Blog Sabree Hussin

Nasihat untuk usahawan online yang ingin menjalankan perniagaan ecommerce

Sebelum ni, saya pernah tulis tentang peluang perniagaan dalam bisnes ecommerce dalam blog ini. Saya kira, ada baiknya anda baca dulu artikel tersebut sebelum teruskan membaca artikel ini.

Klik untuk baca: Bisnes ecommerce – Tips menjalankan perniagaan ecommerce berdasarkan pengalaman sebenar

 

Artikel ni, adalah kesinambungan bagi artikel tersebut.

Kalau sebelum ini, saya lebih fokus kepada pengalaman sebenar yang saya lalui sendiri, kali ini, apa yang saya nak highlight adalah beberapa nasihat yang saya kumpulkan dari pelbagai sumber, tentang bagaimana untuk lancarkan sebuah laman web perniagaan ecommerce yang boleh berjaya dan berdaya saing.

 

Mana-mana nasihat yang anda rasakan baik, bolehlah praktikkan dan gunakan dalam perniagaan ecommerce milik anda. Mana-mana yang anda rasakan tidak sesuai, bolehlah tinggalkan sahaja.

 

Rata-rata usahawan online, yang ingin melancarkan laman web ecommerce miliknya, sudah pasti mahukan kejayaan. Banyak usaha, tenaga, masa dan wang ringgit yang perlu dilaburkan untuk memastikan kejayaan sesebuah laman web ecommerce.

 

Namun, adakah pelaburan tersebut berbaloi akhirnya? Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan atau yang bakal diambil adalah tindakan yang betul? Atau sebenarnya, kita sebenarnya sedang fokus pada perkara yang salah?

 

Justeru, apa yang bakal saya kongsikan dalam posting kali ini, mungkin boleh dijadikan rujukan, bagi memastikan anda berada dalam landasan yang betul, sepanjang menjalankan dan menguruskan laman web ecommerce milik anda.

 

1.0 Apa yang anda ingin jual di laman web ecommerce milik anda?

Mempunyai web ecommerce anda sendiri sepatutnya menjadikan kerja-kerja anda lebih mudah, profesional dan sistematik. Kebanyakkan laman web ecommerce ada menyediakan sistem invois kepada pelanggan yang membuat tempahan.

 

Pelanggan yang melayari laman web ecommerce boleh mendapatkan maklumat selengkapnya tentang produk. Pelanggan ini juga boleh mengetahui

  1. Penerangan lengkap produk
  2. Jumlah stok yang masih available dalam satu-satu masa
  3. Testimoni dari pengguna dan pembeli terdahulu
  4. Harga produk
  5. Sebarang review dari pembeli terdahulu
  6. Cara untuk buat pembayaran

 

Menggunakan website ecommerce untuk membuat jualan, boleh memudahkan anda sebabnya pelanggan tak perlu nak komen “PM” ataupun mengambil masa anda dengan begitu banyak dengan menanyakan macam-macam soalan menerusi applikasi whatsapp.

 

Dengan adanya laman web ecommerce milik anda sendiri, pelanggan boleh buat tempahan, isikan borang tempahan sendiri, dan seterusnya buat bayaran.

 

Anda pula, hanya perlu menyemak sebarang tempahan yang telah dilakukan oleh pelawat laman web anda, uruskan dan pastikan barang yang tepat sampai kepada pelanggan.

 

Baiklah.

 

Namun apa yang anda bakal jual di laman web ecommerce milik anda tu nanti?

Adakah jawapan anda, macam-macam produk atau semua jenis produk yang anda mampu masukkan dalam laman web tersebut?

 

Dari segi teori, saya juga bersetuju, kalau lagi banyak barang yang kita masukkan di laman web ecommerce kita, lagi tinggi peluang untuk dapat lebih banyak untung hasil dari jualan. Namun, dari segi praktikal, ia mungkin tidak akan berlaku seperti mana yang kita harap-harapkan.

 

Cara yang lebih baik pada peringkat permulaan adalah kita fokus kepada niche tertentu dan berikan perkhidmatan yang TERBAIK. Sebagai contoh, anda mungkin ingin fokus kepada niche kecantikkan, kesihatan, travel, gadget dan sebagainya.

 

Just because laman web Lazada berjaya menjalankan perniagaan ecommerce dengan menjual pelbagai jenis produk, tak bermakna kita juga akan berjaya lakukan perkara yang sama.

 

Terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan bagi mengenalpasti, apakah niche yang sesuai untuk diceburi. Antaranya dengan mengambil kira perkara-perkara seperti

  1. Apakah hobi anda?
  2. Apakah kepakaran anda?
  3. Berdasarkan kajian pasaran dan permintaan semasa
  4. Pengalaman yang anda miliki

 

Jika anda mempunyai hobi memancing, mungkin anda boleh mulakan sebuah laman web ecommerce yang menjual segala peralatan yang diperlukan untuk memancing.

 

Saya pula, saya suka membaca. Jadi, kalau saya nak bina sebuah web ecommerce, besar kemungkinan saya akan lancarkan sebuah laman web yang menjual pelbagai jenis buku.

Walaubagaimanapun, memandangkan diluar sana, sudah ada beberapa web ecommerce yang fokus menjual buku, dan pada masa yang sama, turut menawarkan program affiliate, jadi buat masa ni, saya fokus sahaja pada pemasaran affiliate.

Baca juga: Program Affiliate BukuOnline2U.com: Tambahkan pendapatan dengan buku!

 

(2) Saiz dan berat produk

Dua perkara ini akan mempengaruhi kos untuk penghantaran produk kepada bakal pelanggan.

 

Sebagai pelanggan, saya lebih suka beli produk yang menawarkan free delivery ataupun kalau kena bayar sekalipun, kena pastikan cajnya tidak terlalu mahal dan pada perkiraan saya, ianya berpatutan.

 

Jika saya saya merasakan, caj penghantaran agak mahal, biasanya saya tidak akan beli produk tersebut, ataupun kalau saya memang perlukan barang tersebut, saya akan dapatkan dimana-mana kedai berhampiran saya yang menjual produk yang sama.

 

Biasanya, situasi ini berlaku pada saya apabila saya nak beli makanan kucing jenama Buttons And Bows ataupun pasir untuk kucing.

Saya suka beli online sebabnya syarikat kurier akan tolong angkat dan bawa barang ini naik ke tingkat 9 terus ke depan pintu rumah saya. Tapi, kalau penjual mengenakan caj penghantaran yang mahal, saya memang tak akan beli online. Lebih baik saya beli sendiri di Pet Shop berhampiran saya.

 

Sesetengah pelawat, akan buat dummy booking, semata-mata untuk mengetahui berapa jumlah keseluruhan yang perlu dibayar apabila dicampur dengan caj penghantaran. Kalau amaun tersebut masih dikira berbaloi, maka besar kemungkinan pelawat tersebut akan membuat pembayaran.

 

Jika anda dapati, laman web ecommerce anda menerima banyak dummy booking, atau pelawat tidak teruskan dengan membuat pembayaran, besar kemungkinan mereka ni tak jadi beli sebab ada caj penghantaran.

 

Bagi mengetahui sama ada ianya betul-betul disebabkan oleh kewujudan caj penghantaran, anda boleh buat testing dengan menawarkan free delivery untuk tempoh masa terhad. Mungkin untuk sebulan atau dua bulan sahaja.

 

Kalau barang yang besar saiznya dan berat, memang agak sukar untuk kita serap caj penghantaran dalam harga jualan dan masih buat untung yang agak baik. Justeru, untuk situasi seperti ini, ada baiknya kita fokus sahaja kepada barang yang tidak begitu besar saiznya dan tidak terlalu berat.

 

3.0 Bajet untuk pemasaran

Anda telahpun membina dan melancarkan sebuah laman web ecommerce. Anda juga telah memasukkan bermacam-macam jenis produk dalam laman web tersebut. Tetapi, adakah laman web anda mempunyai trafik dan mempunyai pelawat?

 

Besar kemungkinan, satu-satunya pelawat yang masuk ke laman web ecommerce anda, adalah anda sendiri! Jika ini yang berlaku, bermakna ini bukan suatu perkembangan yang sihat.

 

Anda perlu lakukan sesuatu untuk memastikan laman web anda dikunjungi oleh pelawat yang berpotensi untuk membuat pembelian. Apa yang perlu dilakukan?

 

Sekiranya pelawat dan pengguna internet tidak mengunjungi laman web anda secara automatik, bermakna anda perlu beli pelawat. Di mana nak beli pelawat?

 

Jawapannya adalah menerusi penggunaan iklan

  1. Google Adwords
  2. FBAds

 

Disamping menggunakan teknik berbayar seperti diatas, pada masa yang sama, anda juga boleh gunakan teknik-teknik pemasaran percuma bagi mengurangkan kos pengiklanan yang perlu anda keluarkan.

 

Jika anda dapati, bisnes ecommerce anda boleh survive walaupun hanya bergantung kepada kaedah pengiklanan secara percuma sahaja, maka anda bolehlah tinggalkan kaedah iklan berbayar tersebut.

 

4.0 Kemampuan untuk mengumpul nama dan alamat emel pelawat

Sekiranya anda menggunakan kaedah iklan berbayar, seperti FBAds dan juga Google Adwords, anda perlu hargai setiap sen yang dibelanjakan.

 

Cuba pastikan, setiap pelawat yang masuk ke laman web ecommerce milik anda tu nanti, WAJIB beri nama dan alamat emel mereka kepada anda. Sudah tentu, mereka ni tidak akan sesuka hati beri nama dan alamat emel mereka tanpa ada ganjaran untuk mereka.

 

Mungkin anda boleh tawarkan free gift, free voucher, free delivery untuk mereka yang sudi untuk berikan nama dan emel.

Untuk kumpul nama dan alamat emel, anda akan perlukan sistem autoresponder. Jika anda masih belum ada sistem autoresponder anda sendiri, bolehlah pertimbangkan untuk guna sistem emelmatik ini.

 

Trafik atau pengunjung yang datang ke laman web ecommerce anda yang berpunca dari iklan berbayar, besar kemungkinan hanya akan datang ke laman web anda sekali sahaja. Itupun sebab mereka tekan klik pada iklan anda.

 

Bagi memastikan mereka datang, dan terus datang di masa-masa akan datang, anda perlu memiliki satu kaedah untuk terus kekal berhubung dengan mereka. Caranya? Menerusi emel.

 

Ia tidak terlalu mengganggu dan aggresif seperti mana apabila kita guna whatsapp, sms dan sebagainya. Cuba bayangkan jika anda berjaya kumpul 100, 000 emel aktif milik pelawat laman web ecommerce anda. Pada waktu tu, anda hanya perlu hantar emel sekali sahaja, dan kini 100,000 orang akan dapat baca tawaran anda.

 

Jika pada waktu tu, anda tak mahu guna iklan berbayar lagi juga tidak ada masalah.

 

5.0 Search Engine Optimization (SEO) untuk laman web ecommerce

Seperti lain-lain laman web yang ada diluar sana, anda perlu pastikan laman web anda mendapat kedudukan yang baik di laman web carian google bagi kata kunci tertentu.

 

Sebagai contoh, sekiranya laman web ecommerce anda, menjual kamera terpakai, adakah laman web anda yang akan muncul di muka surat pertama google apabila ada pengguna internet yang menaip kata kunci “kamera terpakai”?

Baca juga: Kedai Kamera Online menjual kamera terpakai dari pelbagai jenama terkenal

 

Jika laman web anda tidak muncul di muka surat pertama google atau lagi teruk lagi, langsung tak berjaya masuk ke hasil carian google, bermakna laman web anda ini bermasalah dari segi SEO.

 

Laman web yang baik, adalah laman web yang boleh dijumpai dengan mudah apabila ada pelawat yang mencari maklumat yang relevan dan berkaitan dengan produk yang dijual.

 

Bagaimana cara untuk memperbaiki kedudukan laman web anda di laman web carian google?

Sekiranya anda tidak ada masa untuk buat sendiri, atau tak mempunyai kepakaran dalam bidang SEO, anda boleh outsource sahaja kepada mana-mana blogger yang anda kenali.

 

Jika anda ingin dapatkan khidmat ini dari saya, boleh rujuk laman ini.

 

Cuba dapatkan bantuan dari 10 – 20 orang blogger untuk menulis tentang perniagaan yang anda jalankan dan minta mereka fokus kepada kata kunci yang anda sedang sasarkan.

 

Atau sebagai alternatif, jika anda tak mau dapatkan bantuan dari para penulis blog, anda juga boleh buat sendiri, itupun kalau anda mempunyai 10 – 20 buah blog yang aktif dan mempunyai pembaca dan pelawat tetap. Kebiasaannya, blogger yang aktif, juga mempunyai bilangan pembaca dan follower yang agak ramai juga.

 

Ini secara tak langsung boleh berikan sedikit kebaikkan kepada perniagaan anda. Mungkin akan ada dalam kalangan follower dan pembaca blog itu tadi, akan jadi pelanggan anda juga.

 

5.0 Kaedah pembayaran

Lagi banyak kaedah pembayaran yang anda tawarkan, lagi mudah pelanggan untuk buat bayaran.

Satu lagi kelebihan menggunakan platform ecommerce, ialah laman web anda mempunyai fungsi untuk memproses pembayaran menggunakan kad kredit. Sekiranya anda ingin menembusi pasaran pengguna yang memiliki kad kredit, maka sudah tentu menggunakan style ecommerce adalah langkah yang baik.

 

6.0 Sistem untuk membina laman web ecommerce

Sekiranya anda masih belum buat sebarang keputusan, untuk bina laman web ecommerce anda sendiri menggunakan sistem apa, anda sebenarnya ada macam-macam pilihan.

 

Bawah ni adalah antara skrip yang anda boleh gunakan untuk bina laman web berkonsepkan ecommerce. Jika anda langgan domain dan hosting dari Netkl, anda boleh install sendiri perisian ecommerce menggunakan application softaculous.

Saya pernah guna sistem Opencart. Saya pilih untuk guna sistem tu sebab ia support fungsi affiliate. Jadi, laman web ecommerce saya, selain boleh digunakan untuk dapatkan prospek dan pelanggan, ia juga boleh digunakan untuk merekrut ejen pemasaran yang membantu saya untuk buat sales.

 

Jika anda tak pandai pasang sendiri, boleh minta bantuan dari pasukan Kedai Onlinez.

 

Selain itu, masih ada beberapa lagi alternatif untuk anda bina laman web ecommerce anda, iaitu dengan menggunakan perisian

  1. Shopify
  2. Easy Store

 

Setiap perisian membina laman web ecommerce ini ada kelebihannya yang tersendiri. Anda perlu kaji sendiri apa keistimewaan setiap perisian yang bakal digunakan.

 

Sebahagian dari apa yang anda baca dalam posting ini, adalah perkara-perkara yang anda perlu berikan tumpuan bagi memastikan peluang anda untuk berjaya dalam bisnes ecommerce ini jadi lebih baik. Sekiranya anda ada soalan tambahan, bolehlah tanyakan dibahagian komen.

 

 

 

Exit mobile version