Blog Sabree Hussin

Guna Teknik SEO Merah Jambu Untuk Dapatkan Komisyen Sales Ashadee

Kitab Teknik SEO Merah Jambu.

Kononnya, pengamal ajaran yang terkandung dalam kitab ni boleh hasilkan pendapatan yang lumayan secara online hanya dengan menulis blog. Tulis artikel, letak perisa, letak pewarna tambahan, letak ramuan, rempah, gula-gula, tup tup dapat sales.

Nak tau sama ada sesuatu produk informasi tu bagus atau tidak? Adakah ilmu yang diajarkan dalam tu betul-betul mampu untuk menghasilkan jualan atau cuma janji kosong semata-mata, hanya ada satu cara yang saya kira paling EFEKTIF untuk kita ketahuinya.

Dan caranya ialah…

Anda perlu praktikkan setiap apa yang diajar dan disampaikan dalam ebook panduan tersebut…

Jangan nak pertikaikan.

Tak perlu nak persoalkan. Kalau teknik A yang diajar, maka teknik A itulah yang anda perlu implementasikan dalam penulisan anda. Jangan nak adjust, jangan nak modify. Jangan… jangan… dan jangan. Jangan cuba-cuba nak memandai-mandai.

Ok fine.

Kita uji kehebatan Kitab SEO Merah Jambu ini. Kalau kitab ni hebat sangat, ilmu dalam tu pasti mampu digunakan untuk mempromosikan ebook ini jugak dan seterusnya menghasilkan komisyen affiliate untuk saya.

Kemudian, dengan tak semena-mena masuk pulak email notification dari pihak Ashadee.

Kalau dah memang rezeki, memang tak kemana. Bila Allah nak bagi, tak ada siapa yang boleh halang, dan bila Allah tak nak beri, tak ada siapa yang boleh bagi jadi.

Semasa saya dapat sales ini, seingat saya pada waktu tu saya sedang sibuk menghasilkan draf untuk artikel terbaru yang saya muatkan dalam blog Geng Simkad Magic.

Hmm… kalau tak silap waktu tu saya sedang sibuk hasilkan draf untuk artikel berjudul 10 Sebab kenapa anda patut join Tone Excel Sekarang Jugak.

Walaupun sekarang ni kelihatannya saya sedang fokus mempromosikan bisnes Network Marketing, namun saya masih lagi tetap meluangkan masa untuk kerja-kerja pemasaran affiliate. Bagi saya, bisnes network marketing yang saya jalankan ni, tak mengganggu pun kerja-kerja promosi produk affiliate yang memang saya buat sejak dari 4 atau 5 tahun yang lepas.

 

Semua orang pasti suka bila dapat sales

Program affiliate tidak memerlukan pesertanya untuk melakukan kerja keras. Anda tak perlu jumpa orang, tak perlu nak keluar modal dan tak perlu nak jaga pelanggan.

Dari segi konsep, program affiliate ni memang sangat mudah.

Jika anda masih terlalu baru dengan konsep buat duit seperti ini, saya amat menyarankan anda untuk muat turun panduan yang saya pernah tulis sebelum ini berjudul Jurnal Pemasaran Affiliate.

Ini adalah panduan berbayar.

Jika anda ingin download secara percuma, memang boleh. Namun ada syaratnya. Anda kena klik sini untuk lihat syarat untuk download secara percuma.

.

..

Berbalik tentang kisah Kitab Teknik SEO Merah Jambu.

Saya tak nafikan harganya memang agak tinggi. Senang cerita, harganya memang MAHAL. Kalau orang yang tak biasa beli ebook atau apa-apa produk informasi, mungkin dia akan fikir banyak kali sebelum nak beli.

Hanya orang tertentu je yang mungkin memiliki KEBERANIAN nak beli. (saya antara salah seorang darinya ha ha)

 

Ebook ini menyentuh salah satu aspek pemasaran menggunakan artikel

Teknik pemasaran artikel.

Ini adalah salah satu kaedah pemasaran yang memang TERBUKTI mampu menghasilkan jualan dan komisyen affiliate. Saya sendiri dah buat benda ni bertahun-tahun lamanya. Bukan setakat setahun dua ataupun baru nak start belajar buat marketing menggunakan artikel tahun ni.

Kalau nak kira dari segi komisyen terkumpul, mungkin dah masuk belas-belas ribu (atau mungkin dah lebih).

Dan sekarang ni, untuk bisnes network marketing yang saya sedang jalankan ni pun sama juga. Saya juga tak ketinggalan untuk menggunakan kaedah pemasaran artikel. Pemasaran artikel, apabila digabungkan dengan penulisan mengikut formula dan peraturan SEO, hasilnya memang WOW.

Sebab itu lah, saya tak perlu berfikir banyak-banyak kali untuk dapatkan ebook ini. Apalah sangat perlaburan untuk dapatkan ilmu yang boleh hasilkan income sehingga puluhan ribu ringgit.

Anda masih ragu-ragu ke?

 

 

Exit mobile version