti anda akan temui produk yang sesuai dengan anda untuk dipromosikan.

 

Katakanlah, anda berminat untuk mempromosikan produk jam tangan jenama Casio G-Shock.

Anda pun mula membina konten pemasaran untuk produk tersebut.

 

Pada satu hari, ada orang membaca konten anda dan menekan klik pada link affiliate anda.

Walaubagaimanapun, individu ini tidak membeli jam yang anda promosikan.

 

Sebaliknya, dia membeli produk lain.

Mungkin produk yang dia beli tu ialah ubat kutu untuk kucing.

 

Situasi ini biasa berlaku.

Kita promosikan produk lain yang dijual di platform Lazada, tapi pembeli beli produk lain yang kita tak promosikan pula.

 

Kalau anda nak tahu, walaupun dia membeli produk yang kita tak promosikan, asalkan mereka ini ada tekan klik pada link affiliate kita sebelum ini, kita masih lagi akan menerima komisen dari pembelian tersebut.

 

Jadi, tak kisahlah apa produk yang kita promosikan, asalkan ada klik pada link affiliate kita, selagi itu kita masih akan tetap dapat bayaran komisen.

 

Program affiliate Lazada ini memang saya amat syorkan.

Kalau anda masih belum pernah ada akaun affiliate, silakan daftar sekarang.

 

Sekiranya pendaftaran anda tak berjaya, atau ditolak, anda boleh cuba sekali lagi dengan mendaftar sama ada melalui

i. Involve Asia

ii. AccessTrade

 

(3) Shopee

Shopee adalah merupakan satu lagi online shopping platform yang terkenal di Malaysia.

 

Shopee diasaskan pada tahun 2015 oleh SEA Group, yang merupakan sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Singapura.

Platform Shopee ini memberikan saingan yang cukup kuat kepada pemain industri online shopping yang sudah berada lebih awal di pasaran.

 

Melalui platform Shopee ini, kita juga boleh buat duit dengan dua cara.

 

Cara pertama adalah sebagai penjual.

Ya, anda boleh buka kedai online anda sendiri melalui platform Shopee.

 

Sama ada anda ingin memegang stok produk, atau ingin menjalankan bisnes anda melalui konsep dropship, semua ini terpulang kepada anda.

 

Cara kedua untuk buat duit dengan platform Shopee ini adalah sebagai ejen affiliate.

Jika anda masih belum ada akaun affiliate dengan Shopee, anda boleh daftar menerusi pautan ini.

 

Selain mendaftar secara terus dengan pihak Shopee, anda juga boleh menyertai program affiliate ini melalui syarikat affiliate network.

Baca: Program Affiliate Shopee – Cara join dan bukti income

 

(4) PG Mall Consumerchant

PG Mall Consumerchant ini merupakan suatu konsep buat duit yang unik yang diperkenalkan oleh syarikat PG Mall Sdn Bhd.

 

Syarikat ini melancarkan portal online Shopping yang dikenali dengan nama PG Mall pada tahun 2017.

Melalui portal online shopping ini, pengguna boleh membeli belah pelbagai jenis barangan dari pelbagai kategori dan jenama.

 

Kalau lihat sekali imbas, konsep PG Mall ini memang tak jauh beza dengan portal online Shopping yang lain, misalnya seperti Lazada dan juga Shopee.

 

Apa yang menjadikan portal ini unik dan mula mendapat perhatian para pengguna di Malaysia ini adalah kerana wujudnya program yang dikenali dengan nama PG Mall Consumerchant.

 

Jika anda masih belum ada akaun dengan PG Mall, boleh daftar akaun anda secara percuma disini.

 

Menerusi platform PG Mall ini, terdapat sekurang-kurangnya 5 cara untuk anda hasilkan pendapatan.

1. Anda akan dapat duit melalui pembelian yang anda sendiri lakukan.

2. Anda akan dapat duit melalui pembelian yang dilakukan oleh downline anda.

3. Anda akan dapat duit melalui pembelian yang dilakukan oleh downline kepada downline anda.

4. Anda boleh buat duit melalui acara harian shake the world.

5. Anda boleh buat duit melalui acara What’s In The Box.

 

Penyertaan dalam program ini adalah percuma sahaja.

Kalau anda masih belum ada akaun, boleh daftar disini.

 

Sebelum ini, saya jug ada menulis mengenai bisnes PG Mall dalam blog ini.

Baca disini: Pengenalan kepada Bisnes PG Mall

 

Try la join program ini.

Manalah tahu anda juga mampu hasilkan pendapatan sebanyak RM13,091.89 seperti yang diterima oleh salah seorang ahli senior dalam program ini.

 

Lagipun bukannya anda perlu keluar modal untuk buat duit dengan PG Mall ini.

 

(5) Involve Asia

Involve Asia adalah sebuah syarikat Affiliate Network yang menghimpunkan pelbagai jenama terkemuka dibawah satu bumbung.

 

Individu yang berminat untuk buat duit dengan program affiliate, boleh mendaftar dengan syarikat affiliate network untuk mula mempromosikan jenama kegemaran mereka.

 

Kelebihan apabila mendaftar melalui affiliate network ini adalah, anda tak perlu nak mendaftar satu per satu dengan syarikat yang berbeza.

 

Hanya dengan mendaftar satu akaun dengan syarikat Affiliate Network, anda sudah boleh mempromosikan banyak jenama.

Baca lagi: Apa itu Affiliate Network

 

(6) AccessTrade

Saya tertarik dengan kempen yang dijalankan oleh pihak AccessTrade.

 

Tahukah anda, dengan menyertai program referral yang dianjurkan oleh pihak AccessTrade ini, anda berupaya untuk menghasilkan pendapatan sehingga RM2,250!

Boleh tahan lumayan, bukan?

 

Cara kerjanya tidaklah terlalu asing, seperti mana yang kita biasa lakukan untuk mana-mana program affiliate.

 

Kalau selama ini, anda biasa menggunakan kaedah content marketing, maka cara inilah juga yang anda boleh gunakan untuk mempromosikan program referral ini.

Sila ke halaman ini untuk daftar akaun anda secara percuma.

 

(7) Google Adsense

Kalau anda teringin nak merasa hasilkan pendapatan dalam matawang USD, maka bolehlah mula terokai peluang untuk buat duit melalui program pengiklanan Google Adsense ini.

 

Program ini sebenarnya lebih sesuai dilakukan oleh pemilik laman web atau blog.

Jika anda mempunyai laman web atau blog yang mempunyai jumlah trafik yang agak besar, maka anda berpeluang untuk hasilkan pendapatan yang lumayan menerusi program pengiklanan ini.

 

Baru-baru ini, saya ada terbaca perkongsian dari salah seorang penulis blog luar negara yang mengatakan, secara anggarannya, Google Adsense akan membayar sekitar USD3 untuk setiap 1,000 views pada iklan yang disiarkan.

 

Walaupun ini bukanlah maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Google itu sendiri, namun saya dapati maklumat tersebut ada kebenarannya.

 

Pada hari yang blog saya menerima views 1,000 lebih, biasanya income adsense yang saya perolehi adalah minima USD3.

 

Sudah tentu, bila kita menulis blog untuk buat duit ini, kita kenalah sasarkan jumlah trafik yang lebih besar lagi.

 

Alright, laman Google Adsense ini adalah antara program yang patut anda berikan perhatian yang serius, jika nak buat duit di internet ya.

 

Andai kata setiap bulan anda berjaya hasilkan USD100, bermakna setiap bulan anda akan dapat bayaran sebanyak RM400++ setiap bulan.

 

(8) Bookcafe

Bookcafe adalah portal online shopping yang dimiliki oleh syarikat bernama PTS Bookcafe Sdn Bhd.

 

Produk utama yang dijual oleh syarikat ini adalah buku-buku pelbagai judul terbitan dari syarikat PTS dan beberapa lagi syarikat penerbitan lain.

Apa yang membuatkan syarikat ini menarik pada pemerhatian saya?

 

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sebenarnya terdapat dua cara untuk anda buat duit melalui syarikat PTS ini.

 

Cara pertama adalah melalui program affiliate.

Anda boleh mendaftar sebagai ejen affiliate dan setiap jualan yang berjaya anda hasilkan, anda akan menerima bayaran komisen sebanyak 5% daripada harga buku yang berjaya anda jual.

 

Andai kata harga buku ialah RM100, maka komisen affiliate sebanyak 5% yang bakal anda perolehi nanti akan menyumbangkan pendapatan sebanyak RM5.

 

Anda masih belum betul-betul faham, bagaimana sebenarnya konsep buat duit dengan affiliate marketing?

Jemput baca: Apa itu Affiliate Marketing

 

In Shaa Allah, selepas anda baca perkongsian saya mengenai affiliate marketing itu nanti, kefahaman anda mengenai program ini akan jadi lebih baik berbanding sebelumnya.

 

Kalau anda minat nak mendaftar sebagai ejen affiliate Bookcafe, boleh ke pautan berikut.

https://bconline.com.my/friends/

 

Cara kedua adalah menerusi program dropship.

Untuk pengetahuan anda, syarikat Bookcafe ini juga ada menganjurkan program dropship.

 

Andai kata anda berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan menjual buku, tapi dalam masa yang sama, anda tak mempunyai modal yang besar untuk menyimpan stok buku, boleh cuba bermula dengan program dropship anjuran mereka.

Sekiranya anda berminat nak mendaftar sebagai ejen dropship bagi bisnes buku, boleh daftar menerusi halaman ini.

 

Sebagai ejen dropship, anda berpeluang untuk menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi berbanding sebagai ejen affiliate.

 

Contoh, komisen affiliate adalah sebanyak 5% sahaja.

Sebaliknya, jika anda jadi ejen dropship, diskaun yang anda bakal perolehi adalah antara 15% – 30% untuk buku terpilih.

 

Walaubagaimanapun, terdapat bayaran dikenakan untuk mereka yang benar-benar serius ingin menjadi ejen dropship.

Terdapat dua jenis pakej yang diperkenalkan, iaitu Pakej Basic dan juga Pakej Advance.

 

Beza dari segi kos hanyalah RM10 sahaja.

 

Kalau tanya saya, saya akan kata lebih berbaloi kalau ambil pakej Advance.

 

Kalau anda merupakan seorang peminat buku, dan suka membaca, anda boleh beli buku-buku yang dijual oleh platform Bookcafe dengan harga diskaun sehingga 30%, tanpa perlu menunggu pihak mereka anjurkan promosi diskaun.

 

Ada juga pengguna yang join sebagai ejen dropship sebabnya dia nak beli buku untuk kegunaan sendiri.

Sambil-sambil tu, dia ada juga buat kerja promosi di media sosial miliknya.

 

Kalau ada yang minat nak beli, dia akan ambil order dan uruskan tempahan tersebut.

 

Jadi terpulanglah pada anda.

Kalau minat nak daftar akaun dropship, baik daftar sekarang disini sementara tawaran ini masih dibuka.

 

Saya yakin, satu hari nanti tawaran seumpama ini pasti akan ditutup.

 

(9) Ordersini

Apa benda sebenarnya Ordersini ini?

Ordersini ini sebenarnya adalah suatu sistem yang fungsinya adalah untuk menyelesaikan masalah yang biasa dihadapi oleh para usahawan yang ingin onlinekan bisnes mereka.

 

Apa masalah yang dimaksudkan itu?

Masalah tak pandai nak bina laman web yang boleh menghubungkan antara tawaran anda dengan pelanggan anda.

 

Ya, anda mungkin tak ada masalah untuk bina website. Ini kerja senang.

Kalau setakat nak bina website, boleh bina gunakan perisian percuma blogspot ataupun wordpress.

 

Tapi, adakah anda tahu bagaimana cara untuk bina website yang dilengkapi dengan sistem memproses bayaran?

Pelanggan anda mungkin ingin buat bayaran menggunakan kad debit, kad kredit atau mungkin akaun e-wallet.

 

Ataupun, anda ingin membina laman web jualan yang dilengkapi dengan sistem affiliate.

Tahukah anda, bagaimana cara untuk membina laman web yang dilengkapi dengan sistem affiliate? 

 

By the way, kenapa perlu bina laman web yang dilengkapi dengan sistem affiliate?

Jika laman web jualan yang anda bakal gunakan, mempunyai sistem affiliate, anda boleh merekrut sebanyak mungkin ejen untuk bantu anda buat kerja-kerja pemasaran secara PERCUMA.

 

Bayangkan, anda mempunyai 1,000 orang ejen, dan mereka semua buat kerja pemasaran secara percuma untuk anda.

 

Anda hanya perlu bayar komisen kepada mereka hanya apabila mereka berjaya buat jualan.

Kalau tak berjaya buat jualan, tak perlu bayar apa-apa.

 

Semua perkara ini agak teknikal dan agak mustahil untuk dilakukan jika anda tak mempunyai latar belakang dalam bidang IT.

Oleh sebab itu, pihak Ordersini menawarkan penyelesaian bagi masalah tersebut dengan memperkenalkan sistem yang dinamakan Ordersini.

 

Untuk pengetahuan anda, dekat platform odersini ini juga ada marketplace mereka sendiri.

Dekat situ ada banyak produk yang anda boleh promosikan sebagai ejen affiliate.

 

Ya, cuma kena rajinlah.

Kalau rajin, In Shaa Allah boleh dapat hasil.

 

Kalau tak rajin, kita sekadar sembang kosong sajalah.

Jom tengok apa tawaran ordersini di pautan ini.

 

(10) Agoda

Agoda ini adalah sebuah platform yang dikenali dengan istilah Online Travel Agency (OTA) yang mana fungsinya adalah untuk memudahkan para penggunanya untuk mencari tempat penginapan.

 

Diluar sana, terdapat banyak lagi platform yang fungsinya lebih kurang sama seperti Agoda, antaranya adalah

1. Booking.com

2. Airbnb.com

3. Trivago

 

…dan banyak lagi.

 

Saya masukkan platform Agoda dalam posting disini, sebabnya pada saya, Agoda adalah antara platform yang mudah untuk kita sertai sebagai ejen affiliate dan platform ini juga agak popular dalam kalangan pengguna di negara kita.

 

Boleh jadi anda sendiri adalah antara pengguna apps Agoda untuk buat tempahan.

Kalau anda tak pernah guna Agoda sekalipun, mungkin anda pernah kenal seseorang yang biasa menggunakan Agoda untuk buat tempahan.

 

Proses untuk menjadi ejen affiliate Agoda juga tidak begitu sukar.

Anda boleh ke pautan https://partners.agoda.com/ untuk mendaftar sebagai ejen affiliate Agoda.

 

Setiap jualan yang anda berjaya hasilkan, komisen sebanyak 4% akan diberikan kepada anda.

Apabila komisen anda mencapai nilai USD200, jumlah ini akan dibayar terus ke akaun bank anda.

 

Kalau setiap bulan anda mampu hasilkan USD200, bukankah ini sangat menarik?

 

Penutup

Bayangkan, satu hari nanti anda menerima bayaran daripada 10 website yang saya senaraikan disini.

 

Mungkin tak banyak.

Tapi cuba imagine kalau setiap satu website yang saya senaraikan disini, menyumbangkan anda pendapatan tambahan sebanyak RM100 setiap satu sekurang-kurangnya.

 

Ini secara tak langsung akan menyumbangkan pertambahan kepada pendapatan anda sebanyak RM1,000 setiap bulan!

Tidak kah pertambahan income ini berguna untuk anda?

 

Semua ini tak mustahil untuk berlaku kepada anda.

Mulakan langkah pertama dengan mendaftar sebagai ahli atau ejen bagi setiap laman web yang saya senaraikan diatas.

 

Kemudian, mulakan usaha pemasaran jika ianya adalah program affiliate.

Atau, mulakan bina konten jika ianya merupakan program pengiklanan.

 

Kalau dalam situasi saya, saya lebih cenderung untuk membina konten.

Tak kiralah sama ada ianya program affiliate atau pengiklanan.

 

Bila kita buat konten, dan gunakan strategi content marketing, In Shaa Allah, kita ada peluang untuk buat duit melalui aktiviti jualan dan buat duit melalui penyiaran iklan.

 

Baiklah, terima kasih kerana membaca artikel ini dari mula hingga habis.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

 

Exit mobile version