Blog Sabree Hussin

5 Cara TERBUKTI BERKESAN untuk membantu anda buat duit online

Jika anda selalu online, tetapi tak pernah langsung buat duit diinternet walaupun hanya sekali, maka anda sebenarnya telah mensia-siakan masa anda.

 

Begitu juga mereka yang setiap bulan bayar mahal-mahal untuk melanggan pakej internet dengan kelajuan yang paling tinggi, tetapi pada masa yang sama tak pernah memanfaatkan langganan tersebut untuk buat duit online. Situasi anda juga sama.

 

Anda dalam kerugian yang nyata.

 

Adakah anda masih tak tau, yang sebenarnya anda boleh menjana pendapatan secara online? Sampai bila anda mahu sia-siakan langganan internet anda dan masa anda? Setiap hari online FB, Instagram dan sebagainya, tetapi tak pernah sekali anda buat duit.

“Jadi macam mana sebenarnya cara yang tepat dan betul untuk buat duit online ni?”

Ada banyak cara.

 

Jika anda jenis yang suka membaca, anda boleh ke laman web google.com dan taipkan sahaja kata kunci panduan buat duit online ataupun “bagaimana cara buat duit online”. Anda akan dapati terdapat banyak betul perkongsian daripada penulis yang berbeza yang membincangkan cara sebenar macam mana nak buat duit online.

 

Saya sendiri pernah membuat senaraian, dan saya dapati ada sekurang-kurangnya 17 cara yang anda boleh lakukan untuk jana pendapatan online. Boleh jadi, diluar sana sebenarnya ada terdapat lebih banyak lagi, cuma ia masih tak termasuk dalam senaraian yang saya lakukan.

 

Anda mungkin akan temui kaedah-kaedah seperti affiliate marketing, dropship, program pengiklanan, ebay dan sebagainya.

Untuk orang yang masih agak baru dengan topik ini, mungkin anda akan rasakan senaraiannya terlalu banyak dan ini mungkin akan menyukarkan anda untuk buat keputusan, mana satu yang terbaik untuk anda.

 

Sebenarnya, jika kita ingin ringkaskan bagi tujuan pemahaman, cara untuk buat duit online boleh kita kelaskan kepada 5 kategori besar sahaja. Kelima-lima kategori inilah yang akan kita bincangkan dalam artikel ini.

 

Jadi ini dia, 5 cara yang terbukti berkesan, bagaimana anda boleh buat duit online!

 

(1) Laman web yang membayar ahlinya

Tahukah anda, sebenarnya di Internet terdapat beratus-ratus ataupun mungkin beribu-ribu laman web yang menganjurkan program buat duit kepada individu yang berminat.

 

Pihak penganjur ataupun pemilik laman web lazimnya akan meletakkan syarat tertentu kepada para peserta, dan peserta perlu memenuhi syarat yang ditetapkan, sebelum layak untuk menerima bayaran dari penganjur.

 

Biasanya syarat yang ditetapkan adalah seperti

i. Peserta perlu bantu pemilik website mendapatkan jualan

ii. Peserta perlu bantu dapatkan trafik (atau pelawat) untuk datang ke laman web penganjur

iii. Peserta perlu bantu pihak penganjur dapatkan prospek

iv. Peserta perlu bantu pihak penganjur buat kerja-kerja marketing

 

Apabila anda berjaya buat seperti mana yang ditetapkan oleh pihak penyedia program, maka anda akan dikira layak untuk menerima bayaran. Ada banyak laman web yang membuka tawaran seperti ini

 

Jadi kat sini, saya akan kongsikan beberapa laman web yang saya sendiri sertai dan pada masa yang sama turut berjaya jana pendapatan daripada laman-laman web yang dimaksudkan

1. Laman web Involve Asia

Link: https://involve.asia/

 

Apa benda sebenarnya yang ditawarkan oleh laman web Involve Asia ini?

Untuk pengetahuan anda, Involve Asia ini merupakan suatu platform yang dikenali sebagai Affiliate Network.

 

Apa itu affiliate network?

Affiliate Network ini berperanan untuk menghubungkan antara merchant (perniagaan atau dikenali juga sebagai brand atau jenama) dengan individu yang berminat untuk menjadi ejen affiliate yang bakal mempromosi dan mendapatkan jualan bagi pihak pemilik perniagaan.

 

Pihak Involve Asia sebagai affiliate network akan memainkan peranan sebagai orang tengah yang menghubungkan antara pemilik jenama dengan ejen affiliate.

 

Selain menjadi orang tengah, pihak affiliate network ini juga lazimnya akan memainkan peranan tambahan seperti

i. Menyediakan tools atau custom creative untuk tujuan pemasaran

Tools ini biasanya merujuk kepada banner, poster, ayat-ayat pemasaran, idea pemasaran dan sebagainya, yang boleh digunakan oleh para ejen affiliate. Ada sesetengah ejen affiliate yang tak pandai mencipta banner dan poster untuk dijadikan konten di media sosial.

 

Jadi dengan adanya peranan pihak affiliate network yang menyediakan semua ini, kerja pemasaran akan jadi lebih mudah.

 

ii. Menyediakan laporan statistik untuk rujukan para ejen

Melalui halaman ejen, setiap orang boleh melihat laporan dan statistik berkenaan dengan prestasi pemasaran yang telah dilakukan. Sebagai ejen kita boleh lihat maklumat seperti

 

Dengan adanya maklumat-maklumat seperti ini, ia dapat membantu para ejen untuk menghasilkan kempen pemasaran yang lebih baik dimasa akan datang.

 

iii. Memastikan proses pembayaran dari merchant kepada ejen berjalan lancar

Satu perkara yang biasa dan boleh berlaku adalah apabila pihak merchant GAGAL membayar komisen secara on-time kepada para ejen yang telah bertungkus-lumus membantu menghasilkan jualan untuk pihak syarikat.

 

Bila ada peranan Affiliate Network sebagai orang tengah, mereka akan melakukan kerja-kerja negotiation, bagi pihak ejen dan akan memastikan tiada masalah berkaitan pembayaran akan berlaku.

 

iv. Memberikan latihan kepada para ejen affiliate yang masih baru

Bagi mereka yang masih baru dan belum ada pengalaman dalam bidang pemasaran online, ada ketikanya pihak affiliate network akan menganjurkan program latihan secara percuma kepada para ejen.

 

Ini salah satu contoh program latihan yang pihak affiliate network anjurkan.

(dan saya turut dijemput untuk menyertai program tersebut)

Kenapa pihak affiliate network sanggup untuk memberikan latihan seumpama ini?

Jawapannya mudah sahaja. Perkara ini kita boleh anggap sebagai satu pelaburan bagi pihak affiliate network.

 

Untuk makluman anda, lazimnya pihak affiliate network turut mendapat komisen atas setiap jualan yang anda telah atau berjaya hasilkan. Biar saya terangkan beserta dengan contoh supaya anda lebih faham.

 

Macam yang telah saya sebutkan tadi, pihak affiliate network ini bertindak sebagai orang tengah yang menghubungkan antara merchant dengan affiliate.

 

Katakanlah, merchant A setuju untuk berikan komisen sebanyak 10% kepada pihak affiliate network sekiranya berjaya membuat jualan.

Dari 10% itu tadi, pihak affiliate network mungkin akan tawarkan komisen sebanyak 3% atau 5% sahaja kepada para ejen.

 

Dalam situasi ini, sebenarnya yang buat jualan, yang bersusah-payah buat kerja-kerja pemasaran adalah ejen affiliate yang mendaftar melalui affiliate network. Katakanlah, peratus pembahagian komisen antara ejen dengan platform affiliate network adalah mengikut kadar

Ejen – 3%

Platform Affiliate Network – 7%

 

Maka dekat sini, kita boleh nampak lagi banyak jualan yang mampu dihasilkan oleh para ejen, lebih besar pendapatan yang boleh dihasilkan oleh pemilik platform affiliate network. Maka, tak menjadi satu perkara yang pelik jika mereka sanggup untuk melabur bagi tujuan memberi latihan kepada para ejen.

 

Ia adalah satu pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang baik kepada pihak syarikat. Kita andaikan, dengan meningkatnya skill dan pengetahuan para ejen, maka akan lebih banyak jualan yang akan mampu dihasilkan.

 

v. Platform affiliate network memudahkan ejen mempromosikan banyak jenama dalam satu akaun

Tanpa adanya peranan yang dimainkan oleh pihak affiliate network, ejen affiliate perlu mendaftar secara terus dengan pemilik jenama.

 

Sebagai contoh, jika anda ingin menjadi ejen affiliate Shopee, anda perlu daftar dengan Shopee.

Jika anda ingin jadi ejen affiliate Lazada, anda perlu daftar akaun dengan Lazada.

Jika anda ingin mempromosikan produk Mr DIY, anda perlu daftar akaun dengan pihak Mr DIY pula.

 

Akhirnya anda akan mempunyai banyak akaun dengan syarikat yang berbeza. Ini akan menyusahkan anda untuk mengingat kesemua username dan password yang anda telah daftar sebelum ini.

 

Bukan itu sahaja, biasanya setiap merchant akan meletakkan syarat minimum payment sebelum anda layak untuk menerima sebarang bayaran. Kita andaikan setiap merchant meletakkan syarat minimum payment untuk cash out earning adalah berjumlah RM100.

 

Katakanlah, setelah anda buat kerja-kerja pemasaran, berikut ini adalah hasil komisen terkumpul yang anda berjaya perolehi.

Shopee – RM53

Lazada – RM47

Mr DIY – RM39

 

Oleh sebab anda tak berjaya memenuhi minimum requirement sebanyak RM100, maka pada bulan tersebut, anda tak akan dibayar komisen. Jumlah komisen terkumpul akan dibawa ke bulan seterusnya.

 

Perkara ini tak berlaku jika anda menyertai program affiliate menerusi platform affiliate network. Setiap komisen yang terhasil akan dicampurkan dalam satu akaun, dan ini akan lebih memudahkan anda untuk menerima bayaran dalam bulan tersebut.

 

Dalam situasi ini, anda akan terima bayaran komisen dari Shopee (RM53) + Lazada (RM47) + Mr DIY (RM39) = RM139.

Maka, RM139 inilah yang anda akan terima dan bayaran akan dilakukan oleh pihak Affiliate Network.

 

vi. Menjaga kebajikan para ejen dan memastikan komisen akan dibayar

Menjaga kebajikan para ejen ini saya merujuk kepada satu keadaan dimana ada kes pihak merchant membuat keputusan untuk reject dan tak membayar komisen kepada para ejen.

 

Bila benda ini berlaku, lazimnya ejen tak akan berbuat apa-apa, melainkan kalau ejen tersebut adalah seorang yang ada kemampuan dan tahu bertindak mengikut perundangan. Tapi kebiasaannya, ejen akan abaikan setiap komisen yang dinafikan oleh pihak merchant.

 

Bila kita ada pihak affiliate network bersama kita, biasanya mereka ini yang akan mempertikaikan tindakan rejection tersebut. Jika ia dilakukan mengikut peraturan maka tak ada masalah. Jika rejection berlaku hanya disebabkan pihak merchant tak mempunyai dana untuk membayar komisen, maka hal ini akan dipertikaikan.

 

Biasanya, untuk mengelakkan berlaku masalah seumpama ini, pihak affiliate network akan meminta merchant membayar deposit terlebih dahulu.

 

Sebagai contoh, merchant perlu bayar deposit sebanyak RM5,000 terlebih dahulu sebelum ejen memulakan sebarang aktiviti pemasaran.

Setelah aktiviti pemasaran bermula, dan ejen berjaya hasilkan banyak jualan, komisen yang terhasil akan diambil dari duit deposit yang dibayar oleh pihak merchant.

 

Sekiranya, jualan terlalu banyak berjaya dihasilkan, dan duit deposit telahpun habis (mencapai had bajet) maka pihak affiliate network sama ada akan

 

Maka dalam hal ini, sedikit sebanyak kebajikan para ejen dapat dipelihara.

 

Saya harap sedikit penerangan yang saya berikan mengenai apa itu affiliate network dan fungsi yang dijalankan oleh pihak ini jelas pada anda.

 

2. Laman web AccessTrade

Link: https://accesstrade.global/my/

AccessTrade ini merupakan sebuah lagi platform Affiliate Network yang anda boleh sertai. Saya tidaklah menggalakkan anda menyertai banyak-banyak platform affiliate network, sebabnya pendapatan yang bakal anda dihasilkan bukanlah bergantung kepada berapa banyak program yang anda sertai.

 

Sebaliknya ianya lebih dipengaruhi oleh faktor seperti

i. Kualiti kerja yang anda hasilkan

Benda ini nampak common sense, tapi percayalah, kalau anda buat kerja secara sambil lewa, biasanya pendapatan yang akan terhasil juga tak seberapa.

 

ii. Berapa banyak kempen pemasaran yang anda jalankan

Kadang-kadang satu jenis kempen sahaja tak mencukupi. Ataupun hanya dengan menghasilkan sebuah konten, sama ada artikel, video, atau posting di media sosial tidak memadai. Anda perlu buat banyak konten.

 

Berapa banyak? Terpulang pada kemampuan anda. Tapi dari pemerhatian saya, lebih banyak konten yang kita hasilkan, lebih tinggi peluang kita untuk hasilkan pendapatan.

 

iii. Berapa banyak konten berkualiti yang anda berjaya hasilkan

Last but not least, bukan sekadar kuantiti, tapi kita kena pastikan konten yang kita hasilkan itu juga berkualiti tinggi.

 

Nampak macam susah… kan? Tapi memang itulah hakikatnya. Itu sebabnya saya tak galakkan anda join terlalu banyak program. Bimbang nanti anda tak ada masa dan susah nak fokus.

 

3. IndoLeads – Premium Affiliate Network

Link: https://indoleads.com/

Satu lagi affiliate network yang anda boleh sertai adalah IndoLeads.

 

Andai kata anda tak berjaya daftar di Involve Asia, atau di AccessTrade, bolehlah cuba buka akaun dengan pihak IndoLeads ini ya.

 

4. Laman web klikjer

Link: http://www.klikjer.com

Klikjer merupakan sebuah platform yang menerbitkan dan menjual produk informasi dalam bentuk ebook yang dihasilkan oleh para penulis yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

 

Penulis ebook di Klikjer ada yang

i. Berpengalaman menjual air balang dipasar malam

ii. Berpengalaman menjalankan bisnes ais krim

iii. Berpengalaman menjana pendapatan melalui pelaburan saham

…dan banyak lagi.

 

Pihak Klikjer memfokuskan untuk menerbitkan ebook dalam topik-topik yang dapat membantu para pembacanya membuat tindakan segera untuk menjana pendapatan tambahan. Setiap kandungan ebook yang diterbitkan, telah pun disemak supaya ia mengandungi kandungan yang memang benar-benar berguna kepada para pembaca.

 

Apa yang dimuatkan dalam ebook juga lazimnya adalah perkongsian ilmu berdasarkan kepada pengalaman sebenar dan telahpun diuji keberkesanannya. Ianya bukan semata-mata teori yang dipetik dari pelbagai sumber.

 

Anda boleh daftar sebagai ejen affiliate Klikjer menerusi pautan ini.

 

Dalam program affiliate Klikjer, anda akan dibayar apabila berjaya hasilkan jualan, dan kadar komisen yang ditawarkan adalah sebanyak 50 peratus dari harga jualan produk.

 

Satu perkara yang saya suka dengan laman web klikjer ini ialah, mereka kini menawarkan komisen sehingga dua peringkat. Ini bermakna, kita sebagai ejen boleh mendaftarkan ejen lain dibawah kita, dan apabila ejen tersebut berjaya menjana komisen, kita juga akan dapat overiding komisen.

 

Konsep komisen berperingkat ini, ada sedikit persamaan dengan konsep bisnes MLM. Dalam konteks Klikjer ini, kita hanya dapat menikmati komisen hingga ke peringkat kedua sahaja.

 

5. Laman web Agoda

Link: https://www.agoda.com/

 

Agoda ini merupakan sebuah laman web online travel agency (OTA) yang berpusat di Singapura.

 

Pihak Agoda menawarkan perkhidmatan tempahan tempat penginapan seperti hotel, homestay, resort, apartment, dan banyak lagi. Kita bukan sahaja boleh menggunakan Agoda untuk membuat tempahan bagi tempat penginapan dalam negara, malahan boleh guna untuk tempahan diluar negara.

 

Pada hari ini, anda juga boleh menggunakan Agoda bagi tujuan membuat tempahan tiket penerbangan, dan juga pakej aktiviti.

 

Saya masukkan Agoda dalam senaraian ini memandangkan kita juga sebenarnya boleh menjadi sebahagian daripada partners Agoda dan mula buat duit dengan Agoda.

 

Macam mana nak buat duit dengan Agoda?

Kita buat pendaftaran untuk jadi salah seorang Agoda Partners. Pendaftaran sebagai partners boleh dilakukan menerusi pautan ini.

 

Seterusnya, apabila anda sudah pun mempunyai akaun dengan pihak Agoda, anda boleh mula mempromosikan hotel, resort dan sebagainya yang kita boleh tempah melalui Agoda.

Kalau kita lihat pada simulasi pengiraan komisen diatas, kita andaikan yang anda berjaya mendapatkan tempahan untuk hotel dengan jumlah kos penginapan sebanyak USD200 dan kita andaikan komisen rate adalah 5%, maka dari satu tempahan ini sahaja anda sudah boleh hasilkan USD10.

 

Menarik, kan?

Sesetengah orang bila pergi bercuti, mereka tak kisahpun untuk berbelanja besar untuk bilik hotel atau tempat penginapan. Bermakna, potensi pendapatan yang boleh anda perolehi satu masa nanti adalah lebih besar.

 

Kebiasaannya, tempahan hotel ini akan meningkat jika pada bulan tersebut ada cuti sekolah yang agak panjang, ada cuti perayaan dan juga ada banyak cuti umum.

 

Cuba anda tengok kalendar. Kalau pada bulan tertentu ada banyak cuti umum, atau ada cuti yang panjang, biasanya inilah waktunya nak kumpul komisen melalui Agoda.

 

6. Laman web PG Mall

Laman web PG Mall ini juga didatangkan dalam versi mobile apps. Anda boleh muat turun menerusi pautan ini.

PG Mall ini kalau kita tengok dari segi luaran, ia nampak sama sahaja seperti lain-lain platform e-commerce contohnya seperti Lazada dan juga Shopee.

 

Tapi kalau anda nak tahu, PG Mall ini ada menawarkan program perkongsian keuntungan yang mereka namakan sebagai Consumerchant. Consumerchant ini pula sebenarnya adalah gabungan dua patah perkataan, iaitu “consumer” dan juga “merchant“.

 

Setiap orang yang mendaftar sebagai ahli di PG Mall, secara automatik akan masuk dalam program consumerchant ini. Anda akan dianggap sebagai seorang strategic business partner, dan bukannya sebagai pembeli biasa, seperti yang banyak dipraktikkan dalam lain-lain platform jual beli online.

 

Sebagai partner, anda layak menikmati kelebihan berikut

i. Perkongsian keuntungan (profit sharing) bersama dengan syarikat

Anda akan dapat menikmati sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat hasil daripada pembelian yang anda lakukan, termasuk keuntungan dari pembelian yang dilakukan oleh mereka yang anda daftarkan untuk menjadi ahli di PG Mall.

 

Saya ada terangkan dengan lebih terperinci mengenai program consumerchant ini melalui artikel saya yang bertajuk Pengenalan kepada Bisnes PG Mall.

 

Program ini ada iras-iras seperti bisnes MLM dan juga affiliate marketing. Apa yang penting, kerja-kerja pemasaran, ia boleh dilakukan secara online sahaja, dan ia berbeza sama sekali dengan cara kerja bisnes MLM tradisional.

 

Tak perlu susah payah nak pergi jumpa-jumpa orang, buat perjumpaan dan sebagainya.

 

(2) Freelance writing ataupun penulis bebas

Ini salah satu kaedah yang saya sendiri lakukan untuk buat duit online.

 

Kerja sebagai seorang freelancer ini sebenarnya bukanlah tertumpu hanya dalam bidang penulisan semata-mata. Ada banyak lagi kerja yang kita boleh lakukan secara freelance.

 

Saya lebih cenderung untuk menulis tentang bidang penulisan, sebabnya saya sendiri memilih untuk bekerja sebagai seorang penulis freelance. Jadi, saya ada lebih banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang penulisan, berbanding lain-lain bidang yang kita boleh bekerja secara freelance.

 

Kalau anda berminat nak tahu mengenai pengalaman kerja sebagai programmer freelance, atau graphic designer, saya syorkan anda cuba berkawan dengan individu seperti itu untuk belajar dari pengalaman mereka.

Konsep bekerja sebagai seorang freelance ini sebenarnya agak unik.

 

Ia merujuk kepada satu keadaan dimana seseorang itu memilih untuk

i. Bekerja secara bebas

Bebas untuk memilih siapa bakal majikan, bebas untuk menerima atau menolak tawaran projek dan bebas untuk bekerja mengikut masa yang ditetapkan.

 

ii. Tidak terikat dengan mana-mana majikan atau syarikat secara sepenuh masa

Seorang freelancer bukanlah staff atau pekerja bagi syarikat atau majikan tersebut. Freelancer ini lebih mirip kepada seorang kontraktor yang memberikan perkhidmatan dan kepakaran kepada syarikat tersebut.

 

iii. Lazimnya dia akan bekerja mengikut projek yang berjaya diperolehi (project-by-project basis).

Kalau dalam satu-satu masa itu, dia berjaya dapatkan banyak projek, maka banyaklah kerja yang perlu disiapkan.

Jika sebaliknya yang berlaku, maka tiadalah kerja, dan tiadalah pendapatan dari sumber ini.

 

Dalam artikel 17 Cara buat duit online, saya ada berikan beberapa contoh kerja yang biasa dilakukan secara freelance. Antaranya adalah

1. Menjadi penulis

2. Pereka grafik (graphic designer)

3. Pembangun laman web (web developer)

4. Programmer

5. Video Editor

6. Photographer

7. Model

 

Daripada senarai yang saya sebutkan, saya sendiri memilih untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan. Pada saya, bidang penulisan ini lebih mudah untuk dilakukan, lebih sesuai dengan saya, dan sepanjang saya melibatkan diri dalam bidang ini, Alhamdulillah saya telah menghasilkan pendapatan yang agak baik.

 

Saya juga dah beberapa kali bekerjasama dengan pemilik perniagaan untuk membina konten pemasaran untuk mereka.

Rasa seronok bila saya dapat tahu yang konten yang pernah saya hasilkan telah berjaya membantu mereka dapatkan jualan.

 

(3) Jual barang secara online

Jual barang, atau perkhidmatan secara online, merupakan satu kaedah buat duit yang begitu straight forward. 

 

Jika berlaku jualan, maka akan terhasillah pendapatan, dalam bentuk keuntungan hasil jualan.

 

Tapi saya faham, ramai orang agak kurang senang untuk buat duit dengan cara ini. Terutama sekali bagi mereka yang sebelum ini tak pernah ada pengalaman membuat jualan di internet. Ada macam-macam perkara yang buatkan mereka rasa, idea untuk menjual di internet terlalu sukar.

 

Saya juga pernah berada diposisi tersebut.

Kali pertama saya baru nak mencuba, memang ada macam-macam perkara yang saya fikirkan, yang membuatkan saya berbelah-bahagi, sama ada patut atau tak saya membuat jualan secara online.

 

Biasalah, perkara-perkara berikut mesti akan bermain dalam fikiran

i. Tak tahu nak jual apa

Bila terlalu banyak barang yang boleh kita jual, kita jadi susah nak buat pilihan, mana satu barang yang patut kita fokus.

 

ii. Tak ada modal nak beli stok barang

Masalah tak ada modal ini pun boleh jadi satu penghalang untuk tak mulakan perniagaan sendiri diinternet.

 

iii. Bimbang kalau tak laku

Dah beli stok barang, akhirnya duit modal tersangkut dalam bentuk stok yang tak terjual. Haru juga ni.

 

iv. Risau kalau barang rosak

Kita dah hantar barang kepada pelanggan, tapi dalam perjalanan, barang tersebut rosak. Siapa yang perlu bertanggungjawab?

 

v. Macam mana kalau tak ada stok

Ataupun pelanggan dah buat full payment. Kita pun dah terima bayaran. Tapi masalahnya, stok barang yang ditempah baru sahaja habis. Apa nak buat kalau jadi macam ni?

 

vi. Malu kalau ada orang kenal

Sepatutnya bila kita nak berniaga, kita tak patut malu kalau ada orang kenal. In fact, bila orang kenal kita, orang itulah yang akan lebih mudah percaya pada kita dan akan beli barang yang kita jual.

 

Tapi saya faham, bila baru nak mula ni, kadang-kadang kita akan rasa malu tanpa sebab yang jelas. Kalau ada sebab sekalipun, ianya mungkin bukannya satu sebab yang terlalu besar.

 

Kesemua masalah-masalah ini sebenarnya ada jalan penyelesaiannya. Anda bukanlah orang pertama yang berhadapan dengan situasi tersebut. Sebelum ini dah ramai orang yang berfikir seperti anda, namun pada akhirnya mereka menemui jalan keluar dan berjaya memulakan langkah pertama mereka untuk menjual produk ataupun servis diinternet.

 

Jika anda ingin jual barang secara online, ada beberapa idea yang mungkin sesuai untuk anda, antaranya

i. Import barang dari China dengan harga rendah kemudian jual di pasaran Malaysia dengan harga lebih tinggi

ii. Beli stok barang di pasaraya borong kemudian jual satu per satu

iii. Anda tak mahu simpan stok? Buat bisnes menggunakan kaedah dropship sahaja

iv. Anda jual barang-barang lama yang dah tak diperlukan

 

Untuk menjual produk-produk anda sendiri secara online, anda mempunyai pilihan sama ada

1. Bina laman web jualan sendiri

Jika anda mempunyai kemahiran untuk bina sendiri laman web jualan, bolehlah bina website anda sendiri. Tapi kalau tak ada kemahiran bina website pun tak ada masalah, sebabnya anda boleh upah orang untuk buatkan website untuk anda.

 

Kalau anda tak tahu nak dapatkan orang yang boleh buat website untuk anda, boleh cuba cari di laman web fiverr ini.

Anda boleh pilih mana-mana freelancer yang menawarkan harga yang sesuai dengan bajet anda.

 

2. Bina laman web berkonsepkan shopping cart

Contoh laman web yang berkonsepkan shopping cart adalah seperti Bookcafe. Biasanya orang yang menggunakan laman web berkonsepkan shopping cart atau e-commerce ini adalah mereka yang menjual lebih dari satu produk.

Apa contoh produk yang biasanya ada macam-macam jenis? Biasanya

i. Tudung

ii. Baju

iii. Buku

iv. Jam tangan

v. Kasut

vi. Perfume

 

Bila anda jual macam-macam jenis barang, lebih sesuai kalau jualan itu dibuat melalui sistem shopping cart.

 

3. Jual di laman blog milik anda

Salah satu kelebihan buat mereka yang ada blog ialah, sambil-sambil tulis blog tu, mereka boleh jual barang juga.

 

4. Jual di laman web mudah.my

Laman web mudah.my ini merupakan sebuah laman web direktori iklan.

Pengguna yang melayari laman web ini biasanya adalah dari dua kategori.

 

Kategori pertama, adalah peniaga yang ingin mengiklankan barangan yang dijual.

Sebagai peniaga, anda boleh iklankan apa juga jenis barangan yang anda ingin jual diplatform ini. Namun, anda perlu pastikan produk tersebut tidak melanggar undang-undang negara, dan tak melanggar terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak mudah.my

 

Kategori kedua, adalah pembeli yang sedang mencari produk tertentu.

Dekat mudah.my ini ada macam-macam iklan produk. Sama ada produk yang baru dan juga yang terpakai. Kalau nak jimat, biasanya pembeli akan cuba cari produk yang terpakai, dan disinilah tempat yang boleh dituju.

 

5. Jual dilaman web ebay

Ebay ini merupakan sebuah platform jualan milik syarikat antarabangsa.

Kalau di Malaysia, mungkin laman web ebay kurang popular, namun diluar negara ataupun di negara asal ebay itu sendiri, laman web ini memang popular.

 

Jika anda ingin cuba buat duit dalam matawang USD dan menjual kepada pelanggan di luar negara, bolehlah mula menggunakan platform ini. Buat duit dalam matawang USD, not bad jugak kan?

 

6. Jual di media sosial seperti di FB, Instagram dan sebagainya

Ok kalau susah sangat dan tak tau macam mana nak menjual, jual je di FB masing-masing. Tak perlu susah payah nak bina website, buka akaun pro niaga di mudah.my dan sebagainya. Hanya perlu iklankan tawaran produk anda di FB sahaja.

 

7. Jual melalui platform online marketplace

Laman web online marketplace ini adalah seperti Lazada, Shopee, ataupun PG Mall.

Online marketplace seperti yang saya sebutkan itu, mempunyai jumlah trafik yang sangat besar, dan anda boleh manfaatkan trafik yang mereka miliki untuk menjual produk anda.

 

(4) Blogging

Rasanya tak lengkap kalau saya tak masukkan blogging sebagai salah satu kaedah yang terbukti berkesan untuk buat duit online. Saya cuma nak kata

A lot of good things happen when you have blog!

 

Anda boleh daftarkan blog anda untuk menjadi penyiar (publisher) iklan-iklan berbayar milik Goolge. Program pengiklanan ini dikenali dengan nama Google Adsense. Untuk mula jana pendapatan menerusi program pengiklanan mereka boleh ke pautan berikut.

Link: https://www.google.com/adsense/start/ 

Proses pembinaan sebuah blog yang dapat memberikan pulangan yang memuaskan boleh mengambil masa yang agak panjang.

 

Blog anda perlu mempunyai

i. Konten yang berkualiti tinggi

ii. Bilangan trafik yang konsisten

iii. Mempunyai jumlah artikel yang cukup banyak

iv. Blog anda sentiasa dikemaskini dengan konten terbaru

v. Pemilihan niche dan topik yang betul untuk blog

 

Apabila blog anda menepati ciri-ciri yang disebutkan, bermakna anda kini berada dalam landasan yang betul untuk menjadikan blog anda sebagai suatu aset yang dapat memberikan aliran tunai yang bagus untuk anda dimasa akan datang.

 

Ya, blog boleh menjadi satu aset untuk anda.

Ya, blog boleh memberikan positive cash flow kepada anda, apabila ia sudah mula menjana pendapatan.

 

Bukan itu sahaja, malahan menerusi blog ini juga, anda boleh hasilkan pendapatan pasif anda sendiri.

 

Tahukah anda, bagaimana menghasilkan pendapatan pasif menerusi blog?

Kalau anda nak tahu jawapannya, saya jemput anda baca artikel saya berjudul: Menjana pendapatan pasif menerusi aktiviti blogging.

 

Jika anda sudah faham, perkara yang perlu dilakukan untuk membangunkan sebuah blog, pengetahuan yang sama ini anda boleh applikasikan sekiranya anda ingin membina channel youtube, channel tiktok dan sebagainya.

 

Dari segi prinsip asas, semuanya lebih kurang sama sahaja.

Seterusnya terpulang kepada pembaca, penonton dan juga audience sama ada mereka boleh menerima baik konten yang anda hasilkan ataupun tidak.

 

(5) Online Trading

Sebelum ini, saya kerap kali membaca kisah-kisah dan pengalaman kejayaan mereka yang berjaya buat duit melalui aktiviti trading (perdagangan).

 

Dalam senarai kenalan saya juga, ada ramai individu yang agak aktif melakukan aktiviti trading, sama ada trading saham, forex, crude palm oil (CPO) dan juga cryptocurrency. Sedikit sebanyak, saya turut mengambil beberapa tips yang mereka pernah kongsikan melalui posting media sosial mereka.

 

Potensi keuntungan yang boleh diperolehi juga agak menarik bagi saya. Kalau setakat berjaya hasilkan profit sebanyak 10% – 30% melalui trading, itu merupakan perkara yang biasa saya dengar.

 

Dalam dunia trading ini, kita perlu dengar cerita dari kedua-dua belah pihak. Pihak yang berjaya buat untung yang besar, termasuk juga pihak yang tersilap langkah dan alami kerugian yang besar juga.

 

Saya anggap ini semua sebagai satu lumrah dalam dunia trading.

Kalau kita serius ingin mendapatkan keuntungan yang besar dalam dunia ini, kita juga perlu terima hakikat bahawa kita juga perlu mengambil risiko yang besar apabila melakukan aktiviti trading.

 

Setiap orang yang pernah buat duit dengan cara ini, pasti pernah merasai pengalaman kerugian pada satu masa dalam hidupnya. Terutama sekali waktu baru kali pertama melibatkan diri dalam bidang trading.

 

Alami kerugian itu biasalah.

Apa yang penting, kerugian kita itu tak terlalu besar hingga habis duit modal untuk kita trade semula. Asalkan kita masih ada lagi modal, kita boleh trade lagi, dan cuba recover apa-apa jumlah yang kita rugi sebelum ini.

Kenapa saya masukkan topik mengenai trader dalam perbincangan mengenai cara menjana pendapatan online?

Jawapannya mudah sahaja. Dewasa ini kita boleh melakukan aktiviti trading, iaitu membeli dan menjual matawang kripto hanya dengan menggunakan smartphone kita sahaja.

 

Sekiranya anda lebih berminat untuk melakukan aktiviti trading saham, proses beli dan jual saham juga boleh dilakukan melalui smartphone sahaja.

 

Jika anda ada ilmu untuk trading, boleh masuk ke pasaran pada bila-bila. Belilah matawang kripto ketika harganya masih rendah, dan jual apabila sudah ada keuntungan.

Anda boleh daftar akaun Luno dari pautan ini.

 

Baiklah, rasanya dah cukup kot saya cover topik ini dalam perkongsian saya kali ini.

 

Jika anda rasa ianya seperti complicated dan sukar nak hadam, saya sarankan anda hanya pilih salah satu kategori sahaja. Tak perlu nak buat semua sekali dalam satu masa, melainkan anda dah nampak cara dan jalannya. Saya sendiri bermula dengan blogging, kemudian perlahan-lahan mula mengembangkan lagi cabang buat duit online kepada lain-lain kategori.

 

Apa yang lebih penting ialah, kita ada tindakan, dan bukannya sekadar berangan-angan atau cuma cakap sahaja “aku nak buat duit online.”

 

 

Exit mobile version