Blog Sabree Hussin

Bulan April dan jom belajar macam mana nak buat SEO dengan video

Hari ni merupakan hari keenam bagi bulan April. Walaupun dah masuk hari yang keenam, tapi ini baru hari yang pertama saya mula menulis dalam blog ini.

 

Apa yang saya buat sejak beberapa hari yang lepas? Macam-macam. Pertamanya, saya sedang menyemak semula strategi pemasaran yang saya sedang lakukan selama ni.

 

Ada beberapa perkara yang saya perlu ubah, sama ada perkara-perkara yang merangkumi aspek technical dan juga tactical. Sejak akhir-akhir ni, saya rasakan bidang penulisan blog ni makin mencabar.

 

Setiap hari muncul pelbagai blog baru yang hebat-hebat dan cepat betul viral. Saya tak pasti, apa agaknya strategi yang digunakan.

 

Tapi hati kecil ni kuat mengatakan, blog baru yang cepat betul naik tu, pemiliknya banyak gunakan kaedah paid advertising dalam kerja-kerja pemasaran.

 

Apa maksud paid advertising? Secara mudahnya, beli trafik.

 

Tak salahpun kalau nak beli trafik. In fact, kalau anda ada banyak duit, silakanlah beli trafik. Ia memang salah satu strategi pemasaran yang diakui berjaya memberikan kelainanan dan kesan positif kepada sesetengah individu.

 

Cuma saya kurang gemar beli trafik. Mungkin sebab saya dah selesa mendapatkan trafik secara percuma menerusi teknik search engine optimization.

Cakap pasal SEO, nah ini panduan tentang SEO yang anda boleh rujuk. Boleh klik sini kalau minat nak muat turun. Dalam panduan tersebut, anda akan pelajari bagaimana menggunakan video dalam kempen pemasaran SEO anda.

 

Saya guna artikel.

 

Jadi, kenalah menulis. Kalau boleh setiap hari kena menulis barulah akan nampak kesan positifnya. Bagi mereka yang memang tak minat menulis, atau mereka yang setiap kali nak mula menulis akan rasa stuck, maka boleh cuba alternatif lain iaitu menggunakan video.

 

Sebenarnya, bila kita guna video ni, ada banyak benda yang kita boleh lakukan. Kena jadi kreatif sikit. Download je mana-mana video yang ada kat Youtube tu, dan edit gunakan software percuma sama ada guna windows movie maker atau lain-lain software video editing yang anda tahu.

 

Daripada pembacaan yang saya buat, bila kita edit video asal dan kemudian ditambahkan sedikit dengan video kita, ia akan jadi “video response” dan tidak lagi ada masalah copyright.

 

Trik edit video asal untuk dijadikan video sendiri saya pelajari dari panduan buat duit video. Anda boleh klik sini kalau nak tau apa panduan yang saya rujuk tu.

 

Dalam panduan tu jugak, saya belajar serba sedikit tentang SEO yang fokusnya adalah pada penggunaan video.

 

Mungkin lepas ni, instead of hanya fokus pada penggunaan artikel untuk buat kerja pemasaran, lepas ni saya akan gunakan video juga.

 

Kat mana ada jual trafik?

Alang-alang tadi ada mention tentang aktiviti beli trafik, jadi saya nak sentuh sikit lagi mengenai beli trafik. Kalau ada orang beli trafik, mestilah ada tempat dimana seseorang tu jual trafik.

 

Kalau tak ada penjual, macam mana kita nak beli, betul tak?

 

Lazimnya, kita akan beli trafik sama ada menerusi Google ataupun Facebook. Kalau beli dari Google, yang popular adalah menerusi Google Adwords, manakala kalau beli dari Facebook, program yang popular adalah FBAds. 

 

Menerusi kedua-dua platform ini, anda boleh beli trafik.

 

Mahukah anda beli trafik dari sumber yang konsisten memberikan trafik kepada anda?

 

Boleh beli dari saya. Saya akan halakan trafik yang masuk ke blog ini, menuju terus ke blog anda. Sebagai contoh, salah satu trafik yang biasa masuk ke blog ini adalah terdiri daripada kalangan mereka yang minat nak beli kamera terpakai.

 

Individu seperti ini lazimnya akan menaip kata kunci “kamera terpakai” di laman carian google. Apabila dia taip kata kunci tersebut di Google, maka besar kemungkinan dia akan temui laman web saya.

Kelebihan beli trafik dengan cara ini ialah, anda akan dapat trafik terus menerus tanpa perlu menambahkan bajet iklan setiap masa. Hanya perlu bayar sekali sahaja dah memadai.

 

Ha macam mana? Minat ke? Kalau minat dan nak dapatkan maklumat lanjut, bolehlah rujuk ke halaman ini.

 

Perkhidmatan iklan yang saya tawarkan ini, bukan sekadar perkhidmatan menulis artikel dalam blog ini. Iklan anda (dalam bentuk artikel) akan saya promosikan di lain-lain medium yang berada dibawah kawalan dan seliaan saya juga.

 

Semoga bulan April ni… kita sama-sama mendapat rezeki yang melimpah ruah.

 

Kita sama-sama ada banyak duit, sama ada untuk makan, minum, bayar sewa rumah, bayar hutang dan beli apa-apa barang yang kita minat selama ini.

 

Wallahua’lam.

 

 

Exit mobile version