Blog Sabree Hussin

10 Niche blog terbukti mampu untuk buat duit online

Adakah anda berminat untuk buat duit online? Mahukah anda buat duit sebagai seorang penulis blog? Jika anda adalah seorang yang minat menulis, suka berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan, berkeyakinan tinggi, maka anda patut pertimbangkan untuk mula buat duit sebagai seorang penulis blog.

 

Kenapa perlu memilih medium blog untuk menulis? Sebab menulis dengan blog TERBUKTI boleh buat duit. Itu jawapan yang pada pendapat saya adalah jawapan paling konkrit menurut konteks perbincangan pada kali ini. Iye la, dah kita memang menulis blog sebab nak buat duit, kan? Jadi perlu ke kita ada alasan lain?

 

Jadi kali ini, saya nak kongsikan kepada para pembaca dan pelawat sekalian, antara niche blog yang anda boleh mulakan untuk jana pendapatan secara online menerusi blog anda.

 

(1) Niche buat duit

Berapa ramai agaknya penduduk di Malaysia ni yang ada masalah duit? Saya percaya, ada ramai. Setiap hari, mereka akan mencari-cari cara bagaimana nak tambahkan pendapatan. Mungkin mereka perlu duit tambahan untuk

 

… dan macam-macam lagi sebab untuk tambah pendapatan. Masalahnya? Bukan semua orang tahu macam mana nak tambahkan pendapatan. Tersilap langkah, ramai yang terjebak dalam program yang scam, menipu dan sebagainya.

 

Adakah anda mempunyai pengetahuan dalam topik ini? Mungkin anda tahu macam mana nak buat duit online, anda tahu macam mana nak buat duit di Facebook, anda tahu rahsia bagaimana nak buat duit dengan program affiliate dan sebagainya.

 

Saya percaya, jika anda mempunyai pengetahuan-pengetahuan yang unik lagi lain daripada yang lain, yang dapat mengajar para pembaca macam mana nak buat duit tambahan, blog anda pasti akan banyak beri manfaat kepada para pembaca.

 

(2) Niche kesihatan

Dalam niche kesihatan, ada pelbagai topik dan perkara yang boleh kita kongsikan dalam blog, misalnya topik-topik tentang

 

Banyak juga sebenarnya topik yang boleh kita masukkan dalam niche kesihatan. Sambil kita bercerita tentang kesihatan, kita juga boleh selitkan dengan mempromosikan produk-produk tertentu yang boleh menambahbaik kesihatan seseorang.

 

Produk dari Shaklee misalnya. [Senarai produk shaklee]

Tahap kesedaran tentang kesihatan bagi rakyat Malaysia sebenarnya masih lagi berada di tahap yang agak rendah. Justeru, jika anda berupaya untuk menghasilkan sebuah blog yang menarik, menghiburkan dan tak boring, yang membincangkan topik-topik tentang kesihatan, saya pasti anda telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada masyarakat.

 

(3) Niche sukan

Niche sukan sebenarnya adalah niche yang besar. Anda boleh mula menulis blog tentang sukan sama ada secara umum ataupun secara spesifik. Kalau secara spesifik ini mungkin anda hanya ingin fokuskan kepada sukan tertentu seperti bola sepak sahaja, atau bola keranjang, baseball, rugby, dan sebagainya.

 

Bagaimana nak buat duit dalam niche sukan? Salah satu cara adalah dengan mempromosikan channel sukan percuma seperti yang pengguna internet boleh akses menggunakan teknologi live streaming. [Live Streaming Profit: Review panduan buat duit melalui siaran streaming SUKAN]

 

Itu baru satu cara. Cara lain adalah dengan mempromosikan produk-produk seperti jersi, peralatan sukan, peralatan senaman dan banyak lagi.

 

(4) Niche travel

Perhatian buat mereka yang suka melancong! Apa kata anda abadikan kenangan dan memori suka dan duka anda ketika melancong dalam bentuk penulisan blog. Dengan ini, anda bukan sahaja dapat berkongsi kegembiraan bersama orang lain, malahan apa yang anda kongsikan itu nanti dapat berikan manfaat kepada orang lain yang tak pernah sampai ke destinasi yang anda tuju.

 

Kalau dalam niche travel ni, anda boleh buat duit dengan mempromosikan hotel-hotel yang terdapat di lokasi-lokasi tertentu. Ada beberapa program affiliate yang anda boleh sertai, antaranya

(i) Trivago

(ii) Hotels.com

(iii) Agoda

 

Menjadi seorang travel blogger ada banyak kelebihannya. Lebih-lebih lagi apabila anda sudah terkenal dan mempunyai pengikut yang ramai. Tak mustahil untuk anda mendapat tawaran melancong secara percuma di sponsor sepenuhnya oleh pusat pelancongan tertentu atau hotel tertentu sebagai ganti anda menulis review tentang hotel atau destinasi pelancongan yang anda lawati.

 

(5) Niche kerjaya

Niche kerjaya juga adalah salah satu niche yang agak menarik untuk kita ceburi. Dalam niche ini terdapat beberapa topik-topik yang memang diperlukan oleh golongan job hunter, sebagai contoh

 

Dan macam-macam lagi.

 

(6) Niche politik

Isu politik. Adakah kita patut benci dan langsung tak ambil tahu tentang perkembangan politik tanah air, ataupun sepatutnya kita ikuti perkembangan politik dan mengkaji setiap isu serta impaknya terhadap perundangan dan ekonomi negara?

 

Ramai yang kata, benci politik. Politik itu kotor, politik itu rasuah dan macam-macam lagi. Pada saya, mereka ni melihat dari sudut yang salah. Sebenarnya kita kena ambik tahu apa berlaku dalam politik semasa dan negara. Sebarang pergolakkan, skandal dan macam-macam lagi.

 

Banyak juga keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan yang dibuat oleh ahli politik yang memberi pengaruh kepada perkembangan ekonomi semasa. Ambil tahu hal politik supaya kita tak tersalah memilih individu mahupun parti politik yang korup dalam pilihanraya akan datang.

 

Bila kita ambik pendirian untuk tak nak masuk campur, tak nak ambik tahu, akan makin seronoklah ahli politik yang korup ni meragut dan membaham kekayaan negara untuk diri dan keluarga dia semata. Orang macam ni tak kan nak dibiarkan. Lagi parah bila orang yang sama terus dikekalkan berleluasa.

 

Kembali kepada topik asal. Isu politik adalah antara isu yang cukup mudah menarik perhatian orang ramai lebih-lebih lagi jika isu tersebut melibatkan isu sensitif. Lagi sensitif, lagi banyak trafik. Banyak trafik, maka akan banyaklah juga incomenya.

 

(7) Niche agama dan kerohanian

Ini juga merupakan niche yang mempunyai potensi yang sangat besar untuk buat duit. Walaupun kadang-kadang kita tengok kat sekeliling kita, manusia seolah-olah menjauhkan diri dari agama dan ilmu akhirat, sebenarnya ada ramai lagi yang mencari ilmu agama.

 

Dalam niche ini, antara beberapa topik yang saya kira menarik untuk diketengahkan ialah topik tentang

 

Bagi tujuan buat duit dalam niche agama, apa yang saya dapat fikirkan adalah anda menjual buku-buku berkaitan keagamaan.

 

(8) Niche hiburan 

Blog tentang artis, gosip dan sebagainya. Bagi mereka yang suka sangat baca berita-berita dan cerita gosip (fitnah) maka blog sebegini memang sesuai untuk diri anda. Namun awas, hati-hati ketika menulis. Silap tulis dosa dapatnya.

 

(9) Niche kereta dan permotoran

Contoh blog yang terkenal ialah paultan.org

 

Blog tersebut cerita tentang kereta, penjagaan kenderaan, spesifikasi kenderaan, review kenderaan dan macam-macam lagi tentang kenderaan. Jika anda seseorang yang berkecimpung dalam bidang ini, saya amat syorkan anda buat blog tentang kenderaan.

 

Sama ada anda adalah seorang mekanik, salesman kereta, pemilik used car dan sebagainya. Ini adalah salah satu cara bagaimana anda dapat mempromosikan perniagaan anda.

 

(10) Niche makanan 

Food blogger! Siapa yang suka jadi travel blogger, biasanya mereka juga akan suka dan berminat untuk jadi food blogger. Kiranya macam dua dalam satu.

 

Jadi food blogger ni pun best jugak. Siapa tahu, satu hari nanti anda juga akan menerima banyak jemputan untuk menulis review tentang menu dan masakan di restoran-restoran di negara kita. Ibarat macam konsep jalan-jalan cari makan gitu.

 

Ok macam mana? Dari 10 niche kat atas ni, mana satu yang anda minat? Oh ya, kat bawah ni adalah niche tambahan yang mungkin anda boleh pilih. Anggap sahajalah ini sebagai maklumat tambahan ya.

 

(11) Buku

Orang yang suka membaca, suka beli buku, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk menulis tentang buku-buku yang anda baca. Iye la… biasanya, buku yang kita baca ni, berapa lama info dalamnya boleh bertahan dalam kepala kita? Mungkin tak lama kan.

 

Apa kata lepas ni, apabila anda selesai sahaja membaca, anda terus tulis review tentang buku yang anda baca. Tahukah anda, sekarang ni ada program affiliate yang anda boleh join yang produknya adalah buku?

Anda boleh sertai program affiliate yang dianjurkan oleh bookcafe. [Program affiliate Bookcafe untuk para pencinta buku]

 

(12) Filem

Untuk peminat filem atau kaki wayang, anda juga boleh buat blog tentang cerita-cerita yang anda tonton. Walaubagaimanapun, pada waktu catatan ini saya tulis, setahu saya masih belum ada lagi program affiliate yang fokus pada jualan DVD atau movie.

 

Kalau ada pun, mungkin anda boleh promosikan filem ataupun DVD yang dijual di laman web Lazada. [klik sini untuk lihat senarai DVD Movie]

 

(13) Haiwan peliharaan

Kalau di luar negara, niche haiwan peliharaan ini merupakan niche pilihan yang memang mempunyai persaingan yang besar. Namun di Malaysia, mungkin ia kurang mendapat sambutan. Boleh jadi sebab orang di Malaysia agak kurang dalam aspek penjagaan haiwan peliharaan. Tak macam kat luar negara, mereka menganggap haiwan peliharaan sebagai ahli keluarga.

 

Dalam niche ini, anda boleh promosikan barangan seperti makanan haiwan, aksesori, permainan dan sebagainya.

 

(14) Blog Personal

Ha… ni paling senang kot. Tak ada niche yang spesifik. Main hentam je apa benda nak share dalam blog. Contoh paling dekat ialah blog saya ini. Walaupun blog personal, ia masih lagi berupaya untuk menghasilkan pendapatan tau. [Panduan Buat Duit Dengan Program Affiliate Hanya Dengan Bermodalkan Blog Personal]

 

Selamat mencuba dan jom sama-sama saya buat duit dengan blog!

 

Exit mobile version