Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Ashadee December 2015

Komisyen affiliate Ashadee yang saya terima untuk bulan December 2015 ni saya perhatikan jumlahnya tak banyak beza seperti yang pernah saya perolehi pada bulan Jun 2015 yang lalu.

Baca: Komisyen Affiliate Ashadee Jun 2015

 

Dibawah ni pula adalah komisyen yang dibayar kepada saya untuk bulan December 2015.

 

Jana komisyen affiliate Ashadee cara penulis blog

Buat masa ni, agak jarang saya lihat penulis blog yang langsung tak berjaya buat duit dengan program affiliate, termasuklah program affiliate yang dianjurkan oleh Ashadee.

 

Rata-rata penulis blog yang saya kenal dan yang bergiat aktif mempromosikan produk-produk yang dijual menerusi platform ashadee pasti pernah rasa komisyen dari Ashadee sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

 

Secara tak langsung ini membuktikan yang kaedah pemasaran style blogger juga berupaya untuk menjana komisyen.

 

Jadi, kalau anda nak buat duit dengan program affiliate, tetapi dah tak tau sangat macam mana nak buat pemasaran, anda tiru sahaja kaedah yang digunakan oleh mana-mana penulis blog.

 

Kami ni, walaupun kadang-kadang tu nampak je macam merapu tulis benda yang bukan-bukan, tapi disebalik semua tu, ada “hidden agenda” yang hanya geng-geng kami sahaja yang faham. Setengah artikel yang kita kongsikan memang adakalanya nampak macam bodoh, menunjuk-nunjuk dan sebagainya.

 

Namun semua tu kita buat sebab ada tujuan dia sendiri.

 

Contohnya macam perkongsian ni. Cerita pasal komisyen. Nampak macam benda remeh, dan sibuk nak show off hal-hal duit yang tak ada la besar mana pun.

 

Namun hakikatnya, lagi kerap saya cerita bab duit, lagi banyak saya buat perkongsian tentang duit, Alhamdulillah makin bertambah rezeki. Bila rezeki makin bertambah, In Shaa Allah, lagi cepat saya boleh langsaikan hutang-hutang yang saya ada.

 

Penulis blog yang dah mencapai tahap Otai ni… tulis apa pun, In Shaa Allah boleh jadi duit!

 

Saya belum lagi capai tahap tu. Namun doa-doakan la ya saya dapat capai tahap macam tu jugak satu hari nanti. Even kalau saya tengah cerita pasal kucing pun topik tu boleh jadi duit. ha ha

 

Kelembapan dalam menghasilkan komisyen

Nak masuk tahun baru, saya perhatikan seolah-olah orang dah mula kurang berbelanja. Mungkin, rata-rata sedang siap sedia untuk hadapi cabaran tahun baru 2016 kot. Masing-masing duk menyimpan duit untuk kegunaan benda lain.

 

… atau mungkin sebab masing-masing duk save duit sebab nak bukak sekolah ni ada banyak duit nak guna. Jadi, bajet yang ada disimpan dulu untuk kegunaan perkara lain yang lebih mendesak. Mungkinlah…

 

Sekarang ni, duit susah untuk dicari. Duit yang ada pulak, nilainya tak seberapa. Guna buat bayar sewa rumah, isi petrol, topup touch and go, makan untuk sebulan, bila kira-kira balik, bakinya yang tinggal pun dah tak seberapa.

 

Nak shopping online walaupun ada banyak diskaun pun tak mampu nak beli. Kadang-kadang tu bukannya tak mampu, namun khuatir kalau jadi apa-apa yang tak diingini di masa akan datang, tiba-tiba kita tak ada duit pulak masa tu.

 

Apa pun, saya harap keadaan ekonomi kita akan pulih. Bila orang ramai tak berbelanja dan mengutamakan untuk simpan duit, individu yang buat duit dengan bersandarkan aktiviti jual beli ni akan mula terasa sakitnya.

 

Lainlah kalau anda ceburi perniagaan barangan keperluan. Mungkin tak terasa sangat. Contohnya bisnes topup. Macam mana susah sekalipun orang akan tetap topup, sebab itu barangan keperluan.

 

Apa pun, mujurlah ada program affiliate. Setidak-tidaknya ia dapat membantu individu seperti saya untuk tambahkan pendapatan sampingan. Saya dapat bayangkan, mungkin masuk tahun 2016 nanti, akan makin ramai yang ceburi bidang ni.

 

Betul ke tidak? Wallahua’lam

 

Exit mobile version