Blog Sabree Hussin

Apa beza antara kerja sebagai seorang Translator dengan seorang Interpreter?

Kerjaya dalam bidang penterjemahan ataupun kerja translator seringkali dikaitkan dengan kerjaya sebagai seorang interpreter. Sampai satu tahap, mungkin akan ada yang KELIRU, adakah seorang translator sama dengan seorang interpreter?

 

Jika sama, maka apakah dia persamaan antara kedua-duanya, dan jika ianya terdapat perbezaan, apakah yang membezakan antara translator dengan interpreter?

 

Untuk menjawab persoalan tersebut, mari kita lihat iklan yang disiarkan dalam laman web Jobstreet ini.

Iklan bagi tawaran kerja yang pertama adalah untuk menjadi seorang Translator manakala iklan kedua yang terletak dibawahnya adalah untuk menjadi seorang Interpreter.

 

Baik, saya nak cerita dari segi persamaan terlebih dahulu.

 

1. Kedua-dua bidang pekerjaan ini memerlukan anda menguasai dua bahasa (atau lebih) yang berbeza

Anda masih lagi perlu menguasai dua jenis bahasa.

 

2. Anda perlukan kemahiran untuk mengalih bahasa

Bukan sekadar perlu kuasai, malahan pada masa sama anda juga perlu tahu macam mana nak alih bahasa dari bahasa A kepada bahasa B. Contohnya macam dalam gambar di atas, anda perlu tahu macam mana nak alih bahasa dari Mandarin ke Bahasa lain.

 

Jika kedua-duanya memerlukan anda untuk memahami dan menguasai dua atau lebih bahasa yang berbeza, jadi apa bezanya antara Translator dengan Interpreter?

 

Jawapannya adalah pada cara kerja. Yang pertama akan bekerja menerusi penulisan, manakala yang satu lagi adalah menerusi pertuturan.

 

Seorang yang bertugas sebagai seorang translator atau penterjemah, lazimnya perlu menyempurnakan tugasnya untuk menterjemahkan dokumen, artikel, audio ataupun video dalam bentuk penulisan. Kurang faham?

 

Maksudnya begini. Seorang translator akan diberikan rakaman audio dalam bahasa tertentu. Beliau kemudiannya akan diminta untuk menterjemah apa yang dituturkan oleh jurucakap dalam audio tersebut ke dalam bahasa tertentu. Hasil kerja adalah dalam bentuk teks atau penulisan.

 

Contoh lain, seorang translator akan diberikan dokumen atau artikel dalam bahasa tertentu. Tugas beliau kemudiannya adalah untuk mengalih bahasa atau menterjemah kandungan dokumen tersebut mengikut bahasa yang diinginkan oleh majikan atau orang yang mengupahnya.

 

Ini bermaksud, seorang translator bukan sahaja perlu memahami sesuatu bahasa, malahan dia juga perlu menguasai cara menulis dalam sesuatu bahasa tersebut. Dia perlu kenal huruf, abjad, aksara dan sebagainya.

 

Berbeza pula halnya dengan seorang interpreter.

 

Seorang interpreter masih lagi perlu menjalankan tugasnya untuk mengalih bahasa. Namun, dari segi cara kerja, seorang interpreter akan menterjemahkan sebarang ayat, atau perkataan yang didengarinya terus ke bahasa yang difahami oleh majikan yang mengupahnya.

 

Seorang interpreter tu kalau tak pandai mengeja dan membaca dalam tulisan bahasa tertentu masih lagi tak jadi masalah. Asalkan dia boleh kenal perkataan.

 

Cabaran paling ketara bagi seorang interpreter adalah untuk menterjemah secara spontan mengikut gaya bahasa, nada, dan konteks yang tepat secara spontan. Dia bukan sahaja perlu mengalih bahasa, malahan pada masa sama perlu menjelaskan kepada pendengar konteks ayat yang dituturkan oleh pihak yang satu lagi, supaya tidak berlaku salah faham dalam komunikasi (miscommunication).

 

Sebagai seorang translator, anda ada masa untuk melakukan semakan terhadap hasil kerja anda. Namun, seorang interpreter tidak mempunyai kelebihan yang sama.

 

Contohnya dalam persidangan yang dihadiri oleh wakil-wakil dari pelbagai negara. Setiap wakil akan membawa bersama mereka seorang interpreter untuk menterjemah apa yang dituturkan oleh juru cakap dalam persidangan tersebut.

 

Seorang interpreter perlu cekap dan cepat dalam menterjemah sesuatu bahasa mengikut penterjemahan yang tepat seperti dalam konteks ayat.

 

Walaupun sesetengah orang menganggap translator dengan interpreter ni adalah sama sahaja, namun sekarang ni kita dah tahu, penulisan dan pertuturan ada bezanya.

 

Ada orang memang cukup hebat dalam bidang penulisan, namun mula jadi kaku bila disuruh untuk bercakap.

 

Ada orang yang memang fasih ketika bercakap, namun apabila kita minta dia untuk menulis, tiba-tiba dia seolah-olah tak tau apa benda yang patut ditulis atas kertas.

 

Jadi, anda lebih kepada golongan yang bagaimana? Translator atau Interpreter.

 

Baiklah, jika anda mempunyai kemahiran dan merasakan anda layak untuk bekerja dalam bidang penterjemahan atau sebagai seorang Translator, anda mungkin boleh perolehi banyak pekerjaan yang sesuai di laman web kerja translator ini.

 

Semoga bermanfaat untuk anda, dan semoga perkongsian ini dapat menambahkan pengetahuan anda.

 

Exit mobile version