Blog Sabree Hussin

10 Poin PENTING sebelum anda dapatkan servis Advertorial dari saya…

10 poin yang anda bakal baca ini adalah ibarat rules and regulation, atau suatu terma dan syarat jika anda merancang untuk dapatkan khidmat advertorial dari saya.

 

Jadi, apa kata anda luangkan sedikit masa untuk meneliti apa yang saya gariskan dan highlight dalam entri kali ini ya. Ini penting supaya tak menimbulkan kekeliaruan jika anda ingin dapatkan khidmat penulisan advertorial dari saya di laman web ini.

 

Produk tersebut mestilah suatu produk yang kita sebagai penulis rasa bangga untuk bantu promosikan

Soal bayaran bukan isu utama. Tetapi sebagai penulis, lazimnya kita ada code of conduct atau code of honor dalam menghasilkan sebarang karya penulisan. Termasuklah untuk hasilkan penulisan iklan advertorial.

 

Ada ketikanya saya juga terpaksa TOLAK permintaan untuk hasilkan advertorial, lebih-lebih lagi jika saya merasakan suatu produk itu lebih baik orang tak tau daripada tau.

 

Banyak kali saya alami, pembaca akan lebih melihat siapa yang cerita tentang produk tu, berbanding untuk melihat siapa sebenarnya pemilik bagi produk tersebut. Baru-baru ni, saya diminta untuk menulis advertorial tentang perlaburan berkaitan Forex.

 

Saya terpaksa TOLAK sebabnya saya tak berapa yakin dengan modus operandi program macam ni. Program seperti ini, akan terus berjalan selagi ada new comer yang sanggup untuk keluar duit untuk join skim skim macam ni. Bukanlah saya anti forex, sebaliknya saya sekadar mengambil langkah berhati-hati untuk tidak terlibat dalam skim yang tidak mendapat pengesahan patuh syariah atau lesen dari Bank Negara Malaysia. Ada banyak lagi benda saya boleh tulis, berbanding menulis tentang benda-benda yang saya sendiri tak dapat nak sahkan statusnya.

 

Ada banyak skim cepat kaya, skim piramid dan money game yang berselindung disebalik program MLM. MLM itu tidak salah, yang menjadikan ianya bermasalah ialah apabila terdapat unsur manipulasi pada sistem. Jika sesuatu produk itu dipromosikan bukan kerana manfaat produk tersebut, tetapi disebabkan oleh “sistem buat duit” yang bakal diterima, ini adalah salah satu red flag yang menunjukkan bahawa produk tersebut sebenarnya tidak sebagus mana.

 

Produk yang memang dah tak laku dan tak boleh jual

Sampai masa, setiap usahawan perlu terima hakikat, suatu produk itu akan jadi obsolete atau tidak relevan dan permintaan terhadap produk tersebut akan jatuh. Pada waktu ini, tak kiralah apa teknik promosi yang anda gunakan, ia tetap tidak akan beri sebarang hasil yang signifikan terhadap jualan yang bakal dihasilkan.

 

Adakalanya, adalah lebih cost effective untuk anda tukar produk baru yang mempunyai demand yang tinggi berbanding anda tetap dengan produk sedia ada yang dah tak ada permintaan.

 

Ramai usahawan berfikir untuk menggunakan kaedah pengiklanan untuk naikkan jualan produk yang dah mula merudum permintaannya. Tetapi bukankah lebih bagus untuk gunakan bajet pengiklanan untuk produk yang jualannya tengah meletup-letup supaya jadi seperti letupan bom nuklear?

 

Dapatkan khidmat saya jika anda YAKIN saya boleh hasilkan Advertorial yang lebih baik berbanding kalau anda buat sendiri atau anda suruh orang lain buat

Kat luar sana ada terlalu banyak blogger, content marketer dan juga copywriter yang anda boleh upah untuk bantu anda jalankan kempen advertorial untuk produk anda. Setiap daripada mereka mempunyai tektik, teknik dan strategi tersendiri untuk bantu anda dapatkan result seperti yang anda harap-harapkan.

 

Jika anda yakin saya boleh bantu anda dapatkan hasil yang lebih baik, berilah kerjasama dan bantulah saya untuk bantu anda dan perniagaan anda.

 

Jika anda rasa pengiklanan bukanlah suatu perkara yang penting, tak perlu susah payah nak guna advertorial

Setiap bulan, lazimnya saya akan peruntukkan sekurang-kurangnya RM200 – RM500 khusus untuk tujuan pengiklanan. Kos ini merangkumi kos untuk melanggan servis autoresponder, domain, hosting, software marketing dan sebagainya. Dari masa ke masa, jika perlu, saya juga akan gunakan kaedah iklan berbayar menerusi FBAds.

 

Saya dapati, ada usahawan yang menganggap, pengiklanan tidak PENTING dan dia merasakan, untuk buat duit di internet, tak perlu laburkan sebarang modal tetap boleh beri pulangan.

 

Itu saya memang setuju. Cuma sayangnya, jika nak bandingkan pulangan yang diterima daripada mereka yang sanggup keluar modal, ianya adalah lebih baik berbanding anda buat semua secara tanpa kos.

 

Boleh tak kita wujudkan situasi menang-menang atau win-win situation?

Saya FAHAM bila anda beriklan, anda inginkan HASIL. Anda mahu dapatkan SALES, KOMISYEN dan sebagainya. Dari pengalaman saya, saya dapati adalah lebih mudah untuk bekerjasama dengan klien yang sentiasa memikirkan soal menang-menang berbanding klien yang cuma fikirkan diri sendiri.

 

Kerap juga saya jumpa, klien yang baik hati, yang sama-sama fikirkan “what’s NEXT?”

 

What’s NEXT for me?

Saya perlu ucapkan berbanyak terima kasih kepada para pelanggan yang sudi untuk mendapatkan khidmat advertorial dari saya, dan seterusnya memberikan saya peluang untuk mendalami dengan lebih baik bidang pengiklanan seperti advertorial ini. Dari situ, saya bukan sahaja dapat memahami dengan lebih baik bagaimana proses untuk menghasilkan advertorial dengan teknik penulisan yang lebih baik, tetapi pada masa yang sama, saya juga dapat lihat apa sebenarnya masalah lazim yang membuatkan orang ramai rugi ketika mengiklankan perniagaan mereka.

 

Kalau nak kata dari segi win win situation,

Anda beri saya peluang untuk tambah pengalaman, dan sebagai timbal balik saya bantu anda dapat sales, dapat komisyen, dapat pelanggan ataupun dapat prospek baru. Amacam?

 

Perniagaan anda akan saya promosikan secara berterusan dalam blog ni. Anda juga akan dapat limpahan trafik tanpa perlu buat apa-apa. MUNGKIN, daripada trafik yang saya bawa masuk ke halaman produk anda, ada antara mereka yang akan convert kepada jualan. Jika memang dah rezeki anda, ia bukan suatu yang mustahil.

 

Anda boleh ikut apa yang mintak dan perlukan?

Untuk menghasilkan advertorial yang lebih baik, PENTING untuk saya nampak, faham dan sekurang-kurangnya tahu bagaimana sesuatu produk atau perkhidmatan itu berfungsi. Dari pengalaman saya juga, tak ramai yang dapat ikut apa yang saya mintak dan perlukan.

 

Boleh jadi, daripada 5 orang klien, hanya 2 orang sahaja yang akan luangkan masa berkualiti untuk sediakan info, maklumat dan fakta yang saya perlukan. Mungkin juga, yang lain-lain tu anggap, sebagai penulis advertorial, saya yang kena sediakan semuanya untuk mereka, bukan sebaliknya. Seolah-olah seperti saya lebih tau tentang produk dan perkhidmatan mereka, sedangkan yang buat bisnes tu dia, bukan saya.

Saya tak tau, bagaimana prosedurnya jika anda berurusan dengan penulis lain. Tetapi, jika anda berurusan dengan saya, saya akan beri anda borang soal jawab untuk anda lengkapkan. Mungkin saya tak akan guna kesemua info yang anda berikan dalam satu artikel, tetapi satu yang anda perlu tahu ialah maklumat tersebut amat penting dalam penghasilan advertorial yang berkualiti dan lebih convert kepada sales.

 

Jika anda beri info ala kadar, cincai-cincai, hasilnya juga sama lah seperti yang anda beri. Memandangkan saya tak berapa suka buat kerja cincai-cincai ni, most likely sama ada saya akan tolak tugasan advertorial tersebut atau kita tak perlu berurusan at the first place.

 

Adakah kita boleh bekerjasama?

Secara purata, masa untuk menyiapkan sesebuah Advertorial adalah sekitar 2 – 4 jam. Setengah advertorial adalah lebih susah berbanding advertorial yang lain. Sebab itu, caj untuk advertorial juga berbeza-beza antara satu sama lain. Ia bergantung pada tahap kesukaran sesuatu job itu sendiri.

 

Advertorial memainkan fungsi yang SPESIFIK. Advertorial berperanan untuk menghasilkan jualan dan membantu dalam proses jualan. Sama ada untuk memberikan penerangan yang lebih baik mengenai produk, membuatkan sasaran pelanggan anda sedar akan kewujudan sesuatu produk dan sebagainya.

 

Sebagai penulis, dah tentu saya perlukan MAKLUMAT YANG LENGKAP tentang topik ataupun produk yang bakal ditulis. Apabila anda mendapatkan perkhidmatan saya menerusi laman web ini, servis advertorial 5, anda akan di caj per artikel. Kebiasaannya, saya akan sediakan lebih daripada satu artikel bagi meningkatkan kebarangkalian untuk anda dapat jualan. Apa-apa extra work yang saya buat, consider ia sebagai bonus kerana mendapatkan servis ini dari saya.

 

Apa-apa info yang saya perlukan dan tanyakan, ianya untuk anda. At the first place, ia memang membantu saya untuk menulis, tetapi untuk jangka masa panjang, ia lebih memberi kelebihan untuk anda. Jika saya dapat FAHAM dengan JELAS apa sebenarnya perniagaan, produk ataupun servis anda, lebih mudah dan lancar untuk saya bantu promosikan sebenarnya.

 

Nasihat saya jika anda ingin promosikan produk yang SANGAT BARU

Jika produk yang anda ingin promosikan dan perkenalkan kepada pasaran adalah produk yang masih baru, dan masih belum ada lagi yang kenal produk anda, fokus untuk bina jenama berbanding untuk dapatkan jualan.

 

Berikan lebih banyak fokus untuk

Bina database pelanggan atau kumpul leads

 

Bagaimana untuk bina database pelanggan? Ada banyak cara sebenarnya dan setiap bisnes mungkin memerlukan step yang berbeza untuk bina database pelanggan. Apa kata anda hubungi saya, dan ceritakan kepada saya, apakah perniagaan anda. Dari situ mungkin saya boleh beri anda idea, bagaimana nak bina database pelanggan dan bina kempen follow up sehingga mereka membeli produk anda.

 

Jika anda tak merancang untuk bina database pelanggan, saya syorkan kempen advertorial khusus untuk bina jenama (branding) produk dan juga perniagaan anda.

 

Tiada jalan pintas ya

Iklan yang baik akan bantu anda mendapatkan jualan untuk produk yang anda jual. Bukan itu sahaja, malahan iklan yang sama juga berpotensi untuk bantu anda mendapatkan jualan ulangan. Walaubagaimanapun, iklan yang baik, sama sekali tidak akan dapat bantu anda jual produk yang tak berapa bagus.

 

Berjaya atau gagalnya satu-satu kempen advertorial, adakalanya langsung tak ada kena mengena dengan bagus atau tidak iklan tersebut. Asalkan anda boleh kenal pasti, siapa sebenarnya target audience untuk jadi pengguna produk anda, iklan yang biasa-biasa pun masih akan convert kepada sales.

 

Saya hargai peluang yang anda berikan untuk kita bekerjasama

Selain bayaran yang saya terima, satu perkara yang saya kira sangat berharga adalah PENGALAMAN. Ya saya dah ulang benda yang sama lebih dari sekali. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyumbang dalam perniagaan anda. Mudah-mudahan dengan penglibatan saya yang tak seberapa ni dapat memberi impak kepada perniagaan anda.

 

 

Exit mobile version