Blog Sabree Hussin

Senarai Panduan Buat Bisnes di Shopee untuk anda muat turun

Kewujudan laman web Shopee bakal mengubah cara anda berbisnes di internet!

 

Hanya dengan semudah install apps Shopee yang boleh diperolehi melalui Apps Store, anda sudah boleh mula membeli dan menjual melalui Shopee.

 

Semua orang boleh lakukannya! Berniaga di Shopee bukanlah susah sangat dan tak memerlukan anda mempunyai pengetahuan yang terlalu teknikal. Kalau anda tahu cara guna Facebook, maka anda tak ada masalah untuk jual beli di Shopee.

Mereka yang serius nak jadi seller di Shopee, mampu untuk hasilkan jualan sehingga ratusan ribu ringgit di Shopee! Anda juga boleh lakukannya, asalkan anda mempunyai ilmu dan strategi perniagaan yang betul.

 

Ada banyak rupanya panduan yang anda boleh jadikan rujukan untuk memulakan bisnes anda di Shopee. Posting kali ini, saya akan kongsikan kepada anda beberapa panduan yang anda boleh muat turun hari ini juga, study dan seterusnya praktikkan untuk buat duit dengan Shopee.

 

Dah sedia nak tahu? Jom teruskan baca.

 

(1) Ebook Panduan Lengkap Shopee

Setakat catatan ini saya tulis, ebook Panduan Lengkap Shopee ini adalah ebook yang paling murah dari segi harganya. [download disini]

 

Ketika ini, ianya dijual dengan harga serendah RM59 sahaja! Memang cukup sesuai untuk mereka yang memerlukan panduan berbisnes di Shopee tapi tidak mempunyai bajet yang tinggi untuk beli panduan.

 

Dalam pakej ini, anda akan memperolehi sebuah ebook berjudul Panduan Lengkap Shopee.

Saya tidak menemui maklumat tentang penulis ebook ini, dan saya juga tak tahu apakah modul yang dimuatkan dalam ebook utama ini.

 

Cuma kalau rujuk dekat laman web ini, kita hanya diberitahu yang konten ebook ini mengandungi ilmu-ilmu yang asas tentang berbisnes di Shopee hinggalah ilmu yang agak advance.

 

Pakej pembelajaran ini turut disediakan dalam bentuk video.

Anda juga akan memperolehi Video Panduan Lengkap Shopee.

 

Adakah anda dah lama mencari panduan yang mengajar cara-cara untuk menggunakan iklan berbayar di platform Shopee? Jika jawapan anda adalah ya, disini ada berita baik untuk anda.

Dalam pakej pembelajaran ini anda akan dapat satu lagi ebook berjudul Shopee Keyword Ads. Bila anda dah tahu bagaimana sistem keyword berfungsi, maka bolehlah anda target keyword yang menguntungkan.

 

Lepas ini, setiap pelawat yang menaip kata kunci tertentu, akan dapat lihat iklan produk anda.

Anda turut dibekalkan dengan video tambahan yang mengajar cara untuk menggunakan fungsi boost marketing. Fungsi ini adalah percuma, namun anda perlu tahu bila dan bagaimana cara yang tepat untuk menggunakan fungsi ini.

Satu perkara yang saya kira bagus tentang pakej pembelajaran ini adalah penulis menyediakan dua buah ebook tambahan yang mengajar berkenaan topik copywriting.

9 template copywriting pesona pelanggan dan Copywriting Power.

Penggunaan teknik copywriting yang baik bakal membuatkan iklan anda mendapat perhatian dan lebih dipercayai, berbanding ayat-ayat copywriting yang hanya copypaste.

 

Saya kalau nak beli produk di Shopee, saya juga akan baca ayat copywriting, atau keterangan produk. Kalau saya rasa kurang yakin, saya akan beli di kedai orang lain, walaupun saya tahu kualiti produk sebenarnya lebih kurang sama sahaja.

 

Apa yang saya nampak, ebook ini kelebihannya ialah penulis tawarkan harga yang mampu milik dan ada modul tentang copywriting.

 

Anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM59 sahaja menerusi laman web ini.

 

(2) Ebook Bisnes Shopee

Ebook Bisnes Shopee diterbitkan oleh pihak Klikjer. [download disini]

Ini juga merupakan ebook LENGKAP yang bagus untuk anda jadikan rujukan jika ingin berbisnes di Shopee.

 

Ok, apa yang anda nak tahu tentang buat bisnes di Shopee? Saya pasti, semua persoalan anda terjawab dengan membaca panduan ini.

 

Anda nak buat bisnes secara dropship? Boleh.

Anda mahukan senarai pembekal untuk bisnes Shopee anda? Ada.

Anda mahukan senarai supplier dropship? Ada.

Anda mahu belajar step by step macam mana nak buat bisnes di Shopee menggunakan smartphone? Boleh.

 

Saya juga pernah tulis review berkenaan ebook Bisnes Shopee sebelum ini.

Baca disini: Review Ebook Bisnes Shopee – Sila baca sebelum buat pembelian

 

Ebook tambahan yang dibekalkan dalam pakej Bisnes Shopee akan mengajar anda cara-cara untuk jual produk tanpa pesaing, cara untuk buat kajian kata kunci, real case studies macam mana penulis buat bisnes di Shopee tanpa sebarang modal, dan yang paling penting ada group support untuk anda berinteraksi dengan penulis dan lain-lain seller.

Dalam bisnes ini anda tidak akan keseorangan. Kalau anda ada masalah, boleh tanyakan di bahagian group support. Cuma kalau boleh tu, bacalah dulu panduan yang diberikan untuk elak bertanyakan soalan yang jawapannya telah tersedia dalam ebook.

 

Ebook Bisnes Shopee ini dijual dengan harga RM100 sahaja di laman web ini.

 

(3) Panduan Part Time Shopee

Panduan langkah demi langkah, bagaimana cara nak buat bisnes di Shopee secara part time sahaja, tapi income yang diperolehi setara dengan mereka yang berniaga secara fulltime! [Download disini]

Cuba bayangkan, bagaimana agaknya kalau anda memilih untuk berniaga secara fulltime? Wow! Pasti lebih hebat.

 

Ini adalah kandungan yang dimuatkan dalam ebook Panduan Part Time Shopee

1. Step by step Cara Mendaftar di Shopee

 

2. Cara setup setting kedai kita supaya lebih menarik dan trusted.

 

3. Cara buat marketing supaya lebih ramai orang dapat nampak produk kita.

 

4. Cara buat offer supaya buyer memilih produk kita berbanding produk orang lain.

Dalam shopee ada banyak penjual yang jual produk yang sama. Anda perlu ada strategi bagi membuatkan pembeli memilih anda berbanding pesaing anda. Jangan hanya bersaing dari segi harga. Jika tawaran anda tak menarik, pembeli pasti hanya akan pilih penjual yang mampu beri harga paling murah.

 

5. Fungsi-fungsi menarik yang ada di Shopee.

 

6. Cara buat listing banyak dalam masa sekejap jer.

 

7. Strategi untuk mendapatkan jualan pertama di Shopee.

 

8. Cara Aktifkan Free Shipping Program (SSL).

Pembeli suka beli di Shopee sebab ada penghantaran percuma. Sebenarnya kos pos bukannya percuma, sebaliknya Shopee yang akan tolong bayarkan. Kalau dua penjual, jual produk yang sama, pembeli akan pilih seller yang tawarkan penghantaran percuma.

 

9. Tips dan Trick untuk membuat jualan laju dan berganda.

 

10. Teknik Segera bagi mendapatkan modal di Shopee.

Macam mana nak gunakan Shopee bagi tujuan kumpul modal untuk bisnes kita? Saya rasa saya boleh teka apa tekniknya, tapi saya rasa lebih baik anda baca dari penulis panduan ini sendiri.

 

11. Cara nak kekalkan rating dan maintain sale setiap bulan.

 

12. Cara menggunakan My Ads Shopee dengan menggunakan minimum kos.

Menggunakan iklan berbayar di Shopee memang seronok, tapi kalau tak berhati-hati, nanti habis duit pula sebab bayar kos iklan.

 

Ebook ini dijual dengan harga RM199 menerusi laman web ini.

 

(4) Panduan Lengkap Zero to Hero Raja Dropship Shopee

“Saya memang nak buat bisnes di Shopee, tapi saya nak buat style dropship sahaja. Saya tak nak pening-pening nak fikir pasal simpan stok, buat penghantaran dan sebagainya.”

 

Ada tak panduan yang mengajar perkara yang spesifik tentang buat bisnes dropship di Shopee sahaja.

Ya, memang ada.

 

Panduan tersebut diberi nama Raja Dropship Shopee. [Download panduan disini]

 

Panduan ini dihasilkan sendiri oleh individu yang memang berbisnes di Shopee secara dropship. Panduan adalah dalam bentuk video, dan kalau ada yang kurang faham, boleh ulang-ulang play video sampai faham.

 

Pakej pembelajaran melalui Panduan Raja Dropship ini turut disertakan dengan group support. Pastikan anda hubungi pemilik panduan ini melalui support group, jika anda masih tak berjaya dapatkan jualan di Shopee.

 

Dapatkan pandangan, nasihat atau apa sahaja, supaya anda dapat improve apa yang kurang tentang kedai Shopee atau iklan yang anda hasilkan.

 

Apa lagi yang menarik tentang Raja Dropship Shopee?

Senarai Hot Supplier Dropship – Untuk hasilkan pendapatan lumayan sebagai agen dropship sudah tentunya anda memerlukan senarai supplier yang “ UP TO DATE” dan serius berurusan dengan anda walaupun anda hanya agen dropship. Dalam pakej ini anda akan memperolehi senarai lebih dari 50 SUPPLIER!

 

Niche Di Shopee – Niche apa yang PALING MENDAPAT SAMBUTAN? Raja Dropship akan tunjukkan! Selepas ini tak perlu lagi main hentam je letak apa-apa produk. Elakkan kedai Shopee anda jadi seperti kedai runcit.

 

Market Research – Ini bahagian yang paling penting iaitu bagaimana nak ketahui apa yang PELANGGAN MAHU dan PERLUKAN! Jika kita tahu keperluan dan kehendak pelanggan kita, pasti lebih mudah untuk kita hasilkan jualan di shopee!

 

Produk Research – Kalau anda tidak tahu bagaimana nak buat produk research, pasti anda TIDAK TAHU PILIH PRODUK apa dan produk yang bagaimana boleh membuat pelawat tak sabar bayar kepada anda! Video dalam pakej pembelajaran ini akan tunjukkan caranya!

 

Teknik Listing – Jika anda fikir nak listing barang sekadar upload produk “gitu-gitu” sahaja, MAKA ANDA SILAP BESAR. Ketahui kaedah listing yang kami tunjukkan untuk generate “ROI” yang tinggi untuk setiap pelawat yang nampak LISTING ANDA.

 

Pro Marketing – Ketahui degan betul tools dan kemudahan yang disediakan oleh pihak Shopee sendiri. Jangan disebabkan anda TERLEPAS PANDANG anda pun TERLEPAS banyak CUSTOMER! Ini bab tentang Marketing Centre.

 

Shopee Empire – Ini adalah strategi “SECRET” yang kami tak dedahkan pada sesiapa pun sebelum ini. Tujuan dia ialah bagaimana nak dapatkan pelanggan yang “BERULANG” dengan mengumpul LIST & DATABASE pelanggan. Kalau nak harap pelanggan baru sahaja setiap masa, lama-lama store anda akan MATI!

 

Video-video pembelajaran ini dijual dengan harga RM197. Anda boleh muat turun dan dapatkan akses segera di laman web ini.

 

(5) Panduan Revolusi Marketplace

Pakej panduan Revolusi Marketplace ini bukan sekadar mengajar topik tentang jual beli di Shopee semata-mata, malahan anda juga akan belajar cara untuk berniaga di platform ecommerce yang lain seperti Lazada dan juga Lelong.com.my

Panduan ini disediakan oleh Kapt Zainol Rashid Burhan (B). [Sila ke halaman ini untuk download]

 

Ada beberapa perkara yang pada saya berjaya membuatkan saya tertarik dengan tawaran mereka.

 

Pertama, pakej pembelajaran ini cover cara untuk berniaga di tiga marketplace ecommerce serentak. Kita bukan setakat belajar pasal bisnes di Shopee semata-mata, malahan akan belajar pasal Lazada dan juga Lelong.com.my

 

Kedua, Pakej Revolusi Marketplace turut berperanan sebagai pembekal produk. Kalau yang nak jadi ejen dropship sahaja, semua stok barang-barang boleh dapatkan dari laman web ini. Biasanya kalau nak jadi ejen dropship mereka, kena bayar yuran dulu. Tapi untuk pembeli panduan, anda diberi akses percuma.

 

Ketiga, panduan dalam bentuk ebook, video ataupun kalau nak jumpa secara berdepan boleh sertai bengkel belajar bisnes Shopee yang dianjurkan. Pilihlah, anda lebih suka nak belajar dengan cara yang bagaimana.

 

Keempat, ada disediakan group support, di facebook dan juga telegram. Memang betul-betul serius nak bagi anda berjaya buat duit dengan menjadi seller di Shopee tau.

 

Kelima, kalau anda masih ragu-ragu dengan tawaran mereka, anda boleh pergi ke Subang Bestari, Shah Alam untuk melihat sendiri gudang atau warehouse milik syarikat. Tengoklah sendiri bagaimana mereka jalankan bisnes, dan selepas itu kalau dah rasa tertarik bolehlah join mereka buat bisnes di Shopee.

 

Pihak Revolusi Marketplace menyediakan beratus-ratus jenis produk untuk anda jual secara dropship. Sebahagian produk yang mereka jual adalah produk yang pernah atau masih viral.

 

Ini antara contohnya

Ada banyak lagi produk yang anda boleh lihat di laman web ini.

 

Semakin hari laman web Shopee makin meriah dengan kehadiran pelbagai individu yang menawarkan sesuatu untuk dijual.

 

Ada macam-macam jenis seller terdapat di Shopee

  1. Ada yang menjual produk jenama sendiri,
  2. Penjual yang menjual produk terpakai,
  3. Usahawan online yang menjual secara dropship
  4. Usahawan yang jual produk dari China
  5. Personal Shopper yang menjual produk Ori yang di import dari Jepun

 

Dengan munculnya pelbagai panduan buat duit dengan Shopee ini, kita boleh katakan yang Shopee sememangnya lubuk untuk buat duit untuk para usahawan online dan merupakan syurga bagi mereka yang gemar ber shopping.

 

Panduan telah tersedia, seterusnya terpulang pada anda, sama ada nak mulakan bisnes di platform ini dengan merujuk kepada panduan atau terus terjun dan belajar sendiri dari pengalaman.

 

Harga yang saya nyatakan didalam posting ini mungkin tidak sama ketika anda layari website jualan setiap panduan. Pemilik panduan mungkin telah mengubah harga, sama ada menaikkan harga atau menurunkan harga melalui promosi yang dijalankan.

 

Atau ada juga kemungkinan yang mana pemilik produk sudah menghentikan jualan, kerana telah capai kuota jualan yang telah ditetapkan. Kebanyakkan produk yang disenaraikan disini menyediakan group support.

 

Bagi memastikan kualiti support, maka ada pengeluar panduan yang mengehadkan jualan supaya dapat berikan support bertaraf first class kepada para pembeli.

 

 

Exit mobile version