Blog Sabree Hussin

Berapa kos permulaan untuk buka kedai runcit?

Soalan:

Assalamualaikum.

Saya nak tanya, berapa kos buka kedai runcit untuk permulaan? Saya sekarang memang bekerja, tapi saya tak mungkin kerja sehingga tua makan gaji. Jadi, saya kene improve diri saya untuk buka bisnes. Lagi pun, memang impian saya. Cuma saya tak ade guide dari sape-sape. Harap Encik sabree dapat membantu. ni nombor whatsapp sy 017xxxxxx. Terima kasih.

 

Flashback sekejap. Tahun berapa? Saya tak ingat. Dialog yang sama berlaku antara saya dengan salah seorang supplier jajan di Pasar Borong Klang.

 

“Aunty, kalau nak bukak kedai besar macam ni siap penuh dengan barang-barang, berapa ye modal kena ada?”

 

Berkerut dahi dia cuba nak bagi jawapan yang mungkin sesuai dengan pertanyaan saya. Akhirnya dia buka mulut,

“Bisnes macam ni modal tak ada limit punya…. u jual-jual barang then ada untung simpan sikit untuk u pakai then lebihnya u pump balik untuk niaga… lama-lama jadi besar ma…”

 

Kata dia dalam slang dan pelat-pelat cina. Dah agak dah, dia akan bagi jawapan macam ni. Tak pelik pun. Mungkin saya akan jadi lagi pelik, kalau jawapan yang dia bagi adalah dalam bentuk figure. “kalau nak bisnes besar macam ni kena ada modal sekian sekian, barulah lawa…” 

 

Macam yang orang kita selalu sembang. Cakap besar dan kuat-kuat pulak tu. Ini kalau nak bisnes ni, paling kurang kena ada RM100 ribu ni baru sedap. Entah macam mana dan dari mana dia boleh come out dengan figure tu. Kena ada RM100 ribu baru boleh ada bisnes sendiri. Wah… saya pun takut nak buat bisnes kalau macam tu.

 

Silap-silap, sampai sekarang pun masih tak wujud lagi so called kedai runcit yang saya nak bukak sangat tu.

 

Itu selingan. Kalau anda dah dapat tangkap maksud saya secara keseluruhan, dah tak perlu lagi baca entri ni sampai habis. Dah boleh pangkah laman web ni dan sambung buat kerja lain yang lebih bermanfaat. Tapi… kalau masih nak baca apa yang saya nak ceritakan ni… silalah teruskan pembacaan.

 

Kadang-kadang saya terfikir jugak, orang sekarang ni masih ada lagi ke yang nak beli barang kat kedai runcit? Bukan ke sekarang ni orang lagi banyak beli barang secara online je? Lagi-lagi kat laman web ini, boleh kata hampir semua barang ada dijual kat situ. Dari segi harga, murah pun murah jugak.

 

Kos permulaan untuk memulakan perniagaan runcit

Apa kata kita mulakan dengan faktor lokasi terlebih dahulu.

 

Betul. Kat mana sebenarnya anda nak buka perniagaan tu? LOKASI. Berjaya atau gagal, ramai pelanggan atau kurang pelanggan, sangat dipengaruhi oleh faktor lokasi perniagaan.

 

Lokasi yang berbeza, kosnya juga berbeza. Saya tak mampu nak berikan anda satu jumlah, berapa kos yang anda perlu bayar sebabnya setiap tempat kosnya berbeza-beza.

 

Adakah bangunan untuk dijadikan premis perniagaan dah sedia ada?

Adakah atas tanah sendiri?

Adakah bangunan tu anda akan renovate kemudian?

Atau adakah anda akan sewa bangunan? Jika ya… kena tahu lah berapa kos untuk deposit dan agreement.

 

Keperluan dalaman untuk perniagaan



1. Rak untuk anda susun barang-barang niaga, nak beli yang baru atau nak beli yang 2nd hand?

Kebetulan masa saya nak mula niaga dulu, saya ada kenalan yang nak jualkan kat saya rak untuk kegunaan kedai dengan harga yang murah. Kualiti 2nd hand. Tak berapa cantik sangat, tapi masih boleh pakai lagi, dan mana-mana yang nampak teruk sangat tu, cuma perlu sapu cat sikit sahaja.

 

2. Peti ais, peti sejuk, chiller dan sebagainya.

Salah satu barang yang selalu orang cari ialah ais batu. So macam manapun anda kena ada peti untuk simpan ais batu ni.

 

Chiller biasalah untuk jual minuman dalam tin, air kotak dan sebagainya. Air minuman kalau tak sejuk slow sikit orang nak beli.

 

3. Kenderaan untuk anda beli barang niaga, sama ada kereta, van atau lori pick up. Adakah kenderaan ini dah sedia ada ataupun perlu beli lain?

Setengah supplier memang dia tak kisah nak hantar barang sampai ke rumah. Itu pun bergantung pada syarat-syarat dia jugak. Selalunya kena ambik sekali banyak baru dia akan hantar sampai kedai kita.

 

Kadang-kadang, pasaraya borong macam Tesco, Giant dan Mydin akan buat promosi yang lagi murah daripada harga supplier. Kalau masa tu dah tiba, rugi kalau tak beli.

 

4. Mesin kira

Jika anda rasakan ianya perlu diperingkat awal-awal ni. Kalau rasa boleh simpan kira-kira secara manual, tak payah beli lagi pun tak apa.

 

Kos bulanan

1. Elektrik, air, internet dan sebagainya.

Kalau anda jual barang kering dan basah, mungkin kos air dan elektrik tak banyak bezanya. Tetapi kalau nak fokus pada jualan barangan kering sahaja, boleh jadi kos untuk bil air lebih murah.

 

Internet tak payah pun tak apa. Tapi bosanlah kalau tak ada internet. At least kalau ada internet, sambil jaga kedai boleh buat bisnes online jugak.

 

2. Upah pekerja

Tahun 2006 saya pernah kerja part time di kedai pakaian FOS dengan bayaran upah RM4 untuk sejam. Sekarang ni tahun 2015. Masih ada lagi ke orang yang nak kerja dengan bayaran RM4 satu jam ni?

 

3. Gaji untuk diri sendiri?

Berapa anda nak bayar untuk diri sendiri. Anda adalah pekerja untuk pernigaan anda sendiri, jadi anda kena tahu berapa kadar upah yang sesuai untuk diri sendiri. Tak boleh terlalu tinggi, dan kalau terlalu rendah, ini mungkin akan menyebabkan anda terpaksa ubah cara hidup anda secara drastik.

 

Tak boleh makan luar, tak boleh shopping, tak boleh bercuti dan sebagainya. Duit bisnes bukan duit anda, jadi jangan nak joli tak tentu pasal.

 

Perbelanjaan MATI

Semua yang saya sebutkan sebelum ni, saya klasifikasikan ia sebagai belanja mati. Anda tak dapat sebarang untung dan masih lagi belum boleh buat sebarang duit daripada kesemua perbelanjaan itu tadi.

 

Anda beli rak untuk kedai. Rak semata-mata tak memberi anda sebarang pendapatan.

Anda beli chiller untuk kedai. Chiller semata-mata mana ada beri hasil kepada anda.

Anda bayar upah pekerja, bil dan sebagainya. Semua ni tak beri anda sebarang pendapatan tambahan… Apa yang memberi anda pendapatan adalah barangan jualan.

 

Margin keuntungan untuk barang runcit tak besar mana. Melainkan anda borong dalam kuantiti yang besar, barulah margin untung juga akan jadi lagi besar.

 

Apa yang anda nak jual dikedai anda? Itulah yang akan berikan anda keuntungan. Dari sinilah baru boleh buat duit.

 

Jadi berapa jumlah keseluruhan kos untuk memulakan bisnes kedai runcit ni?

Entah.

 

Saya tak ada jawapannya. Saya tahu, untuk situasi saya, saya boleh mulakan bisnes kedai runcit dengan modal bawah RM10 ribu pada bulan pertama. Bulan seterusnya, terus tambah modal sampailah kedai nampak lebih sempurna dan barang pun nampak lagi banyak dari biasa.

 

Kalau bisnes orang lain? Saya tak ada jawapannya. Anda kena buat research sendiri, selepas mengambil kira kos-kos berbangkit yang perlu anda bayar untuk jalankan perniagaan anda nanti. Sebahagian daripada kos-kos tu saya ada sentuh kat awal-awal tadi.

 

Sebab itu, dalam catatan saya sebelum ini bertajuk “Bagaimana memulakan perniagaan kedai runcit sendiri” saya ada sebutkan tentang konsep niaga Usahawan Trading. Usahawan trading adalah alternatif bagi bisnes runcit, jika anda tak mau pening-pening kepala nak fikirkan terlalu banyak perkara.

 

Anda boleh baca tentang usahawan trading disini.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan saya mohon maaf sekiranya terdapat banyak kekurangan.

 

 

Exit mobile version