Blog Sabree Hussin

5 Niche blog yang bagus kalau nak buat duit pada tahun 2019

Ada tak pelawat blog ni, yang nak buat side income, tapi tak minat nak jual-jual barang?

 

Kalau ada, maknanya kita ni boleh jadi geng. Saya pun tak berapa minat nak jual-jual barang. Tak kiralah sama ada barang yang memang ada dalam tangan, iaitu kita simpan stok ataupun barang yang kita jual melalui sistem dropship.

 

Satu perkara yang buatkan saya agak malas nak jual barang secara online ni adalah menjawab dan melayan kerenah pelanggan. Setengah pelanggan, memang senang nak berurusan. Namun begitu, ada juga pelanggan yang agak leceh dan susah untuk kita layan.

Saya rasa, satu hari nanti kalau saya nak jual barang secara online sekalipun, saya akan jual sahaja melalui platform shopee. Kali ini sebenarnya saya nak cerita mengenai 5 niche yang anda patut berikan tumpuan kalau nak buat duit melalui blog pada tahun 2019 ini.

 

Niche blog ni sebenarnya ada banyak. Anda juga bebas untuk menulis dan memulakan blog dalam apa-apa niche yang pada pendapat anda menguntungkan. Dalam posting ini, saya nak highlight lima sahaja niche yang jika anda bangunkan, In Shaa Allah akan memberikan anda pendapatan yang baik dimasa akan datang.

 

Ini dia lima niche pilihan yang saya ingin cadangkan untuk anda.

 

(1) Panduan Buat Duit

Pernah tak anda terfikir, maklumat yang macam mana yang sebenarnya selalu dicari oleh para pengguna internet yang menggunakan laman web carian google?

Setiap hari, pengguna laman web google akan mencari pelbagai maklumat, sama ada berkaitan dengan isu semasa, gosip artis, resipi masakan, tips percintaan, panduan buat duit dan macam-macam lagi.

 

Satu ketika dulu, saya juga kerap membuat carian tentang cara untuk buat duit di internet. Sebagai seorang pelajar pada ketika itu, saya berpendapat, buat duit online adalah cara yang paling tepat dengan keadaan dan situasi saya.

 

Dalam sebulan, agak-agak ada berapa banyak carian yang dilakukan oleh pengguna internet yang berkaitan dengan topik “buat duit”. Jawapannya ada pada screenshot diatas yang saya ambil dari Google Keyword Planner.

 

Jumlahnya adalah sebanyak 1 ribu hingga 10 ribu purata carian dilakukan dalam sebulan. Jumlah ini tentunya sangat besar, dan sekiranya laman blog yang anda hasilkan menjadi rujukan yang penting bagi mereka yang inginkan maklumat cara untuk buat duit, dekat sini anda akan dapat trafik secara percuma.

 

Bila blog anda ada banyak trafik, maka potensi pendapatan yang anda bakal hasilkan juga akan jadi tinggi. Topik “panduan buat duit” ini juga merupakan salah satu topik yang selalu saya google satu masa dulu. Kemudian daripada hasil carian tersebut, saya temui macam-macam peluang untuk buat duit di internet, dan akhirnya saya pilih untuk fokus pada buat duit online menggunakan teknik menulis blog atau blogging.

 

Sebenarnya topik “panduan buat duit” ini adalah sangat luas. Ianya tak terhad kepada satu channel atau medium semata-mata. Kalau sekiranya anda mempunyai banyak pengetahuan tentang cara nak buat duit, anda boleh rangkumkan kesemua yang anda tahu dalam satu blog.

 

Anda mungkin tahu cara

  1. Cara buat duit dengan bisnes homestay
  2. Panduan buat duit melalui laman web Shopee
  3. Panduan buat duit menerusi program adhance
  4. Panduan buat duit dengan bisnes restoran
  5. Panduan memulakan bisnes kedai makan
  6. Panduan bisnes dobi
  7. Panduan menjalankan bisnes kedai runcit
  8. Cara buat duit menerusi program pengiklanan Google Adsense
  9. Cara hasilkan pendapatan menerusi program affiliate Lazada
  10. Cara buat duit dengan laman web Involve Asia

 

… dan banyak lagi.

 

Sekali lagi saya tegaskan, topik atau niche panduan buat duit ini adalah satu niche yang sangat luas. Saya percaya, anda pasti tidak akan kehabisan topik untuk ditulis jika anda memilih niche ini sebagai niche blog anda.

 

Sambil anda menulis topik ini, anda juga dapat belajar macam mana cara nak buat duit melalui sesuatu kaedah. Katakanlah, satu hari nanti anda minat nak tulis tentang cara buat duit melalui pelaburan emas dan perak. Pada waktu itu, anda boleh mula belajar macam mana nak jadi seorang pelabur yang bagus, kemudian pada masa yang sama, anda tulis juga tentang teknik-teknik yang telah anda pelajari di blog anda.

 

Dari situ, pengetahuan anda mengenai pelaburan emas akan meningkat dan pada masa sama, pendapatan anda melalui blog tersebut juga akan bertambah. Bila anda mula menulis mengenai emas dan lain-lain pelaburan berkaitan dengan emas, anda juga boleh mula mempromosikan produk berkaitan dengan emas, misalnya buku, ebook, program pelaburan emas dan sebagainya.

Program Hello Gold ini adalah salah satu program berkaitan dengan emas yang kita boleh promosikan. Kalau nak mula mempromosikan program ini, boleh bermula dengan menjadi ahli di laman web Involve Asia terlebih dahulu.

 

(2) Kewangan

Topik berkaitan dengan kewangan juga merupakan salah satu topik yang besar dan ada banyak perkara yang boleh ditulis. Bila bercakap mengenai kewangan, kebanyakkan orang akan fokus kepada topik yang berkisarkan kepada pengurusan kewangan peribadi.

 

Mungkin sebab topik pengurusan kewangan peribadi itu lebih dekat urusan seharian dan tak begitu sukar untuk ditulis. Sedangkan, kalau anda mempunyai pengetahuan dan ilmu kewangan yang baik, anda juga boleh menulis tentang pengurusan kewangan syarikat, hal ehwal berkaitan dengan sistem percukaian dan sebagainya.

Salah satu topik berkaitan dengan kewangan adalah topik mengenai pelaburan. Ada macam-macam jenis pelaburan yang kita boleh tulis dibawah niche kewangan ini. Sama ada pelaburan emas, pelaburan saham, pelaburan hartanah, pelaburan unit trust dan macam-macam lagi.

 

Ya sekali lagi, sambil anda menulis tentang topik kewangan, anda juga akan pelajari banyak ilmu baru berkaitan dengan topik ini.

 

(3) Kesihatan

Topik ataupun niche berkaitan dengan kesihatan juga adalah merupakan satu niche yang bagus kalau anda mempunyai kepakaran dalam topik yang dibincangkan.

 

Anda boleh tulis mengenai diet, senaman, supplement, gaya hidup sihat, cerita tentang penyakit, pencegahan penyakit dan banyak lagi.

Pada hari ini saya dapat perhatikan ada terlalu banyak mitos berkaitan dengan penjagaan kesihatan yang disebarkan dilaman web media sosial. Terdapat juga fahaman-fahaman yang agak bahaya, seperti vaksin menyebabkan kecacatan disebarkan diinternet. Melalui blog yang anda tulis ini, anda boleh gunakan ia sebagai platform untuk memberi kesedaran mana satu fakta yang betul, dan mana satu fahaman yang salah.

 

Satu-satunya sebab kenapa saya masih tidak menulis topik mengenai kesihatan adalah sebab saya tak ada kepakaran dalam bidang ini. Kalau saya cuba tulis juga, nanti mengarut pula nasihat-nasihat berkaitan dengan kesihatan yang saya tulis.

 

Sekiranya anda bekerja dalam bidang ini, amatlah baik sekiranya anda juga boleh menulis blog berkaitan dengan topik kesihatan.

 

(4) Percutian

Saya mula menulis tentang topik percutian dalam blog setelah saya beberapa kali diminta untuk menulis tentang bisnes homestay dan juga perkhidmatan kereta sewa yang dijalankan oleh pembaca blog ini. Kemudian tak lama selepas itu, saya juga pernah diminta untuk menulis tentang pakej Island Hopping di Pulau Manukan dan Pulau Sapi di Sabah.

 

Siapa yang mempunyai blog dalam niche travel memang sangat beruntung. Kalau sebelum ini anda pernah ada niat nak buat blog dalam niche travel tapi masih belum mula lagi, bolehlah baca dulu tips yang saya pernah tulis sebelum ini.

Baca disini: 10 Tips sebelum anda memulakan blog dalam niche Travel dan Percutian

 

Ada terlalu banyak hotel dan resort yang anda boleh promosikan kalau anda mempunyai blog yang spesifik dalam niche travel. Ataupun anda boleh mempromosikan laman web tempahan seperti Trivago yang hanya memerlukan anda dapatkan klik pada pautan affiliate anda untuk jana pendapatan.

 

(5) Gaya Hidup @ Lifestyle

Blog tentang lifestyle adalah salah satu blog yang agak mudah untuk dihasilkan. Pada asasnya, pengisian dalam blog ini adalah berkenaan dengan diri anda dan gaya hidup anda.

 

Tiada sebarang formula atau peraturan tertentu untuk menghasilkan blog tentang gaya hidup. Jika anda perlukan panduan, bagaimana untuk hasilkan konten yang sesuai untuk blog bernichekan lifestyle, berikut adalah antara contoh artikel yang boleh anda tulis.

  1. Tips berpakaian semasa pergi temuduga
  2. Tips fesyen untuk majlis makan malam
  3. Fesyen pakaian sempena sambutan majlis hari raya
  4. Senarai buku keagamaan yang anda suka baca
  5. Review berkenaan dengan filem
  6. Perkongsian pengalaman bercuti di destinasi percutian tertentu
  7. Pengalaman menggunakan perkhidmatan dari mana-mana syarikat
  8. Cara untuk mencapai impian
  9. Cara berjimat cermat ketika berbelanja
  10. Perkongsian pendapat berkenaan sebarang isu atau peristiwa yang berlaku

 

Dalam blog niche lifestyle ini, anda hanya perlu jadi diri anda sendiri. Apa yang anda rasakan pada waktu itu, itulah yang anda suarakan dan itulah yang anda tulis dalam blog anda.

 

Jadi original. Jadi diri anda sendiri, itu kunci kejayaan kalau nak bina blog bernichekan lifestyle. Kalau orang suka dengan gaya dan cara penyampaian anda, pasti anda boleh dapat banyak peluang untuk berkolaborasi dengan jenama dan syarikat ternama.

 

Menulis blog ini tak sesukar mana. Namun ia bukanlah cara pantas untuk hasilkan pendapatan di internet. Tapi, apabila blog anda sudah mula memberikan hasil, In Shaa Allah ia tak akan berhenti memberikan pendapatan kepada anda.

 

Ibarat seperti pokok yang mengeluarkan berbuah. Setelah ia berbuah pada kali pertama, ia pasti akan berbuah lagi selagi mana pokok tersebut masih lagi hidup sihat.

 

 

Exit mobile version