Blog Sabree Hussin

Cara yang BERKESAN dan SELAMAT untuk buat duit online bagi tahun 2020

Tahun baru 2020 akan menemui kita tak berapa lama lagi. Dalam masa kurang dari seminggu, tahun 2019 akan melabuhkan tirainya lalu pergi meninggalkan kita buat selamanya.

 

Bagaimana agaknya kehidupan kita semua nanti? Adakah akan jadi semakin baik, atau semakin mencabar? Mudah-mudahan dengan adanya pertambahan dari segi pendapatan, kita dapat merasai kehidupan yang lebih baik pada tahun 2020 nanti.

Persoalannya ialah, apa persediaan yang anda lakukan untuk tahun baru nanti? Dari segi ekonomi, apa ikhtiar yang anda lakukan, selain melakukan kerja hakiki, untuk menghasilkan pendapatan tambahan?

 

Kalau anda tergolong dalam kumpulan elit, yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak puluhan ribu dan pendapatan tahunan sebanyak ratusan ribu, hmm entri ini memang tentu sekali bukan untuk anda. Saya tulis artikel ini untuk rakyat marhaen macam saya.

 

Orang macam saya, yang mempunyai pendapatan yang biasa-biasa sahaja. Tidak mewah, tapi cukup untuk merasa dan menikmati kesenangan hidup didunia ini.

 

Justeru, saya cuba luangkan masa beberapa minit untuk menulis artikel ini. Bagaimana dan apa cara yang dijamin boleh buat duit serta SELAMAT untuk buat duit online, yang kita semua boleh praktikkan untuk tahun 2020 nanti.

 

Senarai yang saya buat ini, adalah cadangan yang anda boleh pertimbangkan. Saya percaya, jika anda juga sanggup untuk berusaha, bersusah-susah dahulu untuk jayakan idea-idea ini, kelak anda juga yang akan bersenang-senang sambil menikmati hasil susah payah kerja yang anda lakukan.

 

“So, apa yang saya perlu lakukan untuk buat duit online bagi tahun 2020 nanti?”

Ini dia.

 

[1] Google Ads Publisher

Maksudnya?

 

Kita jadi individu yang menyiarkan iklan-iklan milik syarikat Google. Bila bercerita tentang nak jadi Ads Publisher, terutama sekali untuk pihak Google, anda kena tahu terlebih dahulu, apakah dia nama program pengiklanan tersebut.

 

Bagi pembaca yang biasa membaca perkongsian saya dalam blog ini, pasti dapat meneka bahawa program pengiklanan yang saya maksudkan adalah program pengiklanan Google Adsense.

Kalau ini merupakan kali pertama anda dengar mengenai program ini, dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut, saya boleh syorkan anda muat turun panduan Raja Adsense ini.

 

Sebagai penyiar (publisher) iklan-iklan milik Google, kita akan dibayar apabila iklan yang kita siarkan mendapat klik ataupun tontonan daripada para pelayar internet.

 

Macam mana nak jadi publisher iklan milik google?

Cara paling mudah (pada saya) adalah dengan membina website kita sendiri, hasilkan konten dalam bentuk artikel, imej, video dan sebagainya kemudian kita mohon untuk menyertai program Google Adsense. Anda boleh ke laman web ini untuk membuat permohonan https://www.google.com/adsense/start/

 

Cara untuk bina laman web berkonsepkan blog telahpun saya tunjukkan diblog ini sebelum ini. Kalau ada yang belum tahu cara mudah untuk bina laman blog, boleh baca posting saya berjudul cara mudah memasang blog wordpress self hosted pada hosting.

 

Setelah diterima untuk menjadi salah seorang publisher, tugas kita seterusnya adalah menghasilkan lagi banyak konten pada laman web kita dan pastikan jumlah pelawat yang masuk ke website kita semakin hari semakin banyak.

 

Dengan bertambahnya pelawat yang masuk ke laman web kita, bermakna pendapatan kita menerusi program ini juga akan meningkat.

 

Selain menggunakan website, anda juga boleh menjadi penyiar iklan Google dengan cara membina Channel Youtube dan juga mencipta Android Apps anda sendiri.

 

Kalau anda lebih selesa merakam video, maka cadangan saya anda hasilkan video dan bina channel Youtube milik anda sendiri.

 

Ataupun kalau anda lebih suka nak jadi programmer, dan hasilkan banyak apps untuk kegunaan orang ramai, maka boleh sertai program AdMob. Program AdMob ini adalah adsense untuk applikasi.

Baca lagi disini: Cara menjana pendapatan dengan Android Apps

 

[2] Affiliate Marketing

Selesai bab jadi publisher, kita move on pula kepada satu lagi program yang memang best untuk buat duit. Program yang saya maksudkan ialah program affiliate.

 

Menerusi program affiliate, kita perlu daftar sebagai ejen kemudian buat kerja-kerja pemasaran bagi pihak syarikat ataupun orang perseorangan yang menganjurkan program tersebut. Sekiranya dari kerja promosi yang kita lakukan itu, kita berjaya dapat jualan, kita akan dibayar komisen.

 

Kadar komisen adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis produk yang kita promosikan. Contohnya kalau produk fizikal, kadar komisen adalah sekitar 5% – 20% untuk setiap jualan.

 

Saya nak bawakan contoh kadar komisen yang boleh anda semua perolehi kalau jadi affiliate bagi Lazada Malaysia.

Sekiranya anda mempromosikan produk digital, seperti ebook, rakaman video, software dan sebagainya, kadar komisen yang anda boleh perolehi adalah lebih tinggi, iaitu sekitar 50% ke 70% daripada harga produk.

 

Contoh yang saya boleh bawakan ialah program Affiliate Klikjer. Komisen yang ditawarkan adalah 50% dari harga produk. Kalau produk yang anda promosikan harganya RM100, maka komisen yang bakal anda perolehi adalah sebanyak RM50 untuk setiap jualan.

 

Cuma harapan saya, tahun 2020 nanti akan muncul lebih banyak program affiliate yang kita semua boleh sertai, dan kalau boleh tu, buatlah program affiliate yang tawarkan komisen dua peringkat (atau dua level).

Baca juga: Senarai program affiliate yang menawarkan komisen lebih dari satu level

 

Kalau anda baca artikel yang saya tulis sebelum ini, memang dah wujud program affiliate yang tawarkan komisen dua level, cuma bilangannya masih tak cukup banyak.

 

[3] Influencer Marketing

Mula-mula kena jadi popular, dapatkan ramai pengikut (follower) kemudian baru mula tawarkan servis promosi atau iklan.

Buat duit sebagai influencer yang mempromosikan tempat makan, produk kosmetik, tempat percutian dan sebagainya memang nampak mudah, tapi untuk berjaya dalam bidang ini, anda bukan semata-mata perlukan follower yang banyak, tapi anda perlu lihat aktiviti ini dari sudut pandang seorang ahli perniagaan.

 

Ada follower yang ramai di media sosial itu bagus, tapi pada masa yang sama, anda perlu pastikan bahawa setiap klien yang mendapatkan servis iklan dari anda mendapat manfaat dari setiap ringgit yang dibelanjakan untuk mendapatkan servis anda.

 

Untuk mereka yang sebenarnya ramai follower, tapi sebenarnya semua tu fake account, follower beli, ataupun follower hanyalah akaun Bot, maka kat sini ada berita buruk untuk anda.

 

Anda tidak akan berjaya buat duit dengan cara ini, dan kalau ditakdirkan anda berjaya buat duit sekalipun, ia mungkin tak bertahan lama.

 

Kejayaan anda sebagai influencer turut dipengaruhi oleh kemampuan anda menghasilkan konten yang berkualiti tinggi untuk para pengikut anda. Kalau anda hanya pandai merapu, buat benda bodoh, ya memang akan viral, tapi lama kelamaan orang pasti akan meluat dengan sikap anda.

 

[4] Jual produk fizikal/digital sendiri

Ini cara yang straight forward.

 

Nak buat duit online? Juallah barang secara online, sama ada barang tersebut adalah barangan dalam bentuk fizikal mahupun digital. Anda buat pemasaran secara online, sama ada menggunakan laman web sendiri ataupun menggunakan akaun media sosial.

 

Nanti bila dah ada tempahan, anda pos barang tersebut kepada pelanggan.

 

Ada macam-macam benda yang orang jual secara online sekarang. Ada orang yang jual buku, jual perfume, jual baju, buat bisnes tudung dan macam-macam lagi. Ya, pada peringkat permulaan, mungkin rasa macam agak susah nak jadi kaya dengan jual barang-barang ini secara online, tapi percayalah, setelah anda ada follower sendiri dan ada pelanggan setia, masa itu akan lebih jelas hala tuju dan perjalanan bisnes anda.

 

Ok… persoalan… kat mana nak jual produk-produk ni semua?

Manfaatkan platform ecommerce yang memang telah popular. Jual barang-barang niaga anda melalui laman web tersebut. Dengan jumlah pelawat yang mereka miliki sehingga jutaan orang dalam masa sebulan, anda pasti boleh berniaga menerusi platform mereka.

 

[5] Program Dropship

Biasanya perkara yang kerap dijadikan isu untuk tidak berniaga secara dalam talian ialah tak ada modal dan tak tahu nak jual produk apa.

 

Maka disini kita ada satu lagi pilihan untuk anda cuba, iaitu menyertai program dropship.

Modal yang kita perlukan adalah gambar dan maklumat produk sahaja. Oh kena ada kerajinan dan ada keinginan untuk berjaya. Ada banyak juga program dropship yang mana penganjur program menyediakan program latihan untuk anda mahir menjadi seorang ejen dropship.

 

Sila manfaatkan latihan percuma tersebut.

Sebagai buah tangan untuk anda, boleh muat turun dulu senarai website supplier yang sebahagiannya turut menyediakan program dropship untuk anda diatas.

 

[6] Jual perkhidmatan atau kepakaran

Masih lagi berkisarkan tentang bidang jualan, cuma kali ini kita bukannya jual barang tapi sebaliknya kita menjual kemahiran.

 

Apa-apa kemahiran dan kepakaran yang kita miliki, ia sebenarnya boleh dijual dan diluar sana ada orang yang memerlukan kepakaran kita.

 

Anda patut lebih tahu, apa sebenarnya kepakaran yang anda miliki. Boleh jadi anda pandai membina website, pandai dalam bab-bab programming, boleh menjadi tenaga pengajar dan sebagainya, semua ini boleh dijual.

 

[7] Shopping melalui laman web Cash Back

Cara ini pun kita boleh gunakan untuk buat duit online.

Menerusi program shopback ini, kita akan dapat balik sejumlah wang mengikut peratusan tertentu apabila kita shopping online.

 

Anda biasa shopping di laman web seperti Lazada atau Shopee?

 

Berita baik untuk mereka yang kerap shopping di Lazada, anda boleh dapat balik duit yang anda belanjakan sehingga 8% apabila menyertai program Shopback ini.

Maksudnya? Maksudnya, kalau anda berbelanja RM100, anda akan dapat balik duit anda sebanyak RM8. Kira ok lah kan, dapat balik duit, berbanding sebelum ini tak pernah dapat apa-apa.

 

Bermula 1 Januari 2020 sampailah 31 Disember 2020 nanti, cubalah anda lihat sendiri berapa banyak cash back yang telah anda berjaya kumpulkan.

 

Program Shopback ini kalau nak join boleh buat pendaftaran disini.

 

[8] Personal Shopper

Tugas seorang personal shopper adalah membantu pelanggan untuk mendapatkan barangan yang dia perlukan. Atau dengan kata lain, anda tolong pelanggan belikan barang bagi pihaknya.

Baca juga: Apa yang anda perlu tahu tentang kerjaya seorang Personal Shopper

 

Anda telah belajar macam-macam perkara tentang bisnes ecommerce. Anda juga mungkin pernah dengar tentang istilah program dropship, tapi anda rasa kurang berminat untuk bersaing dengan peniaga lain yang terdapat di dalam sistem marketplace.

 

Jangan sia-siakan kemahiran dan kepakaran yang anda telah miliki. Kalau anda sebelum ini telahpun daftar untuk sertai macam-macam program dropship, apa kata kali ini, instead of anda meletakkan diri anda sebagai seorang penjual, apa kata anda tawarkan servis pembelian barangan sebagai seorang personal shopper.

Apa kelebihan anda berbanding orang lain atau peniaga lain? Kelebihan yang ada pada anda ialah, kawan-kawan anda kenal anda dan anda hanya ingin membantu kawan anda dapatkan produk yang dia inginkan dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran.

 

Cuma kenalah pastikan, walaupun harga lebih murah dari pasaran, anda masih ada untung dalam transaksi tersebut. Walaupun untungnya sedikit, namun yang penting berhasil.

 

[9] Blogging

Eh tahun 2020 dah ni… masih ada lagi ke yang nak buat duit dengan cara blogging? Tak rasa ketinggalan zaman ke?

Orang sekarang dah fokus pada media sosial, jadi youtuber, so takkan masih nak cerita pasal blogging lagi?

 

Pada saya, biarlah orang lain nak buat apa pun. Nak jadi Youtuber ke, Instafamous ke, atau apa-apa sahaja gelaran yang bakal muncul in future, saya nak fokus buat kerja saya!

 

Jika dilihat dari satu sisi pandang, bagus juga kalau semua orang dah beralih ke Youtube dan media sosial, jadi saya bolehlah buat kerja-kerja saya tanpa ada gangguan dari ramai pesaing.

 

Saya perhatikan, ada banyak juga laman blog saya yang makin hari makin bertambah jumlah trafiknya, walaupun saya dah lama tak update blog tersebut.

 

Selagi mana blog saya masih lagi ada trafik, selagi itu income saya menerusi blog masih berjalan. Adakah anda boleh kata hal yang sama, untuk akaun media sosial? Cubalah buat eksperimen, jangan siarkan sebarang konten baru di FB, Twitter mahupun Insta, maybe untuk tempoh seminggu.

 

Kita tengok apa yang berlaku.

 

Apa pun, saya bukannya nak cetuskan perbalahan, mana satu yang lebih berguna atau lebih bagus sama ada blog ataupun media sosial, cuma pada saya, blogging masih tetap relevan dan Alhamdulillah ia masih tetap menyumbangkan pendapatan kepada saya.

 

Saya percaya, jika anda juga konsisten menulis blog dan hasilkan konten yang baru, anda juga akan dapat hasilkan pendapatan seperti mana yang saya hasilkan.

 

Baiklah, saya rasa dah cukup panjang perkongsian kali ini. Saya doakan semoga apa yang saya kongsikan disini bermanfaat untuk anda.

 

 

Exit mobile version