Blog Sabree Hussin

Cara menjana pendapatan dengan Android Apps

Tahukah anda, dengan menjadi seorang Apps Developer atau pembangun applikasi, anda sebenarnya boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan!

 

Benda ni, memang boleh buat duit dan dalam perkongsian kali ini, saya nak cerita bagaimana dengan mencipta apps, sama ada apps yang canggih dengan pelbagai fungsi, atau apps yang simple seperti apps permainan boleh memberikan pendapatan kepada anda.

 

Apabila anda dah faham konsep, bagaimana apps menghasilkan pendapatan, In Shaa Allah satu masa nanti anda akan lebih jelas dengan hala tuju dan pemilihan jenis apps yang hendak dibangunkan.

Jadi tanpa mengambil lebih banyak masa anda, saya kongsikan disini 6 cara bagaimana apps boleh menjana pendapatan untuk anda.

 

(1) Program pengiklanan

Cara paling mudah dan biasa dilakukan untuk menghasilkan pendapatan melalui apps adalah dengan menyertai program pengiklanan. Melalui program pengiklanan, anda akan menyiarkan iklan-iklan berbayar kepada para pengguna yang memuat turun dan menggunakan apps anda.

 

Salah satu program pengiklanan yang popular adalah program pengiklanan Google Admob.

Program AdMob adalah khusus untuk para pembangun applikasi (apps developer). Konsep program Google AdMob ini lebih kurang sama sahaja seperti program Google Adsense. Cuma bezanya, Google Adsense adalah untuk pemilik laman web manakala AdMob adalah untuk developer Apps.

 

Berapa banyak pendapatan yang boleh dihasilkan melalui program Google AdMob?

Soalan tentang berapa banyak income yang boleh dihasilkan, ia sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya

(1) Jenis apps yang anda bina

Jenis apps yang dibina akan mempengaruhi jenis iklan yang disiarkan pada apps anda. Kalau apps yang dibina adalah apps permainan online, kebiasaannya iklan yang akan disiarkan juga adalah iklan tentang permainan game juga.

 

Andai kata apps yang anda bina adalah berkaitan dengan pengurusan kewangan, iklan yang bakal muncul juga berkaitan dengan niche tersebut. Dari pembacaan yang saya lakukan, nilai setiap iklan adalah berbeza-beza. Contohnya iklan berkaitan dengan produk kewangan seperti saham, kad kredit, property adalah lebih mahal nilainya berbanding iklan mengenai laman web ecommerce.

 

Sekiranya apps yang anda bina tidak mempunyai iklan yang relevan dengan niche apps tersebut, hanya iklan-iklan murah sahaja yang akan dipaparkan. Ini secara tak langsung akan turut mempengaruhi pendapatan yang anda bakal terima melalui apps.

 

(2) Bilangan pengguna yang aktif menggunakan apps anda

Untuk buat duit dengan apps, tak cukup sekadar mempunyai jumlah muat turun yang banyak. Mereka yang memuat turun apps anda perlu menjadi pengguna yang aktif. Sebaik-baiknya apps tersebut digunakan setiap hari, dan kalau boleh dalam sehari setiap orang gunakan apps anda berkali-kali.

 

Cuba lihat senarai apps yang terdapat pada smartphone anda, mana satu apps yang anda selalu gunakan?

 

(3) Bagaimana pengguna berinteraksi dengan apps anda

Setiap kali ada iklan yang dipaparkan, apakah tindakan yang diambil oleh pengguna apps anda? Adakah dia akan skip ads, ataupun dia akan tonton iklan dalam bentuk video tersebut. Kalau pengguna skip ads, anda tak dapat sebarang income, tapi kalau dia memilih untuk melihat iklan, anda akan dapat income.

 

Iklan dari jenis rewarded, yang mana pengguna apps akan ditawarkan free life, atau diamond dan sebagainya sebagai ganti untuk dia melihat iklan boleh menjadi penyumbang terbesar bagi pendapatan melalui apps.

 

(4) Berapa lama pengguna menggunakan apps anda

Lagi lama dia gunakan apps anda, bermakna lagi banyak iklan yang pengguna tersebut bakal lihat. Ini akan membuatkan pendapatan yang anda bakal terima melalui apps akan jadi lebih tinggi.

 

(5) Berapa banyak iklan disiarkan pada apps anda

Misalnya dalam 15 minit pengguna apps anda menggunakan apps tersebut, berapa banyak bilangan iklan yang dipaparkan. Pengiraan mudahnya ialah lagi banyak iklan yang dilihat, lagi tinggi income yang bakal anda perolehi.

 

Walaubagaimanapun… tiada siapa yang suka apps yang ada banyak iklan. Pada masa yang sama, anda juga perlu pertimbangkan perasaan pengguna anda juga.

 

Kalau apps anda terlalu banyak iklan, pengguna akan rasa bosan.

Kalau apps anda menyiarkan iklan tetapi terlalu sedikit, pendapatan anda akan jadi sedikit sahaja.

Kalau apps anda langsung tak ada iklan, anda tidak akan mempunyai pendapatan langsung.

 

(6) Jenis iklan yang disiarkan

Iklan ni ada macam-macam jenis. Cuba lihat screenshot dibawah ini.

Setiap iklan yang berbeza, kadar bayaran yang bakal kita terima juga berbeza.

 

(7) Negara dimana pengguna apps anda berada

Kalau pengguna apps anda kebanyakkannya adalah mereka yang berada di US, Canada atau lain-lain negara maju, anda akan dapat pendapatan yang lebih tinggi kalau nak bandingkan dengan pengguna yang kebanyakkannya berasal dari negara Malaysia.

 

Berbalik kepada pertanyaan sebelum ini, berapa banyak pendapatan yang boleh dihasilkan melalui program Google AdMob? Selepas mempertimbangkan faktor-faktor diatas, saya ingin tarik perhatian anda untuk melihat kisah kejayaan Saudara Yuzairi Yusof yang berjaya hasilkan pendapatan sehingga USD100 dalam masa sehari melalui apps yang beliau hasilkan.

Adakah anda juga bakal memperoleh pendapatan seperti ini? Wallahua’lam. Semuanya bergantung kepada faktor-faktor yang telah saya sebutkan tadi.

 

(2) Program Referral atau Affiliate Marketing program

Alternatif bagi program pengiklanan, kita juga boleh buat duit melalui program referral. Kita siarkan sendiri banner dalam apps yang kita hasilkan, dan apabila ada pengguna yang menekan klik pada banner lalu membuat pembelian, kita akan memperolehi komisen.

 

(3) In-App purchase

Maksudnya pencipta apps menjual servis tambahan kepada pengguna apps mereka. Pada awalnya apps tersebut dimuat turun secara percuma sahaja. Untuk dapatkan fungsi tambahan, pengguna ada pilihan sama ada untuk beli pakej booster atau terpaksa berpuas hati dengan servis sedia ada.

 

Biasanya yang ada in-app puchase ini adalah apps jenis game.

Saya sendiri pernah beberapa kali beli pakej-pakej yang ditawarkan ini. Kalau harganya murah, saya bolehlah beli. Tapi kalau terlalu mahal, ada yang sampai USD99, yang tu memang tak mungkin untuk saya beli.

 

USD99 kalau convert kepada matawang RM nilainya lebih kurang RM396 dengan anggaran kadar tukaran matawang USD1 bersamaan dengan RM4.

Pada saya harganya sangat mahal, tapi bagi negara yang memang menggunakan matawang USD dalam urusan transaksi setiap hari, mungkin mereka rasa harganya sama macam kita rasa RM99 itu tak terlalu besar.

 

Jadi beginilah, kalau anda ada kemahiran untuk membina applikasi jenis permainan, kemudian anda target para pengguna anda adalah mereka yang berada di US, anda boleh tawarkan in app purchase seperti ini. Jika pengguna merasakan permainan yang anda cipta sangat bagus dan menyeronokkan, mereka pasti tidak teragak-agak untuk membuat pembelian.

 

(4) Langganan Perkhidmatan

Dalam konteks langganan perkhidmatan ini, pengguna yang memuat turun apps anda perlu membuat bayaran secara berkala, sama ada tahunan ataupun bulanan untuk terus menikmati konten yang anda sediakan melalui apps anda.

 

Salah satu contohnya ialah apps Netflix, iFlix, online newspaper dan sebagainya. Kalau pengguna masih inginkan konten terkini, maka dia perlu buat pembayaran kepada anda. Lazimnya pengguna apps berbayar seperti ini dapat menggunakan apps tersebut tanpa sebarang gangguan iklan.

 

(5) Sponsorship

Sebenarnya apabila pengguna apps kita sudah sangat ramai, mungkin dalam puluhan ribu atau ratusan ribu orang, pada waktu itu kita boleh jadi lebih kreatif dalam usaha untuk buat duit dengan apps. Kita boleh siarkan sponsored content atau iklan berbayar kepada pengguna apps kita.

 

Iklan ini datangnya dari orang perseorangan atau syarikat yang ingin beriklan di apps milik kita.

 

(6) E-commerce

Apps dalam kategori ecommerce seperti Lazada, Shopee dan sebagainya mengenakan sedikit service fee kepada para seller yang menggunakan platform mereka untuk melakukan proses jual beli. Service fee ini tidaklah terlalu tinggi, mungkin sekitar 2% – 10% (atau diantara), tapi cuba bayangkan kalau jumlah transaksi ada banyak.

 

Sudah tentu apps ini akan menjana pendapatan yang sangat banyak kepada pemiliknya.

 

Sekarang anda dah tahu cara bagaimana apps menghasilkan pendapatan, apa seterusnya?

Kalau sekadar tahu rahsia ia masih belum cukup untuk memberikan anda sebarang pendapatan. Alang-alang dah baca tentang cara untuk buat duit dengan apps, apa kata anda cuba bina apps anda yang pertama.

 

Pada peringkat permulaan, saya syorkan kita bermula dengan strategi menjana pendapatan melalui program Google AdMob.

 

Anda masih belum ada akaun dengan Google AdMob? Apa kata anda daftar dulu akaun AdMob anda. Layari laman web AdMob menerusi pautan ini https://admob.google.com/home/

 

Untuk tutorial langkah demi langkah cara untuk daftar akaun AdMob, anda boleh baca tutorial percuma disini. Pastikan anda mempunyai akaun dengan google atau akaun gmail terlebih dahulu untuk daftar program AdMob ya.

 

Saya nak buat apps saya sendiri, tapi saya tak ada kemahiran programing ataupun coding, apa perlu saya buat?

Kalau anda kata yang anda tak pandai programming dan tak reti bermain dengan kod, anda sebenarnya tak keseorangan. Bukan anda seorang yang tak pandai programming, saya pun tak pandai juga.

 

Saya rasa kat luar sana pun ada ramai lagi individu yang tak pandai dalam bab-bab coding. Jadi kat sini, ada beberapa pilihan yang anda boleh ambil untuk hasilkan apps anda. Ya, walaupun anda tak pandai programming, masih lagi boleh lancarkan apps anda sendiri.

 

(i) Upah freelancer untuk bina apps untuk anda

Kalau anda tak pandai nak buat sendiri, dekat luar sana pasti ada orang yang tahu macam mana nak buat apps. Kalau anda betul-betul minat nak lancarkan apps anda sendiri, anda sebenarnya boleh upah orang untuk binakan apps untuk anda.

 

Saya suka untuk rujuk laman web fiverr.com sebabnya dekat situ ada banyak freelancer dari serata dunia yang menawarkan pelbagai servis dengan harga yang munasabah. Ada servis yang sangat berkualiti ditawarkan dengan harga serendah USD5 sahaja.

 

Layari laman web fiverr.com

Gunakan fungsi search dan taip keyword seperti “create android apps” dan tekan butang search.

 

Tunggu paparan hasil carian muncul diskrin anda. Saya ada buat carian dan ini adalah hasilnya.

Lihat kotak yang berwarna merah, terdapat 11,511 hasil carian untuk keyword “create android apps”.

 

Harga untuk servis bina apps pula adalah pelbagai. Ada yang bermula dengan serendah USD5 dan boleh pergi sampai USD2,500 untuk buat apps.

Kalau setakat apps yang simple, mungkin USD5 dah boleh dapat. Tapi kalau anda perlukan apps yang canggih, maka cara untuk membinanya jadi lebih rumit dan kosnya juga agak tinggi.

 

Anda boleh hubungi mana-mana freelancer yang mempunyai rating dan review yang baik. Seterusnya anda perlu beritahu apakah jenis apps yang anda mahu bina. Dalam proses ini anda kena nyatakan dengan jelas apakah ciri-ciri yang anda mahukan ada pada apps tersebut.

 

Selepas itu, freelancer tersebut akan nyatakan berapa harga yang perlu anda bayar. Kalau anda bersetuju, maka bolehlah teruskan dengan proses pembayaran.

 

Konsep beli perkhidmatan di Fiverr ni lebih kurang sama macam kita beli barang di Lazada mahupun di Shopee. Kita tidak akan membayar terus kepada penjual, sebaliknya kita akan bayar kepada Fiverr dulu.

 

Hanya selepas anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, projek atau tugasan yang anda berikan kepada freelancer telah siap dilaksanakan, barulah pihak Fiverr akan bayar kepada freelancer. Jadi disini duit anda selamat.

 

Kalau freelancer pertama yang anda pilih dan yang anda telah bayar gagal untuk menyiapkan kerja seperti yang dipersetujui, anda akan dapat semula duit yang telah anda bayar.

 

Andai kata anda cuma nak bina satu apps, maka bolehlah pertimbangkan opsyen ini.

 

(ii) Belajar cara untuk bina Android Apps secara percuma

Kat mana nak belajar?

 

Alahai sekarang ni kan zaman teknologi. Maklumat semua di hujung jari. Macam biasa, untuk permulaan kita mula cari maklumat dari Google!

 

Buka laman web Google dan taiplah kata kunci seperti “how to create android apps without coding”. Saya suka untuk buat carian dalam bahasa Inggeris sebab kebiasaannya maklumat seperti ini lebih mudah diperolehi dalam laman web berbahasa Inggeris.

 

Kalau cari yang dalam bahasa Melayu, sama ada tiada maklumat yang bakal diperolehi ataupun kita akan temui laman web berbahasa Indonesia. Bahasa Indonesia ni pada saya, ada beberapa perkataan dan ayat yang saya rasa agak sukar untuk difahami.

 

Ini hasil carian dari Google.

Kebiasaannya hasil carian yang paling awal tu adalah iklan berbayar. Perasankan, ada tulis Ad kat situ. Maksudnya itu adalah iklan berbayar.

 

Boleh terus klik untuk dapatkan maklumat menerusi laman web yang disenaraikan. Bila kita klik, ia akan membawa kita ke laman web yang menawarkan servis untuk buat apps.

 

Kebanyakkan laman web yang menawarkan servis untuk bina apps ini akan memberikan kita dua plan berbeza. Plan untuk bina apps secara percuma dan satu lagi plan untuk bina apps berbayar.

 

Versi percuma, selalunya apps yang boleh kita bina agak terhad dari segi fungsi, design dan sebagainya kalau nak bandingkan dengan versi berbayar.

 

Selain google, anda juga boleh belajar macam mana nak bina apps secara percuma melalui Youtube.

Baca juga: Video PERCUMA Panduan belajar buat applikasi Android untuk orang baru

 

Kalau belajar melalui Youtube, anda akan belajar secara langkah demi langkah melalui video. Saya ada sertakan posting sebelum ini yang saya pernah terjumpa channel Youtube yang mengajar cara untuk bina android apps.

 

(iii) Sertai kursus belajar buat apps sama ada yang berbayar atau yang percuma

Kalau setakat nak bina satu atau dua apps, mungkin boleh pertimbangkan untuk upah sahaja freelancer yang tolong buatkan.

 

Atau kalau nak berjimat, boleh belajar sendiri melalui kaedah self-learning. Cari maklumat di Google dan tonton video panduan percuma melalui Youtube.

 

Selain itu, kalau anda nak tahu terdapat juga pilihan untuk anda belajar melalui kursus untuk bina android apps. Kursus ini pula ada pelbagai bentuk.

 

Ada yang kena datang ke tempat pembelajaran dan bertemu dengan tenaga pengajar. Ada yang belajar melalui rakaman video cuma dekat sini struktur pembelajaran itu lebih tersusun. Ada juga kaedah belajar melalui ebook dan sebagainya.

 

Terpulang pada anda, lebih selesa nak gunakan pendekatan yang bagaimana.

 

Saya juga ada belajar macam mana nak buat android apps tanpa perlu guna coding melalui laman web. Salah satu laman web yang saya join untuk belajar buat apps adalah laman web ini.

Think long term.

 

Satu masa nanti anda mungkin nak bina banyak apps. Tak kisahlah sama ada nak buat apps yang kecil-kecil, atau apps yang lebih complicated. Jadi kemahiran yang ada, untuk bina apps ini nanti pasti sangat membantu, untuk anda jana pendapatan melalui program pengiklanan Google AdMob nanti.

 

The best dengan belajar melalui panduan seperti ini adalah kita akan belajar secara step by step, ada group sokongan kalau langsung tak faham atau apps yang dibina tak jadi seperti yang kita harapkan.

 

Langsung tak rugi kalau belajar skil untuk buat duit, sebabnya nanti bila kita praktikkan, hasilnya kita pun akan dapat duit juga.

 

Baiklah, In Shaa Allah dalam posting seterusnya saya akan review tentang Panduan Buat Apps Tanpa Coding Kejapps supaya anda boleh fahami apa yang bakal anda perolehi dengan pakej pembelajaran tersebut.

 

 

 

Exit mobile version