Blog Sabree Hussin

5 Tips Kritikal lagi Penting yang anda perlu tahu sebelum melanggan servis review ataupun servis advertorial

Adakah anda sedang mencari seseorang yang boleh bantu anda untuk hasilkan artikel review (atau dikenali juga dengan istilah article write up) untuk perniagaan anda?

 

Ataupun mungkin, anda sebenarnya sudah mempunyai beberapa orang calon penulis blog untuk anda dapatkan khidmat mereka, namun sampai sekarang anda masih lagi belum buat keputusan yang muktamad. Sebelum anda lakukan apa-apa bayaran untuk dapatkan servis seumpama ini, artikel review, advertorial, artikel write up dan sebagainya, apa kata anda baca dulu apa yang saya nak kongsikan dalam blog ini.

 

Mungkin apa yang anda bakal baca ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang anda, malahan anda dapat menggandakan lagi pulangan daripada bayaran atau pelaburan yang anda lakukan untuk dapatkan servis review ini.

 

Ok itu janji saya. Ada dua benda. Pertama, anda dapat jimat duit, dan kedua setiap sen yang anda bakal keluarkan untuk bayar kepada penulis artikel review akan jadi salah satu pelaburan yang paling menguntungkan anda pernah buat.

 

Jika apa yang anda bakal baca dalam ni, anda rasakan ianya langsung tak masuk akal, anda boleh abaikan sahaja. (tapi saya percaya, mesti ada beberapa perkara kat dalam ni yang anda tak tau. Melainkan kalau anda adalah seorang yang memang berpengalaman dalam menggunakan kaedah pengiklanan artikel review dan advertorial).

 

Artikel ini saya tulis berdasarkan kepada pengalaman saya menghasilkan review untuk para pelanggan yang pernah dapatkan khidmat dari saya. Ianya adalah based on true story. Sekiranya anda juga berminat untuk dapatkan servis ini dari saya, anda boleh pilih mana-mana satu pakej yang saya dah nyatakan disini. Seterusnya, cuba luangkan sedikit je masa untuk baca apa yang saya nak sampaikan disini, supaya anda akan dapat nilai yang lebih banyak berbanding apa yang anda belanjakan.

 

(1) Mohon pastikan anda dah tahu siapakah pelanggan sasaran anda

No such thing as

“saya nak jual kepada semua orang yang berminat untuk tambah pendapatan…” 

“saya nak promosikan kepada semua kaum ibu…”

“saya nak promosikan kepada suami lelaki…”

 

Ini kaedah pemasaran yang kurang tepat. Kaedah yang betul ialah, anda perlu mempunyai set ataupun target pelanggan yang SPESIFIK. Contohnya

“Saya nak jual produk penapis air jenama Coway ini kepada pelanggan lelaki, berusia 30 tahun, sudah berumah tangga, mempunyai anak, dan mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM6,000″ 

 

Ataupun

“Saya nak jual krim kecantikkan ini kepada pensyarah universiti, wanita, berusia dalam lingkungan 27 – 40 tahun, belum berkahwin dan mempunyai pendapatan sebanyak RM4,000 sebulan.”

 

Ada yang tertanya-tanya… kenapa perlu ada sasaran pelanggan yang begini spesifik? Ini jawapannya…

 

Pertama, kita tak akan dapat jual satu produk kepada semua orang. Realitinya, sesuatu produk itu dicipta bagi memenuhi keperluan dan kehendak sasaran pelanggan tertentu sahaja.

 

Kedua, seorang lelaki yang telah berkeluarga akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan kehidupan yang terbaik untuk keluarganya berbanding lelaki yang masih bujang. Lelaki bujang biasanya terlalu relaks dan mereka agak pasif.

 

Ketiga, apabila kita tahu berapa anggaran pendapatan mereka setiap bulan, maka kita tahu sama ada individu seperti itu mempunyai kekuatan kewangan (purchasing power) atau tidak. Kadang-kadang orang tak beli sesuatu produk bukan sebab produk tu tak bagus, tapi sebab orang tu memang tak ada duit.

 

Keempat, artikel yang ditulis akan disesuaikan dengan golongan sasaran. Tak ada istilah blog aku, suka hati akulah nak tulis apa. Bukan begitu. Saya tahu ada ramai yang penulis blog yang mengambil pendekatan seperti ini. Namun, secara peribadi saya berpendapat, jika kita ingin menjual kepada golongan sasaran, artikel review yang dihasilkan perlulah mengupas topik yang dekat dihati golongan sasaran.

 

Kelima, untuk membuatkan golongan sasaran itu segera bertindak, kita perlu tahu apa rutin harian individu tersebut. Kita tahu tugas seorang pensyarah perlu sentiasa berhadapan dengan pelajar. Tak kan nak biarkan penampilan diri sentiasa nampak kusam, berjerawat dan comot setiap masa? Pastilah tidak!

 

Alright. Itu poin yang pertama. Saya harap ianya jelas.

 

(2) Siap sedia dengan semua material pengiklanan anda

Adakah produk yang anda ingin promosikan adalah produk baru? Tahukah anda, apa dia tools atau alat yang sangat POWER untuk menyakinkan bakal pelanggan untuk bertindak dan mendapatkan produk yang anda jual tu? Nak teka?

 

Ok… kalau anda jawab, TESTIMONI! Maka anda betul. Sila pastikan produk anda sudah ada testimoni yang dipercayai. Maksud saya testimoni tersebut adalah testimoni sebenar dan ia bukannya testimoni yang direka-reka.

 

Terdapat beberapa cara bagaimana seseorang usahawan itu menyediakan testimoni, ini antaranya

Testimoni tentang keberkesanan produk

Saya berpendapat ini adalah testimoni yang TERBAIK. Ada pengguna sebenar yang telah menggunakan produk anda, dan pada masa yang sama mereka telah pun berpuas hati dengan produk anda kerana ia memang benar-benar berkesan. Jika anda ada banyak testimoni seperti ini, ia sangat membantu!

 

Testimoni tentang kecekapan tahap perkhidmatan syarikat anda

Testimoni jenis ini pun bagus, namun ia tidak sebagus testimoni jenis yang pertama. Biasanya testimoni dalam bentuk ini lebih fokus kepada tahap kecekapan anda melayani pelanggan seperti
i. Anda menghantar produk dengan pantas
ii. Anda sentiasa balas emel, sms, whatsapp dan jawab call

Ia tidak begitu menyentuh tentang apa yang produk anda mampu lakukan, tetapi lebih fokus kepada tahap kecekapan perkhidmatan anda.

 

Testimoni yang terlalu umum

Sebagai contoh pelanggan hanya kata “terima kasih, saya dah terima produk.” Atau “terima kasih, saya amat berpuas hati dengan layanan.”

 

Walau apa pun bentuk testimoni yang anda ada, ianya tetap mempunyai kegunaannya. Contohnya, testimoni jenis umum ni kita boleh katakan ianya berguna untuk menunjukkan bahawa dah ramai yang pernah dapatkan perkhidmatan dari anda.

 

(3) Kenalpasti senarai kata kunci yang anda ingin sasarkan

Pengiklanan di laman web, khususnya di blog adalah satu bentuk pengiklanan jangka masa panjang. Contohnya jika anda ingin beriklan di laman web saya ini misalnya. Iklan anda akan terus dipaparkan di blog ini sampai bila-bila selagi mana blog ini masih wujud.

 

Prospek anda mungkin akan mengetahui tentang tawaran sesuatu produk apabila mereka mencari informasi tertentu, menggunakan kata kunci tertentu yang ditaip di laman web carian Google. Saya bagi contohlah supaya ia lebih senang faham.

 

Salah satu projek artikel review yang pernah saya hasilkan adalah untuk syarikat KNZ Creative Solution. Syarikat ini menjual panduan dalam bentuk DVD yang mengajar cara-cara untuk memulakan perniagaan printing dengan modal yang sangat minima ataupun tanpa modal langsung. Ya, anda boleh mula menjalankan perniagaan printing walaupun tanpa modal, asalkan anda tahu bagaimana caranya. Ini dia artikel advertorial yang saya hasilkan.

Klik untuk baca: Panduan LENGKAP Strategi Menjalankan Bisnes Printing Tanpa Modal

 

Artikel tersebut disiarkan dalam blog ini pada 31 Ogos 2014. Ya, lebih kurang 2 tahun yang lepas. Bergantung pada bila anda baca artikel ini, jika anda baca artikel ini pada tahun 2017, bermakna artikel advertorial tersebut telahpun berusia 3 tahun.

 

Apa yang saya cuba sampaikan ialah ini, walaupun artikel tersebut telah lama disiarkan dalam blog ini, namun sampai sekarang artikel tersebut masih lagi dibaca. Terutama sekali untuk mereka-mereka yang menggunakan servis carian google menggunakan kata kunci seperti

“Panduan bisnes printing, cara memulakan bisnes printing, bisnes printing tanpa modal, panduan bisnes tanpa modal…”

 

Itu juga adalah kata kunci yang disasarkan semasa saya mula-mula menghasilkan artikel advertorial tersebut. Kesannya? Sehingga ke hari ini artikel tersebut masih dibaca, dan sehingga hari ini juga pemilik produk tersebut memperoleh jualan daripada artikel yang saya hasilkan.

 

Menarik, bukan? Inilah yang dinamakan sebagai teknik pemasaran Search Engine Optimization. Jika selama ini anda hanya bergantung kepada facebook, instagram dan lain-lain media sosial, saya percaya anda tak dapat sebarang benefit dari segi SEO seperti kaedah pengiklanan menggunakan blog.

 

(4) Artikel review perlu MASA untuk lihat dan nampak kesannya

Obviously, artikel review atau artikel advertorial perlukan masa untuk nampak kesan dan hasilnya. Sebab itu kaedah ini lebih sesuai untuk pengiklanan jangka masa panjang. Bukannya jenis instant.

 

Jika anda dah dapatkan servis review, namun masih belum dapat sebarang hasil, maknanya anda kena beri masa. In Shaa Allah, apabila ia dah mula menampakkan hasil, anda akan dapat sales walaupun dah tak buat apa-apa. Waktu ini, saya akan buat semua perkara dan akan terus bantu untuk promosikan.

 

Mungkin dalam hati anda ada terlintas persoalan ni… “betul ke apa yang saya cakap ni..?”  Jadi saya nak kongsikan respon dan maklum balas dari salah seorang yang pernah dapatkan servis ini dari saya.

Masa awal-awal tu memang agak lambat dapat jualan. Tapi lepas dah mula dapat hasil, terus boleh dapat 1 – 3 sale setiap bulan walaupun klien ni dah tak buat sebarang promosi. Ini kekuatan yang ada pada kaedah promosi menggunakan advertorial mahupun review.

 

(5) Sila JELAS dengan tujuan anda mendapatkan servis review! 

Tarik nafas panjang. Ada benda yang sangat penting yang saya perlu beritahu anda berhubung dengan isu kena jelas dengan tujuan anda dapatkan servis review ataupun servis advertorial ni ya.

 

“Apakah tujuan anda dapatkan perkhidmatan penulisan artikel review ni sebenarnya?”

 

Ok… Situasi yang paling IDEAL dan yang sangat diidam-idamkan oleh semua orang ialah sebab NAK DAPAT SALE. Sebab nak dapat jualan. Ya, ini sememangnya adalah matlamat akhir kenapa servis ini begitu diperlukan.

 

TUNGGU DULU.

 

Mari saya kongsikan dulu dengan anda suatu kebenaran tentang buat sale di internet. Menghasilkan jualan di internet bukanlah satu benda yang sukar. In fact, seorang marketer yang berpengalaman memang buat sales setiap hari di internet. Namun, ada beberapa perkara tentang pemasaran yang anda perlu tahu.

 

Oh perlu ke saya ingatkan kat sini yang servis artikel review dan servis advertorial ini juga adalah salah satu bentuk pemasaran? Anda baru sahaja menyebutnya dan sepatutnya anda telah sedar akan hakikat ini.

 

Jenis-jenis kempen pemasaran yang anda perlu tahu apabila membayar untuk dapatkan khidmat penulis review dan penulis advertorial

 

Kempen jenis #1: Tujuan adalah untuk mendominasi muka surat pertama laman carian google

Matlamat kempen jenis ini adalah untuk memastikan produk kita dikenali oleh pengguna internet yang mencari maklumat sesuatu produk atau mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah. Bila dia taip je kata kunci tertentu, maka hasilnya laman web yang menceritakan tentang produk anda muncul di muka surat pertama google.

 

Ya, saya pernah buat kempen seperti ini untuk produk bernama sistem autoresponder emelmatik. Anda boleh taip nama produk ini di search engine google dan lihat ada tak website saya keluar di muka surat pertama google.

 

Kempen jenis #2: Untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan (awareness campaign)

Kempen jenis ini memang sesuai untuk produk baru yang tak ada orang kenal lagi. Kali pertama seseorang tu dengar nama sesuatu produk, benda pertama yang dia akan buat mungkin akan pergi ke website google dan taip nama produk tu.

 

Jika dia terjumpa laman web yang menceritakan tentang produk tersebut, maka dari situ akan timbul keyakinan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk tersebut. Kalau daripada hasil carian yang dilakukan di google tidak menemui sebarang keputusan, maka kebarangkalian untuk individu ini melupakan terus tentang produk anda adalah sangat tinggi.

 

Ah… saya ni asyik cakap pasal produk je. Sebenarnya, hal yang sama juga untuk mereka yang menjalankan perniagaan homestay, resort, restoran dan sebagainya.

 

Kempen jenis #3: Untuk kumpul klik pada link

Satu masa dulu, waktu FBAds masih baru diperkenalkan, kos untuk beriklan menggunakan medium ini tidaklah begitu tinggi. Mereka mengenakan caj mengikut bilangan klik pada link yang kita promosikan. Situasi pada 2010 – 2012, tak mustahil untuk kita dapatkan caj serendah RM0.01 per klik.

 

Sekarang? Agak sukar. Lebih-lebih lagi apabila bilangan mereka yang nak menggunakan iklan FBAds makin bertambah. Tak mustahil caj per klik untuk beriklan di FB boleh mencecah kos sehingga RM0.50 per klik. Mahal ke murah? Saya rasa ianya agak mahal.

 

Saya nak tunjukkan pada anda satu contoh kes studi bagi salah satu iklan advertorial yang disiarkan dalam blog ini.

 

Sejak link skripfb.informasi4u.com ini disiarkan dalam blog saya, ia telah menerima klik sebanyak 1,469 klik. Kita andaikan bahawa setiap klik itu dilakukan oleh individu yang berbeza, bermakna sudah ada seribu lebih prospek yang klik pada link iklan dan menjadi prospek kepada perniagaan tersebut. Ramai kan.

 

Bandingkan jika guna kaedah iklan berbayar pay per click

Jika caj ialah RM0.01 per klik

1,469 x RM0.01 = RM14.69  (masih murah)

 

Jika caj ialah RM0.50 per klik

1,469 x RM0.50 = RM734.50 (Mahal ke murah?)

 

Kempen yang mensasarkan jumlah klik ini bagus ke tidak? Kalau ia bagus, ia bagus untuk siapa?

Ianya bergantung kepada apa strategi pemasaran anda. Saya nak bagi anda contoh kes studi. Sedia?

 

Case Study #1 Syarikat Lazada Malaysia

Saya juga mempromosikan produk-produk Lazada dan strategi yang saya gunakan adalah untuk mendapatkan seberapa banyak klik yang boleh pada link promosi saya. Setakat hari ini, strategi ini, iaitu dapatkan seberapa banyak klik yang boleh memang berkesan, sebabnya sistem pengiklanan Lazada itu sendiri yang menggunakan konsep retargeting. Jika anda kurang jelas apa yang dimaksudkan dengan kaedah retargeting, saya syorkan anda baca artikel saya sebelum ini berjudul

Klik untuk baca: Apakah strategi pengiklanan yang Lazada guna untuk hasilkan jualan RIBUAN RINGGIT setiap bulan?

 

Case Study #2: Trivago, 8Share dan sebagainya 

Ini adalah program-program yang saya sertai. Cara saya dibayar adalah mengikut jumlah klik yang saya terima. Contohnya link dari Trivago ini. Setiap kali ada yang klik, maka saya akan dibayar sebanyak RM0.63 sen. Jadi untuk buat banyak duit, saya hanya perlu fokus untuk dapatkan seberapa banyak klik yang boleh.

 

Case Study #3: Laman web Jobdirumah

Laman web Jobdirumah ini menggunakan kaedah lifetime commission kepada para affiliate yang mempromosikan produk tersebut. Cara kerjanya ialah, affiliate menghantar prospek ke laman web utama, kemudian prospek itu tadi akan masukkan nama dan alamat emel mereka. Seterusnya sistem jobdirumah itu yang akan melakukan kerja-kerja follow up prospek itu tadi .

Tak kisah pada bila-bila masa, apabila prospek itu tadi buat bayaran, affiliate yang mula-mula sekali memperkenalkan laman web jobdirumah itu yang akan dapat komisen. Tiada kebocoran komisen disitu.

 

Kesimpulannya, kempen untuk kumpul klik juga ada kebaikkannya, dengan syarat anda mempunyai flow pemasaran yang betul. Ambil contoh 3 case study yang saya dah nyatakan kat atas tu tadi.

 

Kempen jenis #4: Untuk kumpul prospek (Lead generation) 

Saya sangat-sangat menyarankan anda fokus pada kempen jenis ini. Bermaksud dalam kempen jenis ini, anda perlu ada sebuah laman web yang mampu untuk mengumpul senarai nama prospek secara automatik. Apa yang anda perlukan ialah

(1) Laman web 

Anda boleh guna sebarang perisian untuk bina laman web. Asalkan ia dapat menyokong penggunaan HTML. Boleh juga guna laman web yang dibina menggunakan servis percuma dari blogspot sahaja. Untuk membuatkan laman web anda kelihatan profesional dan lebih kemas, anda boleh guna perisian blogspot to minisite ini.

 

(2) Sistem Autoresponder

Boleh guna sebarang sistem autoresponder yang anda mahir dan mampu.

 

(3) Umpan

Umpan ini adalah untuk memastikan pelawat yang masuk ke web anda akan memberikan anda nama dan alamat emel mereka. Umpan ini boleh jadi dalam bentuk kupon diskaun, ebook percuma, khidmat konsultasi dan sebagainya. Apa yang penting ialah umpan ini cukup menarik dan betul-betul berharga untuk memastikan prospek bertindak untuk mengisi nama dan alamat emel mereka.

 

(4) Emel follow up

Sediakan sekurang-kurang 5 – 7 emel follow up secara automatik di sistem autoresponder. Tujuannya adalah supaya prospek anda menerima emel dari anda secara berkala tak kira pada bila-bila masa mereka masukkan nama dan emel mereka ke sistem database (autoresponder) anda.

 

Kalau anda boleh sediakan kempen seperti ini, aktiviti pemasaran anda akan jadi separa automatik. Ini serius!

 

Kempen jenis #5: Untuk prospek hubungi anda (SMS, Whatsapp, Messengger, Call)

Ini biasalah. Jika tawaran yang anda sediakan cukup menarik, prospek yang terbaca artikel review akan menghubungi anda.

 

Kempen jenis #6: Untuk prospek terus buat pembelian

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, situasi dimana prospek terus buat pembelian adalah situasi yang ideal dalam aktiviti jual beli dan pemasaran secara online. Ia boleh berlaku, namun sangat-sangat jarang. Mungkin daripada 100 orang yang baca artikel review tu, hanya ada seorang sahaja yang akan terus buat pembelian.

 

Sebaliknya, jika anda gunakan kaedah kempen #4, iaitu lead generation, mungkin dari 100 orang yang baca, 70 orang akan bagi nama dan alamat emel, kemudian selepas itu sistem autoresponder anda akan mula buat kerja-kerja follow up secara automatik, dan tak mustahil dari 70 orang yang bagi nama, akan ada 30 – 50 orang yang buat pembelian.

.

..

Ya saya tahu, artikel ini SANGAT PANJANG. Ha ha ha. Ini pun saya rasa macam ada banyak lagi yang saya nak kongsikan pada anda. Apa pun, ini pun dah memadai dah sebenarnya.

 

Matlamat saya apabila menawarkan servis advertorial dan review ini adalah satu sahaja. Saya nak kita sama-sama boleh buat untung. Win win situation. Sayanglah kalau duit yang anda keluarkan untuk dapatkan servis review ni akhirnya tak membuahkan sebarang hasil, semuanya gara-gara tak ada siapa yang pernah bagitahu anda tentang perkara-perkara yang saya senaraikan kat atas ni.

 

Baiklah, terima kasih kerana membaca. Jika anda dah sedia nak dapatkan servis review atau advertorial dari saya, silalah pilih mana-mana satu dari pakej yang saya tawarkan ini. Sekiranya anda merasakan apa yang saya cerita ni bermanfaat, apa kata anda share artikel ini kepada rakan-rakan usahawan anda yang lain juga.

 

Sekian dulu!

 

Exit mobile version