Salah seorang pembaca blog ini, ada bertanya kepada saya, sama ada saya ada buat kelas yang mengajar tentang cara-cara nak jalankan bisnes ecommerce?
Sebelum ini, saya memang pernah berkongsi tentang bisnes ecommerce dalam blog ini. Apa yang saya tulis tu, lebih kepada perkongsian pengalaman.
Jika ada yang minat nak baca, boleh ke pautan dibawah ini.
1. Bisnes Ecommerce – Tips menjalankan perniagaan ecommerce berdasarkan pengalaman sebenar
2. Nasihat untuk usahawan online yang ingin menjalankan perniagaan ecommerce
Saya bukanlah individu yang suka sangat dengan kelas-kelas. Kalau nak minta saya buat kelas, saya memang berat nak buat. Saya tak ada bakat dan kemahiran untuk mengajar.
In Shaa Allah, kalau ada yang minta saya tulis sesuatu ilmu tu, saya akan cuba usahakan. Biasanya saya akan kongsikan sahaja dalam blog ini.
Kalau buat kelas, setiap kali ada orang baru yang perlukan tunjuk ajar, saya perlu buat kelas sekali lagi. Tapi kalau saya tulis ilmu tu, ia boleh dibaca berulang-ulang kali. Kalau ada orang baru, yang tanya soalan yang hampir sama, saya akan minta mereka baca sahaja apa yang saya pernah tulis sebelum ini.
Persoalannya ialah, adakah saya ada anjurkan kelas untuk belajar cara nak buat bisnes ecommerce?
Jawapannya ialah, TIDAK.
Saya nak cerita serba sedikit mengenai bisnes berkonsepkan ecommerce. Untuk makluman pembaca, nak mulakan bisnes jenis ecommerce ini bukannya susah sangat. Memang betul, ada beberapa cabaran yang perlu kita atasi, namun tak bermakna ianya mustahil untuk dilakukan.
Mencari software untuk bina laman web ecommerce
Jika anda mempunyai bajet yang besar, anda bolehlah mendapatkan khidmat dari programmer untuk bina sebuah laman web ecommerce untuk anda, yang mempunyai kesemua ciri-ciri yang anda mahukan. Seorang programmer yang memang cekap, pasti mampu untuk buat apa sahaja software yang anda mahukan.
Namun kena siap sedia dengan upah yang setara dengan perkhidmatan yang dia berikan.
Jika anda tak ada bajet yang besar, saya cadangkan anda gunakan sahaja platform ecommerce yang telah tersedia. Screenshot dibawah ini saya ambil dari akaun hosting saya.
Jika anda juga langgan khidmat hosting dari syarikat Netkl Network sama seperti saya, anda ada pilihan untuk pasang sistem ecommerce pada hosting milik anda.
Dalam banyak-banyak sistem yang disediakan tu, saya lebih suka guna perisian OpenCart. Saya suka sistem OpenCart ni sebab ia mempunyai sistem affiliate dibina sekali dengan platform tersebut.
Ini bermakna, setelah anda lancarkan laman web ecommerce tersebut, disamping anda dapatkan pelanggan untuk beli dari anda, anda juga boleh tawarkan program affiliate dan mula merekrut seberapa ramai ejen affiliate bagi bekerja untuk anda.
Apa yang mencabar dalam pembinaan laman web bisnes ecommerce?
Saya rasa, untuk orang yang baru nak bermula, memang ada banyak perkara-perkara yang mencabar dalam aspek pembinaan laman web bisnes ecommerce ini.
Oleh sebab saya dah pernah tulis tentang topik ini sebelum ini, dan untuk tidak mengulang kembali poin yang saya pernah bincang sebelum ini, maka saya kira saya nak highlight dua buah perkara sahaja.
(1) Cabaran untuk masukkan barang ke dalam laman web ecommerce
Apa agaknya yang membuatkan laman web ecommerce seperti Lazada Malaysia, 11street, dan Shopee Malaysia begitu menarik untuk dikunjungi?
Pada saya, ia disebabkan oleh terdapat kepelbagaian produk dan banyak tawaran-tawaran menarik beserta dengan harga yang boleh tahan murahnya. Kalau kita lihat tawaran di laman web Lazada ataupun Shopee misalnya, untuk satu produk tu, ada lebih dari satu penjual dan setiap penjual tu pula tawarkan harga yang berbeza.
Ada yang murah dan ada yang mahal sikit. Kalau yang mahal tu, mungkin sebab kos penghantaran ataupun sebab akan disertakan bersamanya free gift.
Tapi kalau cuma kita seorang yang nak bina dan uruskan laman web berkonsepkan ecommerce, produk yang kita boleh masukkan didalamnya mungkin terhad. Pelawat pula akan mula membandingkan ecommerce milik kita, dengan laman web yang lebih terkemuka.
Masih lagi tentang nak masukkan barang untuk dijual di laman web ecommerce tu. Kadang-kadang tu, kita bukannya tak nak masukkan banyak-banyak barang dalam tu, tapi kena ambil kira juga faktor modal ataupun kesediaan pihak supplier untuk bekalkan produk secara dropship kepada kita.
Mana nak cari pembekal yang bagus yang boleh berikan kita sistem dropship? Apabila kita mempunyai rangkaian pembekal yang boleh diharapkan, memang tak menjadi satu masalah untuk kita masukkan seberapa banyak barang yang kita mahukan dalam laman web ecommerce yang bakal dihasilkan.
(2) Cabaran untuk dapatkan pelawat dan pembeli
Seterusnya adalah dalam bab marketing.
Marketing ini kita ada dua pilihan, sama ada nak guna cara yang berbayar ataupun cara yang percuma. Kalau cara yang berbayar, anda kenalah siap sedia dengan bajet untuk pemasaran dan pengiklanan. Kalau anda nak beribu-ribu ataupun berjuta-juta pelawat masuk ke laman web ecommerce anda, kenalah sediakan bajet pengiklanan yang setara.
Kemudian sebagai alternatif, kita juga ada kaedah yang percuma atau low cost. Kita sendiri tulis artikel pemasaran tentang laman web ecommerce kita, kemudian share artikel di media sosial, buat pengumuman di fanpage milik kita dan sebagainya. Cara ini memang berhasil cuma ia makan masa yang agak lama.
Kalau cara yang low cost, saya syorkan kaedah affiliate marketing. Bagi melaksanakannya, laman web ecommerce anda mestilah boleh support fungsi tersebut. Inilah sebab kenapa saya pilih OpenCart. Terdapat fungsi affiliate built in didalamnya.
Saya boleh rekrut affiliate, dan saya hanya perlu bayar affiliate upahnya apabila dia berjaya hasilkan jualan untuk produk-produk yang saya jual.
Kenapa tidak menjual di laman web shopee sahaja?
Setelah kita tahu, apa kelebihan dan kelemahan membina laman web jenis ecommerce, kenapa tidak kita jalankan sahaja bisnes dengan menumpang platform yang disediakan oleh Lazada Malaysia ataupun pihak Shopee Malaysia sahaja?
Dalam posting kali ini, saya nak berikan lebih keutamaan kepada laman web Shopee sahaja.
Tahukah anda, sebenarnya tiada sebarang caj untuk menggunakan laman web shopee bagi tujuan perniagaan?
Anda boleh masukkan seberapa banyak produk yang anda mahukan ke laman web Shopee. Tiada sebarang caj yang dikenakan. Berbanding kalau anda bina sendiri laman web ecommerce, anda kena fikir kos-kos seperti domain dan hosting, kos pemasangan dan sebagainya.
Macam tadi, saya ada sebut juga mengenai kos untuk buat pemasaran. Kalau anda jual dilaman web Shopee, anda tak perlu risau tentang pemasaran, sebabnya pihak Shopee akan lakukan pemasaran bagi pihak anda.
Sekiranya dari kerja pemasaran yang pihak shopee jalankan tu, berjaya hasilkan jualan, pihak Shopee tidak mengenakan sebarang komisen!
Saya ambil contoh lain-lain laman web ecommerce. Kebanyakkannya akan kenakan caj komisen sekiranya berjaya hasilkan jualan.
Bagaimana kalau nak buat dropship dengan Shopee?
Ini adalah salah satu supplier dropship yang anda boleh gunakan. Kelebihannya ialah, anda boleh terus link laman web supplier ini dengan laman web Shopee tanpa perlu anda masukkan satu per satu produk didalamnya.
Saya pun baru tahu tentang kewujudan laman web supplier dropship ini selepas saya muat turun panduan Bisnes Shopee ini.
Bagusnya laman web supplier ni, kita boleh gunakan supplier yang sama, untuk menjual di lain-lain laman web ecommerce, termasuk kalau nak menjual di Lazada, Lelong dan juga 11street.
Lihat screenshot dibawah ini.
Kita hanya perlu connect laman web supplier ini dengan e-store milik kita di laman-laman web ecommerce yang disenaraikan.
Saya rasa, anda mungkin minat nak tahu dengan lebih mendalam tentang peluang bisnes di laman web Shopee.
Panduan tentang bisnes Shopee ini mungkin sesuai untuk anda jadikan rujukan. Silakan muat turun di laman web ini.
Kalau anda masih belum buat keputusan sama ada nak dapatkan panduan bisnes Shopee ini atau tidak, apa kata anda baca dulu review ebook bisnes shopee yang saya hasilkan sebelum ini.
Sila baca disini: Review Ebook Bisnes Shopee