Blog Sabree Hussin

Review Ebook Blueprint TS – Teknik Hasilkan Sales Ribuan Ringgit Dalam Masa 24 Jam

Adakah anda menggunakan laman media sosial Facebook untuk tujuan berniaga atau mempromosikan produk-produk yang anda niagakan?

Adakah anda sudah berpuas hati dengan hasil yang anda perolehi?

Adakah anda mempunyai strategi tertentu, atau anda main belasah je bila buat marketing?

Apa yang saya maksudkan dengan main belasah je bila buat marketing?

1. Bila anda rasa nak update status, anda update. (Itupun status update copy paste)

2. Anda pakai join je mana-mana group iklan, kemudian beriklan di situ sama ada secara manual atau guna software autopost

3. Suka-suka hati tinggalkan iklan kat wall FB kawan-kawan anda.

4. Add kawan-kawan baru di FB ramai-ramai kemudian mula PM mereka satu per satu.

5. Komen pada status update kawan-kawan dengan iklan bisnes anda.

Tahukah anda, jika anda benar-benar mempunyai strategi pemasaran sebenar, anda TAK PERLU BUAT setiap perkara yang saya nyatakan pada poin nombor 1 hingga 5.

BONUS!

Dengan strategi yang betul, untuk menghasilkan sales bernilai ribuan ringgit dalam masa 24 jam juga bukan satu perkara yang mustahil!

Lihat buktinya

Anda ingin tahu bagaimana caranya?

Ok saya tahu anda berminat nak tahu. Dalam catatan pada kali ini, saya ingin kongsikan review berkenaan ebook yang saya baru beli, iaitu Ebook Blueprint TS

Klik sini untuk melihat halaman utama ebook Blueprint TS

*

Apa yang menarik sangat tentang ebook Blueprint TS ni?

Sebelum saya bercerita mengenai content ebook ini, ada baiknya saya perkenalkan terlebih dahulu serba sedikit mengenai ebook ini, seperti yang anda boleh baca di halaman utama.

Apa itu Blueprint TS?

Ia merupakan ebook yang menerangkan secara RINGKAS tentang strategi untuk menjual barang atau service di Facebook.

Ia juga akan menerangkan bagaimana untuk anda mendapat jualan kepada prospek yang targetted dalam masa yang amat singkat

Jika anda menjual produk atau servis di FB, maka panduan ini sesuai untuk anda.

Jika anda masih lagi tak mempunyai sebarang strategi untuk mendapatkan prospek yang targetted dalam masa yang singkat, anda memang sangat digalakkan untuk baca panduan ni.

**

4 Komponen Utama Yang Terkandung Dalam Ebook Blueprint TS

Point No.1 – Mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang pemahaman serta kegunaan market segmentation untuk produk anda

Apa sebenarnya yang anda jual?

Tahukah anda, produk kurus LANGSUNG TIDAK SESUAI untuk dijual kepada orang yang kurus?

Tahukah anda, setiap produk yang dihasilkan dan yang terdapat di pasaran sebenarnya mempunyai target market yang tersendiri?

Tahukah anda, sebenarnya market segmentation boleh dikelaskan mengikut kedudukan geografi (tempat tinggal), demografi (umur, jantina, kerjaya), psychographic (personaliti, lifestyle) dan juga behavioral (status, kelas).

Market segmentation adalah salah satu topik WAJIB TAHU bagi seorang marketer. Tak kisahlah sama ada anda seorang internet marketer ataupun marketer yang bergerak secara aktif secara offline.

Lazimnya, usaha jualan menemui kegagalan apabila mesej jualan ditujukan kepada market segmentation yang SALAH.

Point No.2 – Ilmu tentang LUBUK, JALA, & UMPAN yang bakal dan patut digunakan oleh anda untuk memukat kelak

Jangan salah faham. Ini cuma satu analogi yang digunakan oleh penulis ebook ini.

Sebenarnya ada satu cerita yang saya nak kongsikan dengan anda.

Kisah pemancing & Umpan

Sebelum memancing, lazimnya kita akan pilih umpan yang sesuai untuk jenis ikan yang kita nak pancing. Setiap ikan yang kita nak pancing, ada umpannya yang tersendiri. Ikan-ikan yang berbeza akan beri respons yang berbeza terhadap jenis umpan yang kita gunakan.

Tak pernah lagi saya dengar ada kaki pancing yang pakai belasah je guna apa-apa umpan. Asalkan boleh buat umpan gitu. Kalau ada yang buat macam ni, dah tentu dia ni tak ada pengalaman memancing.

Mungkin dia masih akan dapat ikan, TETAPI… hasilnya mungkin tak memuaskan hati. Ikan tak nak makan. Dapat ikan tetapi ikan kecik, tunggu berjam-jam tapi hasil langsung tak memuaskan hati.

Seorang kaki pancing dia tahu dengan jelas, umpan apa yang dia perlu gunakan untuk dapatkan ikan apa yang dia nak. Dia akan fikir betul-betul untuk gunakan umpan terbaik untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Guna pancing… mungkin hasilnya lambat. Anda cuma terhad untuk pancing seekor ikan dalam satu-satu masa.

Melainkan anda gunakan lebih daripada satu joran.

Kalau nak lagi cepat dan nak dapatkan hasil yang lagi besar, maka gunakanlah pukat.

Kalau anda berminat nak tahu dengan lebih mendalam apa yang cuba disampaikan dengan istilah lubuk, jala dan umpan, sila muat turun ebook Blueprint TS ini sekarang.

Point No.3 – Kaitan penting elemen seperti AIDA, CTA, SALES FUNNEL serta CREATIVES yang dipersembahkan kepada audience anda.

Pening ke?

AIDA ini adalah akronim bagi

A – Attention (Perhatian)

I – Interest (Minat)

D – Desire (Keinginan)

A – Action (Tindakan)

Ini adalah FORMULA untuk menghasilkan iklan yang responsif di FB.

Perkara paling utama ialah untuk menarik perhatian prospek kita.

Bila prospek dah tertarik pada iklan, barulah kita timbulkan minat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran kita.

Seterusnya, kita tanamkan keinginan kepada emosi prospek untuk memiliki produk yang kita promosikan.

Akhir sekali, bila prospek dah minat dan dah ada keinginan, barulah kita minta prospek untuk ambil tindakan seperti membuat tempahan atau membuat pembayaran

Bila kita faham strategi AIDA, barulah lebih mudah untuk prospek berurus niaga dengan kita. Faham?

Sebenarnya, tak kiralah apa produk sekalipun yang anda promosikan di FB, anda tidak seharusnya membelakangkan teknik AIDA dalam menghasilkan mesej jualan.

Seterusnya ialah CTA. CTA adalah merujuk kepada Call to Action.

Ramai yang terlepas pandang bahagian ni. Dia dah bersusah payah menghasilkan mesej jualan atau ayat promosi yang menarik, tiba-tiba dia tertinggal nak letak ayat Call to action.

Contoh ayat call to action adalah seperti berikut

Klik sini untuk membuat tempahan ebook Blueprint TS anda sekarang

Sila hubungi nombor 012 345 6789 untuk mendapatkan diskaun 50% dari saya

Ayat Call to Action adalah ayat arahan dari anda kepada prospek sekiranya mereka berminat untuk mendapatkan produk yang anda promosikan.

SALES FUNNEL tu apa benda pulak?

Kalau kita translate kepada Bahasa Melayu, ia merujuk kepada terowong jualan. Tetapi dalam istilah pemasaran dan jualan, ia merujuk kepada checkpoint yang perlu dilalui oleh prospek sebelum dia betul-betul berminat untuk jadi pelanggan.

Contohnya

Dari FB –> Minisite Jualan –> Opt In Form –> Borang Tempahan –> Pembayaran –> Penghantaran Produk

Lain produk, maka lainlah Sales Funnelnya.

Adakah penting memiliki Sales Funnel? SANGAT PENTING!

Point No.4 – Satu exercise khas untuk anda menjana RM1,000 dalam masa 24 jam 

Yang ini optional.

Nak buat assignment ni boleh, tak nak buat pun boleh.

Formula dia ringkas je. Anda buat, anda dapat. (Dengan izin Allah SWT)

Saya?

Tengah buat lah ni.

***

Bab 3 – Blueprint Tuan Syed

Dalam bab 3 ebook ini, penulis ada tunjukkan blueprint yang beliau sendiri gunakan untuk melancarkan produk-produk yang dihasilkan oleh beliau.

Rupa-rupanya, ada sedikit persamaan dengan blueprint yang saya duk guna selama ini. Kebetulan je tu 🙂

4 Elemen Penting Dalam Gerak Kerja Pemasaran & Jualan Online

1. Channel Marketing

2. Platform Jualan

3. Collect List & proses education

4. Collect Sales

5. Repeat Sales

Untuk tujuan penerangan, saya akan gunakan produk saya sendiri, iaitu Panduan Dominasi FB Group V3.0

Saya harap anda dapat tangkap penerangan yang saya buat ini untuk disesuaikan dengan kempen pemasaran bagi sebarang produk yang anda jual atau promosikan secara online.

1. Channel Marketing

– FB Personal, FB Group, FB Fanpage, mailing list, blog, SEO & agen affiliates

– Lagi banyak channel marketing, lagi besar jumlah prospek yang saya boleh dapatkan

2. Platform Jualan

– Laman web jualan di http://seratusperatus.com/fbgroup

– Laman web ini saya bina dengan menggunakan servis minisite mudah

3. Collect list dan proses education

– Umumnya dah tahu, prospek tidak akan terus membuat pembelian pada kali pertama mereka melihat tawaran produk

– Jadi, saya gunakan sistem autoresponder Aweber untuk kumpul list emel para pelawat dan teruskan buat follow up sehingga mereka buat pembelian ataupun sehingga mereka unsubscribe dari kempen pemasaran saya

4. Collect Sales

– Ya. Strategi ini memang tidak menghampakan dan Alhamdulilah saya berjaya dapat SALES.

5. Repeat Sales

– Memandangkan saya gabungkan dengan strategi collect list, maka saya boleh terus buat promosi dari masa ke masa kepada prospek yang sama berkali-kali.

– Jadi, ada antara mereka yang akan terus beli, beli, dan beli setiap produk yang saya promosikan atau jual

– Maka dari sini terhasillah REPEAT SALES tanpa perlu saya mencari pelanggan baru

****

Saya dah cerita semua yang best-best mengikut pandangan saya mengenai ebook ini.

Ebook ini ada kekurangan dan kelemahan atau tak?

Mestilah ada. Mana ada ebook yang PERFECT. Sedikit kekurangan yang saya bakal ceritakan ni juga adalah berdasarkan pendapat dan pandangan saya sendiri. Lain orang, mungkin lain pendapatnya.

4 Kelemahan ebook Blueprint TS

Pertama, ebook ini hanya setebal 16 muka surat.

Saya ni jenis yang suka baca bahan bacaan yang panjang-panjang. Jadi, bila baca bahan bacaan yang pendek-pendek ni, saya jadi agak ralat sikit. Walaupun muka surat dia sikit, namun penerangan cukup padat.

Cuma untuk individu yang suka membaca seperti saya ni mungkin akan rasa tak puas.

Kedua, ebook ini tak sesuai di print atau dibaca menggunakan device yang tak ada sambungan internet.

Sebabnya? Ada beberapa pautan luar yang mungkin anda perlu klik untuk dapatkan bacaan tambahan. Oh… sebab tu lah ebook ini sikit je bilangan muka suratnya.

Ketiga, penerangan tentang Teknik CREATIVE agak kurang padat. Mujur sebelum ini saya dah pernah baca ebook lain yang turut membincangkan konsep yang sama.

Jadi, kelemahan dari segi kandungan ebook ini boleh di cover jika anda baca ebook Teknik Sannin V2 : Teknik Gambar & Software ini.

Keempat, tak perlu guna FBAds. Eh? Ini kelemahan ke? Bukan ke bagus kalau tak perlu pasang iklan FBAds!

Memanglah tak perlu keluar bajet untuk FBAds, tetapi kesannya mungkin LAMBAT. Jadi, kalau nak dapat hasil yang cepat, kena guna teknik alternatif. Kena bayar jugak teknik tu. (tak nak pakai teknik berbayar tu pun tak apa.)

*****

Semasa saya beli ebook ini, harganya masih lagi RM20

Saya tak pasti kalau penulis akan naikkan harga ebook ini. Dengar khabar, beliau akan naikkan harga jika cukup kuota.

Overall, harga RM20 masih lagi berpatutan untuk info yang dipersembahkan dalam ebook ini. Jika anda memang zero dan masih lagi tak jelas mengenai selok belok pemasaran di FB, ebook ini sesuai untuk anda.

Tetapi, kalau anda memang dah POWER, carilah ilmu lain yang sesuai dengan tahap POWER ilmu anda tu 🙂

Anda boleh klik sini untuk membuat tempahan ebook Blueprint TS ini.

Jangan lupa tinggalkan komen kat bawah ni ya.

Terima kasih kerana anda sudi luangkan masa untuk baca apa yang saya kongsikan ini.

Semoga bermanfaat!

 

 

Exit mobile version