Blog Sabree Hussin

Ebook Rahsia Taobao – Ebook Nombor 1 pilihan pembaca dalam carta Top 10

Ebook Rahsia Taobao adalah salah satu ebook yang selalu saya tulis dalam blog ni. Jika anda rujuk ke halaman arkib blog ini, anda pasti akan dapat lihat ada banyak artikel yang saya tulis mengenai ebook ini.

 

Baru sebentar tadi saya buat semakan, senarai top 10 ebok yang mengungguli carta jualan ebook di Klikjer. Rupa-rupanya ebook ini berjaya mengungguli carta tersebut.

 

Lihat sceenshot dibawah ini.

Nampak kan, ebook Rahsia Taobao berjaya menduduki tempat pertama. Jadi, apa maksudnya? 

DOWNLOAD EBOOK  RAHSIA TAOBAO EDISI PREVIEW PERCUMA DISINI

 

Maksudnya, ebook rahsia taobao ini ramai yang beli!

 

Ini juga dapat kita jadikan signal bahawa ebook ini memang berkualiti, ramai yang yakin untuk beli ebook ini dan pelajari apa yang terkandung dalam ebook ini. Kalau anda juga nak beli ebook ini, anda tidak akan keseorangan.

 

Ada ramai lagi pembeli lain, yang turut melabur untuk dapatkan ilmu dalam ebook ini. In fact, anda juga dapat berkenalan dengan pembeli lain dan berinteraksi dengan mereka, sama ada untuk bertukar-tukar pendapat dan sebagainya menerusi group sokongan.

 

Mungkin nanti dari situ, anda juga dapat bertukar-tukar idea, atau tiru sahaja usahawan borong lain yang dah berjaya.

1. Cuba lihat apa yang mereka jual?

2. Bagaimana cara mereka jual?

3. Jika mereka jual secara online, bagaimana cara mereka buat pemasaran?

 

Kebiasaannya, mereka yang promosi secara online ni, mereka akan guna FB personal mereka. FB personal itu yang akan digunakan untuk join group support, dan fb personal yang sama juga akan digunakan untuk tujuan online marketing.

 

Dengan ini, anda boleh add mereka dan dalam diam anda follow dan perhatikan bagaimana cara mereka buat marketing. Ok faham dah?

 

Apa yang istimewanya dengan ebook Rahsia Taobao sehinggakan ia boleh jadi best seller?

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apa yang bagus sangat dengan ebook ni kan? Kalau nak beli… berbaloi ke nak beli ebook Rahsia Taobao ni?

 

Jadi saya akan ringkaskan disini apa yang membuatkan ebook ini sangat popular dan menjadi pilihan para usahawan yang minat nak memborong dari China.

 

(1) Ebook Rahsia Taobao ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar

Ebook ini adalah ditulis berdasarkan pengalaman penulis, iaitu Nigel Ong sepanjang beliau menjalankan perniagaan secara online. Membaca ebook ini ibarat kita belajar dari pengalaman Nigel sendiri.

 

Cuma bezanya, kita tak perlu nak lalui pengalaman gagal dalam bisnes dan juga pengalaman buat silap dalam bisnes borong seperti ini. Ada banyak juga kesilapan-kesilapan yang anda perlu tahu, dan cara untuk atasinya.

 

Bagi mereka yang tak baca ebook ini, saya percaya, ada antara anda yang akan ulang kesilapan yang pernah dilakukan oleh penulis. Tetapi, kalau dah baca ebook ini, In Shaa Allah anda terselamat dan tau apa nak buat jika berlaku sebarang masalah.

 

Masalah yang saya maksudkan ini adalah sama ada masalah dengan pihak kurier, masalah dengan penjual di taobao, masalah dengan kastam dan masalah dengan pihak pos laju.

 

Jangan risau, sebabnya semua tu pasti ada jalan penyelesaiannya.

 

(2) Ebook ini turut dihasilkan dalam bentuk video

Ya ada juga dihasilkan dalam bentuk video. Saya tahu, bukan semua orang suka membaca. Kadang-kadang walaupun ebook tersebut hanya ada 10 muka surat sekalipun, ada antara kita yang tak suka baca.

 

Baiklah, kalau tak suka baca, apa kata anda dapatkan yang versi video? Hanya perlu tekan butang play lepas tu video penerangan akan dimainkan. Anda hanya perlu relaks dan tonton sahaja video tersebut.

 

(3) Model perniagaan yang diajarkan dalam ebook ini adalah simple dan TERBUKTI boleh hasilkan pendapatan

Kalau anda betul-betul faham flow perniagaan, anda akan nampak yang sebenarnya prosesnya sangatlah simple.

 

1. Anda buat kajian produk apa yang ada potensi untuk dijual di Malaysia (boleh ikut guide yang diberikan dalam ebok Rahsia Taobao).

2. Borong produk tersebut.

3. Buat kerja pemasaran.

4. Pelanggan buat tempahan dan buat bayaran.

5. Anda pos barang.

6. Ulang semula step sama ada untuk produk yang sama atau jual produk baru.

 

Bila produk memang dah ada dalam tangan, macam-macam yang anda boleh buat untuk promosikan produk tersebut. Nak tangkap gambar cantik-cantik juga tak ada masalah.

 

(4) Ada banyak channel jualan yang boleh digunakan untuk jual semula barangan yang telah diborong

Anda dah borong  secara online. Kini tiba masa untuk anda jual produk yang anda telah borong tu. Tahukah anda, untuk menjual semula produk yang dah diborong dari China tu nanti, ada banyak channel yang anda boleh gunakan.

 

Nigel ada menceritakan bagaimana nak jual semula barang-barang tersebut secara online sahaja.

 

Adakah susah atau senang nak jual barang secara online? Sebenarnya susah atau senang, ianya bergantung juga kepada apa sebenarnya produk yang anda borong.

 

Kalau produk tersebut memang tengah ada banyak permintaan, maka senanglah jadinya kalau nak borong produk tu. Tetapi, kalau anda borong produk yang tak berapa nak laku, maka sia-sialah.

 

Kalau anda spend iklan yang mahal-mahal pun belum tentu akan dapat jualan jugak. Sebab tu penting untuk pilih betul-betul produk yang nak diborong tu.

 

(5) Anda boleh jalankan program affiliate mahupun program dropship anda sendiri

Jadilah seorang usahawan yang kreatif.

 

Jika anda rasa susah nak buat kerja sendiri-sendiri, buatlah kerja dalam kumpulan. Kini barang dah ada dalam tangan anda. Tinggal nak jual sahaja. Salah satu cara yang bagus untuk jual dengan cepat ialah lantik ejen affiliate dan juga ejen dropship.

Baca juga: Bagaimana merekrut ejen untuk membantu membuat jualan bagi pihak kita?

 

Mereka ini akan bantu anda buat kerja pemasaran ketika anda sedang sibuk buat benda lain. Tugas anda nanti hanyalah hantar produk dan bayar komisen kepada ejen.

 

Alternatif bagi beli secara online?

Adakah terdapat alternatif bagi usahawan yang masih tak yakin nak beli secara online?

 

Ya, jawapannya sudah tentu ada. Jika anda masih tak yakin untuk beli secara online, anda boleh sahaja terus terbang ke China.

 

Terus pergi ke Guangzhou untuk borong barangan yang anda mahukan di sana. Kelebihannya anda boleh pegang sendiri dan belek-belek barang yang nak diborong tu.

 

Walaupun ianya agak memakan masa, namun bagi setengah orang, mereka lebih selesa dan lebih yakin kalau boleh tengok dulu barang yang nak dibeli.

Baca juga:

1. Panduan Memborong Di China

2. Borong Di China: “Ingat Senang Ke?”

 

Kalau dari segi modal, dah tentu anda perlukan modal yang lebih tinggi untuk kesana. Sebaliknya, kalau beli online, anda ada RM500 pun dah kira agak banyak dan dah boleh mula bisnes borong anda hari ini juga.

 

Adakah di Malaysia tak ada tempat untuk borong?

Mestilah ada. Antaranya yang popular adalah seperti

1. GM Klang

2. Kenanga Wholesale

 

Saya rasa bukan ini sahaja, sebaliknya ada banyak lagi. Saya tak senaraikan disini sebab saya juga tak berapa tahu dan tempat tersebut mungkin tak ramai yang tahu.

 

Cuba bayangkan begini. Kalau mereka boleh jual dengan harga yang murah, bayangkan kalau anda beli terus dari supplier mereka, terutama sekali bagi penual di pusat borong yang dapatkan stok barangan juga dari negara China. Pasti lebih banyak penjimatan yang boleh dinikmati.

 

Lagi satu, sebenarnya orang kita lebih suka beli online sebab tak nak habiskan banyak masa dan tenaga kat pusat borong. Just pilih je berdasarkan gambar yang diberikan kemudian buat tempahan. Barang yang kita nak tu nanti akan terus dihantar kerumah kita.

 

Jimat belanja, terutama sekali belanja untuk petrol, tol, parking, makan dan minum. Kiranya orang yang borong secara online sahaja tu memang dapat jimat banyak dan dapat maksimumkan keuntungan.

 

Sekiranya anda memang minat dengan isi kandungan ebook Rahsia Taobao ni, bolehlah muat turun kat sini.

 

 

Exit mobile version