Blog Sabree Hussin

Buku panduan memborong dari China yang patut anda baca?

Adakah anda ingin memborong produk-produk dari China, namun sampai sekarang anda masih tak tau, kat mana anda boleh rujuk dan belajar cara-cara untuk melakukannya?

 

Saya ada berita baik untuk anda! Setakat hari ini, saya dah temui dua buah buku yang ditulis oleh mereka yang memang dah biasa ke negara China untuk membeli pelbagai produk untuk diniagakan semula di negara kita.

 

Buku panduan pertama: Panduan memborong di China

Klik: Panduan Memborong di China

 

“Panduan lengkap memborong dengan keuntungan sehingga 600%”

 

Kita semua sedia maklum, bahawa barangan dari China sememangnya murah-murah belaka. Maka tak hairanlah bagaimana negara China mampu menjadi sebuah negara besar yang mempunyai kuasa ekonomi yang sangat kuat.

 

Mereka bukan sahaja memiliki tenaga kerja yang begitu ramai, jumlah penduduk yang banyak, malahan mereka juga mampu untuk menghasilkan pelbagai produk yang berkualiti dengan kos buruh yang begitu murah.

 

Dalam perkongsian saya sebelum ini yang berjudul hati-hati jika ingin beli barang murah dari China, saya ada menyebutkan bahawa kebanyakkan barangan yang dijual dengan harga murah, kualitinya adalah setanding dengan harga yang ditawarkan.

 

Namun begitu, untuk mengatakan semua peniaga di China akur pada formula yang sama adalah kurang tepat. Hanya mereka yang dah biasa berulang alik dari Malaysia ke China dan dah faham betul ragam peniaga di sana sahaja yang boleh bantu anda, macam mana nak dapatkan produk yang berkualiti tinggi namun dengan harga yang cukup rendah.

 

Tak rugi anda baca buku ini.

 

Buku panduan kedua: Borong di China: Ingat senang ke?

Klik: Borong di China: Ingat senang ke? 

 

Senang ke susah nak borong barang di China ni? 

 

Membaca perkongsian pengalaman dari penulis sendiri, iaitu Norisham Kadmin, membuatkan saya sendiri merasakan yang kerja-kerja memborong di China tidaklah sesukar mana!

 

Semua orang boleh lakukannya… dengan syarat anda ada ilmu, kemahuan dan mempunyai minat yang begitu mendalam dalam bidang keusahawanan. Negara China yang digambarkan dalam buku ini, suasananya tidaklah begitu asing jika nak dibandingkan seperti di Malaysia.

 

Di negara kita, kita juga ada tempat-tempat yang menarik dan best untuk tujuan borong. Antaranya yang biasa saya sendiri pergi ialah di Kenanga Wholesale City dan GM Klang. Kedua-dua tempat ini juga menawarkan harga yang cukup murah, dengan syarat kita beli borong!

 

Kalau setakat beli satu atau dua unit, memanglah harganya tak semurah mana.

 

Kedua-dua tempat yang saya sebutkan ni pun saya dah rasa ianya sangat murah! Cuba bayangkan kalau kita dapat pergi terus ke China dan memborong di sana?! Saya percaya, kebanyakkan barangan yang dijual di Kenanga dan juga di GM Klang juga ada yang berasal dari China.

 

Pada pandangan saya la kan… jangan terus pergi ke China sebelum anda baca kedua-dua buku ini. Jadikan isi kandungan dalam kedua-dua buku ini sebagai persediaan untuk anda mulakan ekspedisi memborong ke China.

 

Untuk pengetahuan anda, harga bagi kedua-dua buku ini juga SANGAT MURAH. Tak sampai RM20 pun untuk setiap satu. Kalau beli kedua-dua buku sekali dan baca pun anda tak rugi, malahan anda dapat tahu serba sedikit pengalaman penulis yang dah biasa memborong di China.

 

Anda boleh beli sama ada secara online (lebih mudah) atau boleh juga dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan anda.

 

Selain itu, jika anda berminat untuk pelajari bagaimana cara untuk memborong barangan dari China dengan selamat tanpa perlu bersusah payah nak ke negara China, anda boleh klik sini.

 

 

Exit mobile version