Blog Sabree Hussin

Perkara yang perlu anda tahu sebelum membeli Kamera Terpakai

Bagi seorang photographer, memiliki kamera DSLR yang baru bukanlah suatu keutamaan. Baru-baru ini, saya difahamkan bahawa dalam kalangan profesional photographer juga, ramai yang membeli kamera terpakai. Rupa-rupanya membeli kamera second hand adalah sesuatu yang common atau perkara biasa.

 

Sebuah kamera DSLR yang baru bukan murah harganya. Itu belum campur lagi beberapa peralatan lain seperti lens, harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.

 

Saya berpendapat, kalau seseorang photographer itu memang jenis yang ada banyak job, mungkin dia tak ada masalah untuk beli set kamera DSLR yang baru. Set yang baru atau terpakai, saya rasa itu bukan perkara penting.

Untuk mereka yang memang tahu serba serbi tentang kamera, rasanya tak ada masalah untuk memilih kamera terpakai berbanding kamera yang baru. Selain sebab jimat, kamera terpakai juga boleh jadi satu bentuk investment yang bagus kepada seseorang yang ingin serius dalam bidang fotografi.

 

Posting kali ini, saya nak kongsikan tentang tips pembelian kamera terpakai. Tips yang saya cerita dalam ni, bukanlah semuanya datang dari pengalaman saya sendiri. Ada satu atau dua poin, yang saya ambil daripada lain-lain sumber bacaan.

 

Jadi saya rasa, ada baiknya saya kongsikan disini. Manalah tau, kalau ada pembaca blog ini yang merancang untuk beli kamera DSLR yang baru, tetapi masih belum berkemampuan kerana harganya yang agak tinggi, maka anda boleh pertimbangkan untuk beli set yang terpakai.

 

Kamera terpakai juga ada banyak yang masih bagus. Ia bergantung juga kepada siapa pengguna sebelum ini. Namun umumnya, walaupun ianya adalah kamera terpakai, ia masih lagi bagus dan dapat berfungsi dengan baik seperti mana kamera yang masih baru.

 

Tips ini adalah sebahagian daripada perkara yang anda perlu tahu apabila ingin membeli kamera terpakai. Senaraian ini juga mungkin akan saya tambahkan dari semasa ke semasa.

 

Apa yang perlu dilihat pada penjual kamera?

(1) Beli kamera terpakai dari sumber yang boleh dipercayai.

Sebenarnya bukan susah nak cari tempat yang menjual kamera terpakai. Kalau anda buka laman web Google, dan taip kata kunci “Kamera Terpakai“, anda mungkin akan temui beberapa laman web yang menjual kamera terpakai. Jangan terlalu excited dengan tawaran harga yang murah, sebelum anda betul-betul kenal dengan penjual tersebut.

 

(2) Dapatkan kemara anda dari penjual yang serius dengan bisnes yang dijalankan.

Biasanya, jurujual yang serius ini kita boleh lihat menerusi beberapa kriteria, antaranya

Lazimnya, penjual seperti ini akan lakukan yang terbaik bagi memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati.

Baca juga: Kedai Kamera Online menjual kamera terpakai dari pelbagai jenama terkenal

 

(3) Beli daripada penjual yang memang merupakan seorang specialist dalam bidang fotografi.

Dengan ini, anda boleh tanya sebarang isu, masalah atau apa sahaja berkenaan dengan kamera tersebut.

 

(4) Sebarang kerosakkan atau “defect” pada kamera yang dijual ada dinyatakan. 

Bukan satu perkara yang pelik, kalau kamera second hand ada masalah atau kerosakkan kecil. Sekiranya anda ingin membeli kamera second hand, pastikan pihak penjual tidak menyembunyikan sebarang maklumat tentang kerosakan produk.

 

(5) Cuba lihat sama ada penjual kelihatan desperate atau tergesa-gesa untuk jual produknya atau tidak. 

 

(6) Jumpa dengan penjual kamera tersebut secara face to face.

Ambil peluang ni untuk kenal dengan penjual dan juga barang yang dijual. Biasanya, dari sesi pertemuan ini, anda mungkin akan dapat tahu bahawa penjual yang sama juga ada jual kamera lain… ataupun penjual yang sama boleh bantu anda dapatkan kamera lain dimasa akan datang.

Apabila anda berkesempatan untuk jumpa sendiri dengan penjual, anda juga boleh lakukan macam-macam inspection pada kamera terpakai yang bakal dibeli.

 

(7) Hati-hati! Jangan sampai terbeli kamera yang dicuri.

Anda mungkin akan terjumpa tawaran harga yang tak masuk akal dari penjual kamera terpakai yang mendapatkan barangan tersebut dengan cara yang salah, iaitu kamera curi. Hati-hati, dan sebaik-baiknya tidak berurusan dengan individu seperti ini. Ada beberapa kemungkinan yang tak mustahil akan berlaku kepada anda.

Hati-hatilah bila berurusan dengan pencuri. Susah nak jumpa pencuri yang boleh dipercayai. Sebaik-baiknya jangan sokong kegiatan mereka dengan membeli barangan yang mereka jual.

 

(8) Pastikan pembelian anda dilindungi oleh jaminan pemulangan wang atau sebarang jaminan yang setara bagi melindungi hak anda sebagai seorang pengguna.

Jika penjual tidak menawarkan jaminan pulangan wang, pastikan ada jaminan seperti kos baik pulih ditanggung sepenuhnya oleh penjual. Lazimnya, jika penjual adalah seseorang yang memang serius dengan bisnes, dia akan pastikan hanya barangan yang berkualiti tinggi dan masih elok sahaja yang akan dijual.

 

Apa yang perlu dilihat pada kamera?

(9) Cuba masukkan memory card milik anda pada kamera tersebut, adakah ianya dapat detect dan berfungsi dengan elok?

 

(10) Tukarkan lens yang terdapat pada kamera dengan lens milik anda sendiri. Adakah kamera tersebut dapat berfungsi dengan baik?

Ketika anda tukar dengan lens milik anda, anda juga dapat semak sama ada terdapat sebarang kecacatan pada kamera tersebut.

 

(11) Periksa shutter count bagi mengetahui berapa banyak gambar telah diambil menggunakan kamera tersebut. 

Sekiranya anda dapat jumpa dengan penjual, tangkap gambar guna kamera DSLR yang ingin dibeli dan upload ke laman web http://www.camerashuttercount.com bagi memeriksa berapa banyak shutter count kamera tersebut.

 

12. Periksa keadaan luaran kamera dan pastikan tiada kesan calar, kemek atau sebarang kecacatan.

Jika terdapat kesan-kesan tersebut, pastikan harga yang ditawarkan adalah berbaloi dan setiap kecacatan tersebut diambil kira dalam penetapan harga.

 

13. Cuba dapatkan sejarah penggunaan kamera tersebut dari penjual.

Adakah ianya kamera persendirian atau pemilik sebelum ini adalah seorang jurufoto profesional? Sebenarnya ini bukanlah poin yang penting, namun jika kita tahu serba sedikit siapa pemilik asal kamera tersebut, ia dapat beri kita sedikit gambaran bagaimana pemilik asal menggunakan kamera tersebut.

Daripada perbincangan yang berlaku antara saya dengan pihak Jepuniaga, saya diberitahu kebanyakkan kamera adalah diimport dari Jepun. Apabila kita ambil kira cara hidup dan disiplin orang Jepun, tak salah rasanya kalau saya katakan, kebanyakkan kamera juga dijaga dengan baik dan berhati-hati.

Pihak Jepuniaga akan pastikan hanya kamera yang terbaik sahaja yang dijual di laman web mereka. Contohnya seperti model Nikon D610 ini. Kondisinya ialah 9/10.

 

Baiklah, ini sahaja tips membeli kamera terpakai yang saya ingin kongsikan buat masa ini. Jika ada info terbaru, In Shaa Allah saya akan kemaskini artikel ini supaya jadi lebih panjang dan pernuh informasi.

 

Terima kasih kerana membaca dan semoga bermanfaat.

 

Sekiranya anda ingin membeli kamera DSLR terpakai, bolehlah tanyakan dengan pihak Jepuniaga. Boleh layari http://www.jepuniaga.com ya.

 

 

Exit mobile version