Blog Sabree Hussin

Lubuk Dropship & Supplier Dari China

Kalau nak cari barang-barang murah, belilah barangan buatan China.

 

Kalau anda rasa susah nak cari kedai yang jual barang buatan China, ha… bukak internet terus je beli dari China.

 

As simple as that.

 

Tak perlu susah payah nak pergi ke China. Tak perlu risau nak beli tiket, nak buat passport, tempah hotel untuk penginapan, cari makanan halal, isu keselamatan dan lain-lain lagi. Sekarang ni, semuanya boleh diselesaikan di hujung jari sahaja.

 

Ini salah satu laman web yang saya kerap gunakan untuk beli barangan dari China.

Ini adalah laman web DHgate.com

 

Ia merupakan laman web ala-ala ebay yang berasal dari China. Kebanyakkan penjual yang menggunakan platform DHgate ini adalah terdiri daripada pengilang dan juga pemborong pelbagai jenis produk.

 

Dari segi harga memang murah.

 

Actually kalau anda beli dalam kuantiti yang besar, boleh dapat lagi murah. Untuk produk yang sama, akan ada harga yang berbeza.

 

Sebagai contoh, kalau cuma beli satu unit, harganya lain. Kalau beli lebih dari 10 unit, harga untuk seunit akan jadi makin murah. Formulanya ialah, lagi besar kuantiti yang anda beli, lagi murah harga barang tersebut.

 

Disamping itu, anda juga mungkin akan temui harga yang berbeza ditawarkan oleh penjual yang berbeza. Macam yang saya dah cerita sebelum ni, penjual di laman web tu terdiri dari pelbagai latar belakang. Ada pemborong dan ada pengilang. Mana yang mampu beri harga murah, dia berilah. Kalau tidak, harga akan sedikit mahal.

 

Dari segi keselamatan, buat masa ini saya tak pernah lagi ada masalah bila buat pembelian menerusi laman web ni. Semua barang yang dibeli, sampai ke rumah saya tanpa sebarang masalah. Kalau nak gunakan web ini bagi tujuan bisnes dropship juga boleh.

 

Saya ada pengalaman beli barang kat ebay dan barang yang di tempah tak sampai ke tangan saya (sehingga sekarang). Mungkin hilang semasa proses penghantaran, atau mungkin kena tahan dengan pihak kastam. Wallahua’lam

 

Masa tu saya dah buat report dengan ebay dan dah deal secara terus dengan penjual.

 

Option yang saya dapat, dia hantar semula barang baru.

… pun tak sampai jugak.

 

Akhir sekali, dia cadang untuk split half-half kerugian. Kalau ikut apa yang dia kata, dia pun dah rugi banyak sebab dah post barang yang sama dua kali, tapi tetap tak sampai.

 

Ok la… have to. Nak buat macam mana, daripada saya tak dapat apa-apa langsung. Akhirnya saya dapat half refund. Mujurlah barang yang saya beli tu pun sebenarnya tak begitu mahal.

 

Itu tragedi berurus niaga dekat ebay.



 

Berbalik kepada laman web DHgate ini, sebenarnya laman web ini juga boleh digunakan sebagai supplier untuk buat program dropship.

 

Semasa buat tempahan, anda hanya perlu masukkan alamat penghantaran kepada alamat pelanggan anda.

 

Satu yang saya kurang berkenan ialah masa penghantaran tu yang agak panjang. Ada yang ambik masa sampai sebulan… Ya, memang lama. Bergantung kepada lokasi pelanggan anda. Biasanya, kalau pilih opsyen free delivery, memang akan ambil masa yang agak panjang.

 

Solution dia ialah guna kurier service berbayar seperti DHL, atau UPS. Tapi satu hal, kos dia agak mahal. Kalau nak buat dropship, kos penghantaran ni, pelanggan yang akan bayar. Kita masukkan sekali caj penghantaran kepada produk yang dijual, jadi sepatutnya tak ada masalah.

 

Ok la, laman web ini ada macam-macam jenis barang. Boleh tengok-tengok dulu. Kalau berkenan, cubalah buat tempahan.

 

Bagi urusan pembayaran, laman web DHGate ni menggunakan matawang USD. Ini bermakna kita kena selalu buat semakan, berapa kadar tukaran matawang kita berbanding USD. Kalau nilai RM jatuh atau lemah berbanding USD, ini akan buatkan transaksi tu jadi lebih mahal.

 

Kalau begitu, apa nak buat?

 

Matawang negara China adalah Renminbi atau dikenali juga sebagai Chinese Yuan. Anda boleh buat semakan, kadar tukaran matawang kita, RM, dengan Yuan. Bergantung pada waktu bila anda buat semakan, anda mungkin akan dapati, beli terus dari China dan menggunakan matawang Yuan adalah lebih jimat, berbanding bayar guna USD.

 

Awal-awal tadi kan matlamat kita nak dapat harga yang murah. Jadi, soal matawang ni pun kita kena ambil kira juga.

Laman web borong mana satu yang bagus untuk digunakan? Cadangan saya, anda gunalah laman web Taobao.com

 

Kalau guna taobao ni, walaupun cuma beli satu unit, harganya masih lagi rendah. Kenapa nak beli satu unit sahaja? Kalau nak buat bisnes jual barang-barang dari China, mesti nak beli banyak, betul tak?

 

Sebenarnya cara tersebut tak berapa baik. Cara yang lebih baik ialah, kita beli dalam kuantiti yang sedikit dulu. Bila dah dapat barang, kita semak kualiti barang, dan bila puas hati barulah jual barang tu ataupun borong dalam kuantiti yang lebih besar.

 

Satu lagi, bila kita dah ada produk dalam tangan, kita boleh ambil gambar mengikut kreativiti kita dan dari sudut yang pelbagai. Bila kita ada banyak gambar produk, dan semuanya cantik-cantik serta unik, ini akan lebih meningkatkan peluang untuk orang beli produk tersebut.

 

Bila ada tempahan dari pelanggan, anda order la dari supplier dari China tu, dan bukannya serahkan stok dalam tangan. Kita anggap apa yang ada dalam tangan tu adalah sebagai produk display sahaja.

.

..

Sebenarnya ada banyak alternatif bagi laman web borong dari China seperti DHGate. Saya perkenalkan Laman web TaoBao kerana itu merupakan laman web yang sering digunakan oleh usahawan borong kita. Laman web ini berasal dari China, dan mereka menjual pelbagai produk dan boleh dibeli dengan kuantiti yang sedikit tetapi masih lagi dengan harga borong.

 

Satu lagi, istimewanya dengan Taobao ni ialah, ada panduan yang anda boleh rujuk untuk membeli dengan selamat boleh muat turun disini.

Kalau beli kat laman web lain, belum tentu ada panduan khas yang anda boleh rujuk. Dengan adanya panduan ini, pasti akan rasa lebih selamat nak beli secara online sahaja, kan. Jadi, tunggu apa lagi tu? Muat turun panduan ini sekarang dengan menekan klik pada pautan ini.

 

Exit mobile version