Blog Sabree Hussin

Borong Di China: “Ingat Senang Ke?”

China bukan sahaja terkenal dengan Tembok Besarnya, tetapi juga merupakan antara negara ekonomi terbesar di dunia sehingga ada yang menggelarnya sebagai “kilang atau syurga dunia”. Lambakan barangan di seluruh dunia yang menggunakan tag ‘Made In China’ membuktikan kuasa ekonominya. 

 

panduan_borong_dichinaMemborong di China memang nampak mudah, namun tidak semudah itu jika persediaan rapi tidak dibuat. Cukup modal, fasih dalam bahasa mereka mahupun bahasa Inggeris bukan penentu kejayaan anda memborong di sana. Banyak lagi faktor lain yang sering dipandang ringan oleh para pemborong.

 

Buku ini mendedahkan beberapa faktor yang sering menjadi punca kegagalan memborong di China. Tip-tip memborong turut disertakan sebagai panduan dan yang lebih best, senarai tempat borong mengikut jenis barang juga didedahkan.

 

Apa pun, pastikan semua keperluan dan persediaan dibereskan sebelum menjejakkan kaki ke China. Takut-takut nanti hasilnya tak seberapa, penat aje yang dapat! – sinopsis buku Borong di China: “Ingat Senang ke?”

 

Ini dia salah satu buku yang WAJIB anda baca sekiranya anda berhasrat untuk ke Negara China bagi tujuan memborong barangan yang dijual disana untuk dijual semula di negara kita. Buku terbitan Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd ini dijual dengan harga RM14 sahaja. Ya, cukup murah dan saya pasti anda mampu untuk mendapatkannya.

 

Apa yang lebih menarik sekali ialah, selain harganya yang murah, isi kandungan juga begitu mantap dan bermanfaat untuk mereka-mereka yang bakal mengikuti ekspedisi memborong ke China. Jom kita lihat apa isi kandungan buku ini.

Baca juga: Buku panduan memborong dari China yang patut anda baca?

 

CHINA: APA YANG PERLU ANDA TAHU?
Fakta pantas tentang China
Guangzhou – bandar Pemborongan Utama
Mata Wang China
Sindiket Wang Palsu
Pengurup Wang
Format Tarikh
Kod Telefon
Pertukaran Masa
Kenapa Perlu ke China?
Persoalan Mengenai Borong ke China

 

Sebelum terus ke topik macam mana nak jadi kaya sebagai seorang usahawan borong, kita pelajari terlebih dahulu serba sedikit tentang Negara China. Suasana dan cuaca di China adalah sedikit berbeza berbanding kita di Malaysia.

 

Dari segi Time Zone, ianya juga berbeza.

 

BAGAIMANA MAHU KE CHINA?
Tempahan Hotel
Visa

 

Sudah tentu, anda memerlukan tempat penginapan apabila berada di China nanti. Sebagai usahawan borong, most likely, kebanyakkan aktiviti anda akan lebih banyak dihabiskan di Guangzhou. Jadi, anda boleh menggunakan servis dari trivago ini untuk melihat tawaran hotel terbaik untuk anda.

 

Penulis juga ada berkongsi kepada kita maklumat tentang hotel yang cukup popular dari kalangan pemborong, iaitu Hotel Clivia.

sumber gambar: http://ariqtravellog.blogspot.my

Seterusnya, perkara yang anda perlu ambil berat ialah mengenai travel document untuk ke China. Ya, anda perlu ada passport dan juga VISA. Kalau anda tak tau macam mana prosedur untuk dapatkan VISA, buku ini ada ceritakan macam mana caranya.

 

GUANGZHOU: KOTA METROPOLITAN
Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun
Restoran Makanan Halal
Sekatan Media Sosial
Tempat-tempat Menarik di Guangzhou

 

Bagi yang beragama Islam, di sekitar Guanzhou sebenarnya terdapat banyak lokasi-lokasi pilihan dan restoran yang menyediakan makanan halal. Kat sini juga ada beberapa restoran makanan halal seperti

(1) Restoran Cina Muslim

(2) Restoran Arab

(3) Restoran Turki

(4) Restoran Indonesia

(5) Restoran Pakistan

 

Pilih sahaja mana-mana satu yang menepati selera anda. Jika anda tak pasti, sama ada penjual makanan tersebut beragama Islam atau bukan, anda boleh beri lafaz salam dan lihat bagaimana responsnya.

 

Sepanjang ekspedisi borong di China ni, anda pastinya tidak akan terasa terganggu, sebab media-media sosial seperti Facebook tidak dapat di akses dari sana. Namun begitu, anda masih dapat berkomunikasi menggunakan aplikasi seperti wechat, kakaotalk, QQ dan sebagainya.

 

KEJAYAAN & KEGAGALAN PEMBORONGAN KE CHINA
Faktor Cuaca Dan Musim
Faktor Persediaan
Faktor Pengurusan Masa
Faktor Matlamat & Objektif Yang Jelas
Faktor Pengangkutan
Faktor Kesesuaian Waktu Memborong
Faktor Kajian Lokasi Pemborongan
Faktor Penguasaan Teknik Urus Niaga Pemborongan
Faktor Teknik Pembayaran
Faktor Pembungkusan Barangan
Faktor Penghantaran Barang
Faktor Penghantaran Melalui Shipping: Biar Lambat Asalkan Murah

 

Jika anda beranggapan, anda boleh melakukan aktiviti borong pada bila-bila masa mengikur kesukaan hati anda, anda dah silap besar. Realitinya, terdapat banyak faktor yang akan mempengaruhi sama ada ekspedisi borong anda itu nanti akan membuahkan hasil, atau membuatkan anda kerugian besar.

 

Dalam bab Kejayaan dan Kegagalan Pemborongan ke China ini, anda akan didedahkan senarai tempat borong, bagi memborong produk-produk tertentu. Jika anda ada senarai ini, kerja-kerja borong anda akan jadi lebih mudah dan teratur. Anda juga akan lebih mudah merancang perjalanan dan pergerakkan anda sepanjang berada di Guangzhou.

 

RAHSIA KEJAYAAN PEMBORONGAN MELALUI KAJIAN PASARAN
Kajian Pasaran
Kajian Permintaan
Kajian Harga
Kajian Fizikal Produk: Pilihan Warna
Kaedah Permulaan Kuantiti
Kaedah Pengiraan Harga
Kaedah Tukaran Wang
Kualiti Barang

 

Adakalanya, kita akan mudah rambang mata bila melihat sendiri barang-barang yang boleh diborong. Semuanya cantik-cantik belaka, dan harganya juga murah. Beli murah dalam kuantiti yang banyak, kemudian jualkan semula dengan 2 atau tiga kali ganda lebih tinggi harganya.

 

Namun anda perlu faham satu perkara, menjual semula barangan yang diborong tidaklah semudah memborong barang tersebut. Nak beli senang, nak jual balik, itu kita kena lihat beberapa faktor. Antaranya ialah, adakah produk yang bakal diborong itu mempunyai permintaan di pasaran tempatan?

 

Ketepikan faktor emosi kita. Buatlah kajian dan jangan mudah terpengaruh dengan betapa cantiknya barang yang ada di depan mata. Buat kajian pasaran, dan boronglah produk-produk yang ada permintaan sahaja.

 

KEJAYAAN PEMASARAN
Kaedah Perniagaan
Apa Itu 4P?
Produk
Price (Harga)
Place (Tempat)
Promosi Pemasaran

 

Dalam bab Kejayaan Pemasaran, anda akan mengetahui beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menjual semula produk-produk yang dah dibeli. Setiap hari yang berlalu, tanpa ada sebarang jualan adalah kos bagi perniagaan.

 

MOTIVASI KEJAYAAN
Tanda Berjaya Dalam Perniagaan
Punca Hilang Pelanggan?
Siapa Anda Lima Tahun Akan Datang?
Kenali Sahabat Di Sekeliling Anda
Kejayaan dan Kegagalan Anda Bermula Disini!

 

Adakah semua yang pernah ke China dan memborong barang dari sana akan dijamin akan menjadi seorang yang berjaya dalam bidang perniagaan? Belum tentu, setuju? Pengalaman dan kejayaan kali pertama memborong di China akan jadi penanda aras sama ada anda akan kesana lagi untuk terus memborong. Mungkin kali ini, dengan jumlah yang lebih besar.

 

Buku ini sesuai dibaca oleh

(1) Bakal-bakal usahawan borong

(2) Individu yang dah biasa ke China untuk memborong tetapi inginkan pandangan baru

(3) Mereka yang merancang untuk melancong ke China

 

Untuk buat tempahan buku ini, mudah sahaja. Saya syorkan anda buat tempahan secara online sahaja disini.

 

Selain pergi ke Negara China untuk tujuan memborong, anda juga ada alternatif lain, iaitu beli sahaja barangan yang hendak diborong secara online. Untuk rujukan boleh muat turun ebook ini.

 

 

Exit mobile version