Blog Sabree Hussin

Link download ebook panduan Bisnes Shopee

Saya pernah dapat link download ebook bisnes shopee sebelum ini.

 

Waktu tu, link download ebook yang saya dapat adalah versi 1.2

Kiranya waktu saya dapatkan ebook ini, ianya agak baru diperkenalkan.

 

Kemudian biasalah, bila dah download tu, lama-lama saya terlupa, dekat mana saya save file ebook bisnes shopee ini. Saya cari balik link download yang saya pernah perolehi melalui emel sebelum ini.

 

Terkejut juga, bila saya cuba download, keluar ayat macam kat bawah ini.

“You do not have permission to download this file”

 

Nampak gayanya, sistem keselamatan yang digunakan oleh pihak klikjer tidak membenarkan saya untuk download ebook ini. Mungkin sebab mereka dah ubah link download ataupun sebab memang ada had tertentu.

 

Saya pun tak berapa pasti.

 

Walaubagaimanapun, memandangkan saya adalah salah seorang pembeli ebook ini, saya boleh dapatkan semula link download tersebut dengan mudah.

 

Saya hanya perlu hubungi semula pihak klikjer untuk meminta link download ebook bisnes shopee yang terkini. Selepas saya hantar emel, dalam masa beberapa jam, pihak klikjer telahpun menghantar link baru untuk muat turun ebook shopee ini.

 

Lihat dibawah ini.

Nampak tak apa perbezaan dengan link yang sebelum ini? Kalau anda tak perasan apa yang berbeza, biar saya bagitahu apa perbezaannya ya.

 

Pertama, ebook Bisnes Shopee kali ini, adalah dalam versi kemaskini iaitu Versi 3.0

Kedua, ada pertambahan bonus iaitu FB Group Support untuk para pembeli ebook Bisnes Shopee yang masih belum berjaya buat duit sebagai seller di website Shopee.

 

Sebelum ini, FB Group Support tersebut tidak disediakan.

 

Inilah dia kelebihan bagi mereka yang beli ebook ini melalui saluran yang betul.

Beli disini untuk saluran yang betul.

 

Ini adalah jaminan yang diberikan oleh pihak Klikjer, selaku pengedar sah ebook ini kepada para pembeli. Setiap kali ada kemaskini, pertambahan informasi, pembeli sebelum ini layak untuk dapatkan edisi kemaskini bagi ebook tersebut secara percuma sahaja.

 

Anda hanya perlu reply emel asal yang anda terima, semasa pihak klikjer memberi anda link download sebelum ini.

 

Bagaimana kalau saya beli ebook bisnes Shopee dari laman web lain atau dapat free dari kawan-kawan

Saya pernah tengok, ada orang jual ebook ini secara tidak sah di laman web Shopee.

 

Ironi betul. Jual ebook panduan bisnes Shopee melalui laman web Shopee. Benda ini memang berlaku dan saya pernah lihat.

 

Kalau anda buka laman web shopee juga, anda akan dapat lihat beberapa iklan yang menjual ebook ini.

Saranan saya, belilah terus dari laman web yang sah.

 

Tak kiralah walaupun harganya sama, atau harganya lebih murah. Sebabnya bila anda beli melalui saluran yang sah, di masa akan datang jika ada masalah, anda boleh terus berurusan dengan pihak klikjer.

 

Satu lagi langkah yang cukup baik yang diperkenalkan oleh pihak klikjer adalah menyediakan group support untuk para pembeli. Bagi mereka yang agak baru dengan selok belok dunia perniagaan online, boleh berkenal-kenalan dengan peniaga lain yang lebih berpengalaman.

 

Kalau nak dapatkan nasihat, tunjuk ajar atau sekadar nak dapatkan semangat apabila buat bisnes di shopee juga boleh. Ada banyak yang saya nak cerita tentang group support bagi pembeli ebook bisnes Shopee ini, tapi tunggulah, In Shaa Allah saya akan kongsikan dalam artikel yang akan datang.

 

Sekiranya anda masih belum pernah beli ebook ini, dan minat nak baca review saya berkenaan dengan ebook ini, In Shaa Allah saya akan kongsikan.

 

Review ini saya tulis setelah saya baca ebook ini. Lepas dah baca review ebook tersebut, anda buatlah keputusan, sama ada nak beli ataupun tidak.

 

Ataupun anda boleh terus ke halaman ini untuk muat turun ebook bisnes Shopee ini.

 

 

Exit mobile version