Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Ashadee May 2015

Peluang untuk buat duit dengan program affiliate masih lagi cerah sebenarnya. Just because percubaan pertama, kedua dan ketiga anda masih belum membuahkan hasil, ia tak bermakna yang anda tak akan berjaya dapat sebarang duit dari program affiliate. As long anda yakin dengan apa yang anda buat, teruskan dan FOKUS. Cepat atau lambat, banyak atau sikit, anda pasti akan dapat ganjaran dan habuannya.

 

Setakat pada waktu catatan ni saya hasilkan, Alhamdulillah platform affiliate network Ashadee adalah antara yang konsisten membayar komisyen pada saya. Boleh kata setiap bulan, sekurang-kurangnya ada sekali bayaran dibuat. Bukankah ni suatu petanda yang anda dan saya patut lebih serius jika nak buat duit di Ashadee?

 

“SETIAP ORANG ADA PELUANG YANG SAMA”

 

Semua orang boleh buat duit di Ashadee. Berapa banyak yang anda mahu hasilkan, ianya juga terpulang kepada anda. Jika anda inginkan wang besar, bermakna anda juga perlu berikan usaha yang setimpal dengan jumlah yang anda mahukan itu tadi.

 

Anda nak RM5,000 dari Ashadee? Boleh tak ada masalah. Namun, adakah usaha anda telah pun setimpal dengan jumlah yang anda mahukan itu?

 

Untuk bulan May ni, pembayaran komisyen telah pun dilakukan ke akaun saya.

 

Saya sendiri akui, memang cukup sukar nak fokus untuk buat duit dengan mana-mana program affiliate, lebih-lebih lagi jika anda sama macam saya. Jenis yang suka mempromosikan banyak-banyak produk dalam satu-satu masa.

 

Buat yang masih belum pernah merasa sebarang duit komisyen dari Ashadee, percayalah… anda pasti akan dapat tak lama lagi. Salah satu sebab kenapa anda masih belum layak terima sebarang komisyen adalah sebab usaha yang anda berikan masih belum mencukupi. Itu sahaja. Tambahkan usaha, doa, ikhtiar dan seterusnya tawakal.

 

At the same time, jangan lupa untuk tingkatkan ilmu anda tentang pemasaran online dan pemasaran affiliate. Zaman sekarang ni, mencari extra income bukan lagi satu pilihan. Lebih-lebih lagi jika total income anda masih lagi dibawah paras RM10,000 setiap bulan.

 

Eh sedangkan yang income dah lebih RM10,000 pun masih lagi mencari sumber-sumber pendapatan tambahan, inikan pula yang pendapatannya kurang dari itu. Betul tak?

 

Jadi, jika anda ingin mengikuti jejak langkah saya, buat duit dengan program affiliate dan dapatkan sekurang-kurangnya extra income RM100 setiap bulan, bolehlah contohi apa yang saya buat disini. Saya tunjukkan pada anda beserta dengan penerangan bagaimana nak lakukan pemasaran yang memberikan hasil.

 

Saya tak cerita teknik untuk buat ribu-ribu ringgit, sebabnya saya tahu, ianya agak mustahil untuk ditiru oleh orang yang baru dalam bidang ni. Cuba tengok pembayaran komisyen dari Ashadee yang saya terima kat atas tu. Berapa jumlahnya?

 

Itu untuk usaha selama lebih kurang sebulan. Kira-kira 20 – 30 hari punya usaha. Adakah anda nak kata pada saya, dalam masa yang begitu panjang, anda tetap tak mampu nak hasilkan komisyen walaupun RM100? Cabar diri anda, dan buktikan pada diri, yang anda juga mampu melakukannya. Silap-silap, anda boleh lakukan yang berkali ganda lagi baik dan bagus dari saya.

 

Anda tak rugi apa-apa apabila menyertai program affiliate. In fact anda yang akan untung apabila dibayar untuk mempromosikan sesuatu produk.

 

Tak perlu tunggu dah PERFECT untuk bermula. Bermulalah dan saya pasti anda akan jadi PERFECT apabila tiba masanya.

 

 

Exit mobile version