“Berapa modal untuk mulakan bisnes kedai runcit kecil-kecilan?”
Saya masih lagi menerima pertanyaan tentang berapa modal untuk memulakan bisnes kedai runcit dari semasa ke semasa. Sebenarnya saya pernah ulas tentang topik modal yang diperlukan sebelum ini. Mungkin sebab tajuk yang saya gunakan itu agak berlainan dengan kata kunci yang dicari oleh pengguna internet apabila mereka mencari jawapan bagi soalan ini di google, maka mereka mungkin tak jumpa posting tersebut.
Posting yang saya maksudkan adalah post berikut.
Klik untuk baca: Berapa kos permulaan untuk buka kedai runcit?
Pada waktu catatan ini saya tulis, sebenarnya saya sudah tidak lagi uruskan perniagaan ini. Saya telah berpindah ke Kuala Lumpur dan sebarang urusan perjalanan perniagaan telahpun saya serahkan kepada rakan niaga saya, iaitu adik beradik saya sendiri.
Walaupun saya dah tak uruskan perniagaan ini, namun kalau setakat nak jawab pertanyaan pelawat dan pengunjung blog ini, saya rasa ia bukanlah satu benda yang sukar. Lagipun, dengan adanya serba sedikit pengalaman, mungkin ada beberapa perkara yang boleh saya kongsikan.
Kalau dah tak urus bisnes kedai runcit, apa bisnes yang saya buat sekarang?
Sekarang ini, saya lebih fokus kepada perniagaan online saya. Memandangkan saya adalah ejen affiliate bagi beberapa syarikat, maka kebanyakkan masa saya, saya gunakan untuk jalankan kerja-kerja pemasaran secara dalam talian.
Selain itu, saya juga aktif membantu para usahawan yang ingin menggunakan medium internet dalam kerja-kerja pemasaran mereka. Saya telah wujudkan peluang untuk mereka beriklan dalam blog ini. Boleh lihat muka surat ini untuk melihat servis yang saya tawarkan.
Sekiranya anda berminat nak iklankan bisnes yang anda jalankan diinternet, namun anda tidak mempunyai kepakaran, atau tidak mempunyai laman blog anda sendiri, maka bolehlah hubungi saya untuk saya bantu iklankan bisnes anda nanti. In Shaa Allah bab harga dan upah itu kita boleh bincang kemudian.
Baiklah, saya bukannya nak cerita bab bisnes internet ataupun servis pengiklanan yang saya tawarkan, sebaliknya saya nak cerita tentang kos permulaan untuk jalankan bisnes kedai runcit. Jadi, jom kita terus kepada topik kita.
Berapa modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes kedai runcit?
Soalan ini, saya rasa memang cukup sukar untuk diberikan jawapan secara spesifik. Dulu waktu saya mula-mula bukak kedai, saya juga ada tanya beberapa peniaga lain yang lebih berpengalaman persoalan modal kedai runcit ni, dan jawapan yang lebih kurang sama yang saya terima.
Susah nak cakap jumlah yang tepat.
Maklum sahajalah, setiap peniaga kan berniaga ditempat yang berlainan.
Oleh yang demikian, sebelum kita terus lompat kepada satu angka yang munasabah, yang perlu kita ada sebagai modal untuk mulakan bisnes ini, apa kata kita cuba lihat terlebih dahulu, apa sebenarnya perbelanjaan dan lain-lain kos yang terlibat, yang mungkin kita perlu keluarkan sekiranya kita nak mulakan bisnes ini.
Kemudian, setelah kita faham dan jelas, apa kos yang perlu kita keluarkan, barulah kita decide berapa modal yang sanggup dikeluarkan bagi menjalankan bisnes ini kelak.
A. Pemilihan premis atau tempat berniaga
Ada kedai runcit yang dibuka dikawasan pedalaman, ada kedai runcit yang dibuka dikawasan kampung, ada kedai runcit yang dibuka dikawasan rumah perumahan, ada kedai runcit yang dibuka di kolej atau di universiti, dan ada juga kedai runcit dibuka dikawasan bandar.
Persoalan pertama yang anda perlu ketahui jawapannya ialah, dimana anda bakal buka kedai runcit anda? Adakah anda sudah mempunyai premis perniagaan atau masih mencari lagi?
Premis perniagaan ini, sama ada anda bina sendiri bangunan tersebut, ataupun anda sewa ruang perniagaan dari pemilik asal bangunan. Kos untuk pembinaan atau kos untuk sewaan itu sendiri anda perlu ambil kira dan masukkan dalam modal yang diperlukan untuk mula berniaga.
Sekiranya anda pilih untuk bina sendiri, maka anda perlu tahu berapa kos-kos bahan binaan. Ataupun, jika anda merasakan sewa kedai lebih baik, maka anda perlu ambil kira beberapa perkara seperti sewa bulanan, deposit, dokumen perjanjian, dan lain-lain kos yang mungkin berkaitan.
Maka disini, anda perlu tahu.
Jika anda ingin sewa premis perniagaan, berapa kos untuk sewa?
Sekiranya anda ingin bina sendiri premis perniagaan atas tanah anda sendiri, berapa kos untuk membina kedai tersebut?
Semua ini perlulah diambil kira, dalam menyediakan modal permulaan bisnes anda kelak.
Kemudian ada juga keadaan yang mana individu yang nak mulakan bisnes runcit ini hanya akan menggunakan ruang sedia ada dengan melakukan serba sedikit renovation. Sebagai contoh, dia nak buat sedikit ubah suai pada rumahnya dan jadikan ruang yang ada untuk dijadikan sebagai kedai.
Dalam situasi ini, kos renovation atau ubahsuai perlu diambil kira sebagai modal permulaan. Baik, kita teruskan dengan point seterusnya.
B. Sistem keselamatan premis perniagaan anda
Anda mungkin ingin pertimbangkan untuk memasang sistem keselamatan pada premis perniagaan anda. Kedai saya, pernah dimasuki pencuri sekali. Pintu depan kena kopak, dan pencuri masuk dalam kedai.
Mujurlah tak banyak barang yang hilang. Saya syak, pencuri adalah remaja yang pecah masuk dalam kedai sebab nak cari rokok.
Kamera CCTV seperti ini boleh diperolehi dengan harga tak sampai RM200. Boleh klik sini untuk tempah. Dalam situasi saya, saya tak pasang sebarang sistem pengawasan atau kamera CCTV, jadi tak boleh teka siapa yang pecah masuk kedai saya tu.
Bila kita pasang kamera CCTV seperti ini, ia akan membuat pelanggan lebih berjaga-jaga dan dapat mengelakkan individu yang berniat jahat untuk cuba mencuri. Ini kerana perbuatan dan tindak-tanduk mereka adalah dirakam dan jika ada antara pelanggan yang dirakam sedang mencuri, kita boleh laporkan kepada pihak polis beserta dengan bukti rakaman.
Selain kamera pengawasan seperti ini, anda mungkin perlu laburkan sedikit duit untuk membeli pelan perlindungan insurans. Saya tak dapat nak beri sebarang nasihat tentang pelan insurans apa yang sesuai, jadi saya sarankan anda hubungi mana-mana ejen insurans yang berkaitan.
Saya dah sentuh bab kamera CCTV dan juga pelan insuran, namun jangan lupa untuk pastikan anda memasang grill pada kedai dan gunakan kunci mangga yang berkualiti tinggi. Guna kunci yang mahal sikit tak apa. Kunci yang berkualiti tinggi sukar untuk dipecahkan dan ini juga dapat mengelakkan daripada kedai anda dipecah masuk.
C. Pendaftaran syarikat
Satu perkara yang tak kurang pentingnya, adalah untuk lakukan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sila semak dengan pihak SSM dan berhubung dengan mereka untuk mengetahui berapa yang perlu dibayar untuk daftarkan syarikat.
Saya tidak akan beri sebarang angka disini, kerana saya andaikan caj ini mungkin akan berubah dimasa akan datang. Dulu, sewaktu saya daftarkan perniagaan, saya daftar untuk lima tahun terus.
Bila dah ada nama syarikat, anda juga akan perlukan sedikit modal untuk buka akaun syarikat. Pilihlah sama ada untuk buka akaun bank dengan Maybank ataupun CIMB. Setiap bank yang berbeza meletakkan syarat yang berbeza, seperti berapa banyak deposit yang perlu diletakkan sebagai permulaan proses buka akaun bank.
Selain itu, anda juga perlu siap sedia dengan lesen-lesen tertentu untuk menjalankan perniagaan runcit ini.
Saya syorkan anda layari laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mendapatkan maklumat selengkapnya berhubung dengan lesen-lesen yang anda perlukan untuk menjalankan bisnes anda kelak.
D. Peralatan untuk digunakan dalam kedai
Saya tuliskan secara ringkas sahaja. Peralatan berikut mungkin anda akan perlukan untuk kegunaan perniagaan anda nanti.
(1) Chiller
Chiller ini penting dan wajib ada untuk jual air. Sama ada air kotak, air botol 500ml ataupun air botol 1.5l. Air minuman ni antara barangan yang memberikan pulangan yang agak tinggi. Margin untung juga agak tinggi.
Saya berpendapat, jika anda ada bajet yang besar, belilah chiller yang besar supaya boleh jual lebih banyak air minuman. Boleh semak harga chiller disini.
Sebelum saya ada chiller, saya jual air yang tak sejuk. Jualan memang agak slow. Tapi bila dah chiller, laju betul jualan air dapat dihasilkan. Kadang-kadang tu saya perhatikan, pelanggan yang sama datang ke kedai dua atau tiga kali dalam satu hari untuk beli air tin sahaja.
Peti ais jenis yang bawah ini juga sangat berguna untuk bisnes runcit anda.
Apabila anda ada peti ais macam yang kat atas ni, anda boleh jual ais krim home made yang biasanya orang kita panggil ais krim Malaysia tu. Satu masa dulu ais krim batang ni harga dia dalam 10 sen ke 20 sen sahaja, itupun dah rasa mahal. Tapi sekarang ini, ais krim yang sama boleh jual dengan harga RM1, bergantung kepada perisa.
Selain sesuai untuk jual ais krim home made, peti ais ini juga sesuai untuk jual makanan frozen.
Ini pula satu lagi jenis peti ais yang perlu ada.
Freezer macam dalam gambar kat atas ni sangat berguna untuk simpan ketulan ais. Ais ni biasanya kita beli dalam beg yang besar, kemudian pack semula dalam bungkusan kecil dan jual dengan harga RM1 – RM2. Untung dia boleh tahan banyak juga dan yang paling penting, ais batu ni adalah antara barang yang laju terjual.
(2) Meja kaunter dan juga kerusi
Ini adalah tempat untuk anda menerima bayaran dari pelanggan. Carilah meja yang mempunyai laci dan boleh dikunci untuk anda simpan barang berharga seperti duit tunai.
(3) Peti ais aiskrim
Perlu ada jika anda ingin jual ais krim, atau ais batu. Peti ais untuk ais krim ni biasanya syarikat ais krim yang akan bekalkan. Tapi peti ais untuk sejuk beku, kena beli sendiri. Kalau anda nak tau berapa harga anggaran untuk freezer, boleh semak dekat pautan ini.
Dulu saya terpaksa pergi dari satu kedai ke satu kedai, semata-mata nak semak harga dan buat perbandingan harga. Sekarang? Tak payah susah-susah. Kalau setakat nak tau berapa harga purata untuk sesuatu barangan, semak je menerusi laman web ini. Buat apa nak susah-susah? Semuanya kan cuma dihujung jari je.
(4) Rak kedai untuk letak barang-barang niaga
Masa saya niaga dulu, saya bernasib baik sebab ada orang yang nak jualkan rak yang second hand pada saya. Nak kata rak tu cantik sangat, tak juga. Tapi masih boleh digunakan.
Rak kedai ni kalau boleh dapatkan yang second hand pun dah memadai. Tapi kalau anda perlu beli yang baru, mungkin kosnya agak tinggi. Apapun cubalah survey untuk dapatkan harga yang terbaik.
Kalau anda tak tau kat mana nak mulakan survey untuk cari rak kedai yang berkualiti, saya cadangkan anda mula dengan buat carian di laman web ini.
Rak kedai macam dalam gambar ni boleh ditempah melalui pautan ini.
Harganya tak terlalu mahal untuk rak kedai design macam dalam gambar kat atas tu. Kalau nak tempah, kena tahu ukuran terlebih dahulu ya.
(5) Komputer dan sistem perakaunan
Ya, ini memang perlu dan penting. Kalau anda tak rancang untuk mempunyai sistem perakaunan yang profesional, at least anda mungkin perlu simpan rekod perniagaan anda menggunakan sistem excel. Selain tu, bila ada komputer sendiri, setidak-tidaknya, bila tak ramai pelanggan, anda juga boleh buat bisnes secara online.
Saya akui, adakalanya income dari bisnes kedai runcit tidak mencukupi. Ia bergantung pada sales, jadi sebagai pemilik perniagaan, kenalah pandai-pandai cari cara untuk tambahkan pendapatan.
Bermula tahun 2020, kita mula dikejutkan dengan pandemik covid-19. Kebanyakkan bisnes memang terkesan dengan pandemik ini. Bisnes tak dapat berjalan seperti biasa, dan pada waktu ini, pemilik bisnes perlu jadi lebih kreatif bagi memastikan pendapatan tidak terputus.
Bagi pemilik bisnes kedai runcit, tak salah rasanya kalau anda juga cuba explore peluang buat duit diinternet. Carilah peluang-peluang buat duit di internet yang tak akan mengganggu bisnes utama anda.
Saya boleh syorkan beberapa jenis bisnes, contohnya
i. Bisnes affiliate marketing
Kita buat duit sebagai seorang ejen yang mempromosikan produk milik usahawan lain. Ada terlalu banyak peluang untuk buat duit dengan cara ini. Jika ini merupakan kali pertama anda dengar tentang affiliate marketing, sila baca perkongsian saya berjudul “apa yang dimaksudkan dengan affiliate marketing“.
ii. Bisnes Dropship
Konsep dropship ini juga sebenarnya lebih kurang sama dengan affiliate marketing. Kita berperanan sebagai ejen dan mempromosikan produk milik usahawan lain. Sekiranya berjaya memperolehi tempahan dari pelanggan, barulah kita buat tempahan produk tersebut dari supplier dan kita minta supplier hantar produk terus kepada pembeli.
iii. Bisnes e-commerce
Usahawan kedai runcit juga sangat digalakkan untuk ceburi bisnes internet melalui platfom e-commerce. Anda tak perlu susah payah untuk bina laman web anda sendiri. Cukup dengan menggunakan platform sedia ada seperti Lazada dan juga Shopee.
Bisnes online kita boleh berjalan tanpa perlu risau arahan perintah kawalan pergerakkan ataupun pandemik. Ketika banyak premis perniagaan diarahkan tutup, pemilik bisnes masih boleh terus jalankan bisnes secara online.
Saya nak tunjukkan contoh, bagaimana pemilik bisnes runcit boleh manfaatkan pandemik ini untuk buat lebih banyak jualan. Sila lihat contoh kedai Shopee dibawah.
Ya, pakej bantuan makanan!
Setakat catatan ini ditulis, kedai tersebut telah berjaya jual 204 pakej bantuan makanan. Kalau anda memiliki kedai runcit sendiri, apa yang menghalang anda untuk mula menjual pakej seumpama ini?
Biasanya pakej ini dibeli oleh ahli keluarga atau saudara mara untuk dihantar kepada penerima yang sedang menjalani kuarantin dirumah, atau kepada penerima yang sedang sakit dan tak mampu untuk keluar bekerja.
Jadi dengan adanya pakej bantuan seperti ini, ia dapat meringankan beban penerima. Ini contoh lain yang anda boleh jadikan sumber inspirasi. Kedai ini juga menjual pakej bantuan makanan. Dapat idea?
(6) Kenderaan
Ini penting untuk anda beli stok barang dari pembekal. Kalau boleh sediakan van, lori pick up, kereta dan juga motosikal. Untuk kenderaan ini sebenarnya bergantung kepada kemampuan anda sendiri.
Kalau peringkat permulaan, anda cuma nak bergerak dengan kereta sahaja pun tak ada masalah.
(7) Alat penimbang
Alat untuk penimbang ni ada dua jenis. Satu yang jenis mekanikal dan satu lagi yang jenis elektronik. Saya sendiri gunakan kedua-dua jenis.
Biasanya mesin penimbang yang jenis elektronik macam yang dekat gambar dibawah ini, kita akan letakkan dimeja kaunter.
Tujuannya adalah untuk memudahkan kita cek berapa berat timbangan barangan yang dibungkus sendiri oleh pelanggan kita. Lagi satu, mesin penimbang jenis elektronik macam dalam gambar kat atas ini, kita boleh setkan harga per KG terlebih dahulu. Nanti bila kita timbang barang tersebut, harga akan terus dipaparkan pada skrin tanpa kita perlu susah payah buat pengiraan.
Satu lagi mesin penimbang adalah jenis mekanikal seperti dibawah.
Mesin ini kita boleh letakkan dibahagian yang memerlukan pelanggan bungkus sendiri barang yang hendak dibeli, contohnya dekat bahagian bawang, kentang, sayur-sayuran dan sebagainya.
(8) Kalkulator
Ya, anda perlukan kalkulator. Walaupun anda mungkin seorang yang sangat hebat dalam matematik, tapi sila gunakan kalkulator. Ini dapat mempercepatkan proses pengiraan dan pelanggan anda juga boleh lihat sama ada anda mengira dengan betul atau tidak.
(9) Mesin untuk membuat label harga
Mampukah anda menghafal harga untuk semua produk yang anda jual dikedai runcit anda?
Sanggup ke anda nak jawab pertanyaan setiap pelanggan yang bertanya harga? Kalau seorang pelanggan tanya harga untuk 10 barang, cuba bayangkan kalau dalam sehari ada 50 orang pelanggan! Sanggup nak layan?
Percayalah, pelanggan pun sebenarnya tak suka nak selalu bertanya harga. Kalau harga barang memang dah dilabelkan, itu lebih memudahkan mereka untuk membuat keputusan sama ada nak beli atau tidak.
Sebenarnya mesin untuk label harga murah sahaja.
Gunakanlah mesin label harga ini untuk letakkan harga bagi setiap produk yang anda jual. Ini akan memudahkan anda dan juga pelanggan anda.
E. Kos tambahan untuk operasi perniagaan
Antara yang perlu anda masukkan sebagai kos permulaan adalah perkara-perkara seperti
(1) Gaji pekerja
Bab gaji ini anda perlu berikan perhatian yang serius memandangkan sekarang ini kita sudah ada perintah gaji minimum bermula 1 Februari 2020.
Ada banyak juga portal berita yang melaporkan tentang perkara ini, jadi saya syorkan anda buat pembacaan lebih lanjut sebelum nak menetapkan berapa bayaran gaji kepada pekerja anda.
(2) Gaji anda
Sebagai pemilik bisnes, anda tak boleh sesuka hati membelanjakan sebarang duit tunai milik bisnes anda untuk kegunaan peribadi. Justeru, anda perlu tahu, berapakah gaji yang anda tetapkan untuk diri anda sendiri. Hanya gunakan duit gaji anda sahaja jika ingin membelanjakan duit untuk kegunaan peribadi.
Kalau sales tak berapa bagus, mungkin saya boleh cadangkan anda ikut gaji minimum yang ditetapkan sebagai gaji anda.
(3) Bil air, elektrik, internet, telefon dan sebagainya
F. Stok awal barangan untuk diniagakan
Apakah barang-barang yang anda hendak jual dikedai runcit anda nanti? Baiklah, lazimnya, dikedai runcit ni, orang akan jual garam, gula, tepung, susu … (dan seterusnya). Kalau anda betul-betul tak tau nak jual apa, pergilah kemana-mana pasaraya dan juallah sama seperti apa yang dijual di pasaraya tersebut.
Kumpul maklumat seperti
- Harga borong produk tersebut
- Harga per unit produk
- Senarai pembekal untuk kita berurusan
Lakukan perkara yang sama untuk barangan lain yang ingin dijual.
Kadang-kadang saya terima emel dari pembaca blog ini yang meminta senarai barangan untuk dijual di kedai runcit. Serius, saya cukup malas nak layan permintaan seperti ini. Kedai anda, andalah tentukan apa yang anda nak jual. Tak kan itupun nak tanya orang lain?
G. Khidmat nasihat Profesional dari individu atau syarikat yang bertauliah
Sampai satu masa bila kita jalankan bisnes kita, waktu itu kita akan sedar, ada banyak perkara yang kita tak tahu dan tak mahir. Boleh jadi perkara tersebut adalah berkaitan dengan pemasaran, iaitu cara untuk dapatkan lagi ramai pelanggan untuk membeli di kedai kita.
Ataupun kita tak pandai dalam urus tadbir perjalanan kewangan, hinggakan kita tak boleh nak kata dengan pasti, apakah bisnes yang kita sedang jalankan ini sebenarnya untung ataupun rugi. Bagi mereka yang ada latar belakang dalam bidang kewangan atau pernah belajar tentang perakaunan, hal ini mungkin small matter sahaja.
Tapi kalau disebutkan tentang balance sheet, profit & loss account, cash flow account, anda sudah pening kepala, maka ada baiknya anda dapatkan khidmat nasihat daripada yang lebih pakar untuk membantu anda handle bab-bab perakaunan.
Saya ingin syorkan anda hubungi rakan saya Pn Diyana melalui nombor berikut 011-2720 4420. Ataupun boleh layari laman web syarikat beliau di https://realmanagementservices.com/
Sebarang isu berkenaan dengan akaun syarikat, percukaian dan sebagainya, memang bidang beliau dan In Shaa Allah boleh diselesaikan.
Sekarang ini, kita dah hampir sampai ke jawapan bagi soalan yang kita cari. Berapa modal yang diperlukan untuk mulakan perniagaan kita ni? Anda hanya perlu dapatkan jumlah tersebut dengan mendapatkan hasil tambah daripada nilai yang anda perolehi dari A + B + C + D + E + F + G = MODAL YANG ANDA PERLUKAN.
Senang je kan formulanya.
Katakanlah, pada satu hari, anda terjumpa seseorang bercerita sama ada di media sosial ataupun di blog, mengenai topik yang sama. Dengan bangga dia kata, dia boleh buka sebuah kedai runcit dengan modal serendah RM12 ribu sahaja. Adakah ini bermakna anda juga boleh buka kedai runcit dengan modal yang sama banyak?
Sudah tentu jawapannya adalah tidak.
Mungkin jumlah tersebut cukup untuk dirinya, sebabnya dia buka kedai runcit dikawasan kampung, dan dia sudah mempunyai bangunan sendiri yang tak perlu bayar sewa.
Dengan mengetahui berapa modal permulaan bisnes orang lain, ia hanya dapat berikan anda serba sedikit idea, tetapi, untuk ikut jumlah tersebut, ia bukan langkah yang tepat. Sebaik-baiknya, anda sendiri yang buat pengiraan untuk mengetahui berapa modal sebenarnya yang mungkin anda perlukan.
Baiklah, terima kasih kerana membaca, dan semoga ada sedikit manfaat.