Blog Sabree Hussin

Produk WAJIB Ada Untuk Semua Usahawan Online

Jika anda menjual sesuatu produk secara online, bermakna anda memang layak menyandang gelaran usahawan online.

Jika anda menawarkan sebarang servis berbayar secara online, tidak syak lagi anda sememangnya seorang usahawan online.

… dan jika anda memang serius dalam kerja-kerja keusahawanan secara online, ada satu tools atau sistem yang anda WAJIB miliki.  Produk yang saya maksudkan ini ialah

Blogspot to minisite adalah merupakan suatu tools marketing yang membantu para usahawan online menghasilkan reka bentuk mini site atau halaman jualan yang professional hanya dengan menggunakan platform percuma dari blogspot sahaja.

Dengan ini, anda dapat menjimatkan kos untuk domain dan juga hosting. Memandangkan blogspot adalah PERCUMA, jadi anda boleh menghasilkan puluhan malahan ribuan minisite untuk setiap produk yang anda promosikan secara online.

Contohnya jika anda adalah seorang peniaga online yang menggunakan kaedah dropship. Anda boleh hasilkan sendiri laman jualan yang profesional bagi memasarkan produk-produk dropship yang anda sertai.

Sebenarnya, sejak blogspot diperkenalkan dan menjadi popular sebagai platform blogging di Malaysia, dah ramai yang menggunakan platform ini untuk memasarkan produk-produk mereka.

Contohnya:

Masalah dengan template biasa blogspot, ia tidak mesra pengguna. Senang cerita, kalau untuk tujuan berniaga, ia memang langsung tak sesuai.

Anda boleh lihat sendiri dari segi susun atur, pemilihan warna, dan sebagainya. Laman minisite jualan terbaik adalah seperti contoh ini.

Klik sini untuk melihat sample laman jualan minisite blogspot

Struktur minisite untuk tujuan jualan hanya memerlukan anda mempunyai header, content, sistem autoresponder dan juga footer. Itu sahaja.

Sebenarnya, laman blogspot dicipta untuk tujuan blogging, bukannya untuk tujuan pembinaan minisite jualan.

Akan tetapi, dengan adanya template ini, anda boleh ubah struktur blogspot menjadi satu bentuk minisite yang menarik dan profesional.

Paling penting sekali, pastikan anda masukkan opt in form yang anda boleh dapati apabila anda menggunakan sistem autoresponder. Ini adalah tools yang sangat penting bagi memastikan kelangsungan perniagaan online anda.

Dengan adanya borang autoresponder ini, proses pembinaan database menjadi lagi mudah.

Autoresponder ada yang PERCUMA dan ada yang berbayar. Terpulang pada anda nak pilih sama ada yang percuma atau yang berbayar, Saya sendiri bermula dengan sistem autoresponder yang percuma sebelum beralih kepada autoresponder berbayar.

Apa yang penting, anda fahami dan belajar cara pemasaran yang betul menggunakan sistem autoresponder.

Alhamdulilah, hasil daripada penggunaan sistem autoresponder juga, lebih mudah untuk saya dapatkan sales untuk produk-produk affiliate yang saya promosikan.

Kalau dulu, saya hanya bergantung harap pada blog dan juga media sosial seperti Facebook untuk dapatkan sales affiliate. Hari ini, saya bergerak setapak kehadapan.

Sistem autoresponder memang benar-benar membantu untuk memudahkan lagi proses pemasaran. Hanya perlu setup sekali sahaja di peringkat permulaan, kemudian boleh biarkan sistem bekerja dengan sendirinya.

Bila dah tahu macam mana nak guna sistem autoresponder ni, tak perlu lagi susah payah nak cari sistem autopilot la, software autopost bagai… sebabnya sistem autoresponder ni je dah cukup POWER… itupun kalau anda betul-betul tahu dan faham macam mana nak manipulasikannya.

Mungkin ramai yang tak perasan, sistem blogspot to minisite ini sebenarnya adalah dimiliki oleh syarikat yang sama yang memperkenalkan sistem autoresponder emelmatik.

Jadinya, sistem ini memang direka khas untuk memudahkan anda melakukan integrasi antara sistem autoresponder emelmatik dan juga sistem blogspot to minisite.

Dengan merujuk kepada panduan yang disediakan, anda boleh buat sendiri satu minisite jualan yang profesional.

Apa kegunaan lain minisite?

Lazimnya, orang akan gunakan konsep minisite untuk bina laman jualan. Masukkan gambar produk, maklumat produk dan juga copywriting.

Namun tak semua orang ada produk untuk dijual. Oleh sebab itu, ada juga yang menggunakan minisite untuk tujuan mengumpul database bakal pelanggan.

Sebagai contoh, laman web ini.

Laman minisite tersebut saya bina khusus untuk mengumpul maklumat database bakal pelanggan. Tak ada sebarang produk yang saya jual.

Dalam laman web tersebut, saya hadiahkan ebook percuma dan sebagai balasan, prospek akan berikan nama dan alamat emel mereka.

Jadi, di masa akan datang, saya dapat melakukan promosi secara berulang-ulang kali pada prospek yang sama, tanpa perlu mengeluarkan belanja tambahan untuk tujuan pengiklanan.

Oh ya, sistem autoresponder yang saya gunakan pada laman web tersebut juga adalah daripada pihak emelmatik. Jadi, memang FREE.

Sebagai kesimpulan, jika anda serius dengan kerja-kerja pemasaran dan keusahawanan secara dalam talian, maka, tools seperti sistem autoresponder dan juga minisite jualan yang profesional adalah sangat penting untuk keguanaan anda.

Muat turun template blogspot to minisite disini.

 

Exit mobile version