Blog Sabree Hussin

Panduan Pemasangan Blog WordPress Self Hosted

WordPress menawarkan dua platform blogging untuk para pengguna yang berminat untuk menggunakan servis mereka.

Platform pertama ialah menggunakan perkhidmatan hosting milik mereka. Untuk mendaftarkan akaun bagi menggunakan perkhidmatan mereka, pengguna perlu ke laman web berikut iaitu http://www.wordpress.com

Platform kedua pula ialah kita menggunakan hosting kita sendiri. Ini yang kita namakan sebagai wordpress self hosted.

Untuk tujuan ini, anda perlu sewa domain dan hosting anda sendiri dari syarikat penyedia hosting.

Antara syarikat hosting yang pernah saya gunakan ialah

1. Netkl

2. Usahawan Terbilang

Menerusi post ini saya akan tunjukkan kepada anda langkah demi langkah bagaimana memasang sistem wordpress sebagai medium blogging anda.

Saya andaikan anda dah pun dapatkan servis hosting anda sendiri dan telah mempunyai akses ke cpanel (control panel) akaun hosting anda.

 

1. Log in ke Cpanel

Paparan di atas adalah paparan utama akaun cpanel.

 

2. Cari ikon Softaculous

Anda perlu scroll down.

Klik pada ikon Softaculous tersebut.

 

3. Klik pada wordpress

Dalam page ini anda ada pilihan untuk memasang pelbagai jenis skrip.

Walaubagaimanapun, dalam contoh ini kita akan pilih wordpress.

 

4. Isikan maklumat blog anda

Ada beberapa perkara yang saya ingin anda perhatikan apabila anda berada dalam step ini.

Choose Protocol

Anda perlu pilih sama ada anda ingin pelawat anda akses laman web anda dengan alamat

1. http://www.seratusperatus.com, atau

2. http://seratusperatus.com

Bezanya ialah ada www dengan tak ada www

Choose domain

Jika anda hanya ada satu domain, maka hanya domain itu sahaja yang akan muncul.

Jika anda ingin pasang di subdomain, sebagai contoh, facebook.seratusperatus.com maka anda perlu pilih nama tersebut.

Jika anda ingin pasangkan di subdomain, anda perlu siap sedia dengan nama domain tersebut sebelum anda tiba di step ini.

In directory

Anda dapat lihat disitu tertera perkataan wp

Jika anda biarkan perkataan wp berada di situ, laman blog anda akan dipasang di directory wp

Untuk akses laman blog anda, pelawat perlu taip http://seratusperatus.com/wp

Dalam contoh ini, saya nak pelawat terus masuk ke blog saya apabila mereka taip http://seratusperatus.com

Jadi, apa yang saya perlu buat ialah delete perkataan wp tersebut.

Database Name

Biarkan.

Table Prefix

Biarkan.

Site Settings

Ubahkan Site Name dan Site Description mengikut kesesuaian projek blog yang anda ingin bina.

Admin Username

Akan digunakan untuk akses blog anda

Admin Password

Digunakan untuk akses blog anda.

Admin Email

Jika terdapat sebarang perubahan atau notifikasi dari sistem wordpress, alamat emel ini akan digunakan.

Email installation details to

Masukkan alamat email anda. Butiran pemasangan ini akan dihantar ke alamat email anda. Butiran yang akan dihantar termasuklah nama username anda, password dan sebagainya.

Apabila paparan seperti di atas dah muncul, bermakna proses pemasangan dah pun selesai.

 

5. Log in ke dashboard

Untuk login ke dashboard, untuk tujuan akses, buat blogpost dan sebagainya, anda hanya perlu layari

http://seratusperatus.com/wp-admin

Masukkan username dan password anda.

 

6. Mula blogging

Tahniah.

Anda dah berjaya memasang blog wordpress self hosted anda sendiri.

Paparan berikut adalah ruangan dashboard.

Dari sini anda boleh buat new post, new page dan sebagainya.

Dan jika anda layari home page blog anda, paparan seperti berikut akan kelihatan.

Untuk mencantikkan blog yang baru anda bina, anda bolehlah memasang theme yang sesuai. Theme untuk blog wordpress boleh didapati sama ada secara percuma atau berbayar.

Untuk mendapatkan theme wordpress yang profesional dan mempunyai pelbagai fungsi, saya cadangkan anda gunakan theme dari Profits Theme.

Klik >> Laman Utama Profits Theme

Anda boleh lihat theme tersebut mempunyai banyak function yang berupaya membantu anda buat duit online.

Sekiranya tujuan anda berblogging adalah untuk buat duit online, anda sememangnya patut pertimbangkan untuk dapatkan theme wordpress yang dicadangkan.

 

 

Anda perlukan panduan pemasangan sistem wordpress dalam bentuk video?

Hanya perlu tonton step by step pemasangan dan ikuti satu per satu. Boleh klik butang pause jika kurang jelas dalam mana-mana step.

>>Tonton disini<<

 

 

 

Exit mobile version