Blog Sabree Hussin

Cukai peribadi dan sistem taksiran sendiri

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan yang cintakan negara, kita perlu ambil tahu tentang selok-belok sistem percukaian yang digunapakai di negara kita ini.

 

Walaupun membayar cukai itu bukanlah satu perkara yang menyeronokkan, namun kita perlu tahu bahawa cukai yang dibayar itu sebenarnya adalah sebagai sumber pendapatan bagi negara kita. Dari duit cukai yang dibayar itu juga, segala rancangan pembangunan, penyediaan perkhidmatan yang terbaik serta pelbagai infrastruktur dapat disediakan dan dinikmati oleh rakyat negara kita.

 

Di negara kita, sistem cukai yang diamalkan menggunakan konsep self assessment (taksiran sendiri), yang mana setiap individu yang layak untuk menjadi pembayar cukai perlu menguruskan sendiri segala aspek berkaitan dengan cukai dari mula sampai habis, tanpa menunggu arahan atau mengharapkan bantuan dari pihak lain seperti LHDN misalnya.

Sekiranya individu tersebut mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah, bolehlah merujuk kepada mana-mana pakar seperti akauntan bertauliah bagi mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan dari seorang tax agent atau ejen cukai, anda boleh hubungi akauntan saya, Pn Diyana yang berkhidmat dengan syarikat Real Management Services.

 

Secara peribadi, saya juga banyak bertanya tentang perihal percukaian di Malaysia dengan Pn Diyana ini. (Boleh whatsapp sahaja beliau ditalian 011-2720 4420)

 

Bagi mereka yang mempunyai majikan dan layak untuk menjadi pembayar cukai, lazimnya mereka ini akan dimasukkan dalam program pembayaran cukai secara bulanan, atau dikenali juga dengan nama Potongan Cukai Bulanan (PCB).

 

Bagi mereka yang layak untuk menjadi pembayar cukai, anda boleh lihat pada slip gaji anda dan akan nampak item PCB ini. Lihat contoh dibawah ini.

Melalui Potongan Cukai Bulanan (PCB) ini, pihak majikan akan memotong jumlah tertentu daripada gaji anda, dan jumlahnya adalah berdasarkan maklumat yang anda berikan kepada Jabatan Sumber Manusia.

 

Dengan adanya sistem potongan cukai bulanan atau PCB ini, ia dapat mengurangkan beban untuk pembayar cukai membayar cukai sekaligus dalam jumlah yang besar apabila telah sampai tempoh masa untuk bayaran dilakukan.

 

Sekiranya anda merasakan, jumlah yang telah dipotong melalui PCB ini adalah lebih daripada sepatutnya, misalnya semasa potongan PCB dilakukan, ia tidak mengambil kira perbelanjaan yang anda lakukan yang layak untuk menerima pelepasan cukai, ataupun terjadi perbelanjaan yang tidak dirancang seperti perbelanjaan untuk perubatan, maka anda boleh mengemukakan permohonan pemulangan cukai (tax return) kepada pihak LHDN.

 

Segala permohonan pemulangan cukai ini boleh dilakukan melalui sistem e-filing. Anda akan menerima bayaran balik terus ke akaun bank dalam masa 30 hari setelah pengisytiharan dilakukan.

 

Tax Audit (Audit cukai)

Individu yang telah membayar cukai melalui sistem PCB agak jarang untuk dipanggil semula bagi tujuan audit. Namun ini bukan bermakna, kebarangkalian untuk diaudit oleh pihak LHDN itu tiada langsung.

 

Ada ketikanya, pihak LHDN akan memanggil individu tersebut bagi tujuan audit sekiranya terdapat sebarang keraguan, atau maklumat yang tidak lengkap dalam borang cukai yang dihantar. Sebagai pembayar cukai, kita perlu menyimpan segala rekod perbelanjaan, sekiranya kita memohon untuk dapatkan pemulangan cukai.

 

Segala rekod dan dokumen ini pula perlu disimpan bagi tempoh masa sekurang-kurangnya 7 tahun. Ini serba sedikit perkara tentang sistem percukaian di Malaysia, khusus tentang cukai pendapatan.

 

Topik ini agak luas dan In Shaa Allah, bagi sama-sama memahami topik ini dengan lebih baik lagi, saya akan tulis mengenai topik ini dengan lebih kerap lagi.

 

Saya bukanlah pakar dalam topik percukaian ini. Saya juga merujuk kepada beberapa bahan rujukan sebelum menghasilkan entri ini.

 

Sekiranya anda ada masa, dan inginkan ilmu yang lebih mendalam tentang sistem percukaian di Malaysia, apa kata anda laburkan sedikit duit anda untuk beli buku berkaitan dengan cukai di Malaysia. Boleh juga beli secara online disini.

 

Anda ada soalan yang spesifik yang berkaitan dengan cukai? Jika anda tak menemui jawapan bagi soalan tersebut di laman blog ini, apa kata anda hantarkan soalan anda melalui Whatsapp kepada Pn Diyana melalui nombor berikut 011-2720 4420.

 

In Shaa Allah beliau akan bantu anda dan jawab soalan yang anda ingin tanyakan berkaitan dengan sistem percukaian di Malaysia.

 

 

Exit mobile version