Apakah pekerjaan yang paling sesuai untuk mereka yang suka shopping?
Mungkin ada pembaca yang teka kerja sebagai “Personal Shopper”. Maklumlah, dekat tajuk artikel ini pun saya dah tulis personal shopper, kan. Sejak kebelakangan ini, saya mula tertarik untuk cari maklumat tentang peluang kerja dan bina kerjaya sebagai seorang personal shopper.
Pada masa yang sama, saya juga beberapa kali terjumpa profile di media sosial yang claim dirinya adalah seorang personal shopper. Jadi dekat situ, mula timbul rasa ingin tahu, apa sebenarnya kerja sebagai seorang personal shopper ni?
Artikel ini saya tulis berdasarkan kepada pembacaan yang saya buat dari pelbagai sumber. Ada yang saya baca dari laman web luar negara, ada yang saya baca dari portal berita dan ada juga maklumat yang saya perolehi dari blog orang lain.
Peluang kerja sebagai Personal Shopper
Saya cuba cari iklan kerja kosong untuk jawatan personal shopper melalui laman web carian kerja Maukerja.my dan Jobstreet.com.my, namun saya tidak menemui iklan untuk kerja sebagai personal shopper ini.
Peliknya! Kenapa tak ada?
Mungkin ada beberapa sebab kenapa iklan kerja kosong sebagai personal shopper tidak ditemui. Antaranya
(1) Pada waktu carian itu dibuat, belum ada mana-mana syarikat yang memerlukan pekerja
(2) Syarikat yang menawarkan kerja kosong sebagai personal shopper tidak menggunakan laman web maukerja atau jobstreet untuk mengiklankan peluang kerja kosong
(3) Atau mungkin jawatan “personal shopper” memang tak wujud di negara kita?
(4) Syarikat mungkin tak menggunakan istilah jawatan personal shopper, tetapi menggunakan istilah sales consultant, sales associate dan sebagainya
Walaubagaimanapun, daripada hasil carian yang saya lakukan di Jobstreet, saya ada temui satu iklan kerja kosong yang nampaknya ada persamaan dengan peranan yang perlu dimainkan oleh seorang personal shopper.
Lihat screenshot dibawah.
Atas ini adalah iklan kerja kosong untuk jawatan Sales Associate bagi sebuah shopping mall di Singapore. Saya tak berapa familiar dengan cara kerja di Singapore, tapi kalau anda minat nak tahu dengan lebih lanjut macam mana orang Malaysia boleh bekerja di Singapura, boleh baca di laman web ini.
Lihat pada bahagian yang saya tandakan dengan kotak berwarna merah
Provide personalized styling and consultation services for customer
Provide professional customer services to customers
Kalau merujuk kepada beberapa laman web luar negara yang saya baca berkenaan dengan kerjaya yang kita sedang bincangkan, dua perkara ini adalah antara perkara wajib yang perlu dilakukan oleh seorang personal shopper.
Personal shopper ada yang bekerja sendiri secara freelance, dan ada juga yang bekerja dengan majikan. Kebiasaannya majikan yang mengupah seorang personal shopper adalah pemilik butik dan mereka yang berkecimpung dalam perniagaan industri fesyen.
Dari sudut perspektif seorang pelanggan, anda tak perlu bayar apa-apa caj perkhidmatan apabila menggunakan perkhidmatan seorang personal shopper yang bekerja dengan butik. Anda hanya perlu bayar harga barang yang nak dibeli sahaja. Personal shopper tersebut akan berikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda dan dia dibayar gaji oleh majikan.
Sebaliknya jika anda mendapatkan khidmat personal shopper yang bergerak secara freelance, anda perlu bayar service charge kepada mereka. Mereka menjana pendapatan melalui service charge yang mereka tetapkan.
Saya secara peribadi lebih familiar dengan konsep personal shopper yang bergerak sendiri secara freelance berbanding personal shopper yang dibayar gaji oleh majikan.
Tentang personal shopper yang bekerja dengan butik, mereka akan memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan menjadi perunding imej bagi pelanggan mendapatkan produk yang paling sesuai dengan mereka. Pelanggan mereka terdiri daripada orang kenamaan, orang politik, selebriti dan sebagainya yang mungkin kurang arif tentang fesyen.
Dengan adanya khidmat profesional dari personal shopper, para pelanggan ini boleh mendapatkan produk yang betul-betul sesuai dengan diri mereka.
Kenapa perlu pakai khidmat dari seorang Personal Shopper?
Saya berpendapat, jawapannya ada pada peranan yang dimainkan yang dapat memberi nilai tambah (value added) kepada setiap pembelian yang dilakukan oleh pelanggan.
(1) Personal Shopper berperanan sebagai seorang perunding imej dan penasihat fesyen
Sesetengah orang ada yang tak pandai memilih pakaian yang sesuai dengan dirinya.
- Corak tak sesuai dengan bentuk badan
- Warna pakaian tak sesuai dengan warna kulit
- Pemilihan warna untuk tudung, baju, seluar, skirt dengan kasut langsung tak kena
Seorang perunding imej mampu untuk memberikan nasihat yang sesuai supaya penampilan anda nampak lebih menarik dan tidak menjadi bahan ketawa orang lain. Pada sesetengah orang hal ini mungkin tak penting, tapi bagi mereka yang merupakan seorang selebriti, atau mungkin ahli politik yang mana penampilan perwatakkan mereka sering dijadikan buah mulut, hal-hal ini perlu sentiasa dijaga.
(2) Personal Shopper berperanan sebagai seorang beauty consultant
Kali ini penasihat kecantikan. Macam barang-barang make up, produk penjagaan kulit, perfume dan sebagainya, harganya bukan murah, tapi kalau tersalah beli yang tak sesuai, kan membazir akhirnya. Lebih baik dapatkan nasihat dari personal shopper sebelum beli.
(3) Personal Shopper boleh bantu dapatkan produk dengan harga yang lebih murah
Ini kebiasaannya berlaku kalau barang yang diperlukan oleh pelanggan tersebut berasal dari luar negara. Untuk dapat harga yang lebih rendah, kena beli dari negara asal, baru boleh dapat harga lebih murah.
Contohnya, katakanlah anda minat nak beli jam tangan jenama Casio. Kalau beli dekat negara kita, harganya lebih mahal kalau nak bandingkan dengan beli di negara Jepun.
Anda boleh lihat perbandingan harga jika beli jam tangan Casio Protrek Solar Radio PRW-2500-1JF
Kalau beli kat Malaysia, harganya ialah RM1,459.90
Jam yang sama, kalau beli terus di Jepun, harganya adalah lebih murah.
Lihat buktinya dibawah. Harganya hanya RM1,148.57 sahaja.
Beza harga dia adalah sebanyak RM311!
Kan lebih untung dan lebih jimat kalau beli terus dari negara Jepun.
Ini konsep personal shopper yang agak popular. Individu yang biasa keluar negara akan buka tawaran pre-order siapa yang nak beli barang dekat oversea. Lepas dia collect order, nanti bila dah sampai dia akan shopping on behalf customer yang buat order.
Barang-barang yang dibeli tu nanti akan dibawa masuk ke Malaysia sama ada menggunakan perkhidmatan kargo (kalau banyak) ataupun dia akan bawa balik sebagai check in baggage.
Dari pembacaan yang saya buat, ada juga personal shopper yang akan membuat postage satu per satu, terus dari luar negara kepada penerima di Malaysia. Saya kurang arif dari segi caj dan kos, justeru saya hanya akan tulis setakat ini sahaja.
Selain pelanggan boleh dapat harga yang lebih murah, pada masa yang sama pelanggan juga lebih yakin untuk beli dengan cara ini sebabnya mereka yang tawarkan khidmat sebagai personal shopper ini akan buat penelitian (inspection) terlebih dahulu terhadap kualiti barang yang bakal dibeli.
Kalau kualitinya ok, tak rosak, tak ada kecacatan baru dia akan bayar. Seorang personal shopper ini juga lazimnya akan selalu keep in touch dengan pembeli sebelum terus buat pembayaran.
Anda minat nak belajar cara beli barangan dari Jepun tanpa perlu susah payah pergi ke Jepun? Kalau minat, muat turun panduan ini. Dengan panduan ini anda boleh belajar cara beli barangan berkualiti dari Jepun dan jadi personal shopper secara online sahaja.
(4) Personal Shopper mempunyai kreativiti dan skil yang unik
Ini khusus untuk mereka yang memilih untuk jadi Personal Shopper untuk Ikea.
Dari pemerhatian yang saya lakukan, mereka yang mempunyai skil design yang bagus, yang selalu kongsikan contoh-contoh design dan dekorasi menggunakan barangan Ikea lebih banyak dapat tempahan berbanding mereka yang cuma bagitahu apa list barang yang boleh beli di Ikea.
Pendapat saya, kalau setakat kongsi list barang apa yang di jual di Ikea, benda tu kita boleh rujuk di laman web rasmi Ikea. Bukan itu sahaja, malahan kalau nak kita boleh terus buat tempahan secara online, tanpa perlu minta bantuan personal shopper.
Tapi kalau personal shopper itu bersifat proaktif, dan dia mampu untuk kongsikan contoh-contoh design yang boleh dihasilkan menggunakan barangan dan perabot Ikea, disitu ada nilai tambah. Anda bukan setakat tolong beli dan uruskan penghantaran, tapi pada masa yang sama terlibat sama dengan kerja pemasangan dan dekorasi.
Disitu anda boleh meletakkan kadar upah yang lebih tinggi.
(5) Seorang personal shopper tahu lubuk kedai yang menawarkan tawaran yang terbaik
Ini adalah aset penting seorang personal shopper.
Maklumat kat mana nak shopping, penjual atau kedai mana satu yang boleh bagi diskaun yang banyak, dan penjual yang mana satu yang boleh dipercayai sehingga boleh berurusan secara online sahaja.
Ya, tak perlu susah payah nak keluar negara bila dah ada kepercayaan dan hubungan yang baik. Inilah dia aset yang sangat berguna. Kalau orang lain tanya, dekat mana nak beli barang sekian sekian, sedangkan anda masih lagi aktif menawarkan khidmat sebagai seorang personal shopper, anda tak perlu jawab secara spesifik.
Bukan kedekut, tapi itu rahsia perniagaan kita. Kalau dah nama pun rahsia perniagaan, tak kan nak hebohkan satu dunia.
(6) Personal Shopper membantu individu untuk berjimat cermat ketika shopping
Ada antara kita sedang berjimat cermat. Mereka ni kalau pergi sendiri ke shopping mall, risikonya ialah akan terlebih belanja. Boleh jadi akan beli barang-barang yang tak perlu, tapi disebabkan barang tersebut cantik, atau kena pujuk dengan salesman, akhirnya dia terbeli.
Individu macam ini memang patut dapatkan khidmat dari seorang personal shopper. Personal shopper akan bantu anda beli barang yang anda sudah nyatakan dalam listnya sahaja. Tak ada risiko terbeli barang yang tak ada dalam senarai.
Niat asal cuma nak beli lampu di Ikea, tapi sebab terliur dengan meatball, lamb shank, akhirnya terlebih belanja pulak.
(7) Seorang personal shopper membantu individu yang ada halangan untuk dapatkan barang yang diperlukan
Ini pun biasa berlaku, contohnya macam disesetengah tempat yang tak ada Ikea, penduduk disitu terpaksa merentas negeri untuk dapatkan barang-barang Ikea.
Ataupun ada juga individu yang tak ada masa, tak selesa berada di tempat yang crowded, justeru perkhidmatan dari seorang personal shopper yang bergerak secara freelance amatlah berguna untuk mereka.
Bagaimana Personal Shopper akan dapat bayaran?
Bayaran adalah dalam bentuk service charge. Kebiasaannya personal shopper akan mark up harga barang sekitar 10% – 20% untuk barang yang dibeli.
Sebenarnya tiada formula khas, atau peraturan khusus mengenai berapa banyak kadar upah yang anda perlu tetapkan. Semuanya terpulang pada anda, dan bergantung kepada tahap kemampuan pelanggan anda. Kalau servis yang anda berikan memang sangat berbaloi, sesetengah orang tak kisah untuk bayar mahal.
Cuma perlu diingat, kalau terlalu mahal, nanti orang yang sama tak nak repeat order pula. Tak salah kalau nak letakkan harga yang mahal, asalkan mutu perkhidmatan setara dengan harga dan pada masa yang sama tak ada orang lain yang mampu untuk berikan khidmat seperti yang anda berikan.
Cara kerja seorang personal shopper
Bahagian ini saya akan cerita secara ringkas sahaja. In Shaa Allah ada masa nanti saya akan tulis dengan lebih mendalam bagaimana cara kerja seorang personal shopper.
Pada dasarnya, seorang personal shopper perlu lakukan perkara-perkara berikut
(1) Bina profile
“Sekarang ni apa yang saya nak tahu ialah, macam mana cara untuk saya jadi seorang personal shopper?”
Soalan seperti ini pasti akan ditanyakan oleh pembaca yang tak sabar dan yang tak baca penulisan saya dengan teliti. Macam yang saya sebutkan diawal-awal tadi, personal shopper ini ada dua jenis, satu jenis yang kerja makan gaji dengan majikan dan satu lagi adalah yang bergerak sendiri secara freelance.
Kalau yang makan gaji, jawatan anda mungkin tak dipanggil sebagai “personal shopper” tapi lebih dikenali dengan nama sales associate, sales consultant dan sebagainya. Peluang kerja seperti ini, boleh dicari di laman web jobstreet ataupun maukerja.my
Untuk yang nak bergerak secara freelance, pertamanya anda perlu bina profile yang kuat untuk diri anda. Proses pembinaan profile ini boleh jadi anda gunakan akaun instagram, facebook ataupun guna blog. Setiap satu ada kelebihan dan keistimewaannya.
Anda perlu bina profile anda, dan tunjukkan pada pengikut anda, fans, pembaca dan sebagainya yang anda adalah seorang personal shopper. Pada masa yang sama, anda perlu kerap berkongsi barang-barang yang anda pernah beli on behalf pelanggan yang dapatkan perkhidmatan dari anda.
(2) Dapatkan tempahan dari pelanggan
Macam mana nak dapatkan pelanggan? Kenalah buat marketing. Anda kena anggap kerja ini seperti orang buat bisnes. Dalam situasi ini, anda memang tak jual barang sebaliknya anda menjual perkhidmatan untuk mendapatkan barang.
Dalam fasa anda buat pemasaran ini, mungkin anda akan jumpa pelbagai ragam bakal pelanggan. Ada pelanggan yang tak familiar dengan konsep personal shopper, dan jangan terkejut kalau anda kena kecam atau kritik sebab jual barang lebih mahal berbanding harga yang dijual oleh store.
Orang macam ini, mereka kecam sebab tak faham. Jadi janganlah ambik hati dan move on je. Ataupun kalau anda rajin, bolehlah educate golongan target market apa kelebihan yang bakal mereka perolehi apabila mendapatkan khidmat personal shopper seperti anda.
(3) Uruskan tempahan dan buat pembelian
Yeay dapat pelanggan.
Pada masa ini, anda perlu lakukan langkah seterusnya ialah uruskan tempahan pelanggan tersebut. Buat pembelian seperti mana yang di tempah oleh pelanggan. Dalam fasa ini, sebaik-baiknya kena selalu berhubung dengan pelanggan.
Misal kata stok barang yang dimahukan oleh pelanggan dah habis stok, design yang ditempah sudah habis, jangan pandai-pandai buat keputusan sendiri. Double confirm dengan pelanggan sebelum buat pembayaran, itu lebih baik.
Sekarang ini boleh whatsapp, boleh buat video call, jadi janganlah beri alasan untuk pandai-pandai buat keputusan sendiri. Jika anda perlu beli di cawangan lain, dan akan perlukan kos tambahan, juga nyatakan kepada pelanggan. Kalau dia setuju untuk bayar kos tambahan bolehlah proceed.
(4) Uruskan penghantaran dan pastikan pelanggan berpuas hati
Sekarang semua barang telahpun anda beli. Seterusnya anda kena fikirkan, bagaimana untuk memastikan barangan tersebut dapat sampai ke tangan pelanggan dengan selamat. Bagaimana cara penghantaran yang terbaik untuk pelanggan?
Just in case kalau berlaku kerosakkan, siapa yang perlu bertanggungjawab? Kena ambil kira hal-hal seperti ini, sebab kita tak boleh nak jangka, kadang-kadang kemalangan itu memang tidak berbau.
(5) Jadi lebih fleksibel apabila berurusan dengan pelanggan yang berbeza
Akhir sekali, jadi fleksibel. Terutama sekali pada peringkat awal anda berurusan dengan bakal pelanggan. Lain pelanggan, lainlah ragamnya.
Bagaimana kalau satu hari nanti, anda dapat pelanggan yang nak ikut anda pergi shopping! Apa yang perlu anda lakukan? Adakah anda ingin kata, yang anda tak terima pelanggan seperti ini? Maka kat sini perlunya anda jadi fleksibel.
Kalau ada pelanggan yang nak ikut anda shopping, dan sepanjang proses shopping itu pelanggan akan bayar sendiri, dan dia hanya perlukan nasihat dan pengalaman anda, apa yang anda boleh buat ialah kenakan caj mengikut berapa jam anda akan bershopping. Misalnya anda letakkan syarat shopping 1 jam RM20.
Boleh jadi pelanggan ini adalah pelanggan kali pertama mendapatkan khidmat personal shopper, jadi dia kurang yakin melainkan dia ada sama dalam sesi shopping tersebut. Anda boleh katakan, anda akan kenakan caj mengikut peratusan harga barang atau ikut jam, berapa lama proses shopping itu akan berlaku.
Manalah tahu, next time pelanggan ini akan repeat order, dan di masa akan datang dia akan bagi duit sahaja sebab dia dah yakin dengan skil anda membuat pembelian dan tawar-menawar.
Cabaran bekerja sebagai seorang personal shopper
Setiap pekerjaan sudah tentu ada cabarannya. Macam kerja sebagai personal shopper ini, ia ibarat kita buat bisnes. Ada masa pendapatan kita banyak, ada masa langsung tak ada orang yang nak buat tempahan dengan kita.
Satu lagi, cabaran yang paling besar adalah untuk mewujudkan sistem katalog bagi memberitahu pelanggan senarai barangan yang mampu kita belikan beserta dengan harga. Dalam situasi ini, anda perlu peka terhadap perubahan harga, stok dan sebagainya.
Selain membina katalog, anda juga perlu tahu bagaimana meletakkan harga perkhidmatan. Macam yang saya katakan sebelum-sebelum ini, kalau terlalu mahal orang jadi tak minat nak dapatkan khidmat anda, dan kalau terlalu murah, jadi tak berbaloi pula penat-lelah anda jadi personal shopper.
Adakah personal shopper boleh dijadikan sebagai kerjaya?
Ya, sudah tentu jawapannya memang boleh.
Seperti lain-lain kerjaya, ianya mungkin tak sesuai untuk semua orang. Saya sendiri tak dapat nak bayangkan kalau saya jadi seorang personal shopper. Rasa macam tak berapa sesuai dengan saya.
Tapi pada orang lain, ia mungkin satu kepuasan sebab dapat bantu orang lain yang dalam kesusahan, yang tak pandai nak beli barang untuk dapatkan barang yang mereka mahukan. Ini secara tak langsung anda dapat menggembirakan orang lain, dengan kepakaran yang anda miliki dalam bab-bab bershopping.
Apa yang saya faham, ada banyak personal shopper yang mula menawarkan perkhidmatan mereka secara suka-suka pada peringkat permulaan. Kemudian perkhidmatan mereka mula mendapat perhatian kenalan, kawan-kawan sekolah, saudara jauh dan tak lama lepas tu orang yang tak dikenali mula datang approach untuk minta bantuan.
Rasanya tak ada lagi orang yang hari ini update status kata nak jadi personal shopper, lepas tu terus berduyun-duyun orang datang PM mintak tolong belikan barang.
Semuanya kena mula dari bawah, bermula dengan pelanggan yang pertama, dan mula dengan membina profile yang menggambarkan bahawa anda adalah seorang personal shopper.
Baiklah, In Shaa Allah nanti saya sambung perkongsian tentang personal shopper lagi. Kalau nak tulis semua dalam satu artikel, nanti jadi terlalu panjang pula. Apa pun saya ucapkan terima kasih kerana anda sudi membacanya ya.