Blog Sabree Hussin

Review Ebook Bisnes Shopee – Baca dulu review ini kalau masih tak sure nak beli atau tak

Anda minat nak cuba berniaga di laman web Shopee? Pernah dengar tentang Ebook Bisnes Shopee?

 

Bagi mereka yang mencari maklumat tentang macam mana nak berniaga di laman web Shopee, pasti biasa terjumpa laman web ini yang menjual ebook Bisnes Shopee. Hari ini saya akan kongsikan review saya berkenaan dengan ebook ini.

Review ebook Bisnes Shopee ini saya tulis setelah saya selesai membacanya.

 

Saya beli ebook bisnes Shopee ini sekitar bulan September 2018 yang lalu. Tapi disebabkan kekangan masa, saya tak sempat nak tulis review berkenaan dengan ebook ini. Hari ini saya ada sedikit masa terluang, jadi saya nak kongsikan review saya berkenaan dengan ebook bisnes Shopee ini.

 

Siapa sebenarnya penulis Ebook Bisnes Shopee?

Ebook Bisnes Shopee ini ditulis oleh saudara Mohd Fahmi. Beliau lebih dikenali dengan nama pena John Jenin di internet, berbanding dengan nama Fahmi.

 

Beliau telah mula berkecimpung dalam bidang perniagaan secara atas talian sejak dari tahun 2007 lagi, dan berpengalaman berniaga melalui portal-portal ecommerce seperti Lelong, eBay, Amazon, Lazada dan lain-lain lagi.

 

Pernah juga mendapat penganugerahan status top seller di beberapa platform-platform jualan online, misalnya seperti status Shopee Preferred Seller, eBay Top Rated Seller, dan Lelong Star Seller.

 

Dari pengalaman berniaga yang dimiliki, maka tercetuslah idea untuk menulis sebuah ebook yang dinamakan Ebook Bisnes Shopee, bagi memberi panduan kepada usahawan baru yang minat untuk menceburi bidang ini.

 

Kenapa pilih untuk berniaga di laman web Shopee?

Penulis ebook ini memberikan 16 sebab kenapa anda patut pilih untuk berniaga di laman web dan applikasi Shopee.

Ebook ini diedarkan secara percuma sahaja menerusi laman web ini. Anda hanya perlu masukkan nama dan alamat emel kalau minat nak baca ebook ini.

 

Saya kongsikan lima sebab popular kenapa bisnes di Shopee menjadi pilihan seller dewasa ini.

(1) Laman web shopee merupakan laman web ecommerce paling popular di Malaysia

Menurut kajian yang dilakukan oleh laman web AseanUp, portal Shopee telah berjaya mengalahkan laman web ecommerce Lazada dari segi populariti dan trafik pada tahun 2019 ini.

Dianggarkan jumlah pengunjung yang melayari laman web shopee adalah sekitar 20,900,000 views setiap bulan.

Lagi banyak pengunjung, maka lagi tinggi peluang anda untuk dapat jualan di Shopee.

 

(2) Anda boleh guna smartphone sahaja untuk menjual

Hari ini rata-rata penduduk di Malaysia sudah mula menggunakan smartphone. Jadi tiada lagi halangan untuk berniaga secara online, dengan adanya smartphone dalam tangan.

Dengan apps Shopee, anda boleh pilih sama ada nak jadi pembeli sahaja atau nak buat duit dengan jadi penjual.

 

(3) Kos penghantaran parcel ditaja oleh Shopee

Anda tak perlu keluar duit untuk kos penghantaran. Anda juga tak perlu naikkan harga barang atau meminta pelanggan untuk bayar lebih bagi tujuan pengeposan. Sebabnya untuk masa terhad, pihak Shopee ada memperkenalkan program tajaan kos penghantaran (shopee free shipping program).

Untuk barangan yang beratnya 5kg, pihak Shopee akan tolong bayarkan kos penghantaran. Penerangan tentang penghantaran percuma ini juga ada dimuatkan dalam ebook ini.

 

(4) Sistem pembayaran mudah

Membeli di shopee sangat mudah.

Boleh guna online transfer, kad kredit, kad debit ataupun kalau nak bayar cash secara cash deposit juga boleh. Berbeza kalau kita meniaga terus di social media, yang mana kita mungkin tidak mempunyai sistem untuk menerima pembayaran melalui kad kredit atau debit.

 

(5) Mengelakkan penipuan scammer 

Sebagai penjual, kita terdedah kepada risiko kena tipu dengan pembeli. Mereka menghantar bukti slip pembayaran yang telah diedit menggunakan perisian photoshop. Kita sangkakan, slip tersebut adalah original, tapi rupanya hanya penipuan semata.

Penipuan seperti ini dijamin tidak akan berlaku apabila berniaga di Shopee.

 

Ada 11 lagi sebab untuk anda berniaga di laman web Shopee. Saya syorkan anda baca sahaja ebook percuma berjudul 16 Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee.

 

Apa yang anda bakal perolehi menerusi Pakej Ebook Bisnes Shopee ini?

Dalam pakej pembelajaran ini, anda akan memperolehi 4 buah ebook dan akses ke group support khusus untuk para pembeli ebook ini.

 

Anda boleh lihat screenshot link download ebook bisnes shopee yang saya kongsikan dalam blogpost sebelum ini. Semua sekali ada empat buah ebook yang bakal anda perolehi.

Saya akan cerita satu per satu tentang ebook yang bakal anda terima. Tanpa membuang lebih banyak masa, jom kita mulakan sesi bedah siasat (review) kali ini.

 

Bisnes Shopee – Bagaimana Jana 4 Angka Seminggu Berniaga di Shopee

Mungkin ada yang tertanya-tanya, betul ke boleh jana 4 angka seminggu bila jual barang di Shopee?

 

Jawapannya, boleh! John Jenin telah buktikan yang beliau mampu lakukannya, dan ini screenshot pendapatan bisnes yang dilakukan melalui Shopee.

Bila dia kata boleh jana 4 angka seminggu, maknanya benda ini memang tak mustahil untuk dilakukan. Beliau sendiri telah buktikan yang beliau mampu untuk lakukannya.

 

Menurut John Jenin, perkara-perkara ini yang anda akan pelajari dari ebook utama.

(1) Cara mendaftar dan set kedai anda! Sama ada menggunakan apps atau browser di komputer! Saya tunjukkan cara kedua-duanya!

 

(2) Cara masukkan produk ke dalam kedai Shopee anda! Dalam bab ini, saya share tips-tips berkaitan pemilihan gambar yang mahu dimasukkan serta apakah bentuk dan contoh description yang terbaik yang boleh anda gunakan!

 

(3) Cara nak menguruskan order! Ini pun penting juga! Bila dah dapat order, macam mana nak bungkus? Borang apa nak print? Macam mana kalau tetiba stok habis pula? Apa nak buat? Semuanya saya terangkan dalam bab mengurus order!

 

(4) 6 Langkah Setel Problem Barang Tak Sampai/ Rosak! Ya! Dari beratus-ratus barang yang kita hantar kepada pelanggan, mungkin akan ada 1-2 yang rosak atau gagal diterima oleh pihak pelanggan! Jadi, disini saya share langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk menghadapi pelanggan yang sedang marah agar mereka tenang dan cool down serta tidak meninggalkan bad rating di kedai anda!

 

(5) 4 Teknik Promosi yang boleh anda gunakan di dalam Shopee untuk mempromosikan kedai anda ke tahap maksimum agar lebih ramai yang akan nampak kedai dan produk anda!

 

(6) Anda masih tiada produk untuk dijual? Saya juga kongsikan 5 pihak yang boleh anda “usha” untuk mendapatkan bekalan produk jualan anda di Shopee!

 

(7) Anda tiada modal untuk beli & simpan stok produk? Juga jangan risau! Ada 3 kaedah niaga saya kongsikan yang mana, ianya tidak memerlukan anda untuk menyimpan stok untuk mula berniaga di Shopee!

 

(8) Apa yang lebih menarik! Saya kongsikan pembekal dropship yang power dan boleh dipercayai dalam ebook ini! Pembekal ini ada lebih 100,000 produk yang boleh anda jual! Jadi, tiada lagi alasan untuk anda mula berniaga di Shopee! 

 

(9) Teknik 1000 follower seminggu! Hah! Ini teknik RAHSIA saya bagaimana saya mendapatkan follower yang ramai untuk kedai Shopee saya dalam masa yang singkat! Teknik ni advance sikit! Anda takkan jumpa teknik ini di mana-mana website atau di mana-mana ebook yang lain! 🙂

 

Kat atas ini apa yang ditawarkan oleh John. Sekarang saya nak tarik perhatian anda untuk rujuk senarai isi kandungan ebook panduan Shopee ini.

Bab yang tandakan dengan kotak berwarna merah adalah bab yang pada pendapat saya, menarik untuk diberikan perhatian.

 

Jom kita lihat ulasan setiap bab pula.

 

Pendahuluan

Macam biasa, dalam mana-mana buku, pasti ada bab pengenalan. Dekat bab ini anda akan mengenali laman web Shopee dengan lebih dekat lagi. Misalnya maklumat seperti bila ianya dilancarkan, dimana pengkalan syarikat ini dan banyak lagi.

 

Anda juga bakal mengetahui potensi yang bakal perolehi dengan meletakkan bisnes anda di website Shopee.

 

Bab 1 – Kenapa anda mesti menjual di Shopee

Bab 1 menceritakan perkara asas dan ia lebih kepada lanjutan kepada bab pendahuluan. Basically bab 1 ini adalah untuk membuka minda anda bagi melihat potensi besar untuk jana pendapatan di laman web Shopee sebagai seorang seller.

 

Bab 2 – Cara mendaftar dan set kedai shopee anda menggunakan Apps 

Ebook Bisnes Shopee ini memang mesra pembaca. Saya kira ianya ditulis untuk semua golongan pembaca, namun saya berpendapat pembaca yang memang newbie, yang sangat baru dengan selok belok perniagan online yang paling akan dapat manfaat. 

 

Anda akan belajar secara langkah demi langkah macam mana nak daftar dan set kedai Shopee anda menggunakan smartphone. Ikut sahaja tutorial yang disediakan dalam bab ini.

 

Bab 3 – Cara memasukkan produk di Shopee menggunakan Apps

Ok kedai dah pun siap. Langkah seterusnya adalah untuk memasukkan iklan produk. Anda akan belajar macam mana cara nak

(1) Masukkan gambar produk yang hendak dijual

(2) Cara nak masukkan penerangan tentang produk. Kalau produk dropship, anda hanya perlu copy paste sahaja maklumat produk dari pembekal. Tapi kalau anda ada skil copywriting yang baik, dan nak ubah penerangan produk, juga akan ditunjukkan caranya.

(3) Cara meletakkan kategori produk yang betul

(4) Cara meletakkan jenama produk

(5) Masukkan maklumat lain seperti kuantiti stok, saiz, berat, harga

(6) Cara menulis penerangan tentang prosedur penghantaran barang

(7) Cara buat semakan dan jika puas hati barulah submit

 

Nampak memang macam banyak kerja perlu dibuat, tapi sebenarnya prosesnya mudah sahaja dan boleh dilakukan hanya menggunakan smartphone sahaja.

 

Bab 4 – Cara menguruskan pesanan dengan Apps

Dalam bab 4 ini, anda akan belajar bagaimana cara untuk menguruskan tempahan apabila menerima tempahan yang pertama.

 

Setelah anda menerima order, anda akan menerima notifikasi dari sistem Shopee yang mengatakan ada pembeli telah membuat tempahan. Tugas anda sekarang adalah memastikan barangan yang ditempah itu dihantar kepada pelanggan tersebut.

 

Jika anda menjual produk yang sedia ada dalam tangan stoknya, anda perlu bungkus, dan pos produk tersebut. Sebaliknya, kalau produk dropship, anda perlu buat tempahan terus dari pembekal anda.

 

Pada masa yang sama, anda juga perlu update di sistem Shopee supaya pelanggan boleh tahu status tempahan mereka.

 

Bab 5 – Semak bayaran dengan Shopee Apps 

Setelah barang sampai ke tangan pembeli, pembeli perlu buat pengesahan telah terima barang. Ataupun jika pembeli tidak berbuat demikian, bayaran akan dikreditkan secara automatik dalam masa 3 hari bekerja ke akaun e-wallet Shopee anda.

 

Anda boleh request untuk withdraw ke akaun bank anda pada bila-bila masa, dan berikan masa 1 – 2 hari bekerja untuk duit dari e-wallet masuk ke akaun bank anda pula.

 

Bab 6 – Cara mendaftar dan set kedai Shopee anda menggunakan komputer

Bab 6 lebih kurang sama macam bab 2, cuma kali ini untuk pengguna komputer. Macam saya sendiri, lebih selesa kalau nak buat kerja guna komputer.

Jadi untuk proses daftar dan setting kedai, saya suka guna komputer sahaja.

 

Bab 7 – Cara memasukkan produk di Shopee menggunakan komputer

Lebih kurang sama macam bab 3, cuma bezanya kali ini penerangan adalah untuk pengguna komputer.

 

Bab 8 – Cara menguruskan pesanan dengan komputer 

Penerangan lebih kurang sama macam dalam bab 4, tapi bab ini khusus untuk pengguna komputer.

 

Bab 9 – Semak bayaran dengan komputer

Sama macam dalam bab 5, tentang cara nak terima bayaran dari Shopee ke akaun bank milik kita.

 

Bab 10 – Marketing Centre – Promosi kedai Shopee anda ke tahap maksimum

Masuk bab 10, perkongsian dalam ebook ni dah jadi makin serius!

 

Sesetengah seller di Shopee, dia tak berapa suka dengan teknik upload gambar dan biarkan order masuk dengan sendirinya. Cara ini agak lambat.

 

Untuk pengetahuan anda, di laman web Shopee ada ruangan yang hanya boleh diakses oleh mereka yang ingin menjadi peniaga di Shopee, yang dinamakan sebagai Marketing Centre.

Kesemua tools yang disediakan dibahagian ini disediakan oleh pihak shopee bagi meningkatkan peluang anda untuk dapatkan lebih banyak jualan apabila mengiklankan produk anda di Shopee.

 

Macam sebelum ini, saya ada sebutkan yang bilangan pelawat yang masuk ke laman web Shopee setiap bulan dianggarkan sebanyak 20 juta pelawat.

Justeru, jika anda mempunyai modal yang lebih, anda boleh gunakan tools My Ads untuk memastikan iklan anda muncul lebih kerap dan dapat menarik perhatian pelawat shopee yang lain.

 

Ini adalah iklan berbayar. Iklan anda akan disiarkan di laman web shopee sahaja. Kalau ada pengguna website atau Apps Shopee yang mencari maklumat produk tertentu, dengan bantuan My Ads ini anda boleh pastikan produk yang anda jual akan terpapar di halaman paling hadapan.

 

Lihat contoh dibawah ini.

Bila saya taip jam Casio G-Shock, muncul iklan berbayar yang saya tandakan dengan kotak berwarna merah seperti diatas. Bila iklan tersebut dilihat oleh ramai orang, kemungkinan untuk dapat pembeli lebih tinggi berbanding iklan yang kurang view.

 

Teknik iklan berbayar bukanlah satu-satunya teknik yang dibincangkan dalam ebook ini. Anda juga akan pelajari cara untuk menggunakan lain-lain tools seperti

  1. My Discount Promotions
  2. My Campaigns
  3. Shopee Flash Sale
  4. My Vouchers
  5. Top Picks from Shop

 

Paling penting, anda kena tahu bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan tools tersebut bagi meningkatkan lagi keuntungan yang bakal diperolehi.

 

Bab 11 – Cara mencari pembekal produk yang bagus untuk kedai Shopee anda 

Menjadi seller di Shopee adalah semudah upload gambar dan uruskan tempahan apabila berjaya dapat pembeli. Dari segi teori, lagi banyak barang yang kita iklankan di Shopee, sepatutnya lagi banyak pendapatan yang boleh kita hasilkan.

 

No wonder John Jenin boleh buat sales sampai ratusan ribu di laman web Shopee.

Rupa-rupanya rahsia beliau adalah beliau mempunyai senarai pembekal yang ramai dan berkualiti tinggi. Seterusnya tugas beliau adalah buat iklan seberapa banyak yang boleh di shopee. Itu sahaja.

 

Dalam bab 11 ini, anda akan ketahui siapa pembekal yang boleh anda harapkan untuk buat bisnes di laman web Shopee.

 

Bab 12 – Cara menjual barang tanpa modal dan tanpa menyimpan stok di Shopee

“Saya nak meniaga di shopee guna konsep dropship boleh tak?”

 

Ini merupakan soalan yang cukup popular dalam kalangan bakal seller di Shopee. Mereka nak buat duit tapi modal tak ada. Jadi kalau boleh mereka nak berniaga menggunakan konsep dropship sahaja.

 

Jawapannya sudah tentu boleh! Dalam bab 12 ini, anda akan didedahkan dengan senarai pembekal yang boleh dipercayai, yang menawarkan program dropship. Anda perlu daftar satu per satu, dan baca syarat-syarat yang ditetapkan sebelum mula berniaga di Shopee.

 

Ada macam-macam pembekal untuk jenis produk yang berbeza.

Anda pasti tak akan kehabisan produk untuk dijual, setelah anda mendaftar sebagai ejen dropship bagi setiap senarai yang diberikan diatas.

 

Senarai pembekal yang menawarkan dropship ini sudah cukup berharga.

 

Andai kata anda tidak bercadang untuk buat bisnes di shopee sekalipun, anda boleh gunakan perkhidmatan dari syarikat-syarikat tersebut untuk beli barang dengan harga ejen. Penjimatan yang berkali ganda kalau nak bandingkan dengan beli terus di website ecommerce.

 

Bila anda dah dapat senarai pembekal ini, pandai-pandailah anda manfaatkan.

 

Dalam posting ini, saya sengaja tutup link laman web pembekal-pembekal sebabnya maklumat ini adalah khas untuk pembeli sahaja. Tak adil untuk pembeli lain, dan tak adil bagi pemilik ebook ini jika saya dengan senang-wenang bocorkan maklumat ini.

 

Kalau anda rasa info ini sahaja dah cukup berharga, boleh terus ke laman web ini untuk muat turun ebook ini.

 

Bab 13 – Rahsia tambah follower shopee anda sehingga 1,000 orang seminggu

Konsep kedai Shopee ini ada sedikit persamaan dengan media sosial. Selain fokus untuk dapatkan pembeli, kita juga perlu berikan perhatian terhadap bilangan follower yang kita ada.

 

Lihat contoh dibawah.

Bilangan follower yang ramai memberikan gambaran bahawa kita adalah seorang peniaga yang serius dan boleh dipercayai. Bilangan follower juga mencerminkan kredibiliti dan tahap kebolehpercayaan diri kita.

 

Dalam bab ini, ada tiga teknik yang diajarkan. Teknik ini tak susah tapi tak ramai orang terfikir untuk lakukan teknik ini. Ikut sahaja teknik tersebut, In Shaa Allah follower anda akan bertambah dengan laju!

 

Bab 14 – Rahsia nak kenal pasti barang yang laku keras di Shopee

Tahukah anda, barang yang laku keras (atau bestseller) di laman web Shopee sentiasa bertukar-tukar. Produk seperti ini selalunya bermusim, dan jika kebetulan anda juga jual barangan yang bestseller, anda juga ada peluang untuk buat jualan yang banyak di Shopee.

 

Cara untuk mengetahui apa dia barang yang sedang trending atau sedang banyak dijual, ada diajarkan dalam bab ini.

 

Penutup

Bab penutup cerita pasal apa? Basically, dalam bab ni penulis just ambil peluang untuk ucap tahniah kerana telah habiskan pembacaan dan mengharapkan anda dapat bertindak dan mula jana pendapatan melalui bisnes di Shopee.

 

Bonus 1 – Ebook Jual Produk Tanpa Pesaing

Ebook ini saya suka sebab dia ajar cara untuk buat kajian kata kunci. Kajian kata kunci ini dari segi asasnya lebih kurang sama dengan kaedah pemasaran menggunakan Search Engine Marketing.

 

Salah satu sebab kenapa jualan kita tak begitu memberangsangkan adalah sebab produk yang kita pilih adalah produk yang banyak persaingan. Sekiranya anda rujuk bab 14 ebook bisnes Shopee, ianya adalah tentang cara nak kenal pasti barang yang laku keras di Shopee.

 

Walaupun anda dah tahu senarai produk yang bestseller di Shopee, namun anda perlu tahu barangan yang bestseller mungkin ada banyak pesaing yang jual produk yang sama.

 

Nampak gayanya anda juga perlu tahu cara untuk pilih barang yang macam mana yang persaingan tidak terlalu tinggi. Kiranya kalau jual produk yang sama, still boleh dapat sale.

 

Ebook Jual Produk Tanpa Pesaing ini agak bosan sebab cerita tentang bab teknikal dan kajian pasaran, namun ia adalah bab yang penting kalau nak mudah dapat sale di Shopee.

 

Bonus 2 – 7 Cara promosi secara percuma

Kenapa seller perlu tahu cara tambahan untuk buat promosi secara percuma untuk bisnes yang dijalankan di Shopee?

 

Mudah sahaja. Semuanya bagi tujuan menjimatkan kos. Apalah gunanya anda berjaya buat jualan puluhan ribu ringgit, kalau kos untuk dapatkan jualan juga agak mahal.

 

Justeru, untuk mereka yang sensitif terhadap kos, ini adalah panduan yang berguna untuk anda. Jangan kelam kabut sangat nak terus gunakan teknik berbayar, sedangkan teknik yang percuma ini masih belum habis digunakan.

 

Bonus 3 – Case Studies: 2 Strategi niaga tanpa modal di Shopee

Boleh jadi masih ada lagi yang skeptikal dan kurang yakin untuk berniaga di Shopee sebab tidak mempunyai modal yang besar. Ada ke?

 

Untuk individu seperti itu, saya membayangkan individu tersebut adalah seorang suri rumah yang minat nak mencuba cari pendapatan tambahan, golongan pelajar yang nak cari duit lebih, ataupun mereka yang bekerja sendiri dan nak cuba pelbagaikan punca pendapatan, ebook ini penting untuk anda.

 

Dalam ebook case studies ini, anda akan lihat secara langkah demi langkah, bagaimana John Jenin setup kedai dari mula proses dapatkan pembekal, upload maklumat produk hinggalah kedai tersebut mula menerima tempahan.

 

Anda hanya perlu tiru sahaja teknik yang digunakan dan cuba pelajari perkongsian dalam ebook ini.

 

Group sokongan untuk para pembeli ebook Bisnes Shopee

Yeay ada group!

Anda tak keseorangan dalam bisnes ini.

 

Bagi mereka yang masih baru, saya amat syorkan anda join, dan cuba bersosial dalam group ini. Dapatkan maklumat tambahan, berkenal-kenalan dengan seller lain, kongsi masalah, kongsi cerita kejayaan dan sebagainya melalui platform group support yang disediakan ini.

 

Ada banyak yang saya nak cerita mengenai group support ini, tapi saya rasa lebih baik saya tulis dalam artikel akan datang. Cuma satu point yang saya rasa agak penting, ialah seller di Shopee ini ada pelbagai latar belakang.

 

Ada yang seorang dropship, dan ada juga tauke bisnes besar. Gunakan peluang ini untuk bina networking dengan seller lain.

 

Berapa harga ebook ini?

Harga ebook ini ialah RM100 sahaja.

 

Dengan konten dan pengisian sebegini lengkap, harga tersebut sebenarnya agak murah. Saya tak rasa anda akan temui panduan lain yang sebegini lengkap dijual dengan harga sebegini rendah.

 

Beli satu panduan ini dah cukup untuk mahirkan diri anda dengan selok belok bisnes di Shopee.

 

Sudah tentu, kalau anda rajin, anda boleh buat kajian dan pembacaan sendiri, baca maklumat dan informasi yang dibekalkan oleh pihak Shopee sendiri dari laman web mereka. Ataupun baca perkongsian daripada mana-mana seller, blogger diluar sana.

 

Cuma untuk dapatkan perkongsian dan maklumat sebegini lengkap, ianya hampir mustahil. Lagi satu, saya perasan ada banyak perkongsian dalam ebook ini yang anda hanya akan dapat melalui pengalaman berniaga. Bukan semuanya ada di bahagian help center.

 

Apa pun, pilihan ditangan anda.

 

Pada saya, keputusan untuk beli ebook ini adalah salah satu keputusan yang paling tepat yang pernah saya lakukan, bagi tujuan melabur untuk dapatkan ilmu.

 

Apa yang kurang dengan ebook Bisnes Shopee ini?

Setelah membaca berulangkali, saya dapati ada sedikit kekurangan tentang ebook ini. (Tak banyak pun)

 

Penulis tidak menyentuh tentang topik cara menulis iklan atau copywriting. Mungkin sebab kebanyakkan pembeli ebook ini lebih berminat dengan teknik niaga secara dropship. Jadi copywriting produk yang diiklankan boleh copy paste sahaja maklumat yang dibekalkan oleh seller.

 

Saya rasa kalau penulis boleh masukkan satu bab kecil berkaitan dengan copywriting, ia boleh jadi satu bonus kepada pembeli yang nak tulis sendiri maklumat dan keterangan produk yang nak diiklankan.

 

Agak panjang review yang saya tulis ini. Apa pun, saya harapkan apa yang saya tulis dalam posting ini dapat membantu anda untuk buat keputusan sama anda nak dapatkan ebook ini ataupun tidak. Saya doakan semoga anda berjaya dalam bisnes shopee anda!

 

 

Exit mobile version