Blog Sabree Hussin

Tips membeli barang dari laman web Borong dari China dengan selamat

Soalan:

Salam tuan sabree, saya local student baru 20 y/o plan nak start bukak bisnes online. Actually memang dah start pun, saya tengah cari tips nak deal dengan supplier dari China & saya dah usha laman web alibaba.com. Boleh saya nak tanya tips camna nak berurusan dengan mereka? (Takut kena tipu)

 

Sebenarnya… saya TAK PERNAH langsung beli sebarang produk dari laman web Ali Baba. Namun begitu, saya sedia maklum, yang laman web Ali Baba ni memang terkenal sebagai salah sebuah laman web yang membolehkan kita membeli barangan dari China dengan harga yang murah.

 

Sebelum ini, saya biasa beli dari laman web DHGate.com

 

Ini pula laman web Alibaba

 

Kedua-dua laman web ini menawarkan dua fungsi yang lebih kurang sama. Ia membantu kita sebagai pembeli untuk mendapatkan produk-produk dari negara China tanpa perlu bersusah payah nak lakukan persediaan untuk ke negara China.

 

Sekarang ni, semuanya mudah. Hanya dengan melayari laman web tersebut, kita dah boleh borong pelbagai barangan dari China. Harganya? Juga agak murah. Anda boleh lihat sendiri kedua-dua laman web tersebut untuk meneliti berapa harga yang ditawarkan.

 

Selamat ke kalau beli barang dari China? Tak ada risiko kena tipu ke?

Memang ada perbezaan yang ketara lebih-lebih lagi kalau kita beli secara online, berbanding dengan kalau kita beli terus ke China.

 

Salah satu risikonya ialah, barangan yang kita tempah tu mungkin tak sama seperti yang kita mahukan.

 

Apa yang saya biasa lihat, para penjual atau pembekal dari China ni, mereka agak jarang menunjukkan stok barangan yang mereka jual. Kalau ada gambar sekalipun, selalunya gambar tersebut adalah gambar yang sama seperti yang digunakan oleh lain-lain penjual.

 

Kalau ada 10 penjual, kesemua 10 penjual ni gunakan stok gambar produk yang sama. Pelik kan! Apa susah sangat ke mereka ni (penjual dari China) nak tunjukkan gambar real dan stok produk yang mereka miliki? Itu mereka sahaja yang tahu.

 

Risau dengan penipuan yang melibatkan pembayaran dan pemindahan wang?

Ini satu kerisauan yang memang munasabah. Bukan anda seorang sahaja yang risau kalau benda ni berlaku, malahan ada beribu-ribu orang di serata dunia yang fikirkan hal yang sama dan risau kalau-kalau benda ni terjadi kat mereka.

 

Maka untuk menangani masalah penipuan berkaitan dengan kewangan, maka diwujudkan secure payment.

 

Satu akaun eskrow akan diwujudkan terlebih dahulu. Sebarang pembayaran akan dimasukkan ke akaun eskrow. Bermakna, duit yang anda bayar, masih belum diterima kepada penjual. Apabila penjual dah post barang yang anda tempah, dan barang tersebut telah sampai kepada anda dengan selamat dan anda puas hati, barulah pihak yang menguruskan akaun eskrow ini akan serahkan bayaran anda kepada penjual dari China itu tadi.

 

Katakanlah anda kurang bernasib baik dan tak sengaja telah berurusan dengan penjual yang kurang jujur dan tak menepati kriteria yang anda mahukan, tetapi bayaran dah pun dibuat, anda sebenarnya boleh request untuk dapatkan refund.

 

Ini ciri-ciri keselamatan berkaitan dengan pembayaran.

 

Sebenarnya apa yang biasa berlaku ialah dari segi produk yang ditempah. Ye la… bukan semua peniaga di China tu faham bahasa Inggeris. Kadang-kadang, pembeli yang berurusan dengan mereka pun tak faham sangat bahasa Inggeris, itu yang buatkan berlaku miscommunication selalu.

 

Sebelum ni, kalau saya nak beli sebarang produk, saya akan berhubung dengan penjual terlebih dahulu. Saya akan kenalpasti, penjual yang mana satu yang

1. Mudah untuk dihubungi dan boleh layan pelanggan

Ini penting, sebab kita ada banyak benda nak tanya. Kalau penjual pun macam malas nak jawab soalan-soalan kita, buat apa kita nak bagi duit kat dia.

 

2. Penjual FAHAM bahasa kita

Ini untuk memastikan penjual boleh berikan produk seperti yang kita mahukan. Biasanya, kalau simple English memang tak ada masalah. Nak tak nak, mereka memang kena belajar bahasa Inggeris sebabnya pembeli datang dari seluruh dunia.

 

3. Boleh bagi gambar yang unik dan lain dari yang lain

Berkenaan dengan gambar produk, sebenarnya mereka memang boleh beri. Cuma hanya kepada pelanggan atau bakal pelanggan yang benar-benar serius sahaja. Cubalah minta dan biasanya anda akan dapat.

 

Baiklah, sebelum saya tamatkan perkongsikan kali ini, saya nak share kepada anda sebuah laman web yang memberikan servis yang seumpama dengan DHGate dan juga Ali Baba. Nama laman web ini ialah Taobao.

 

Apa kelebihan laman web ini?

 

Baik. Untuk pengetahuan anda, jika anda ingin membeli di laman web ini, ada satu panduan LENGKAP yang anda boleh rujuk. Nama panduan tersebut ialah Rahsia TaoBao.

 

Kalau untuk lain-lain laman web borong dari China, saya tak jumpa lagi panduan khas, khusus dan spesifik untuk laman web tersebut. Tapi kalau TaoBao memang dah ada panduan dia. Jadi untuk orang yang masih baru dan agak kurang pengalaman pun boleh beli di Taobao dengan selamat selepas baca dan lihat panduan yang diberikan.

 

Untuk muat turun panduan TaoBao boleh klik sini.

 

Baiklah, semoga membantu.

Exit mobile version