Blog Sabree Hussin

Video PERCUMA Panduan belajar buat applikasi Android untuk orang baru

Apa yang mendorong anda untuk belajar buat apps? 

 

Baru-baru ini, soalan ini muncul dalam minda saya. Pada umur saya sekarang ini, saya rasakan seperti dah agak tua untuk belajar satu skil yang baru, iaitu skil untuk buat apps. 

 

Saya rasa, kalau nak belajar buat apps ini, kena ada satu SEBAB atau reason why yang cukup kuat. Bidang ini adalah satu bidang yang baru, yang saya tak pernah sentuh sebelum ini.

 

Sedikit sebanyak, kena ada pengetahuan untuk buat kerja-kerja programming.

Saya membaca laman web Rahsia Buat Apps. Dari situ saya dapat tahu yang rupa-rupanya potensi pendapatan daripada apps adalah sangat lumayan.

 

Jika kena dengan caranya, boleh dapat income sehingga RM400 dalam sehari dari program Google Adsense! Para pemain Adsense, pasti sedia maklum, bukan mudah untuk jana even USD10 dalam sehari.

 

Inikan pula boleh dapat sampai USD100.

 

Pencarian bermula…

Benda boleh buat duit… saya mula timbul minat.

 

Manalah tau kan, boleh jadi satu lagi sumber pendapatan. Boleh tambahkan lagi pendapatan sedia ada. Tempat nak dijadikan rujukan?

 

Sudah tentulah laman web carian Google.

Kalau rajin mencari, kita pasti dapat jumpa macam-macam panduan untuk belajar kemahiran yang baru.

 

Salah satunya adalah kemahiran untuk buat apps. Bila cari maklumat di google, memang kena banyak bersabar. Kebiasaannya kita terpaksa cari sehingga mukasurat paling belakang untuk dapatkan apa yang kita mahukan.

 

Satu lagi, kalau carian dalam bahasa melayu gagal menemukan kita dengan maklumat yang diingini, buatlah carian dalam bahasa Inggeris pula.

 

Saya bernasib baik, sebab lepas buat carian di Google, saya jumpa laman web bahasa Melayu yang menghimpunkan maklumat yang saya mahukan.

 

Rujuk laman web fajarhac.com dalam posting beliau berjudulBagaimana cara saya buat applikasi Android.

 

Daripada posting tersebut, penulis ada mencadangkan untuk belajar buat Applikasi Android dengan merujuk kepada video tutorial percuma yang terdapat di Youtube.

Bila bercakap tentang panduan ini, dekat internet terdapat dua jenis panduan.

 

Pertama, panduan percuma.

 

Panduan percuma selalunya tak lengkap. Ia bergantung kepada mood dan tahap kesibukkan individu yang menyediakan panduan tersebut. Kalau dia ada banyak masa, In Shaa Allah banyaklah panduan yang dia sediakan.

 

Kalau dia tengah sibuk, mungkin anda terpaksa rujuk beberapa tempat untuk dapatkan panduan yang lebih menyeluruh.

 

Tapi saya sangat kagum dengan channel Youtube The New Boston ini sebab pemiliknya sanggup luangkan masa untuk sediakan video panduan menghasilkan android apps secara percuma sahaja.

 

Bawah ini adalah video pertama.

 

Kalau anda ingin tonton video selanjutnya, sila ke channel Youtube The New Boston.

 

Setakat artikel ini saya tulis, dekat channel ini terdapat 77 video, dan panjang setiap video berbeza-beza. Ada yang cuma 5 minit dan ada juga yang 15 minit.

 

Cubalah anda tonton sendiri dan ikut tutorial yang disediakan. Bila melibatkan hal-hal teknikal, sebaik-baiknya sambil tonton video, terus ikut step yang diajarkan.

 

Panduan jenis yang kedua, adalah panduan berbayar. Panduan berbayar ini, selalunya lebih lengkap. Penyedia panduan akan memastikan panduan yang anda bakal beli, berkualiti tinggi dan mampu memberikan hasil seperti yang dijanjikan.

 

Cuma kalau dah nama pun panduan berbayar, memang kena sediakan modal.

 

Perkhidmatan buat apps untuk anda (Done For You)

Untuk individu yang tak ada masa nak belajar, tak kiralah dengan merujuk kepada panduan percuma ataupun panduan berbayar, diluar sana terdapat juga servis membina apps untuk anda.

 

Cuma kadar bayaran yang dia (apps developer) ni minta sangat mahal. Harga boleh jadi sekitar RM3, 000 hingga ke belasan ribu, bergantung kepada apa ciri yang anda mahukan pada apps tersebut.

 

Boleh jadi, lepas anda ada kemahiran buat apps, anda boleh mula ambil tempahan dan tawarkan khidmat membina apps untuk bakal pelanggan anda pula.

 

Adakah panduan buat applikasi android ini mengajar cara untuk buat duit?

Saya masih belum tengok panduan ini sampai habis.

 

Tapi kalau melihat kepada tajuk-tajuk tutorial, memang tak ada sentuh tentang modul nak buat duit tu. Ia berbeza sama sekali dengan panduan berbayar Rahsia Buat Apps, yang mana penulis panduan ini memang menghasilkan panduan ini spesifik untuk buat duit.

 

Jadi kita berbalik kepada persoalan yang awal-awal tadi.

 

Apa yang mendorong anda untuk belajar buat apps?

Adakah belajar buat apps sebab nak hasilkan apps yang berguna yang membantu kehidupan penggunanya, ataupun matlamat utama lebih kepada nak buat duit?

 

Bila kita tak jelas dengan matlamat, ataupun tak jujur dengan diri sendiri, bimbang nanti pembelajaran kita akan terhenti di tengah jalan.

 

Panduan dalam bentuk video yang kita boleh tonton di Youtube, mengajar kita untuk hasilkan apps kita sendiri. Seterusnya apa? Adakah anda akan cukup berpuas hati dengan kejayaan menghasilkan apps anda sendiri, ataupun kepuasan anda hanya akan muncul setelah anda berjaya hasilkan USD1 yang pertama?

 

Kalau buat apps untuk jana pendapatan, dari mana duit akan datang?

Setiap apps mempunyai cara yang berbeza untuk buat duit. Bergantung kepada apa jenis apps yang dibina.

 

Saya bagi beberapa contoh.

 

(1) Apps jenis ecommerce

Kalau apps tersebut adalah adalah jenis ecommerce, macam Lazada Apps dan juga Shopee Apps, pemilik apps tersebut buat duit dengan cara mengenakan servis caj kepada penjual yang menggunakan platform mereka.

 

Selain itu, pendapatan mereka juga dijana menerusi iklan berbayar oleh penjual yang menggunakan apss, dan pemilik apps juga boleh buat duit dengan menjual pelbagai produk kepada para pengguna apps tersebut.

 

(2) Apps jenis pemproses pembayaran online

Apps seperti BillPlz, SenangPay menjana pendapatan menerusi servis caj. Pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan mereka, akan dikenakan satu caj apabila buat bayaran.

 

Contoh kalau buat bayaran menggunakan Billplz.

Jumlah kena bayar ialah RM60 sahaja. Tapi sebab kita gunakan khidmat Billplz, kena bayar extra servis fee sebanyak RM1.59

 

Katakanlah dalam sehari, ada sejuta orang yang gunakan khidmat ini dan setiap orang kena bayar RM1.59! Boleh nampak betapa banyak duit yang terhasil disitu?

 

(3) Apps jenis permainan

Kalau apps game, biasanya ada dua cara untuk dapatkan pendapatan. Pertama melalui pengiklanan dengan Google Admob. Cara kedua adalah menjual in-game product kepada para pemain, seperti jual equipment, diamond dan sebagainya.

 

Modul dalam ebook Rahsia Buat Apps mengajar anda cara-cara untuk buat duit dengan Admob melalui program pengiklanan Google.

 

Kalau untuk Google Admob, tak perlulah sampai nak bina apps game yang sangat canggih seperti game Mobile Legend ataupun PUBG.

 

Cukup sekadar buat game yang mudah-mudah asalkan menarik minat pengguna.

Baca juga: Cara buat duit dengan bina apps game

 

Baiklah, apa pun saya harapkan semoga perkongsian ini berguna untuk anda. Kalau anda nak sama-sama belajar buat apps android, bolehlah tonton video-video percuma yang terdapat di playlist The New Boston.

 

In Shaa Allah dari panduan percuma pun, anda boleh kuasai teknik untuk buat android apps.

 

 

Exit mobile version