Blog Sabree Hussin

Ebook Rahsia Taobao – Muat turun Panduan Borong Barang Dari China Secara Online

Adakah anda masih lagi tercari-cari, cara nak borong barangan dari China dengan cara yang mudah, cepat dan selamat?

 

Ada sebuah laman web yang menawarkan anda sebuah panduan, macam mana nak borong barang dari China. Laman web yang saya maksudkan adalah laman web Rahsia Taobao.

Anda boleh tekan pautan ini untuk terus ke laman web yang saya maksudkan diatas ini.

 

Kenapa nak borong barang dari China? Negara China mampu untuk bekalkan stok barangan untuk dijual semula dengan harga yang rendah.

 

Anda boleh buat perbandingan harga, untuk melihat berapa banyak perbezaan harga yang boleh anda perolehi. Bandingkan dengan negara-negara lain yang dijadikan destinasi borong, seperti Thailand dan juga Vietnam.

 

Apa beza antara pergi ke China dan borong barangan di sana dengan beli secara online sahaja?

Sudah semestinya ada beza.

 

Kalau kita pergi sendiri ke negara China, sudah tentu kita boleh lihat sendiri barang yang bakal dibeli. Kita boleh pegang, boleh semak kualiti barang yang bakal dibeli on the spot. Berbanding kalau kita nak beli secara online sahaja.

 

Kita terpaksa bergantung pada gambar yang diberikan oleh penjual semata-mata. Sebagai contoh buaian rotan ini. Ini adalah salah satu barang yang anda boleh dapatkan dari laman web taobao.

Kalau lihat dari gambar, memang nampak cantik dan tak jauh dengan buaian rotan yang biasa dijual di kedai-kedai perabot. Buaian rotan seperti gambar diatas, boleh diperolehi dengan harga RM375 dari laman web Taobao.

 

Walaupun begitu, jika anda ingin ke negara China bagi tujuan borong, ada beberapa perkara yang perlu anda berikan perhatian, seperti

  1. Dokumen perjalanan (pastikan anda tidak kena blacklist dengan imegresen)
  2. Tiket penerbangan
  3. Kos untuk penginapan
  4. Kos untuk pengangkutan
  5. Kos untuk telekomunikasi (boleh sewa servis internet dengan Visondata)
  6. Kos dan belanja untuk makan dan minum
  7. Kos untuk menyediakan kelengkapan yang sesuai untuk ke China
  8. Lain-lain kos berbangkit

 

Setelah kita pertimbangkan, kos-kos yang perlu kita keluarkan, ini akan membuatkan pilihan untuk ke negara China dan beli borong disana jadi kurang menarik. Bagi mereka yang baru nak bermula dan mempunyai modal yang agak terhad, pasti sedikit sebanyak perkara ini akan melemahkan semangat untuk bergiat dalam bidang ini.

 

Mujurlah, kita boleh beli sahaja barang-barang yang hendak diniagakan ini secara online sahaja. Sebelum saya nak cerita tentang laman web Taobao, saya nak kongsikan kepada anda juga, beberapa laman web yang agak popular jika anda minat nak beli barang dari China.

 

Antara laman web borong china yang popular.

 

Alibaba.com

Menerusi laman web Alibaba.com ini anda boleh beli pelbagai barangan dari China dengan harga yang rendah. Walaubagaimanapun, untuk dapatkan harga yang rendah, anda perlu beli dalam kuantiti yang besar, sebagai contoh kena beli dalam lingkungan 500 – 1,000 unit minima.

 

Jika anda memang yakin, produk yang bakal dibeli tu mampu untuk dijual, jadi memang tak ada masalah untuk beli dalam kuantiti yang besar. Sebaliknya, kalau anda baru nak cuba-cuba, lebih baik beli dalam kuantiti yang kecil dulu.

 

AliExpress.com

Menerusi laman web AliExpress, anda juga boleh beli macam-macam produk dari China. Harga yang ditawarkan di laman web AliExpress adalah sedikit tinggi jika nak dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di Alibaba.

 

Lagi satu, transaksi di laman web AliExpress ini adalah menggunakan matawang USD. Ini memberi kesan yang kurang baik selagi mana matawang kita, RM masih lebih lemah berbanding matawang negara US.

 

Kesan matawang ini juga akan menyebabkan harga atau kos yang terlibat akan jadi lebih tinggi.

 

DHGate.com 

Saya mula mengenali laman web DHGate ini apabila saya mula belajar macam mana nak buat duit dengan berniaga di ebay. Selain AliExpress, laman web DHGate ini merupakan salah satu laman web pilihan untuk dijadikan pembekal dropship.

 

1688.com

Laman web 1688.com ini merupakan salah satu laman web yang disebut-sebut sebagai laman web yang mampu untuk berikan tawaran harga yang menarik bagi tujuan borong. Sebenarnya laman web ini juga merupakan salah satu daripada laman web milik Alibaba Group.

 

Untuk pengetahuan anda, anda akan diberikan ebook panduan cara-cara untuk memborong dari laman web 1688.com sekiranya anda dapatkan ebook Rahsia Taobao. Ebook ini akan diberikan secara PERCUMA sahaja.

Sila klik pada pautan ini untuk melihat senarai ebook PERCUMA yang anda bakal perolehi.

 

Beli barangan Taobao menerusi ejen?

Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang merasakan proses untuk beli borong barangan dari China seolah-olah sangat rumit. Jadi, apa kata anda beli menerusi ejen yang sah yang memang boleh bantu anda dapatkan barangan Taobao.

 

Salah satu yang saya boleh rekemen adalah dengan membuat pembelian menerusi laman web Ezbuy Malaysia.

Anda boleh klik ke sini untuk ke laman web Ezbuy Malaysia.

 

Ada satu lagi yang saya ingin highlight kepada pembaca sekalian. Sebenarnya, anda juga boleh dapatkan pelbagai barangan dari Taobao menerusi laman web Lazada Malaysia. Ini dia link khas yang anda boleh gunakan untuk beli barangan Taobao menggunakan platform Lazada Malaysia.

Bagi mereka yang biasa beli barang dari laman web Lazada, pasti tak ada masalah untuk buat tempahan menerusi laman web ini. Prosesnya lebih kurang sama sahaja dengan kita beli produk lazada yang didatangkan dari luar negara.

 

Ia memang akan ambil masa yang lebih panjang berbanding kalau produk yang kita nak beli tu penjualnya berada dalam negara.

 

Anda boleh lihat sendiri barangan taobao yang disenaraikan di laman web Lazada. Apa yang saya boleh katakan, pada waktu ini, jumlahnya tidak sebanyak seperti yang kita boleh perolehi terus dari laman web Taobao.

 

Adakah anda perlu rujuk panduan untuk beli barang dari Laman web Taobao?

Ini dia laman web Taobao.

Sekiranya anda terus ke laman web taobao, https://www.taobao.com, anda akan dapati laman web tersebut disediakan dalam bahasa dan tulisan cina. Saya pun tak pasti sama ada ianya dalam bahasa mandarin ataupun kantonis.

 

Mungkin kantonis.

 

Sebaik-baiknya, anda layari laman web taobao menggunakan browser Google Chrome. Google Chrome ada fungsi untuk menterjemahkan kandungan sesebuah laman web mengikut bahasa yang kita mahukan.

 

Jadi, kita boleh alih bahasa laman web Taobao kepada bahasa yang kita faham. Sama ada dalam Bahasa Inggeris atau lain-lain bahasa.

 

Ebook Rahsia Taobao bukan sekadar mengajar cara untuk membeli, sebaliknya anda juga akan belajar cara untuk menjual

Saya rasa tak lengkap kiranya kita cuma belajar macam mana cara nak beli barang dari China dengan harga yang rendah, tetapi pada masa yang sama, kita masih lagi tak tau, macam mana nak jual semula barang-barang yang kita dah beli tu.

 

Tak kisahlah berapa murah kita dapat sesuatu barangan tu, selagi kita tak dapat nak jual semula produk tu, maka kita masih belum dapat untung.

 

Kalau panduan ni cuma mengajar cara untuk dapatkan barangan dari China dengan harga yang murah, saya kira panduan ini sesuailah untuk mereka yang nak membeli sebab nak pakai sendiri.

 

Tetapi saya tahu, anda ada perancangan untuk buat duit dan mungkin nak jadikan ini sebagai salah satu bisnes anda. Anda nak beli barang dari China sebab nak jual semula.

 

Jadi, saya berpendapat, apa yang bakal anda pelajari dalam modul kelima dan keenam ini pasti akan banyak beri manfaat kepada anda.

Dalam modul kelima ini, anda akan didedahkan tentang lima tempat dimana anda boleh gunakan untuk jual semula barangan yang telah anda borong sebelum ini.

 

Apa tempatnya?

 

Biasanya, orang akan jual menggunakan Facebook, Instagram, mudah.my dan banyak lagi. Kalau anda nak tahu, lagi dua tu jual kat mana, bolehlah muat turun panduan ini menerusi link ini.

 

Semua sekali ada lima tempat yang anda boleh fokuskan untuk buat jualan barang-barang yang anda telah borong dari China. Kalau cuma fokus pada satu tempat, mungkin anda sukar untuk dapatkan pelanggan. Tapi, kalau jual di lima tempat sekaligus, tak akan masih tak dapat pelanggan pulak?

 

Dalam proses jualan, biasanya kita akan berhadapan dengan macam-macam kerenah pelanggan. Pelanggan mesti nak tahu berapa banyak stok yang kita ada, apa warna yang masih tinggal, ada tak gambar lain yang pelanggan boleh lihat sebelum buat bayaran dan macam-macam lagi.

 

Awas. Anda perlu sangat berhati-hati dalam menyantuni setiap pertanyaan pelanggan. Jika kita dilihat terlalu keras atau kelihatan sombong apabila berbicara, mungkin akan ada yang terasa hati dan tak jadi nak beli.

 

Benda ni memang nampak macam remeh. Tetapi, kalau ini merupakan pengalaman pertama anda nak menjual secara online, memang tak mustahil untuk anda buat silap dalam perkara ini.

 

Itu sebabnya, Nigel Ong turut memberikan panduan macam mana dan apa yang perlu dilakukan dalam proses untuk hasilkan jualan.

 

Jadi tak kiralah sama ada anda adalah orang baru atau orang yang dah berpengalaman, pasti boleh belajar sesuatu menerusi bab ini.

 

Sebenarnya, ebook Rahsia Taobao ini telah berada di pasaran agak lama. Sepanjang tempoh tersebut, ramai juga yang dah berjaya beli barang terus dari China secara online sahaja tanpa perlu susah payah nak ke negara China.

 

Mereka memborong hanya dari depan laptop mereka sahaja. Bawah ini adalah salah satu testimoni pembeli ebook ini sebelum ini.

Anda boleh lihat ada banyak lagi testimoni dari pembeli ebook Rahsia Taobao sebelum ini di pautan ini.

 

Sekiranya anda merasakan yang ebook ini tidak dapat bantu anda, anda sebenarnya boleh buat uji kaji sendiri. Cubalah beli dari laman web Taobao tanpa merujuk sebarang panduan.

 

Ataupun anda boleh sahaja tanya pada google dengan menulis di search engine soalan seperti “how to buy from Taobao”. Anda akan temui ada macam-macam panduan dan perkongsian yang dikongsikan oleh blogger dari dalam dan juga luar negara.

 

Cuma masalahnya ialah, tips yang diberikan itu mungkin tak berapa sesuai untuk situasi kita yang berada di Malaysia.

Contohnya seperti dalam situasi barang kena tahan dengan kastam Malaysia. Dengan merujuk kepada panduan Ebook Rahsia Taobao ini, anda tak perlu risau untuk buat tempahan dan jika ditakdirkan barang anda kena tahan dengan pihak kastam sekalipun, anda pasti tahu apa yang perlu dilakukan.

 

Jika anda merasakan panduan ini akan membantu anda, bolehlah muat turun menerusi pautan ini.

 

 

Exit mobile version