Blog Sabree Hussin

Bagaimana cara menjual produk sendiri menggunakan Sistem Affiliate?

“Assalamualaikum … saya Anna. Boleh saya tahu cara nak buat affliate untuk produk saya?

 

Katakanlah pada waktu ni, saya ada produk sendiri untuk dijual. Sasaran saya adalah untuk dapatkan keuntungan sekurang-kurangnya RM1,000 dalam masa sebulan. Apa agaknya cara promosi yang akan saya gunakan bagi mendapatkan keuntungan sebanyak itu dalam tempoh masa yang ditetapkan?

 

Sebelum nak buat keputusan untuk menggunakan teknik-teknik pemasaran tertentu, benda pertama yang akan saya buat ialah kira dulu berapa margin keuntungan. Bila dah tau berapa margin keuntungan, langkah seterusnya barulah saya tetapkan apa dia kaedah pemasaran yang sesuai dan rendah dari segi risiko untuk digunakan.

 

Kenapa perlu ambik kira faktor risiko? Faktor risiko ini perlu diambil kira terutama sekali apabila kita gunakan kaedah pemasaran berbayar. Sebarang bentuk pengiklanan yang memerlukan kita untuk mengeluarkan sejumlah wang ada risikonya.

 

Sama ada kita akan buat duit atau kehilangan duit. Itu outcome yang bakal kita hadapi. Andai kata kita dah laburkan sejumlah wang untuk beriklan di medium-medium tertentu, kemudian iklan tersebut tak convert kepada sales, maka kerugian kita adalah whatever amount yang kita dah belanjakan untuk tujuan iklan tersebut.

 

Bagaimana pula cara nak tau berapa keuntungan kita? Untung yang kita bakal perolehi adalah sebarang jumlah yang kita berjaya hasilkan, setelah perbelanjaan asal untuk kita beriklan berjaya diperolehi. Jika kos iklan adalah RM100, dan anda kini berjaya jana keuntungan sebanyak RM105. Untung kasar buat masa ini adalah sebanyak RM5.

Memandangkan cara iklan seperti ini bukanlah salah satu cara kegemaran saya, maka saya mempunyai kecenderungan untuk tidak menggunakan kaedah seperti ini. Sebaliknya, saya lebih suka menjual produk saya menggunakan sistem affiliate.

 

Lagipun, cara untuk memulakan program affiliate untuk menjual produk sendiri dengan bantuan ejen bukanlah susah sangat. Kita hanya perlukan sebuah laman web jualan, kemudian pasangkan sistem affiliate pada laman web tersebut. Sesetengah laman jualan telah siap sedia (built in) dengan sistem affiliate. Ini menjadikan proses untuk memulakan program affiliate sendiri jadi berkali ganda lebih mudah.

 

Dalam post kali ini, saya akan cerita serba sedikit tentang apa dia langkah-langkah yang anda boleh lakukan, sebagai pemilik produk dalam melancarkan program affiliate anda sendiri.

 

(1) Pasangkan Sistem Affiliate Lite pada laman jualan

Link: http://www.sistemaffiliate.com/v2/

Sistem affiliate ini sangat mudah untuk digunakan. Anda boleh gunakan sistem ini dan pasangkan di laman web jualan anda. Proses pemasangan tidaklah sesukar mana, dan sekiranya anda tak pasti bagaimana cara nak pasang sistem ini pada laman web anda, boleh tanya dulu pada pemilik skrip ini sebelum lakukan pembelian.

 

(2) Bina laman jualan utama menggunakan Sistem Minisite Mudah

Linkhttp://www.sabreehussin.com/minisite-mudah

Kita skip terus dengan kerja-kerja pemasangan skrip atau sistem affiliate pada laman jualan.

 

Sebabnya dengan menggunakan Sistem Minisite Mudah bagi membina laman jualan, sistem affiliate lite adalah siap terpasang (built in) dan sedia untuk terus digunakan.

 

Dengan ini, anda boleh fokus pada kerja-kerja penulisan surat jualan sahaja, tanpa perlu risau tentang perkara-perkara teknikal berkaitan dengan pemasangan sistem affiliate pada server.

 

(3) Bina laman jualan menggunakan perisian Open Cart

Adakah anda menjual banyak produk dalam satu-satu masa? Jika jawapan anda adalah YA, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk menggunakan sistem Open Cart bagi membina laman jualan. Bawah ini adalah contoh laman web yang menggunakan platform Open Cart bagi menjual produk mereka.

Jika anda melanggan perkhidmatan domain dan hosting dari NETKL Network, anda boleh pasang sistem ini dengan mudah menggunakan perisian softaculous di ruangan cpanel.

 

Perisian Open Cart ini juga dilengkapi dengan sistem affiliate dan anda boleh tetapkan peratus jumlah komisen yang anda ingin berikan kepada ejen yang berjaya membantu anda untuk menghasilkan jualan.

 

(4) Jual produk digital anda menggunakan platfom Klikjer

Link: http://www.sabreehussin.com/klikjer

Sekiranya produk yang anda ingin jual adalah dalam format digital, seperti ebook, rakaman video atau rakaman audio, anda boleh gunakan platform yang disediakan oleh pihak Klikjer untuk menjual produk anda.

 

Ada ramai juga affiliate yang hebat-hebat yang ada di klikjer yang bersedia untuk bantu promosikan produk yang anda bakal jual disana.

 

(5) Jual produk anda menerusi platform Aztetic

Aztetic ini adalah alternatif bagi Klikjer. Jika anda rasakan produk anda kurang sesuai untuk dijual di klikjer, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk menjual menggunakan platform Aztetic ini.

 

(6) Jadi salah seorang penjual di laman web Lazada Malaysia

Lazada Malaysia juga sebenarnya membuka peluang kepada para peniaga yang berminat untuk menambahkan lagi pendapatan dan jualan mereka dengan membuka kedai maya di platform yang mereka bangunkan iaitu di Laman web Lazada.

Di Lazada Malaysia terdapat beribu-ribu produk dan mereka disokong oleh banyak penjual yang berbeza. Ini menjadikan laman web Lazada sebagai salah satu destinasi membeli belah pilihan kerana ada banyak variasi dan pilihan produk ditawarkan disana.

 

Anda juga boleh memohon untuk menjadi salah seorang penjual dilaman web lazada. Lagi satu, lazada juga memiliki bilangan affiliate berdaftar yang agak ramai juga.

 

(7) Pasang sistem affiliate iDevAffiliate pada laman web jualan

Link: http://www.idevdirect.com/index.php

Bookcafe Online adalah satu contoh laman web berkonsepkan ecommerce yang menggunakan sistem ini dalam menguruskan para affiliate mereka.

 

(8) Sistem PRO Jualan

Link: http://www.sabreehussin.com/projualan

Ini salah satu sistem affiliate yang terkini yang anda boleh gunakan. Satu yang saya suka tentang sistem ini ialah, anda boleh gunakan laman web percuma seperti blogspot sahaja sebagai laman jualan anda.

 

Contohnya adalah laman web ini. Seperti yang anda boleh lihat, laman jualan utama dibina menggunakan platform percuma blogspot sahaja. Untuk memproses tempahan, ia menggunakan sistem PRO Jualan.

 

Dengan adanya sistem ini, anda boleh rekrut ejen affiliate dan boleh bina laman jualan sebanyak mana yang anda suka.

 

Baiklah, saya dah kongsikan kepada anda sekurang-kurangnya 8 cara bagaimana nak mulakan atau setup program affiliate anda sendiri. Pilihlah mana-mana yang anda berkenan dan sesuai dengan produk yang anda ingin jual. Oh faktor bajet juga patut anda berikan perhatian.

 

Semoga berjaya dan semoga pendapatan anda meningkat.

 

Jika anda merasakan post ini bermanfaat kepada rakan-rakan usahawan anda, apa kata anda kongsikan pautan post ini kepada rakan-rakan anda juga.

 

Exit mobile version