Blog Sabree Hussin

Bagaimana Cara Dapatkan Jobs Dari Advertorial.MY Untuk Blogger?

Artikel ni saya tulis khas untuk para penulis blog atau blogger yang berminat nak buat duit tambahan (tanpa modal) dengan menawarkan servis menulis review melalui platform Advertorial.MY

Alhamdulilah, baru-baru ni saya dah pun siapkan satu job dari advertiser yang berminat untuk dapatkan khidmat saya. Saya tahu, masih ramai lagi yang masih belum dapat sebarang job dari pihak Advertorial.MY walaupun sebenarnya dah agak lama buat pendaftaran di laman web ini.

Saya pun ambil masa yang agak lama jugak sebenarnya barulah dapat satu job. Anda boleh lihat sendiri, saya daftar pada 22 August 2014

Dan sepanjang tempoh masa tu, saya bukan hanya menunggu dan terus menunggu. Sesekali ada juga saya buat marketing untuk iklan saya sendiri yang saya dah siarkan di platform Advertorial.MY

Ye la… takkan nak menunggu job datang sendiri… At least kena ada jugak usaha dari pihak kita sendiri untuk mengiklankan tawaran servis kita. Maka dari situ, sedikit sebanyak pihak advertiser akan nampak kesungguhan kita dalam bidang penulisan blog ni.

Job pertama, lebih kepada nak lihat bagaimana perjalanan rundingan dan penerimaan dari pihak advertiser. Saya pun bukan jenis yang selalu ambik job menulis review, jadi memang agak kekok sikit.

Untuk advertiser yang berhubung dengan saya ni, beliau memang serius nak dapatkan khidmat review dari saya. Jadi, memang SENANG nak berurusan dengan individu macam ni.

Dia datang kat kita dalam keadaan dia ada bajet untuk tujuan pengiklanan bisnes dia. Jadi, dari segi pembayaran memang tak ada masalah. Biasanya, untuk kes-kes yang dah runding, tapi last minute tak jadi, ia berlaku sama ada advertiser tu cuma nak survey ataupun mungkin sebab dia tak berkenan dengan blog anda.

Kalau dia tak berkenan dengan blog anda, mungkin sebab dia tak berapa suka dengan statistik blog, kandungan blog, dan juga cara anda menulis. Oh… macam-macam sebab boleh jadi sebenarnya.

Kalau anda masih belum dapat sebarang job dari pihak Advertorial.MY saya nak beri anda serba sedikit tips dan petua untuk bantu anda dapatkan job dari platform ini. Manalah tahu, boleh dapat dalam RM300 – RM500 duit poket tambahan lepas ni.

Anda juga yang untung, betul kan? Jadi sila teruskan pembacaan ya.

1. Bagaimana cara anda menulis REVIEW?

Menulis review sebenarnya tak susah mana. Lebih-lebih lagi kalau anda memang dah biasa buat kerja-kerja menulis review ni.

Pengalaman saya sendiri, sepanjang saya buat duit dengan affiliate marketing, kebanyakkan income yang saya dapat adalah menerusi artikel review yang saya pernah siarkan dalam blog-blog saya.

Review tak boleh terlalu pendek, dan tak boleh juga terlalu panjang. Apa yang penting sekali ialah, review anda tu JELAS, dan BOLEH DIFAHAMI oleh golongan pembaca sasaran anda.

Ya.

Pembaca sasaran. Ataupun kita sebut juga dengan istilah “Target Audience”

Cara menulis untuk kelompok suri rumah lain, cara menulis untuk target kelompok student lain dan cara menulis untuk golongan eksekutif juga lain. Anda perlu bijak mempelbagaikan cara penulisan.

Anda tak perlu setuju dengan saya… dan anda tak perlu PERCAYA 100% dengan apa yang saya tulis. Sebabnya, tips ini adalah daripada pengalaman saya sendiri menjual menerusi blog.

Adakalanya, kita kena fine tune apa yang kita tulis supaya golongan sasaran dapat relate apa yang kita cuba sampaikan dengan cara hidup mereka. Maka dari situ, barulah mereka mudah faham, dan akan bertindak seperti yang kita sarankan dalam artikel review yang kita hasilkan.

Ok faham dah?

2. Apa sebenarnya yang Advertiser mahukan?

Benda ni kena dijelaskan dari awal-awal lagi.

Adakah advertiser mahu anda menulis tentang

Produk?

Syarikat?

Kedai?

Atau selain daripada itu?

Advertiser ni pun orang biasa macam kita jugak. Bukan semua faham cara kita bekerja. Lebih parah lagi, bila kita dapat advertiser yang menyangka dia akan terus dapat sales lepas ambik servis dari kita. Walhal dia sendiri pun keliru, apa benda yang dia nak kita tulis.

3. Matlamat Advertiser?

Adakah advertiser mahukan

1. Sales daripada artikel review yang kita hasilkan?

2. Branding atau awareness tentang perniagaan mereka?

3. Advertiser mahu kumpul list?

4. Advertiser mahu sedut trafik dari blog kita?

Benda ni pun sama jugak. Kalau kita tanya kat advertiser, pun belum tentu mereka faham betul apa sebenarnya yang dia mahukan. Sebenarnya, konsep ini tak jauh beza dengan mana-mana medium pengiklanan berbayar yang anda boleh temui secara online.

Antara kaedah pengiklanan berbayar yang popular ialah seperti FB Ads dan Google Adwords.

Adakah anda sebagai advertiser, akan kaji terlebih dahulu sebelum guna dua medium pengiklanan ini, atau anda main bantai je?

Ada tak sesiapa pernah bagitahu anda,

Iklan untuk buat sales bentuknya lain…

Iklan untuk kumpul prospek formatnya lain…

Iklan untuk tarik trafik pun kaedahnya lain…

So… sama lah jugak halnya dengan kaedah pengiklanan berbayar menerusi Advertorial.MY ini.

Kalau anda sendiri tak tau apa matlamat anda, tak perlu nak salahkan mana-mana pihak kalau iklan anda tak mencapai maksud. Lagipun anda sendiri tak tahu apa yang anda mahukan.

4. Showcase atau portfolio hasil kerja anda

Anda mungkin popular dalam kalangan sesama blogger.

Tetapi, untuk orang luar, usahawan yang memang tak pernah peduli hal-hal berkaitan blogger, mereka memang no idea tentang siapa diri anda.

Kenalkan diri anda.

Kalau anda ada portfolio hasil kerja-kerja yang lalu, tunjukkan pada bakal advertiser. Biar mereka nilai sendiri, sama ada kehebatan dan kemampuan anda diperlukan atau tidak.

Ini antara hasil review yang pernah saya siarkan dalam blog ni. Klik sini

Kalau setakat popular, hebat, ranking blog bagus tapi tak boleh beri sales kepada advertiser… PUN TAK GUNA JUGAK.

5. Pengetahuan anda tentang sesuatu produk, syarikat dan sebagainya

Kalau anda dapat job untuk review produk, pastikan anda dapat sesalinan ataupun sample produk.

Biarlah review yang ditulis itu BENAR berdasarkan produk sebenar. Bukan main auta semata-mata nak dapatkan job dari potential advertiser lain.

Jangan begitu kawan-kawan penulis blog sekalian.

Kita juga ada kredibiliti yang perlu dijaga.

Kalau produk yang nak di review tu ebook, senang. Mintak satu review copy.

Satu review yang baik adalah dari pengalaman menggunakan sesuatu produk atau setidak-tidaknya pengalaman melihat sendiri bagaimana kesannya setelah pengguna menggunakan sesuatu produk. Barulah ia dinamakan review.

6. Edit iklan anda di Advertorial.MY

Saya juga sentiasa edit kandungan iklan saya.

Ini kalau saya semak satu per satu iklan daripada blogger yang menyenaraikan blog mereka kat platform Advertorial.MY saya dengan yakin boleh kata, IKLAN ANDA SEMUA BORING DAN LANGSUNG TAK POWER.

Kalau bakal advertiser tengok pun… macam tak confident yang anda ni boleh buat kerja.

Itu belum kira faktor blog lagi, dari segi kandungan, cara penulisan… ah… banyak lagi lah.

7. Buatlah marketing

Last but not least, buatlah promosi untuk diri sendiri jugak.

Jangan tunggu tawaran job dari pihak Advertorial.MY sahaja.

Kali terakhir saya semak, dalam tu dah ada lebih kurang 60 blog aktif. Dari segi persaingan, ia akan jadi makin sengit untuk merebut job dari pihak advertiser.

Kalau anda tak nak buat marketing sekalipun, at least edit la kandungan iklan anda.

Pastikan bila advertiser baca, dia rasa WOWWWW… aku mesti dapatkan servis review dari blogger ni.

In Shaa Allah, sekarang ni saya dalam proses perbincangan untuk dapatkan job seterusnya dari advertiser yang baru.

Doa-doakan rezeki saya berpanjangan ya menerusi platform ni.

Dan lagi satu, jika anda masih belum cuba buat duit dengan Advertorial.MY ni, anda memang rugi sangat-sangat. Especially kalau anda blogger dan memang kerap update blog anda.

Daftar sebagai blogger kat sini dan mula buat duit dengan Advertorial.MY sekarang

Exit mobile version