Blog Sabree Hussin

Beberapa tools penting untuk buat duit online

Tools PENTING yang akan bantu memudahkan anda buat duit online. Artikel ini merupakan kesinambungan bagi artikel sebelum ini berjudul Panduan buat duit online untuk mereka yang baru nak bermula.

 

Terdapat banyak tools yang anda boleh gunakan bagi memudahkan dan melancarkan lagi proses untuk anda buat duit online. Sebahagiannya yang saya bincangkan dalam ni, saya gunakan secara maksimum, dan sebahagiannya lagi, adalah sebagai pelengkap. Kejayaan sesebuah kempen pemasaran, adalah bergantung juga kepada bagaimana anda menetapkan susun atur kempen tersebut.

Mana satu nak kena buat dulu, dan mana satu yang kena buat kemudian. Mana satu yang boleh dibuat dipertengahan. Ini adalah persoalan bagaimana nak meletakkan prioriti apabila menggunakan tools tertentu dalam kempen pemasaran.

 

(1) Blog wordpress self hosted

Untuk panduan pemasangan blog menggunakan platform wordpress, anda boleh klik pada artikel dibawah:

Panduan pemasangan blog wordpress self hosted

 

Kebanyakkan pelanggan-pelanggan yang saya perolehi adalah mereka yang pernah melawat dan yang pernah baca blog-blog yang saya tulis. Saya ada beberapa blog. Ada yang saya tulis secara aktif, dan ada juga yang saya tulis mengikut sela masa seperti seminggu sekali, sebulan sekali ataupun dua bulan sekali.

 

Saya juga ada pelbagai blog. Ada yang percuma dan menggunakan platform blogspot, dan ada juga yang menggunakan domain dan hosting sendiri. Daripada pengalaman saya menggunakan blog dengan domain dan hosting sendiri, saya dapati ia lebih mudah untuk saya dapatkan pelanggan baru berbanding apabila saya gunakan blog percuma. Atau dengan kata lainnya, blog yang saya hasilkan pada domain dan hosting sendiri lebih mudah ditemui oleh bakal pelanggan berbanding blog yang diletakkan pada domain dan hosting percuma.

 

Sebab itu, sebagai tools utama, saya syorkan anda juga dapatkan domain dan hosting sendiri dan menulislah secara aktif pada blog tersebut. Lupakan sekejap temptation untuk menulis di wall FB, untuk dapatkan likes, share, komen dan sebagainya. Sebabnya itu semua adalah bersifat sementara sahaja.

 

(2) Laman web minisite

Ada beberapa fungsi laman web berkonsepkan minisite yang anda perlu tahu.Konsep pertama adalah konsep squueze page yang mana ia bertujuan untuk mengumpul maklumat nama dan alamat emel pelawat yang masuk ke sesebuah laman web tersebut.Satu lagi adalah untuk membuat jualan produk, yang mana kita namakan ia sebagai sales page.

 

Dengan bantuan sistem autoresponder, anda sebenarnya boleh kumpulkan data-data lain termasuk nama, emel, alamat rumah, no telefon bimbit, no telefon rumah/ pejabat, negeri dan macam-macam lagi.

 

Walaubagaimanapun, untuk memudahkan dan menggalakkan prospek memberikan maklumat peribadi mereka, selalunya kita akan pilih opsyen yang lebih mudah, iaitu “nama” dan “alamat emel” sahaja. Dua info ini pun sudah cukup memadai.

 

Salah satu software pilihan saya untuk bina laman web minisite adalah software blogspot2minisite, dan bawah ni pula adalah contoh laman web yang saya bina menggunakan software ini.

 

(3) Sistem autoresponder

Antara nama-nama sistem autoresponder yang popular adalah seperti Aweber, Getresponse, Traffic Wave dan juga emelmatik. Pendapat saya, tak perlu pening-pening nak guna yang mana satu. Semua ini adalah autoresponder yang bagus. Pilih sahaja mana-mana satu yang mudah untuk dikendalikan dan mungkin sesuai dengan bajet anda.

 

Apa yang lebih penting ialah, anda perlu kumpul maklumat database pelanggan sejak dari hari pertama anda bergiat dalam perniagaan dan pemasaran secara online.

 

(4) Laman web media sosial

Orang-orang lama dan veteran, ramai yang setuju, laman web media sosial seperti Facebook misalnya hanyalah membuang masa. Tak ada apa yang menarik disitu, melainkan sebilangan pengguna yang begitu teruja untuk berkongsi perasaan, makanan yang dimakan, tempat yang dikunjungi dan sebagainya.

 

Saya setuju. Maka atas sebab itulah, untuk segmen media sosial, saya lebih gemar untuk memanfaatkan fungsi FB Group sahaja. Ia lebih personal, dan pada masa yang sama, mereka yang join group kita adalah mereka-mereka yang lebih minat dengan konten dan perkongsian yang ingin kita sampaikan.

 

… dan ya, saya juga masih lagi menggabungkan fungsi FB Group dalam mana-mana kempen pemasaran yang saya jalankan. Sama ada kempen untuk mempromosikan perniagaan simkad Tone Excel, simkad Best Mobile, Servis Advertorial dan banyak lagi. Saya dapati, prospek lebih mudah memberi kepercayaan kepada kita apabila mereka tahu, kita akan terus bersama dengan mereka dan akan terus beri support secara berterusan melalui fungsi group support.

 

(5) Ebook dan lain-lain produk digital

Sebaik-baiknya produk yang kita hasilkan sendiri. Produk digital yang mudah untuk dihasilkan adalah seperti ebook, dan bagi yang lebih selesa rakam video ataupun rakan audio sendiri juga boleh digunakan. Apa yang penting sekali ialah, anda mempunyai sekurang-kurangnya satu produk digital.

 

Produk digital ini pula terpulang pada anda sama ada nak jual ataupun nak berikan sahaja secara percuma kepada prospek anda. Saya juga ada produk yang saya berikan secara percuma, dan ada juga produk digital yang saya hasilkan, yang saya letakkan tanda harga.

 

 

 

 

Exit mobile version