Blog Sabree Hussin

Akhirnya WordPress 4.0 Beri Masalah Juga!

Sejak kebelakangan ini saya perasan, ramai rakan-rakan penulis blog yang dulunya menggunakan premium theme di blog masing-masing, kini hanya menggunakan free theme.

Mungkin… apa yang mereka lalui dengan apa yang saya lalui tak jauh bezanya. Agaknya la.

Sebelum ini, saya menggunakan thesis theme, dan malam tadi saya baru perasan, ada sesuatu yang tak kena dengan theme yang saya gunakan.

Masalah yang berlaku ialah, komen dari pembaca dan pelawat sebelum ini tidak dipaparkan pada entri. Apa yang dipaparkan hanyalah bilangan komen sahaja, tetapi kandungan komen tidak terpapar.

Tak syok la macam ni…

Manalah tau ada sesama pelawat yang nak berinteraksi antara satu sama lain, tetapi disebabkan masing-masing tak dapat lihat komen yang ditulis oleh pelawat lain, maka dia akan jadi blank macam tu je.

Ada sesiapa yang memang power dalam bab-bab sistem wordpress, thesis theme yang boleh bantu? In Shaa Allah bayaran yang setimpal akan saya sediakan 🙂

Solusi awal

Buat sementara waktu, nampaknya saya akan gunakan free theme Twenty Twelve yang memang disediakan oleh pihak wordpress.org

Nasib baiklah, dari segi susun atur, ia memang tak jauh beza dengan theme yang saya gunakan sebelum ini. Cuma kesannya dari segi coding SEO, mungkin akan ada sedikit kelainan.

Dah nama pun free theme kan.

Punca berlaku isu tak boleh paparkan komen?

Saya tak tahu apa punca sebenar.

Cuma boleh buat beberapa andaian.

Pertama, mungkin sebab theme yang saya gunakan tak berapa compatible dengan sistem wordpress yang baru. Baru-baru ini saya ada update wordpress kepada wordpress 4.0

Mungkin itu puncanya. Harap-harap lepas ni bila dah lama sikit, dan theme tersebut pun dah di kemaskini, ia akan kembali compatible dengan wordpress.

Saya baru je mula sukakan theme tu. Dah buat masalah pula.

Kedua, isu dengan plugin.

Ini pun mungkin je. Tak betul-betul pasti lagi.

Mungkin ada plugin yang conflict antara satu sama lain. Juga bertitik tolak daripada update wordpress kepada versi terbaru, 4.0

Kadang-kadang tu, sebagai pengguna, kita berada dalam dilema juga. Sama ada nak update kepada versi terbaru atau tidak.

Kalau tak update karang, risau juga kalau-kalau blog terdedah dengan serangan hackers dan individu yang sengaja tak boleh tengok orang lain senang. Lagipun, bila kita update sistem wordpress ini, maknanya pada masa yang sama kita juga dapat tingkatkan ciri-ciri keselamatan web kita.

Di sebalik kisah tak best, ada jugak berita GEMBIRA

Semak akaun Nuffnang.

Oho rupanya ada 3 CPUV earning sedang berjalan dalam blog ini. Dalam keadaan tension, ada terselit sedikit rasa gembira.

Gembira sebab blog ini sedang memberikan income pasif kepada saya.

Tapi bila memikirkan theme asal blog ini yang buat hal, jadi tak tension balik. Sebabnya bila kita buat pertukaran theme, segala kod iklan yang dah pernah dimasukkan ke dalam blog perlu di setting semula.

Sekarang ni, memandangkan ada 3 iklan sedang berjalan, jadi nak tak nak memang kena setting semula kod-kod iklan tersebut.

Anda nak belajar macam mana nak buat duit dengan program pengiklanan Nuffnang?

Mula-mula sekali anda kena ada blog sendiri. Kalau serius nak buat duit dengan blog, abaikan blog percuma dari blogspot.

Buat blog yang jenis berbayar dan perlu beli domain dan hosting. Lepas tu install sistem blog wordpress.

Boleh rujuk artikel saya sebelum ini berjudul Panduan Pemasangan Blog WordPress Self Hosted.

Lepas ada blog sendiri, barulah anda apply untuk jadi publisher iklan Nuffnang. Anda baca pula artikel tentang Nuffnang yang saya pernah tulis sebelum ini bertajuk Cara hasilkan pendapatan dengan menyiarkan iklan Nuffnang.

In Shaa Allah anda buat seperti yang saya sarankan, tak mustahil untuk anda dapat income dari program pengiklanan ni.

Pembayaran Komisyen Affiliate Niche X

Niche X antara niche yang semakin mendapat tempat di hati saya. Saya memang betul-betul tertarik dari segi potensi untuk dapat income yang lumayan.

Buktinya, dari artikel yang saya buat main-main ini juga dapat sangkut beberapa sales.

Ini komisyen terbaru yang saya terima.

Saya tahu, untuk produk yang sama, ada ramai lagi yang berjaya dapat sales hingga ribuan ringgit jumlahnya.

Sesuailah dengan teknik dan cara promosi masing-masing. Saya pulak?

Buat main-main. Maka hasilnya pun main-main jugak lah.

Apa pun saya bersyukur sebab Allah permudahkan jalan untuk saya raih rezekinya menerusi program affiliates. Dapat juga modal untuk saya bayar hutang sedia ada.

Apa pun, satu perkara yang saya belajar, disebalik kedukaan terkandung juga bersamanya kegembiraan.

Cuma terpulang pada kita, sama ada nak fokus pada berita duka dan merosakkan mood diri sendiri sepanjang hari, atau nak fokus pada berita gembira lantas menjadikan diri sendiri lebih bertenaga.

Ok… saya nak cuba ikhtiar cara lain pulak nak rawat theme blog yang sedang sakit ni.

 

Exit mobile version