Blog Sabree Hussin

Jumlah Kutipan Komisyen Affiliates Ashadee Untuk Bulan December 2014

Saya tahu dan yakin ada sesetengah orang menjadikan laman web Ashadee sebagai sumber pendapatan kedua mereka. Ok mungkin sumber pendapatan ketiga, keempat dan seterusnya.

Memang BEST.

Kerja pun mudah.

Cuma perlu pilih mana-mana produk yang dirasakan berkenan dihati, kemudian promosikan.

Tak perlu keluar sebarang modal. Tak perlu ada sebarang pengalaman bisnes, dan asalkan anda ada keinginan nak belajar, dan sanggup bersusah payah untuk 3 – 6 bulan yang pertama menyediakan senjata-senjata pemasaran, setup itu ini, siap sedia dengan segala macam umpan, pasang jerat dan jerangkap samar di alam maya ni, maka anda dah boleh rileks untuk bertahun-tahun lamanya.

Ya.

Inilah sebahagian yang saya suka dengan program affiliate.

Terlalu suka sampaikan saya sendiri menghasilkan sebuah ebook yang khusus untuk menceritakan tentang selok belok dan peraturan yang anda perlu beri perhatian untuk berjaya buat duit dengan program affiliates. Saya namakan ebook tersebut dengan nama Jurnal Pemasaran Affiliates.

Ini salah satu kesannya jika anda juga mengamalkan apa yang saya dah muatkan dalam panduan tersebut. Awas! Anda mungkin akan menerima komisyen secara automatik dan pasif. Anda akan buat duit dengan program affiliates dengan kaedah yang berkali ganda lebih BIJAK berbanding orang lain.

Bulan Disember 2014 berakhir dengan kutipan komisyen affiliates sebanyak RM100.50

Masih lagi dalam range 3 angka. Not bad, kan?

Konsisten itu satu ELEMEN yang sangat penting

Itu yang saya pentingkan.

Kalau bulan ni anda boleh dapat 3 angka, make sure anda boleh kekalkan momentum dan pencapaian tersebut.

Tak syok la, kalau bulan ni boleh dapat RM500, tiba-tiba pada bulan seterusnya komisyen affiliate anda drop hingga ke tahap yang agak mengecewakan. Tiba-tiba cuma dapat RM50 je

Seronok ke macam tu?

Tak best kan.

Personally, saya lebih berkenan dengan program affiliates yang membayar komisyen secara berkala, terus menerus setiap bulan dan konsisten. Tak kisahlah kalaupun komisyen tu setakat RM50, yang penting ia konsisten.

Ada satu program affiliate atau referral program yang membayar ejennya komisyen yang berulang dan semakin bertambah bulan demi bulan. Struktur komisyen seperti ini buat masa ini saya nampak ada pada program buat duit Tone Excel ini.

Siapa yang tak minat dengan program seperti ini tak apa. Tak kisah pun. Saya share pada yang berminat sahaja.

 

Ok kalau sebelum ini, bila saya guna segala teknik yang saya dah kongsikan dalam ebook Jurnal Pemasaran Affiliate, kalau setakat nak maintain 3 angka sebulan pendapatan affiliates, itu perkara biasa.

Untuk tahun 2015 ini saya nak buat lebih banyak improvements. Saya perlukan penambahbaikkan.

Kali ini saya nak fokus untuk capai at least 4 angka setiap bulan daripada pendapatan dalam program affiliates.

Soalan: Macam mana nak capai misi ni?

Memandangkan saya dah jadi salah seorang PEMBELI Kitab Teknik SEO Merah Jambu, maka nampaknya untuk tahun 2015 ini, memang akan saya praktikkan dengan habis-habisan dan sehabis baik.

Rugilah bila kitab dah beli, (MAHAL pulak tu harganya) tapi tak amalkan, kan?

Moving forward, lepas ni akan saya terapkan lebih banyak elemen SEO dalam penulisan artikel. In Shaa Allah, ada rezeki, saya nak sedut seberapa banyak yang boleh komisyen-komisyen affiliates yang hanya menanti untuk masuk ke akaun bank para affiliater.

 

Ps: Kalau anda rasa panduan affiliates lain terlalu mahal, bandingkan dengan potensi pulangan yang anda patut akan perolehi selepas anda amal dan praktikkan ilmu dalam tu!

 

 

Exit mobile version